Thursday, February 23, 2017

Nasi Beriani Pakistan

Assalamualaikum
Agak lama dah masak Nasi Biryani Pakistan ni, lina pg masak guna kambing.Kebiasaannya saya masak nasi beriani versi saya sndri.Boleh tengok kat SINI kali ni masak versi lain pulak.Tukar selera.Bila saya gugel resepi Nasi Biryani, mesti kuar dari rumah kak azie..bila baca stepnya mak aih panjang nau...terus terbantut nk masak.Kali ni gigih jugaklah buat...tak cuba xtau kan?So,kalau u olls berminat bolehlah cuba.Kalau nak tengok step by step boleh pi ke blog kak azie.
Cara Masak Nasi Beriani Pakistan
 Ini selepas siap melapis..bahagian atas ialah daging..LiNa Pg letak jugak lebihan kuah kambing tu
 Lapisan pertama Nasi, dan telur
 Nasi yg telah masak sempurna
Resepi Nasi Beriani Pakistan, Resepi Nasi Biryani Pakistan
 Gembur2kan supaya jadi warna warni camni

Nasi Beriani Kambing Pakistan
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam 1/2jam dan toskan)
1kg kambing (LiNa Pg beli yg bertulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
4 biji tomato (dadu)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (LiNa Pg guna 1bks kecil yogurt)
2 bay leave 
Minyak olive (LiNa Pg guna butter)
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus (LiNa Pg skip)
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Cara Penyediaan Lauk (Kambing)


  1. Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam
  2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
  3. Masukkan ayam/kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk
  4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  5. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api (LiNa pg pindahkan ke Pressure Cooker supaya cepat empuk)

Car Penyediaan Nasi:

  1. Basuh beras, rendam selama 30 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih. 
  2. Masukkan beras dan masak/rebus beras sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  3. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Cara Penyediaan Nasi Beriani:

  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning (LiNa Pg tabur sedikit saffron) ke atas nasi. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
  2. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning. 
  3. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam/kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  4. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas (LiNa Pg guna kaedah selamat kukus jer hingga masak)
  5. Keluarkan periuk dari rice cooker/pengukus dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.

Cara Masak Nasi Beriani Pakistan
Inilah dia rupa Nasi Beriani Pakistan...Sedap ke tidok?Kenalah cuba hihi

Tuesday, February 21, 2017

Kek Coklat Cheese Lava

Alhamdulillah...
Diberi kesempatan masa utk melunaskan permintaan kastemer nk makan kek coklat cis momok ni.Ya Allah maaf sangat2 sebab terpaksa lama menunggu kek ni.Depa re nk order hujung tahun lps tapi saya kata nx year (2017) br buka semula tempahan kek ni.Hari ni dah masuk hujung bulan 2 baru sempat buat.Terima kasih kerana masih setia dgn kek lava LiNa Pg.Ada yg kata depa pernah order dgn org lain sbb tingin saya nk makan kek lava ni, tapi katanya rasa x sama dengan yg saya buat.Ya la kan..air tangan berbeza..mestilah rasanya berbeza.Tambah pulak kek lava LiNa Pg ni hasil olahan beberapa resepi dan cream cheese tu pun kombinasi resepi kegemaran saya.Mestilah lain dari yg lain...
 Ini jer yg mamou disiapkan.Ada lebih x?TAK ADA yg ni pun ada jugak yg kempunan..sbb x sempat nk booking ms saya open order kat fb


Terima kasih semua

Monday, February 20, 2017

Tempahan Kek Coklat Moist, Snow Cheese Kek Dan Brownies

Alhamdulillah
Tempahan petang kemarin, jarang2 saya ambil tempahan hujung mggu sbb sudah menjadi rutin kami utk keluar JJCM pada hujung mggu.Kali ni saya ambil jugak sebab tempahan dari sekolah sebelah rumah saya jer.SMK Sungai Nibong.Terima kasih cikgu2 dan Puan Pengetua.Harap berpuas hati
Kek Coklat 2kg
Kek Coklat Moist..cam biasalah kalau kek coklat LiNa Pg deco simple2 jer..asal sedap mata memandang hihihi..Pengetua req 2kg...saya buat ikut adunan..Hasilnya 1.95kg
 Snow Cheese Cake hahaa...cam x percaya plak saya terima order kek ni.Pernah sekali saya buat ms tengah viral beberapa tahun lps, lps tu xbuat dah..dah mmh x open order utk kastemer.Ada yg req tp saya menolak.Kali ni saya buat jugak ats permintaan pihak sekolah..nk kek (apa2 kek) yg salut cis..pastu tabur jer la cis parut kat atas tu.Oo..kek cis leleh la tu.Tapi saya buat bukan versi leleh sbb kek ni utk majlis rasmi.Dalam tu bukan kek span biasa tau..Saya upgred siket..Snow Cheese Kek ni saiz 10x10in.Berat 1.75kg
 Gelap plak gambar
Brownies xmo kedut kikiiii

Friday, February 17, 2017

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Brownies (Pos)

Alhamdulillah..
Reeki tempahan minggu ni..Rangkumkan sekali.Kek Buah kukus Pos ke Taiping dan juga Ke Nismilan.Brownies pun pos jugak ke Nismilan.Kalau nk tempah kek kena inform 4-5 awal, kalau yg order by post kn inform 7-10hari awal.
 Kek Buah sebiji posm sebiji self collect
 Kek Buah Kukus Pos ke Taiping
 Brownies coklat pos gak ni
Kek Buah dan brownies ke Bahau.Nak order nuuuu no hp kat atas, no hp tu utk tempah jer tau

Thursday, February 16, 2017

Kota Kinabalu Trip - Day 4 (Last Day)

Assalamualaikum...
Hadess lama nau nk abeskan n3 cuti cuti ke Kota Kinabalu.Asyik tertangguh jer.Kalau ikutkan ati malas dah nk sambung.Tp tepek gak la buat kenangan.Entah bila plak boleh sampai ke sini kan??
Okey lah..last day kat KK ni xde sangat aktiviti.Pagi tu kami bersarapan di hotel (breakfast include ms booking thru agoda).Lps sarapan, naik ke bilik kemas2 barang2 terus check out.Lepas tu pi beli ikan hahaa.Hari ni bernasib baik senang plak dapat parking kat pasar basah ni, TAPI disebabkan weekdays wajiblah letak parking coupun tu..adoi mana nak cari.1/2 jam jugak en.asben melilau cari kopun tiket tu.Akhirya jumpa pondok yg jual tiket, alahai depa juai sebungkuih la pulak, nk minta beli sekeping xmo juai plak..Kami ni dah nak balik Semenanjung dah sat lagi..cam membazir nk beli kopon sebungkus tu..Cuba nasib tanya orang lalu lalang kot nk jual selai yg 1/2-1jam..seringgit pun xpe.Jumpa brader tu minta beli selai..dia bg yg 45min..asben hulur 2hengget.tapi dia xmo..Alhamdulillah...tenkiu semoga beliau dimurahkan rezeki..amin.Kisah kami di parking Pasar Basah KK hihiiii...Dah selesai parking, jom la masuk tengok ikan
Pakai cantik2 pi beli ikan...apa daaa..Mula2 risau gak, takut sat g naik flight pakaian bau ikan..dah la pakai sport shoes masuk pasar ni.Tp Alhamdulillah..ikan mmg segar xde bauan melekat kat pakaian hehee.Ikan Jenahak..beli 2 ekor jer..Kena bajet sebab handcarry xleh lebih 5kg.
 
 Pilih kak pilih...Ikan Kerapu Bara spesis ni saya x pernah jumpa lagi kat Penang.1kg 20 hengget.Saya amek 5ekor.Buat stim nyonya..rupanya goreng biasa pun sangat sangat sangat sedap.Manis sangat.Lepas tu saya xmo spoil kan rasa..cuma goreng jer.
Ketam nipah.20hengget sekilo.Hangkut gak la 1kg.Pendek kata serba sedikit.Bagi cukup timbangan ~5kg kikiii.Lepas tu beli udang plak.
Dah selesai membeli ikan..kena tunggu gak dalam 1/2jam utk tuan kedai buat pacakaging.Jam kol 11.30am...Masih awal utk ke epot
Kami pusing2 sekitar KK/Putatan singgah sat ke Taman Liar Lok Kawi.Kami posing kat luar ni jer.Xmasuk pun sebab takut ralit plak..Kang terlepas flight
Posing ntah pape tema dia hahaa
On da way ke epot lebih kurang kol 1pm..tengok awan cam pelik jer..terus snap gambar.Fenomena luar biasa.Kalau x silap orang panggil Belalai Air sebab kat depan tu laut.Betul agaknya.Gambar ni saya snap dr dalam kete (ms kete tengah bergerak)nampak x betul2 tengah jalan angle gambar ni.Jadinya hasil x seberapa

 Flight kami sepatutnya 3.15pm.Tapi agak lewat dapat kelulusan berlepas.Lama nau dok dalam flight 45min br depart.Agaknya sebab cuaca kurang baik..berangin jer tengahari tadi.Budak sarah kebosanan..lama nk gerakk
 Haaa...camni la packaging seafood yg kami beli kat pasar KK tu.Ni kat dapur TMK dah ni..nampak alas meja tu hahaa
Pasar Basah Kota Kinabalu
Antara tangkapan..udang dan masuk dalam sink

Monday, February 13, 2017

Bercuti ke Kundasang Dan Kota Kinabalu - Day 3

Assalamualaikum...
Masih lagi dengan kisah percutian ke Kundasang dan Kota Kinabalu.Hari ketiga adalah hari yg paling panjang semasa percutian kami.Paling banyak aktiviti dan banyak tempat sempat kami singgah, yg best singgah lama dan posing2..yg x best tu touch n go jer la.Pagi2 hari hujan masih renyai (malamnya hujan lebat) dalam hati camana lah nak tengok lembu kat Desa Catle sat lagi.Renung dari tingkap, langsung x nampak kelibat gunung kinabalu..mmg xde rezeki.Pagi tu kami alas perut dengan secawan milo malas dan roti gardenia (bekal dari Penang, gigih bawa roti hahaa)Bila hujan reda, sempat posing sekitar homestay.Cuaca berkabus tp bila dilihat dengan mata kasar, subhanallah sangat cantik..bila snap gambar, kurang jelas sebab kabus sangat tebal.Jom kita ke New Zealand Malaysia plak.Desa Cattle Dairy farm
kamera girl amatur, gambar kurang jelas..tp xpe la yg ni jer ada
Perkampungan Mesilou, Kundasang Ranau Sabah.Tempat ni sejukkkkk sangat
Pagi..pukul 7.30am..hujan masih..sepatutnya dari tingkap ni tersergam gagah gunung kinabalu
Cuti Kundasang
 Perjalanan dari homestay Jilinieja ke Desa cattle ni mengambil masa lebih kurang 10min.Kebetulan kami datang ms CNY mmg orang ramai yg amat
Tiket masuk 5hengget dewasa dan 4ringgit kanak2.Bagi saya sangat berbaloi sebab best sangat.View sangat cantik.Kalau nk bg lembu makan atau minum susu, kena bayar RM1 utk rumput
Gigih tau tunggu awan berlalu sebab nk snap puncak kinabalu tu.Nampak gak sipi2.jadilah buat ubat hihi
Kalau tgk dgn mata kasar agak jelas jugak puncak tu..Tp dalam gambar ni x begitu jelas.pendek kata u olls mau la sndri hehee
Lepas tu kami masuk ke dalam tempat proses plak.Nampak orang beratur panjang,kita pun meyibuk sekali.Ingatkan beli eskrim, rupanya jual sosej.Sosej pun sosej la..beli gak sosej cis...ALhamdulillah sedap.Kenyang gak...terus skip bf.
Rupanya eskrim jual kat area lain.Menggelupur la dak sarah nk eskrim..Kakak n abg belikan utk dia
 Kat sini bukan lembu jer tau, kambing pun ada jugak..Cantik putih suci jer.Seisi 'menyuap rumput' hurmmmm ye ye jer bg kambing makan rumput.Dia makan nasi pun mama yg suapkan hahaha
 Okey jom kita tengok lembu dalam kandang lain plak
 Pantang jumpa kusi, mesti lepak.Penat wooo menapak dalam ladang ni.Mmg luas dan agak panas walauapun cuaca nyaman
 Posing duduk2 plak hahaa..lenguh kaki dah
 Ehem..ehem..perantin lama
 Teropong lembu dari kejauhan...sayup jer...nun kat padang ragut paling jauh
 Haaa tu nampak
 Budak ni dah penat...jom balik
 Mama dan kakak
 Nice view
Selesai tengok lembu, kami menghala ke KK.Tapi menyinggah gak kat Kinabalu Heritage.Ingat nk masuk snap gambar jer.Sekali kena bayar plak.Dan tempat ni sangat2 not worth it utk bayaran RM3 seorang
 
 Kawasan x terjaga pun..dan xde apa kat dalam..kami masuk l2bih kurang 5min jer..terus blah

Kami meneruskan perjalanan ke KK, mlm tu kami check in di Platinum Hotel, Putatan.Biliknya besar dan selesa
Lepas tu keluar dinner plak.Mlm tu kami try lobter plak.Harga 1 ekor tu siap masak RM75, ikan tu pulak RM24.Ada kerang gergasi jugak kg dan sayur campur.Malam ni makan agak mahal jugak.Total RM260.Tak pe la last day, esok nk balik Semenanjung dah
Lepas makan singgah plak kat Pasar Filipina beli sedikit buah tangan.Lepas tu singgah plak kat Hard Rock, teman en.asben nk beli T-Shirt.
Port menarik,apa lagi posing la hihihi.
Okey jom balik tidor...esok, kita beli ikan plak...segar bugar ikan kat KK ni...ok daa..nnt kita sambung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...