Wednesday, November 29, 2017

Glemer Betul LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih Ramai Yg Klon Guna Tag Line tu

Assalamualaikum...
Salam hari Rabu, kebelakangan ni ramai betul yang buat kerja mudah.Menagguk hasil titik peluh orang lain.Kalau dulu hanya gambar yang diambil, tapi sekarang ni keselurahan n3 di klon.Tapi kes saya ni agak istimewa sebab ada yang menagguk menggunakan tagline 'LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih' utk menangguk visitor view blog mereka..huhuu...betapa 'GLEMERNYA si LiNa Pg tu kan??Sampai orang lain mampu buat duit guna nama dia.Bukan itu saja tau..lagi best #hashtag yang LiNa Pg guna kat IG pun ada yang buat road block tengah jalan gak tau...HEBATTTTTTT sangat penangan LiNa Pg ni... saya bagi contoh #bloggerLiNaPg #teratakmutiarakasih #simplysedap dan lain2.Nanti saya tunjuk contoh.Pasni saya nak glemerkan blog yang klon n3 TMK ni.Ada yang saya dah emel bg warning...ada yg saya komen kat blog dia(tapi owner lom approve) sebab tak keluar pun kat ruangan komen tu...
Saya bagi 'PERINGATAN MESRA' saya bagui chance hingga 30hb Nov 2017 sahaja..Kalau blog2 tersebut masih klon N3 TMK saya akan ambil tindakan...wasalam la adsense kamu yang menari2 tu ..lagi best kalau kena BANNED.Okey...Sekian Peringatan mesra

http://citarasaboss.blogspot.my/
sila delete blog anda sebelum kena remove oleh goggle.100% klon n3 dari TMK

http://www.saygoodbyetodiabetes.today/teratak-mutiara-kasih-lina-pg-say-goodbye-to-diabetes.html
Yg ni menangguk guna nama LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih.Ciluk pulak tajuk2 n3 TMK..tp tadak apa citer pun...jual ubat
Yg ni saya dah emel...

Korang tgk la..ni beberapa jer saya snap..banyak lagi



Kawan2 blogger boleh check yea..kot2 ada GLEMER cam LiNa Pg

Tuesday, November 28, 2017

Ikan Goreng Berempah, Terung Masak Lemak Dan Ulam

Assalamualaikum....
Sehari dua mood nak update blog agak merudum sebab agak kecewa n3 blog asyik kena klon jer.Bukan setakat gambar yang kena curi tapi keselurahan n3 dari 'Assalamualaikum hingga ke nokhtah terakhir semua kena copy.Sakit hati betul.Pandainya depa guna software mencuri titik peluh orang.Tak pa..mula2 kita kasi warning dulu..tak jalan report ajerlah kat google.I mean it.Kalau sayang iklan tu baik awak bertindak cepat..tak pasal2 kena banned akaun tu nanti.
Mukadimmad panas sebab cuaca sejuk pagi.Back to n3..saja tayang menu lunch minggu lepas kot.Saja bagi idea yang u olls nak masak apa.W'pun masak ringkas2 ajer..asalkan hidangan tu masuk line mmg berselera makan.Ikan Goreng Berempah,Masak lemak Terung, Ayam Goreng, Ulam+budu.Follow ig okey utk update terkini.Ni saya screenshoot gambar IG jer ni

http://linapg.blogspot.my/
IKAN GORENG BEREMPAH klik link yea..

Saturday, November 25, 2017

Sarapan Ringkas Dan Mengenyangkan

Assalamualaikum....
Hari ni anak2 dah mula bercuti, maka kaum ibu start dari pagi hingga ke malam akan bizi di dapur menyiapkan makanan utk anak2.Biasalah mereka akan sentiasa terasa lapar dan terasa nak makan sesuatu.Hari ni saya kongsikan idea sarapan pagi yang ringkas dan cepat disiapkan.Paling penting ianya mengenyangkan.Nutrisi jugak lengkap dengan Karbo, protein dan sayuran.Walaupun ringkas tapi nutrisi tu penting jugak ya...Wah dah jadi pakar pemakanan jadian plak pagi ni kikiiiii...
Saya kongsi idea jer tau...Resepi mudah jer tu...Omelet, sausage dan roti butterscotch.Roti tu makan camtu jer hehee..

Wednesday, November 22, 2017

Roti Puri Resepi Sukatan Cawan Tak Perlu Mixer

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua....tak lama lagi sekolah akan mula bercuti..pasti mak2 akan pening memikirkan menu sarapan pagi,lunch dan dinner utk anak2 kan?Salah satu idea masakan yang disukai oleh anak2 saya ialah Roti Puri.Selalunya saya buat sarapan..kalau bulan puasa, menu ni mesti jadi kewajipan utk salah satu hidangan sahur..tambah2 bila hujung puasa bila mana semua dah tak berselera menjamah nasi.Roti Puri sungguh mudah dan sangat sedap.Jangan risau kalau tak ada peralatan canggih sekali pun still boleh buat Roti ni..kita uli guna tangan jer..Tu pun tak perlu beriya..buat santai2 pun insyaaAllah menjadi dan sedap.Nanti saya kongsikan tips supaya roti puri kembong dan canti.Psstt kalau tak kembong pun no worries rasanya menten sedap.Okey jom ita semak resepi (padahal dah banyak kalu ulang siar ni hahaa)
Roti Puri ni kami makan bersama left over Kari Gaya Goa (Ikan Nyok2) (n3 kelmarin )mmg sedap terangkat..Tambah plak kari tu mmg pekat siket.
RESEPI ROTI PURI 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-bahan ( 12 biji ) 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil yis mauripan (LiNa Pg guna saf instant)
1/2 sudu kecil garam * 
3 sudu makan minyak masak * 
2 sudu makan gula * (boleh tambah/kurang)
175ml air panas * 
40-50ml air (jika perlu) 
Minyak utk mengoreng 

Cara-cara 

  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur. 
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja 
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn dan mjadi doh 
  5. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal. 
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 12 bhgian bulat yg kecil (LiNa Pg buat anggaran saiz bola golf) 
  7. Canai doh seperti canai doh kuih karipap siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok
  8. Tips utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA 
Note: Lina pg canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai.Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

Tuesday, November 21, 2017

Ayam Siat Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Masih lagi n3 ringkas2 dan gambar yang ala kadar, tuan umah agak kemalasan nak snap beriya...Terus snap masa hidang n nak makan (kira rajin gak la siket sbb snap jugak gambar tu kan hahaaa)Cam biasa la gambar yg fresh ni post ke IG..buat masa sekarang ni fb kita slow down siket..Kalau nak cari idea masak silalah follow saya di IG.
Psst..ni gambar lunch mggu lepas lagi ni...bukan hari ni punya..Hari ni xtau nak masak apa lagi..sat lagi kita pikirin hihi
Admin nak hightlight hero dalam gambar ni ialah Ayam Siat sebab yg ni baru pestaim buat.Kalau ada banyak isi ayam atau dada ayam, boleh cuba resepi ni.Kalau asyik buat ayam kunyit bosan jugak kan..Kat rumah ni bahagian dada ayam kurang laku.So kena olah buat menu baru, barulah laku keras heheee...Biasanya saya asingkan dada asing untuk masak dalam bihun.

Resepi yang lain2 boleh klik link di bawah
KARI GAYA GOA (Kari Ikan Tanpa Serbuk Kari)

RESEPI AYAM SIAT
Sumber Kak Lin Rosly (IG)
Bahan-Bahan
3 ketul dada ayam 
7 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 sudu besar cili giling kisar
1 helai daun kunyit (hiris)
3 helai daun limau purut (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 batang serai (ketuk) LiNa Pg tambah rcp asal xde
Gula, Garam Dan Kunyit
Sedikit Asam Jawa
Minyak

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, Goreng hingga masak (jangan terlalu garing)Ketepikan kemudian siat-siat.
  2. Keluaran sedikit minyak gorengan tadi,Tumis serai ketuk dan bahan kisar dan daun limau purut hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula, air asam jawa.Gaul rata.
  5. Masukkan ayam, masak hingga agak kering.Masukkan daun kunyit.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang

Wednesday, November 15, 2017

Tomyam Campur, Ikan Goreng Berlado, Sayur Campur Idea Lunch

Assalamualaikum...
Buntu ek tak tahu nak masak apa?Meh la saya share idea siket untuk korang.Resepi dah banyak kali ulang siar.Ni gambar saya share kat IG (meh follow IG cheq https://www.instagram.com/malina_lina_pg/
Gambar masakan yang fresh selalu tu saya upload terus ke IG.Gambar cincai ajer hehee.Untuk resepi klik link di bawah

Tuesday, November 14, 2017

Ikan Masak Cuka Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Sedikit kerajinan untuk update blog.Ikan Masak Cuka ni saya buat beberapa hari lepas (nampak tak betapa malas nak update blog tuh hahaa)Bila dah banyak hari mulalah ingat2 lupa apa bahan yang digunakan untuk membuat Ikan Bawal Masak Cuka ni.Ikan Masak Cuka ni ada juga yang panggil dengan nama Acar Ikan sebab bahan2 yang digunakan seakan sama dengan bahan untuk acar mentah.Okey lah dah tengahari ni saya xmo bebel panjang terus tepek resepi jer..Sat g nak lunch pulak
Resepi cukup mudah dan tak guna banyak bahan..tapi rasanya memamg padu beb...must try.
IKAN BAWAL MASAK CUKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan bawal (potong kepada beberapa bahagian)
  • 7 ulas bawang merah (3 ulas mayang halus)
  • 7 ulas bawang merah (3 mayang halus)
  • 1 biji cili merah (LiNa Pg potong ~2inci)
  • 1 biji cili hijau (LiNa Pg potong ~2inci)
  • 1 biji timun (buang empulur-potong  ~2inci)
  • Cili padi hijau dan merah (hiasan)
  • 1 sudu besar cuka (+1 cawan air)
  • Garam,kunyit dan gula/perasa
  • Sedikit biji sawi
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan garam kunyit,goreng hingga masak (jangan terlalu garing) ketepikan
  2. Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis bawang merah, bawang putih hingga sedikit layu.
  3. Masukkan biji sawi, tumis sebentar.Masukkan cili hijau dan merah.Kacau sebentar
  4. Masukkan cuka+1 cawan air,garam dan gula/perasa biarkan mendidih terlebih dahulu.
  5. Masukkan timun, bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji)
  6. Masukkan ikan, biarkan sebentar supaya timun dan bawang lembut sedikit.Masukkan cili padi merah dan hijau.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang.
Nota kecil LiNa Pg
Walaupun timun dimasak hingga lembut, tapi tekturnya adalah rangup..bila macam krup krap gitew.Sedappp

Tuesday, November 7, 2017

Ayam Pandan Thai Resepi Mudah dan Sedap (Video Masakan Disertakan)

Assalamualaikum...
Hai apa khabar semua?Kadang2 buntu tak tahu nak masak apa?Buka peti ais termenung sekejap fikirkan menu yang mendapat sambutan anak2.Ada dada ayam agak banyak jugak,selalunya saya asingkan bahagian dada ni untuk buat bihun goreng sebab anak2 tak berapa suka makan bahagian dada seketul camtu.Agaknya sebab terlalu banyak isi..Tu la anak2 jaman sekarang ni kan?So, saya decide nak buat Ayam Pandan Ala Thai..versi LiNa Pg of coz la taram saja ikut kepala sendiri hahaaa...Pokok pandan ada 3 pasu tapi daunnya kecil2 sahaja..So,ayam tu kita potong agak2 muat untuk balut dengan daun pandan.Resepi Ayam Pandan ni saya sertakan video/youtube cara nak balut supaya isinya tak terkeluar semama menggoreng.Jangan lupa subscribe tau...supaya korang tak terlepas video2 masakan LiNa Pg.Terima kasih atas sokongan semua
Simple sahaja tapi sedapppp..LiNa Pg tak buat sos, sebab makan bersama nasi...anak2 ratah jer
RESEPI AYAM PANDAN THAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
3 Ketul dada ayam (potong kecil/terpulang saiz daun pandan)
1 sudu besar rata serbuk cili (boleh tambah/kurang)
1 sudu kecil rata gula perang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam dan serbuk kunyit
Daun pandan secukupnya
Pencungkil gigi/lidi 
Minyak

Cara-Cara
  1. Perasa ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit 
  2. Masukkan serbuk cili dan gula perang.Gaul rata terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati.Perap selama 1/2jam supaya lebih mesra dengan bahan perapan (LiNa Pg tak perap pun sebab nak cepat)
  4. Ambil daun pandan dan lipat bahagian hujung (membentuk kelonsong (refer video)masukkan isi ayam dan balut.
  5. Cucuk dengan pencungkil gigi supaya daun pandan tidak terbuka semasa digoreng.
  6. Panaskan minyak goreng ayam pandan secara deep fry menggunakan api sederhana hingga masak.Angkat dan toskan
Jangan lupa SUBSCRIBE okey

Monday, November 6, 2017

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Brownies (Pos)

Alhamdulillah...
Dah petang baru sempat update blog..Rezeki hari ni,tempahan kek buah kukus pos ke Puchong,Brownies sebiji ke Alor Setar dan sebiji lagi Ke Sik.
Kek dah selamat dipos tengahari tadi..semoga selamat sampai ke destinasi.Mujurlah poslaju yg biasa saya berurusan tidak terjejas dengan banjir.
Okey saya xboleh nk celoteh panjang sbb masih ada sebijik brownies dalam oven utk tempahan malam ni.Yg ni regular kastemer,kwn husband saya..shukor..tenkiu kot selalu order
Gambar ni saya skrinshoot dari IG jer..senang kije..Update pun guna hp jer nih.

Owh yea...ada resepi terbaru di Youtube Channel LiNa Pg..kat blog belum smpt update..boleh tgk sana ok

Friday, November 3, 2017

Tempahan Red Velvet Cake

Alhamdulillah...
Sekian lama x buat RVC ni..agaknya penangan Drama RED VELVET kat Astro 123 Aliff Satar ngn lopa tu mempengaruhi keinginan utk menikmati keenakan RVC ni.RVC ni spesel req nak xtra cis..kita buat ajerlah..
Red Velvet ni rasanya masam2 manis..disulami cream cheese frosting yang enak memikat.Kali ni istimewa siket sebab 2 biji kek di bahagi kepada (1/2+1/2) dan sebiji lagi (1/2+1/4+1/4) hahaa..
Haahaa.cubaa membuta rossette..walaupun ke laut hasilnya...Tp tuan punya kata cantikkkk...Ok kita senyum jer la
Yang Rossette tu cisnya double..yg dot2 tu xtra cis jugak..tak x sampai double.Kiranya mmg rezeki kastemer kali ni..
Snap kat dapur pagi2 tadi..Gelap ajer gambar..sabau jer la
 Merah menyala...sesuai dengan namanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...