Thursday, December 21, 2017

Kentang Goreng Telur Resepi Ringkas Dan Sedap (YouTube Masakan)

Assalamualaikum...
Bila dah nak sampai ke hujung minggu,stok barang basah dan tak seberapa tambah pulak buntu tak tahu nak masak apa.Masak ajerlah sesuatu yang ringkas janji berselera untuk makan.Resepi Kentang Goreng Telur ni mmg sedap taw..Makan pula dengan nasi panas2 mmg terangkat.Masak pun dalam ~15minit ajer.Kali ni ada sedikit kerajinan buat video.Kalau tak mau termiss video masak LiNa Pg
Jangan Lupa SUBSCRIBE klik tulisan merah tu okey
Ratah pun sedappp..pedas2 manja..
KENTANG GORENG TELUR
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal IG kak Shiela D'Dapoq
Bahan-Bahan
  • 2 biji kentang 
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 4 biji cili padi (LiNa Pg ketuk siket)
  • 1 ulas bawang merah (mayang halus)
  • Sedikit daun bawang (hiasan)
  • Sedikit garam
  • perasa/aji (jika suka)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong wedges dan goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang merah,cili merah dan cili padi hingga terbit bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan kentang (yang telah digoreng tadi),masukkan garam dan perasa (jika suka)gaul rata.
  4. Kemudian masukkan telur.Kacau rata.Sesuaikan rasa.Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan.Sedia dihidang.
Video sekejap lagi saya update..uploading in progress..Biasalah lambat siket

3 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer....

LiNa_Pg said... Balas

@adda syuhada
Walaupun simple jer tp sedappp..akak ratah2 ajer ni

Phong Hong said... Balas

Tengah lapar ni, Lina. Tengok jer hidangan yan Lina masak rasa macan nak nanges hah..hah... Apa2 yang ada telur atau kentang, PH suka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...