Sunday, December 31, 2017

Castella Cafe Uniknya Cafe Dalam Air

Assalamualaikum...
Castella Cafe (Dalam Air) merupakan salah satu tempat menarik di negeri Perak.Kalau sebelum ni kami menjamu selera di Nasi Bamboo Sungai Klah, kali ni Castella pulak.Nasinya dalam daun Bemban hehee...Castella Cafe terletak di Kampung Kerunai,Grik Perak.Walapun terletak jauh di pedalaman tapi ramai jugak yang sanggup datang dari jauh untuk merasa keunikan hidangan Bangsawan.Ala-ala berkelah di tepi sungai yang jernih...sejukkkk ya amat..Satu kelainan ianya kita menjamu selera dalam air..kerana kerusi meja diletakkan dalam air...ada jugak meja yang 'di atas darat' hehee.Ok jom kita jamu mata




Bye-bye 2017, welcome 2018...Selamat Tahun Baru semua..semoga tahun 2018 memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua...

Thursday, December 28, 2017

Bubur Biji Nangka Lembut Dan Tak Liat

Assalamualaikum...
Bubur Biji Nangka juga dikenali sebagai Bubur Butir Nangka.Ya Allah malasnya nak menaip panjang2. 
Biji nangka versi comel2 jer..budak sarah yang gentel..saya campur dengan ubi kayu siket.
BUBUR BIJI NANGKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.Gaul rata
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.Titiskan pewarna (jika suka)dan uli rata 
  4. Gentel doh ikut suka la sebesar mana.LiNa Pg gentel sebesar manik tasbih jer.Boleh jugak dibentuk lonjong seperti biji nangka.
  5. Rebus air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel tadi.Rebus hingga doh timbul di permukaan.Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
Bahan B (Kuah)
  • 500ml santan(LiNa Pg gn 1 kotak santan 200ml+300ml air)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 ketul nisan/gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir (ikut selera)
  • Sedikit garam
  • Halba (jika suka)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan,masak hingga gula melaka/nisan hancur dan santan mendidih.Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
  2. Masukkan kuih biji nangka.Masak hingga mendidih dan kuih terapung di permukaan.Tutup api.
Nota:
Jika nak masukkan ubi kayu ke dalam bubur, potong ubi kayu kepada kiub2 kecil dan rebus hingga empuk.Barulah masukkan santan.Dan ikut langkah seterusnya di atas

Wednesday, December 27, 2017

WW : Ubi Kayu Rebus

Assalamualaikum...
Ubi kayu Rebus.Menu basi musim hujan lagi..wordless Wednesday.

Tuesday, December 26, 2017

Karipap Kampung Berjerawat Yang Awesome

Assalamualaikum....
Cuti sekolah dah pun di penghujung...ekceli karipap ni saya buat masa awal2 cuti lagi.Buat banyak2 dan frozenkan jer.Bila anak2 nak makan, pandai2lah dorang goreng sendiri.Resepi karipap ni saya masih setia dengan versi terdahulu.Bleh klik SINI sebelum ni saya pernah cuba pelbagai rcp untuk doh karipap tapi tak kena dengan selera saya..rasa berminyak.Kalau yang uli guna majerin semata cepat pulak rasa muak.So,yg ni paling menepati citarasa saya.Inti tu boleh di pelbagai ikut selera la..Tapi paling sedap di tekak saya ialah inti ayam+kentang atau nti keledek.
Karipap ni saya panggil Karipap Kampung sebab kulitnya menggerutu dan berjerawat kikiiii...Suka pulak dapat versi camni.Kalau yang licin mulus tu dah biasanya sangat.Cuma saja belajar teknik nak dapatkan kulit macam ni.Sapa suka kita geng

Thursday, December 21, 2017

Kentang Goreng Telur Resepi Ringkas Dan Sedap (YouTube Masakan)

Assalamualaikum...
Bila dah nak sampai ke hujung minggu,stok barang basah dan tak seberapa tambah pulak buntu tak tahu nak masak apa.Masak ajerlah sesuatu yang ringkas janji berselera untuk makan.Resepi Kentang Goreng Telur ni mmg sedap taw..Makan pula dengan nasi panas2 mmg terangkat.Masak pun dalam ~15minit ajer.Kali ni ada sedikit kerajinan buat video.Kalau tak mau termiss video masak LiNa Pg
Jangan Lupa SUBSCRIBE klik tulisan merah tu okey
Ratah pun sedappp..pedas2 manja..
KENTANG GORENG TELUR
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal IG kak Shiela D'Dapoq
Bahan-Bahan
  • 2 biji kentang 
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 4 biji cili padi (LiNa Pg ketuk siket)
  • 1 ulas bawang merah (mayang halus)
  • Sedikit daun bawang (hiasan)
  • Sedikit garam
  • perasa/aji (jika suka)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong wedges dan goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang merah,cili merah dan cili padi hingga terbit bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan kentang (yang telah digoreng tadi),masukkan garam dan perasa (jika suka)gaul rata.
  4. Kemudian masukkan telur.Kacau rata.Sesuaikan rasa.Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan.Sedia dihidang.
Video sekejap lagi saya update..uploading in progress..Biasalah lambat siket

Wednesday, December 20, 2017

Ikan Pesmol Resepi Chef Wan

Assalamualaikum...
Entry ringkas di pagi Rabu iaitu Ikan Pesmol resepi ni saya pernah buat beberapa kali jugaklah rasanya seakan percik.Cara Buat Ikan Pesmol ni agak ringkas sebab ikannya digoreng sahaja kalau percik kena bakar.Jom kita layan resepi.Dah lama buat ni dah tayang lamaaaa kat IG sinun..Jom follo IG Malina LiNa Pg 
Gambar cincai ajer huhu..Ikan Pesmol, Senangin asam rebus, ulam dan senangin goreng.Ala kampung ajerr
RESEPI IKAN PESMOL
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Chef Wan/Sherina
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap dibersihkan (LiNa Pg gn 4 ekor kembung curut)
garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
5 biji cili padi
Sedikit hirisan karot
Buah tomato
Daun ketumbar
2 helai daun limau purut 
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat 
jus limau nipis (dari  biji limau)
gula

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras (xletak)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia

Cara-Cara
Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot (karot terlupa nak letak)
Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula
Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata

Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Monday, December 18, 2017

White Velvet Cheesecake Dan Kek Coklat Moist (Tempahan Terakhir 2017)

Assalamualaikum...
White Velvet Cheesecake?Bukan typo memang kek ni warna putih kat dalamnya.Saya menggunakan Butter Cheesecake (light saja) sebagai kek basic.Lapis pulak dengan cream cheese frosting yang masam2 manis.Mewah kan?Cis kek..salut pulak dengan cis.Otomen+batman+ladybird tu mmg req nak letak atas kek..Jenuh jugak cari mainan tu 3 kedai saya meronda.Asalnya nak letak jet wing tapi out of stock.Kek ni seberat ~2kg.

Inilah rupa kek basic Butter Cheesecake...Dugaan betul...masa dok bako ni oven Pensonic saya rosak.Heater element dia blown out.Trip satu rumah...Sudahlah spare heater dah abes dah..Cepat2 saya pindahkan kek ke oven lain..Jenuh pulak dok tunggu kek depan oven sebab tak begitu familiar dgn oven back up ni.Alhamdulillah..mejadi gak kek eksperimen ni

Yang ni pulak Kek Coklat Moist...Lupa dah tempahan hari apa..
Dengan ini tempahan kek 2017 telah ditutup.
Tahun depan belum tahu lagi bila nak buka/stat ambil tempahan semula.Kalau ada semangat dan kerajinan nan jitu, saya ambil tempahan..Kalau semanganta yang hilang (cam lagu XPDC plak) saya dok dendiam jer lah...Bahan kek pun mahal nak bertingket2 penat mak nak..nak buat costing

Wednesday, December 13, 2017

Nugget Maggi Sajian Enak Dan Mudah Untuk Minum Petang

Assalamualaikum...
Pernah makan Nugget Maggi tak?Kalau Murtabak Maggi tu biasa sangat kan?Resepi Nugget Maggi ni sangat senang, bahan pun tak banyak..boleh buat bersama anak2 bab nak celup2 telur dan golek2 dalam breadcrumb tu si kecil saya sangat suka tolong..So,mama bagi ajerlah kan..kalau time membaking memang zon dapur adalah kawasan larangan hahaa..
Ekceli sebelum ni saya pernah buat jugak Nugget Mi Segera ni tapi dah agak lama.Boleh tengok SINI ni pun saya buat masa cuti sekolah jugak.Memang resepi nuget ni time cuti panjang jer la kan hihi.Okeylah jom kita layan resepi.Kali ni LiNa Pg cam rajin siket siap snap gambar lagi.Kongsi idea minum petang anak anak
Nugget ni sangat sedap dimakan panas2 cicah sos cili dan mayonis

 NUGGET MAGGI/NUGGET MI SEGERA
Bahan-Bahan:
2 paket maggi/mi segera (bersama perencah)LiNa Pg gn 1 paket perencah
3 cawan air
1 biji telur (pukul manja2)
Sedikit oat/bread crump
Minyak

Cara-Cara: 

  1. Masak maggi bersama 3 cawan air dan perencahnya.Masak hingga air kering (macam masak nasi).Maggie jgn patah2kan..masuk camtu jerr
  2. Setelah air kering, tuangkan maggie ke dalam bekas jangan tebal sangat.Agak2 jer lah (Refer pada gambar)
  3. Masukkan dalam freezer supaya membeku.Senang nak potong petak2 (LiNa Pg buat sebelum lunch, so petang dah keras dan boleh potong2)
  4. Setelah beku.Potong kecil2 macam saiz nugget tu.
  5. Celupkan ke dalam telur dan salut dengan breadcrumb
  6. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga golden brown.Nugget Maggi enak dihidang bersama sos cili dan mayonis.Selamat Mencuba ;)


Nota kecil LiNa Pg
1)Kalau takde bread crump, boleh terus goreng setelah celup ke dalam telur.
2)Kalau nk frozen, lepas golek dalam breadcrumb masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer (Gambar last tu LiNa Pg frozen, nk makan cuma goreng terus jer)

Monday, December 11, 2017

Sandwich Telur Mayonis (Sandwich Egg Mayo)

Assalamualaikum...
Dah petang baru nak update blog.N3 yang basi plak tu kiki...Ekceli Sandwich Egg Mayo ni saya buat masa first daya cuti sekolah lagi.Sesaja rajin snap gambar w'pun sandwich ni post ke IG Nampak togel jer takde daun salad.Walaupun rupanya kureng,tapi rasanya memang walla...simple yet tasty gitew kekdahnya.
Resepi saya buat karangan jer la sebab senang sangat ~ 3 biji telur rebus lecek halus + 2 sudu besar mayonis, sedikit lada sulah.Itu jer bahan dia...pelakon tambahan timun dan tomato..salad kalau ada.

Friday, December 8, 2017

Jom Terokai Pusat Sains Negara

Assalamualaikum...
Pernah pergi melawat Pusat Sains Negara?Kalau belum pernah sampai..saya nasihatkan korang pergilah memang sangat berbaloi.Kalau kami tidak mengejar masa, hari tu memang seharian bleh explore Pusat Sains Negara ni.Memang sangat best.Anak2 pun seronok boleh mencuba macam2 eksperimen.Free pulak tu (sehingga akhir tahun ni 2017) Nx year dah kena tiket.Berapa harga tiket tu saya tak pastilah.Saya kongsikan beberapa photo yang sempat dirakam.Ekceli sangat banyakkkkk tapi kami eksaited mencuba pelbagai benda yang disediakan terus simpan kamera dan enjoy menerokai dunia sains...sangat2 seronok.Kalau teringin nak merasai keseronokan ni kenalah rasainya sendiri.Bagi saya kalau dikenakan tiket RM10 pun masih berbaloi..apatah lagi ianya PERCUMA...mana nak dapat?
 Menarik kan reka bentuk bangunan Pusat Sains Negara (PSN) ni.kalerful  sekali tengok macam UFO pun ada
 Apa apa hal pose dulu..memula rajin la sebab ingat area ikan ni jer boleh masuk
 Baca apa tuuuuu? Ooo..info
 Apollo 13 ke hapa ni
 Salah satu room
 Ni bukan basikal exercise ya hahaa...tu dok kayuh basikal sebab nak gerakkan train dalam tu
 Abang pun nak try jugak..kakak pun try tp yg satu lagi nk rosak kot..xjalan
 Budak ni memang segala benda dia nak try..Tu pusing2 'stereng' sebab nak gerakkan bebola dalam roller coaster tu..lepas tu langgar alat muzik..ada lah bunyian muzik hehee...
 Tempat ni cam 'Labyrith' siket tengok sama jer..cam nak sesat pun ada
 Jom kita explore kat atas plak
 Haaa..tu dok tekan petak2 sebab keluarkan cahaya...
 Dengan kuasa sakti......
Periodic Table...sesuatu yang sangat sebati dengan diri saya huhuuu

All Right Reserved 2017

Wednesday, December 6, 2017

Nasi Bamboo Sungai Klah (Sungkai)

Assalamualaikum....
Kebelakangan ni agak malas sikey nak update blog.Hari tu masa bawa anak2 ke KL sempat jugaklah singgah Jalan Jalan Cari Makan di Nasi Bamboo Sg Klah yang femes tu di Sungkai tu.Agak mudah untuk mencari Restoran ini..kalau dari PLUS arah utara exit Sungkai jer lepas tol belok kanan dah jumpa Restoran.Kami bernasib baik sebab agak lewat tiba di Restoran Nasi Bamboo ni jadi parkingnya mudah dan orang tidak begitu crowded tp still ramai jugak lah walaupun jam dah menunjukkan 3.45pm.
Nasi Bamboo ni agak mesra pelanggan sebab setiap kaunter makanan ada cashiernya sendiri.Konsep layan diri yang agak praktikel dan tidak perlu bersesak untuk bayar.Ambil makanan dan bayar terus..Nasi Bamboo didatangkan bersama set ulaman dan sambal.Disebabkan kami sudah agak lewat,so lauk2nya tidak begitu meriah.Antara menu yang kami jamah pada hari tu ialah Ayam Bakar Bunian, Kambing Bakar, Ikan Lampam Masak Lemak dan Kerabu Pucuk Paku.Harganya agak reasonable dengan portion dan tempat.Kira okeylah jugak.Sedap ke tak?Sedap tu agak universal..so,korang kenalah try sendri.
Set Nasi Bamboo
 The whole posting belongs to http://linapg.blogspot.my/ copyright reserved...Penyangak/lanun IT jangan cuba2 nak mencuri hasil titik peluh orang lain
Ayam Bakar Bunian,Kambing Bakar
Copyright Reserved 2017 http://linapg.blogspot.my/ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...