Wednesday, December 13, 2017

Nugget Maggi Sajian Enak Dan Mudah Untuk Minum Petang

Assalamualaikum...
Pernah makan Nugget Maggi tak?Kalau Murtabak Maggi tu biasa sangat kan?Resepi Nugget Maggi ni sangat senang, bahan pun tak banyak..boleh buat bersama anak2 bab nak celup2 telur dan golek2 dalam breadcrumb tu si kecil saya sangat suka tolong..So,mama bagi ajerlah kan..kalau time membaking memang zon dapur adalah kawasan larangan hahaa..
Ekceli sebelum ni saya pernah buat jugak Nugget Mi Segera ni tapi dah agak lama.Boleh tengok SINI ni pun saya buat masa cuti sekolah jugak.Memang resepi nuget ni time cuti panjang jer la kan hihi.Okeylah jom kita layan resepi.Kali ni LiNa Pg cam rajin siket siap snap gambar lagi.Kongsi idea minum petang anak anak
Nugget ni sangat sedap dimakan panas2 cicah sos cili dan mayonis

 NUGGET MAGGI/NUGGET MI SEGERA
Bahan-Bahan:
2 paket maggi/mi segera (bersama perencah)LiNa Pg gn 1 paket perencah
3 cawan air
1 biji telur (pukul manja2)
Sedikit oat/bread crump
Minyak

Cara-Cara: 

  1. Masak maggi bersama 3 cawan air dan perencahnya.Masak hingga air kering (macam masak nasi).Maggie jgn patah2kan..masuk camtu jerr
  2. Setelah air kering, tuangkan maggie ke dalam bekas jangan tebal sangat.Agak2 jer lah (Refer pada gambar)
  3. Masukkan dalam freezer supaya membeku.Senang nak potong petak2 (LiNa Pg buat sebelum lunch, so petang dah keras dan boleh potong2)
  4. Setelah beku.Potong kecil2 macam saiz nugget tu.
  5. Celupkan ke dalam telur dan salut dengan breadcrumb
  6. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga golden brown.Nugget Maggi enak dihidang bersama sos cili dan mayonis.Selamat Mencuba ;)


Nota kecil LiNa Pg
1)Kalau takde bread crump, boleh terus goreng setelah celup ke dalam telur.
2)Kalau nk frozen, lepas golek dalam breadcrumb masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer (Gambar last tu LiNa Pg frozen, nk makan cuma goreng terus jer)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...