Monday, March 20, 2017

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Brownies Pos

Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek buah kukus 2 biji dan brownies sebiji.3 biji ditempah org yg sama.Regular kastemer kek LiNa Pg dr seri kembangan.Sebiji kek buah dan brownies di pos ke Ipoh, sebiji kek buah pos ke Seri Kembangan (ruma beliau) terima kasih fi.
Tempahan terakhir musim cuti sekolah.Kalau ada yang nak menempak lepas cuti nnt ya...
 Golden Brown yang memikat
Brownies freshly bake pg tadi..kalut nk wrap lupa plak nk snap

Friday, March 17, 2017

Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum..
Hari ni hari terakhir anak2 bersekolah, esok dah stat cuti penggal..seronok jadi bebudak sekolah ni kan?Sat2 cuti jerr.Mak2 jer yg tak pernahnya dapat cuti, anak cuti mak lagiiiiiiii banyak kije..pg petang malam asyik masak2 jer kejenya.
Membebel plak ptg ni hehee..Okeylah tempahan hari ni 3 biji kek karamel coklat moist ditempah oleh jiran saya kak mai.Dah selamat hantaq tadi..tekan lift jer pi hantaq heheee..

Lawa jer kan kek tu tiga2 pun ok2 jer kan?hurmmmmmm itu yg korang nampak, saya yg buat ni nak sakit jantung siapkan 3 biji kek ni.Bayangkan karamel tu xmo beku/masak..dah hampir 2jam..2jam tau bukan doploh minit.Terus buat plan B, minta en.asben tukarkan heater element oven kecik saya.Masa mula2 bakar saya guna oven lain..sebab oven pensonic rosak, mujurlah ms g amek Reward tu dah beli siap2 heater dia..terus jer tukar alhamdulillah kek pertama beraya disiapkan dalam ms hampir 3jam..Pengsan mak nakkkkk.Kek kedua plak air kering ms tgh bako....hadoi macam2 betul la..kek ketiga saya tunggu depan oven..ms bako..nah kooo..puas ati.Mujurlah bila diterbalikkan kek..kesemuanya dalam keadaaan sempurna..tiada cacat celanya..Dugaaannnnnnn dunia baking.Nampak mudah tp memerlukan kesabaran.
Opss..cuti sekolah ni saya tak ambil tempahan baru.Cuma buat yg sudah buat payment sahaja.Tak bercuti ke mana pun.Ada urusan keluarga jer

Tuesday, March 14, 2017

Terima Kasih Pensonic - Air Fryer PDF2201

Alhamdulillah..
Yeayyy..dapat new toys yang menyeramakkan lagi aktivit masak2 LiNa Pg.Rezeki blog TMK bilamana dilamar oleh Team Marketing Pensonic utk membantu mempromosikan kontes 'We Want You To Be On TV' ingat lagi tak pasal kontes ni? Boleh tgk SINI utk n3 tersebut.Alhamdulillah pihak pensonic telah menunaikan janji dorang dengan memberikan reward kepada saya.Lagi best reward ni boleh pilih tau, apa yg kita nak dalam kategori 'Chef's Like' product, memandangkan barangan lain hampir semua saya dah ada kecuali multicooker dan air fryer jer yang tak ada.So, saya pilih Air Fryer.Lepas ni bolehlah menggoreng tanpa minyak.Makanan lebih sihat less kolesterol.Kelasss gitu.Kalau nak beli beratus jugak harga nya.Rezeki la kan dapat free.Ni kira rezeki besday saya jugak la sebab emel tu saya dapat pada hari besday, cuma item ready to collect petang kemarin.Gigih tau pi collect kat Bukit Minyak, siap ngan sesat bagai...
advertorial blogger, chef's like product pensonic
 Saya bukan menang kontes tau, hadiah/reward ni sebagai token sebab saya mengambil bahagian untuk mempromosikan Kontes We Want You To Be On TV.
Inilah dia Ms Munis dari Marketing Department.Frenly orangnya.Gambar ni dalam show room barangan Pensonic.
Yang dapat hadiah tu muka nak senyum xmo senyum..kontrol ayu la kunun hahaaaa
 pensonic chef like product
Pensonic bukan bagi kotak kosong tau hahaaaa...Ni ha barang yg dapat Air Fryer.Nnt kite eksperimen..Mula2 goreng fries dan nugget dulu la...yg senang2 dulu, pastu baru buat yg sh siket

Friday, March 10, 2017

Ayam Ungkep Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ungkep Ayam atau Ayam Masak Ungkep ni merupakan masakan orang Jawa yang bermaksud memasak sesuatu secara bertutup (tutup dengan tudung periuk la bukan tutup pintu hahaa)Ada pebagai resepi gak ayam ungkep ni ada yg ayamnya digoreng terlebih dahulu, kemudian dimasukkan ke dalam bahan tumisan.Bila saya gugel mencari resepi ayam ungkep ni berkenan plak versi lebur camni.Paling yang senang dan jalan pintas tak payah goreng dulu hehee..Nnt nx cuba yg versi goreng pulak.Ada setengah tu nampak cam ijo2 siket Ayam Ungkep Hijau..jadi saya letaklah lada hijau siket hahaa..bab mendurhaka ni mmg pandai la.Takpe la as long as kita x claim sebagai resepi ori.Ni namanya Ayam Ungkep ikut selera sendri.
Ayam Ungkep Resepi Mudah,
Sungguh beraroma...rasanya kalau mkn dengan pulut pun sedap.Ayam Ungkep ni tak pedas..versi mesra kanak2.jadi saya patahkan cili padi.Kalau nak pedas..lenyek jer cili padi tu.

AYAM UNGKEP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber wattieshomemadecakes

Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping (option)
air secukupnya

Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar 
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
2 hiris lengkuas (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
2 biji cili hijau (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :

  1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
  3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
  4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
  5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
  6. Angkat dan hidangkan.

Thursday, March 9, 2017

Tempahan Kek Coklat Cheese Lava

Alhamdulillah..
Tempahan hari ni kek coklat cheese lava.Sain paling besar, medium dan paling kecil.Terima kasih semua.Penang only.Self pick up
n3 pendek pagi2 ni hehee

Monday, March 6, 2017

Ikan Bakar Resepi Mudah Dan Tak Guna Banyak Bahan

Assalamualaikum...
Ada sedikit kelapangan waktu, rajin la snap gambar.Selalu tu masak tp malas ya amat nk snap.Kadang2 bantai jer guna hp.Asalkan hado kikiiii.Buat n3 pendek jer pg ni.Ikan Bakar versi LiNa Pg.Ikan Bakar Mudah Dan Sedap.Cepat siap cepat boleh makan..Gitu kekdahnya...Jom layannnnn
IKAN BAKAR MUDAH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan jenahak saiz sedang(siakap/kerapu/apa2 yg sesuai)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 biji limau kasturi (Ambil jusnya)
  • Garam/gula (perasa)
  • Daun pisang/aluminium foil
Cara
  1. Ikan dibersihkan (potong butterfly cut) belah dua tp x putus macam kat kedai ikan bakar tu.Lap kering.Perasakan dengan sedikit garam
  2. Satukan bahan kisar, cili giling, jus limau kasturi, garam dan gula/perasa.Biar sempurna rasa..ada masin,pedas dan sedikit masam.
  3. Kemudian lumurkan pada ikan.Balut dengan daun pisang
  4. Bakar hingga masak.LiNa Pg bakar guna kuali leper (roti jala tu jer)
Note.
Bahan perapan tu boleh juga ditumis sekejap,jika suka.Tp LiNa Pg lumur terus jer.

Friday, March 3, 2017

We Want You To Be On TV - Jom Sertai Peraduan Pensonic

Sticky Post...sila skrol ke bawah utk n3 terbaru

Assalamualaikum...
Hi semua...cari resepi ke tuuuu? korang ni mesti suka memasak kan?Kalau xsuka masak mesti x masuk blog TMK selongkar resepi hahaa.Okey hari ni saya nak kongsikan satu peluang keemasan utk u olls tunjukkan bakat terpendam dalam bidang masakan.Pemenang kontes ini berpeluang memasak bersama Dato’Chef Haji Ismail dan juga ditemani Selebriti Jemputan untuk memeriahkan lagi program.Menarik kan?dapat bergandingan dengan chef hebat dan dapat menimba ilmu masakan daripadanya.Lagi best ianya jugak akan disiarkan di kaca tv.Amacam? Teruja tak? Okey la jangan membuang masa, Jom sertai kontes Pensonic 
'We Want You To Be On TV' 
Bagaimana caranya?Hanya 2 langkah mudah.
Pensonic Contest 2017, Masak Bersama Chef Ismail
Caranya mudah sahaja

  • LIKE PAGE PENSONIC MALAYSIA
https://www.facebook.com/pensonicmalaysia

  • Hantar butiran peribadi anda (Nama, No telefon bimbit dan alamat emel) Paling penting sertakan resepi lengkap iaitu nama resepi, bahan-bahan yang diperlukan, langkah-langkah memasak beserta gambar masakan anda ke alamat emel berikut fb@pensonic.com

     
TARIKH TUTUP PERADUAN 
3 MAC 2017

** Tertakluk kepada terma dan syarat **

Thursday, March 2, 2017

Kek Coklat Cheese Lava Lagiiiiiiiiii

Alhamdulillah..
Diberi kesempatan waktu untuk membaking kek lava ni.Tahun ni amat jarang sekali saya terima tempahan kek ni sebab kekangan masa.Bila kastemer bertalu2 minta buatkan..mengalah jugak demi mereka.Kali ni tuan umah cuma dapat sebekas kecil tu jer..ingatkan ada lebih sebekas untuk kami nikmati..rupanya semua disapu bersoh oleh kastemer hahaa...Apa2 la..janji depa hepi
Kek antu, kek momok


Wednesday, March 1, 2017

Nasi Saffron Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ahad lepas cam blurr xtau nak masak apa.Tengok beras basmati cam lama x terusik..beli yg 5kg plak tu.Pikir2 terus dapat idea buat Nasi saffron.Cam biasalah kalau resepi dari dapur TMK ni mestilah yg mudah2 jer.Paling penting cepat siap dan cepat boleh makan.Anak2 pun xperlu menahan lapar terbau2 Nasi Saffron yang enak ni heheee.Kalau nak tengok camana saffron boleh klik kat sini SAFFRON .LiNa Pg beli saffron ni kat kedai arab (area sungai 2) Harganya amatlah mahal.Banyak khasiatnya saffron.Boleh jugak direndam dalam air dan minum.
Okey xmo bebel panjang, jom kita semak resepi Nasi Saffron versi LiNa Pg hihi
Nasi Saffron, Ayam Masak Merah Sedap
Mula-mula mestilah buat tayangan amal dulu kan hero dia op kos la Nasi Saffron heroin dia Ayam Masak Merah Dan Pelakon xtra Acar bodow2 nama dia hahaa
 Bahan-Bahan dan Cara Masak u olls teropong kat gambar tu ya...Malas retype.Kalau xleh baca atau kurang jelas habaq mai..kang saya tulis semula

Nasi Saffron Ayam Masak Merah
 Hero dan heroin bergabung..meletoppp kebabommm..Ayam Masak Merah dah ada resepi sebelum2 ni..selongkar kat gobok TMK ya..cari dalam kategori Ayam
 Watak utama muncul last sekali kikiiii....Tada inilah dia Nasi Saffron LiNa Pg..seddap baq ang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...