Thursday, December 28, 2017

Bubur Biji Nangka Lembut Dan Tak Liat

Assalamualaikum...
Bubur Biji Nangka juga dikenali sebagai Bubur Butir Nangka.Ya Allah malasnya nak menaip panjang2. 
Biji nangka versi comel2 jer..budak sarah yang gentel..saya campur dengan ubi kayu siket.
BUBUR BIJI NANGKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.Gaul rata
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.Titiskan pewarna (jika suka)dan uli rata 
  4. Gentel doh ikut suka la sebesar mana.LiNa Pg gentel sebesar manik tasbih jer.Boleh jugak dibentuk lonjong seperti biji nangka.
  5. Rebus air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel tadi.Rebus hingga doh timbul di permukaan.Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
Bahan B (Kuah)
  • 500ml santan(LiNa Pg gn 1 kotak santan 200ml+300ml air)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 ketul nisan/gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir (ikut selera)
  • Sedikit garam
  • Halba (jika suka)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan,masak hingga gula melaka/nisan hancur dan santan mendidih.Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
  2. Masukkan kuih biji nangka.Masak hingga mendidih dan kuih terapung di permukaan.Tutup api.
Nota:
Jika nak masukkan ubi kayu ke dalam bubur, potong ubi kayu kepada kiub2 kecil dan rebus hingga empuk.Barulah masukkan santan.Dan ikut langkah seterusnya di atas

1 comment:

Acik Erna said... Balas

Sedap ni lina..kalau bulan ramadhan di tempat acik ada satu gerai yang jual bubur ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...