Thursday, November 15, 2018

Resepi Tom Yam Campur Ala Restoran Thai

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak berkesempatan untuk update blog.Ramai yang suka makan Tom Yam tak?Bagi kami sekeluarga memang suka sangat makan tom yam.Kalau keluar dinner outing mesti order Tom Yam, setiap mggu keluar...mesti tom yam masuk list.Kalau kebetulan pergi pasar ada udang segar dan bahan bahan tomyam buat tom yam sendiri plak.Pendek kata setiap minggu mesti makan Tom Yam tak kiralah masak atau kedai punya.Punya addict kena tom yam neh.Korang suka tom yam versi macam mana?Banyak sayur atau yang sedikit sayuran?Bagi kami suka Tom Yam santan sayur sekadar tomato dan cendawan tiran jer.Kenapa?Tak suka makan sayur ke?Bukan...saya tak mahu sayuran tu over power tomyam..Bila hirup kuah rasa manis dari seafood tu dan cukup sedap.Kalau nak makan sayur, lebih baik buat sayur asing..seperti kailan ikan masin atau paling simple sekadar sayur campur.Haaaa...kan dah dapat 2 menu tu.Tambah telur dadar kira setel dah la tu.Tapi kalau kat rumah mesti ada jugak ikan atau ayam sebagai lauk sampingan.Budak2 ni kalau tak ada ayam macam tak lengkaplah.
Okeylah untuk resepi tom yam saya guna resepi yang pernah saya kongsika dahulu, ada jugak di youtube sana.Cuma kali ni saya guna stok udang sebagai kuah tomyam..memang lagi sedaplah.Stok udang sentiasa ada kat rumah ni.Kalau beli udang mesti asingkan kepala dan kulit (separuh badan udang tu) untuk buat air rebusan udang.Kalau buat goreng mee, bihun atau buat kuah Mee Kari pun akan lebih sedap.Lagi senang lepas rebus, sejukkan terlebih dahulu, kemudian frozen jer.Nak guna ambil masukkan dalam masakan.Mudah kan?
Panjang bebel.Opss sebelum saya terlupa hari ini 15/11/2018 (10.30am) ada video terbaru di Youtube Channel LiNa Pg) PREMIERER .Nak tahu resepi apa, jangan lupa tonton okey.Boleh live streaming jugak time tu.
Okey jom la kita semak Resepi Tom Yam....
Mangkuk pun comot2, kalut snap gambar lebih kurang jer sebab nak cepat masak lunch untuk maisarah nak g skool (bukan menu hari ni tau hehee)beberapa hari lepas.

TOM YAM CAMPUR ALA THAI 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ https://www.youtube.com/watch?v=hrJiA7fUZOs 
Bahan-bahan 
4 cawan air (4 cups water) guna air rebusan kulit udang lagi sedap 2sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna pes Tom Yam Yum Thai) 
1 sudu besar cili pes (LiNa Pg gn maepranum brand) 
2 batang serai - ketuk 
2 cm lengkuas - hiris 
1 cm halia (hiris) 
daun ketumbar dan akarnya 
5-6 helai daun limau purut 
1/4 cawan santan 
2 sb sos ikan 
1/2 kiub ayam 
1 keping dada ayam (dadu kecil) 
Cendawan tiram secukupnya (terlupa lak nak letak, kalut punya pasal)
1 biji limau nipis /limau kasturi- amik jus 
10 ekor  udang saiz sedang 
4 ekor sotong 
1 biji tomato belah 
2-3 biji cili padi - ketuk (jika suka pedas) 

Cara-Cara 

  1. Masukkan air masukkan pes tomyam dan cili pes, kiub ayam.Kacau rata.Masukkan serai,halia, lengkuas,akar ketumbar,daun limau purut, santan dan sos ikan
  2. Masukkan ayam dan cendawan tiram.Kacau rata,kemudian masukkan daun ketumbar (simpan sedikit untuk tabur kemudian selepas siap)Biarkan kuah mendidih supaya ayam masak dan cendawan lembut. 
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)masukkan perahan jus limau kasturi/limau nipis Masukkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato, cili padi dan tabur daun ketumbar. 
  4. Masak selama 1-2min (hingga kulit udang bertukar kemerahan-jangan masak terlalu lama nanti isi udang/sotong menjadi keras/liat)dah siap Tom Yam Ala Thai versi LiNa Pg.
  5. Selamat Mencuba 

JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL LINA PG

Thursday, November 8, 2018

Nasi Tomato Dan Dalca Daging Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Salam siaran di hari Khamis...anak2 pun dah kembali ke sekolah.Sepanjang cuti panjang kejenya masak makan ajerlah...Dah bosan makan nasi putih, kita tukar selera makan nasi berperisa pulak.Kalau kat rumah ni asyik ulang siar Nasi Beriani jer...macam tak reti jemu plak dengan nasi tu hahaa...Disebabkan agak lama tak buat Nasi Tomato, so mama buatlah nasi tomato ni siket untuk anak2.Masak Nasi Tomato tapi tak plan sebenarya.Tengok beras basmati masih ada lagi..rasa boleh ON jer lah...sekali sos tomato plak tinggal seciput adoi....takpe lah kita letak tomato fresh jer...So warna tu agak pucat jer.Tapi rasa menten sedap tau guna tomato fresh ni.Ada rasa masam2 siket tu bolehlah kan?yang penting anak2 kata sedap heheee....
Nasi Tomato saya gandingkan dengan Dalca Daging, guna daging tetel dan letak sayuran ikut yang mana ada dalam peti ais jer....buat siket lauk hayam untuk budak sarah sebab dia x makan daging.Tak makan bukan sebab apa...sebab cerewet jer huhu....
Untuk Resepi Nasi Tomato ni saya buat youtube jugak nanti boleh check sana ya.Resepi Dalca Daging tu xde video..sebab saya masak serentak nak cepat punya pasal
Nasi Tomato tu pun kelam kabut punya pasal sampai kismis pun x jumpa cari hahaaa...Cari dalam peti ais lain, rupanya simpan dalam peti ais kek hahaaa...Gitulah bila unplan buat video...tetiba otak seminit buat video lak...Saja amek kesempatan sementara ada tukang pegang hp ni kan?Nanti kalau hari sekolah dah xde sapa dah nak jadi 'tripod' mama hahaaa
Nasi Tomato And The Gang.Ayam Masak Merah Madu dan Dalca Daging.Acar tak enterprem...buat awal simpan dalam peti ais.Bila buat photoshoot lupa lak nak ambil.Nak makan baru teringat.Sian dia dilupakan hahaa..
Walaupun simple sahaja, tapi Nasi Tomat ni sedap dimakan...makan kosong pun dah sedap tau
RESEPI NASI TOMATO MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan 
3 cawan beras basmati 
3 cawan air 
1 cawan susu cair 
2 kiub ayam (LiNa Pg guna kiub ayam maggie) 
Sedikit gula
4 sudu makan tomato puri/sos tomato

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah (mayang/cincang) 
3 ulas bawang putih (mayang/cincang)
2 biji buah tomato (dadu kecil) 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih (skip kalau tak suka)
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga (skip)
2-3 helai daun pandan (disimpul) 
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak

Bahan Lain
Daun pudina/Daun sup / Kismis / Gajus 

Cara-Cara: 
  1. Beras dibersihkan ,rendam 30 minit.Kemudian toskan 
  2. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu, daun pandan, bawang merah dan bawang putih .Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (Tak perlu garing nanti terasa pahit)
  4. Masukkan buah tomato dan sos tomato.Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit.Masukkan sedikit gula (untuk imbangkan rasa masam)
  5. Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub ayam.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  6. Kemudian masukkan beras, gaul rata.Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak api sederhana)
  7. Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka)
  8. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuh.Anggaran 12-15min.
  9. Setelah nasi masak...tutup api dan gemburkan nasi mengunakan garfu.Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah atau apa2 lauk kegemaran.
  10. Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg
Note:
Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu,baru masukkan beras.Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25min supaya nasi masak dengan sempurna.

 Dalca Daging simple2 jer...saja buat siket.Ini Dalca Daging versi Kelantan.Tidak menggunakan kacang dhal.Resepi seakan gulai kawah tapi agak ceroi/cair sedikit dan ditambah sayuran yang sesuai.Dalca ni selalunya dihidangkan di kenduri kendara.

RESEPI DALCA DAGING
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan  
300g daging tetel/daging cincang 
1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam/daging pun ok)
1 labu bawang besar (kisar)  
5 ulas bawang merah (kisar)  
3 ulas bawang putih (kisar)  
1 cm halia (kisar)  
3 hiris lengkuas (kisar) 
3 sudu besar cili giling  
1 biji terung panjang (potong)  
Sedikit kacang panjang (kerat2)  
2 biji kentang (potong kiub)  
1 biji karot (potong baji)  
2 biji cili merah (patah-patahkan) kali ini lupa nak letak 
2 biji cili hijau (patah2kan)  
1 cawan santan pekat  
2 asam keping  
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis   
Minyak  
Air  
Garam dan gula/perasa  

Cara-Cara  

  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.  Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. 
  2. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.  Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. 
  4. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Masukkan kentang.Biarkan daging hingga 3/4 empuk. 
  5. Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar. 
  6. Masukkan karot, dan terung.Masak hingga ayam/daging empuk.  
  7. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.
Ayam Masak Merah Madu simple2 saja neh.

Tuesday, November 6, 2018

Roti Telur Sardin Viral

Assalamualaikum...
Selamat Pagi Selamat Bercuti dan Happy Deepavali kepada rakan rakan yang menyambut perayaan ini.Minggu anak2 bercuti panjang.Selalunya depa cepat terasa lapar dan asyik minta makan jer.Kalau yang bercuti/holiday tu lain lah kan dapat bertukar..Bagi yang tak kemana mana tu..memang masak, kemas, masak kemas jerlah kejenya seharian hahaaa...kemas dapur, ruang tamu dah bersepah gitulah kalau ada anak yang masih tahap 1 ni..Kalau semua dah sekolah menengah rilek siket.
Okey hari ni saya nak kongsikan resepi Roti Sardin Viral atau Roti Telur Sardin.Biasanya Roti Sardin ni...sardin digulung dalam roti tapi yang ini sardin dicelup bersama telur.Sedap jugak.Bolehlah dibuat minum petang atau sarapan ringkas.Bagi yang suka pedas boleh tambah hirisan cilipadi.Anak2 saya tambah si Maisarah memang tak makan pedas..so saya cuma guna cili merah jer.Itupun buang biji hahhaaaa...sabor ajerlah kan..
Resepi Roti Sardin ni saya dah upload ke youtube beberapa hari lepas.So boleh tengok kat sana jugak ya...
 Simple saja..tapi sedap dan mengenyangkan...

Roti Telur Sardin Viral
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • Roti putih secukupnya (LiNa Pg guna gardenia)
  • 1 tin kecil sardin/mackerel (155g)
  • 1/2 labu bawang besar (cincang/dadu)
  • 1 biji cili merah (cincang/dadu)
  • sedikit daun bawang
  • 3 biji telur
  • sedikit garam/cukuprasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Roti dipotong mengikut kreativiti (ketepikan)
  2. Lenyek kasar sardin (biar masih ada ketulan)
  3. Masukkan bawang, daun bawang dan cili merah.Gaul rata
  4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk berasingan.Masukkan garam/cukuprasa.Pukul manja (seperti pukul telur dada)
  5. Tuang telur ke dalam sardin tadi.Gaul rata.
  6. Celup roti kemudian goreng (minyak sedikit sahaja) hingga masak.
  7. Angkat kemudian toskan.Hidangkan Roti Telur Sardin bersama sos.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg

Sunday, November 4, 2018

Sarapan Sihat Roti Sosej Dan Scrumble Egg

Assalamualaikum...
Dah ada idea untuk sarapan pagi ni?Jom layan sarapan sihat.Hidangan ringkas, mudah. mengenyangkan dan juga berkhasiat.
Anak2 saya suka sarapan yang macam ni berbanding Nasi Goreng, bihun goreng dan seangkatan dengannya.Mamanya lagi suka sebab yang paling cepat..dapur pun x bersepah.Tak penat nak kemas balik hehee...sap sap soi gitu.
Resepi tu rasanya semua dah pandai.Saya explain ringkas jer la..Untuk scrumble eggs tu..saya tumis bawang putih cincang hingga garing, pecahkan telur dan masukkan sedikit cukup rasa/garam...masukkan jalapeno cheese kalau tak ada boleh masukkan cheesedale kalau tak ada jugak boleh skip.Masak sekejap hingga telur set...jangan lama sangat biar telur masih basah2..Barulah sedap.
Rasanya dah lengkap neh...kenyang sampai tengahari.So mama2 semua boleh tiru ya..InsyaaAllah anak2 suka ni

Saturday, November 3, 2018

Kari Ikan Tanpa Santan Dan Peria Goreng Telur

Assalamualaikum...
Selamat tengahari dan Selamat Berhujung minggu.Nak masak tengahari ni?Meh saya kongsikan idea..Apa kata Buat Kari Ikan atau Gulai Ikan.Cuti cuti macam ni anak2 kerap lapar.Kalau ada kari atau gulai tu petang karang boleh cicah2 roti pulak kan sementara nak tunggu makan malam.Senang kije sekali masak..setel makan tengahari dan minum petang.Sayur lak Peria Goreng saya 'gu' kan dengan Kari Ikan ni.Resepi dah banyak kali ulang siar.Boleh guna mana2 resepi Kari Ikan.
Saya CnP Resepi Peria Kacau Goreng jer la
Nampak ceroi lak kuah kari ikan ni sebab saya snap masa masih panas lagi.Kalau biar suam sedikit..makin pekat.Kalau yang perangat lagi sedap.

SAYUR PERIA KACAU GORENG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan  
1 biji peria panjang 
1 biji cili merah (dipotong serong) 
1 biji telur 
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 
2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar) 
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar) 
1/2 kiub ikan bilis 
Garam 
Minyak untuk menumis 

Cara-cara 
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (LiNa Pg masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing. 
  3. Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi. 
  4. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.
  5. SELAMAT MENCUBA 

Monday, October 29, 2018

Cara Buat Ikan Bakar Paling Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kalau di Pulau Pinang ni, ikan bakar sangat digemari tak kira pelancong yang datang berkunjung ke Penang atau pun penduduk tempatan.Bagi kami sekeluarga memang gemar makan Ikna Bakar, tak kisahlah sama ada homemade ataupun yang makan di Restoran.Selalunya yang tepi pantai lah baru terasa dok di pulau heheee...
Bagi yang suka makan Ikan Bakar, jom saya kongsi cara ekpress untuk buat Ikan Bakar.Tak sampai 20min dah boleh makan ikan bakar yang panas2.Paling penting ialah rasanya 'SAMPAI' apa tu sampai??Sampai tu rasaya menepati citarasa.Kadang2 yang beli pun tak sedap tara mana...Kecuali pes yang buat sendiri.Tapi sebelum, kalau ada yang berminat nak cuba Ikan Bakar from scratch boleh cuba beberapa Resepi Ikan Bakar yang saya dah buat sebelum ni.Ada banyak lagi.Korang carilah dalam cloud 'Ikan' kat side bar tu yea...
http://linapg.blogspot.com/2014/10/resepi-ikan-bakar-mudah-dan-sedap.html
http://linapg.blogspot.com/2013/05/resepi-ikan-siakap-bakar-tom-yam.html
http://linapg.blogspot.com/2014/07/resepi-ikan-bakar-portugis.html

Gambar saya snap malam, so nampak pelik siketlah sebab saya hanya guna lampu dapur, xde lighting bagai.Snap pun guna hp jer.Kemalasan ya amat nak keluarkan kamera bagai.Ikan Siakap Bakar ni, kami makan macam ni saja tau.Memang tak buat air asam pun...Memang sedap.Tapi kalau nak cicah Air Asam pun boleh.Tengok kat Resepi Ikan Bakar link atas tu...adalah mana2 resepi yang saya sertakan Air Asam atau pun boleh tengok kat Resepi Nasi Daging ada resepi air asam jugak.Nak senang cuma potong cili padi boh kicap, perah limau kasturi.Siap
 Macam mana Resepi Ikan Bakar ni?Tu haaa...saya mengelat jer guna Kuah Sambal Tumis Brahim jer.Ada siket lebihan saya buat satu job minggu lepas hehee....Mak aih senang hidup hehee...Main tuang je (tak ya letak garam apa dah tau)Lepas tu balut dengan daun pisang/aluminium foil then bako.Kalau nak perap kejap pun ok dalam 1/2 jam macam tu.Bagi Ikan tu terasa dengan pes.Amacam senang tak hahaa?Haaa...apa lagi tirulah cepat.Kadang2 yang balik keje tu, sampai dah lewat kan..tak sempat nak prepare apa2..guna yang ni la senang.
Ekceli kami buat untuk dinner sebab keluar meronda.Sampai rumah dah nak malam dah...Nak keluar semula cam malas...nak masak beriya pun kureng rajin sebab badan pun dah penat.So, just keluarkan Ikan Siakap letak pes ni bakor..makan dengan telor dadar dan sayur goreng stir fry.Setel dinner...sesambil layan GV haaa...gitu kikiiii

Saturday, October 27, 2018

Ayam Masak Kicap Dan Sup Sayur (Idea Makan Tengahari)

Assalamualaikum....
Bersiaran di hujung minggu....Rajin kan update blog hari Sabtu.Sajalah nak share idea masak2 untuk u olls yang kebuntuan tak tahu nak masak apa untuk lunch nanti.Saya share idea jer tau.Resepi campak2 jer..so pandai2lah taram sendiri.Kalau nak ikut cara LiNa Pg, boleh follow resepi di bawah.
Hari ni tak masak, sebab nak keluar beli barang.Ni menu 2-3ari lepas saya post ke Instagram.Hari ni post kat blog pula.
Kat rumah ni kalau ayam kicap sama ada berkuah atau goreng kicap memang laku.Pendek kata kalau ayam goreng bodow pun laku hahaa...Gitulah anak dan ayam berpisah tiada .
Okey untuk ayam kicap tu mesti ada yang tanya awat tak itam pun?Sebenarnya saya guna kicap manis, sedikit kicap pekat dan Kicap Mee (Tamin) kicap mee tu yang membuatkan Ayam kicap ni sedikit kemerahan.Cantik lak warnanya.Itu saja rahsia dia kalau nak Ayam Masak Kicap Sedap dan cantik kemerahan.
Okey untuk sup tu ringkas sahaja, sawi, sedikit kobis, fisball dan suhun.Cuma tumis bawang putih cincang..masukkan air hingga mendidih dan masukkan sayuran.Sesuaikan rasa.Itu sahaja.
simple sahaja.Goreng telur dadar, kira setel la hidangan.Mudah kan?yang penting berjaya menambat selera selera keluarga.Psstt..daun kari tu hiasan semata xde masuk dalam bahan pun.Saja nak bagi nampak berseri jer

RESEPI AYAM MASAK KICAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam (perasakan dengan garam kunyit goreng hingga masak) 
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap Mee Tamin
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili giling
  • Buah tomato, cili merah (hiasan)
  • Minyak
  • Air jika perlu
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga layu.Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan kicap.Masukka sedikit air (jika perlu) 1-2 sudu besar sahaja.
  4. Masukkan ayam (yang telah digoreng) Gaul rata.Sesuaikan rasa.Masukkan buah tomato dan cili merah/cili hijau (LiNa Pg kehabisan stok)Taburkan daun bawang untuk hisan.LiNa Pg cuma taburkan daun kari nak bagi nampak hijau2.Kalau tak ada tak perlu letak sekadar hiasan.
  5. Selamat mencuba

Friday, October 26, 2018

Asam Rebus Ikan Siakap Mudah Sedap Dan Menu Sihat

Assalamualaikum....
Salam di hari Jumaat, sekejap jer dah pun berjumpa Jumaat...Pantasnya masa berlari.Terasa baru sahaja hari Isnin rupanya dah Jumaat.Sejak kebelakangan ini cuaca sejuk dan hujan jer.Saya ni kalau cuaca suram macam ni suka masak (dan makan) lauk/menu yang berkuah dan lite...Suka yang sedikit masam pedas dan tidak berlemak.Antaranya macam Rasam tu la posting 2 hari lepas.So, kali ini saya nak kongsikan idea masak untuk ibu2 semua iaitu Asam Rebus Ikan Siakap.Boleh jer kalau nak guna ikan lain, kembung atau apa2 yang sesuai.Sebenarnya Ikan Siakap (potong2 ni) saya nak masak Kheng som tapi tak cukup bahan, so tukar sajalah kepada Asam Rebus atau ada jugak yang panggil Asam Pedas Utara versi kuah ceroi hehe.Bagi kami sekeluarga kuah ceroi ke kuah pekat ke semua boleh makan.Kadang tekak terasa nak makan yang pekat, kita buat style selatan Johor/Melaka, bila cuaca sejuk dan mendung macam ni kita buat veris 'sup' pulak sedap hirup kuah.Kalau di Kelantan Asam Pedas lebih kurang macam ni jugak cuma tak guna belacan.Teringat kalau musim hujan arwah bonda suka buat Asam Pedas Ikan Puyu atau ikan sungai.Hurmmm sedap..tambahan daun kesum dan bunga kantan hanya petik keliling rumah jer (Al-Fatihah buat bonda tersayang)
Okeylah kita terus saja tengok resepi.Ekceli Asam Pedas Ikan Siakap ni bukan resepi fresh hari ni....Dah beberapa saya buat n share kat IG sinun.Kalau yang nak follow boleh follow 
Instagram Malina LiNa Pg 
(dah follow tegur tau...kenalkan diri follower TMK)Kalau tak saya tak tahu...kang kata saya sombong pulak
simple2 pun sedap.Slurpppp hirup kuah sampai licin

RESEPI ASAM REBUS IKAN SIAKAP
By Malina LiNa Pg
Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan siakap potong kepada beberapa bahagian
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk/blend)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • sedikit belacan (tumbuk/blend)
  • 1 sudu besar cili giling/3 biji cili merah (blend)
  • 2 asam keping
  • 2 biji tomato - belah 2 
  • 5 biji kacang bendi 
  • Daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 2)
  • garam / perasa pilihan 
  • Air secukupnya
Cara-Cara.

  1. Masukkan air di  dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar, asam keping dan bunga kantan.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  2. Masukkan ikan,daun kesum dan tomato.Masukkan garam dan perasa.Sesuaikan rasa, masa.
  3. Dah siap.Tutup api.Sedia dihidang.

Thursday, October 25, 2018

Resepi Kuah Rojak Buah Homemade Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum.....
Tersampuk kerajinan tetiba rajin benar buah Kuah Rojak Homemade.Sebenarnya saya ni bukanlah dikatogerikan rajinnnn sangat pun.Biasanya memang saya beli jer Kuah Rojak tu, itupun kalau pergi bercuti ke mana-mana.Selalunya buah-buahan tu saya akan beli kat RnR Bukit Gantang sebab buah-buah kat situ memang nampak segar dan akan menyesal  kalau tak beli apa2 untuk dibawa pulang.Selalunya jambu madu, jambu batu antara yang selalu ikut pulang.Kebiasaan kalau dah beli buah-buah untuk menyicah tu saya hangkut sekali la Kuah Rojak senang kan, balik rumah terus potong buah dan makan jer.Bukan apa dalam kepala dah set mesti susah nak buat Rojak Petis ni baik beli jer.
Rasanya yang last saya beli Kuah Rojak ni masa holiday ke Felda Resident Hot Spring...Biasalah port peberet RnR Bukit Gantang la tuh hehee....Dah lama jugak Kuah Rojak terperuk dalam peti ais, so minggu lepas en.suami ke Tesco berkenan pulak dengan jambu batu yang bersaiz obes ni..Rasanya sebiji pun dekat 1kg.Packing plak 2biji per pack.Dia hangkut bawa balik.Kami pun menyicah la dengan baki Kuah Rojak yang sedia ada tu...Kami berdua jer lah yang layan sebab anak2 kureng gemar makanan macam ni.
Sebiji jambu dah selesai hujung minggu lepas...Kuah Rojak pun dah abes...
Menengokkan ada lagi sebiji buah jambu dalam peti ais yang hampir nak monopouse tu saya pun gigihlah buat Kuah Rojak sendiri.Kebetulan masa buka IG terpandang Resepi Kuah Rojak Homemade yang senang.Tambahan pulak yang berkongsi resepi tu ialah dari sumber yang boleh saya percayai.Siapa lagi kawan saya lah si Zalieda tu hehee....
Kebetulan bahan2 pun memang ada kat rumah...saya pun cubalah buat.Sekejap saja dah siap.Alhamdulillah menajadi dengan jayanya.
Dan yang paling tak sangka, anak2 saya makan pulak Kuah Rojak yang mama depa ni buat.Mula2 ingatkan depa makan sekadar nak amek hati mama, rupanya duduk makan sampai habis buah dan kuah rojak tu.Kata Nisa kuah rojak mama sedap tak pedas dan tak manis...Amboi bab membodek memang pandai la depa.Alhamdulillah agaknya kena lah dengan taste depa.Owh...anak2 tu dua orang jer ya...Maisarah tak payah diambil kira..memang kompom la tak makan punya budak tu hahaaa...
Okey panjang bebel...Jom kita semak resepi.Psstt..kalau typo berterabur minta halal jer la...Nanti saya cek semula dan edit...So, pandai2 la sesuaikan typo dengan ayat tu (kalau ada)
Kalau suka boleh letak kacang tumbuk atau bijan.Saya sengaja tak letak kekacang sebab husband tak boleh makan kacang.Bijan tu terlupa nak masukkan...ada jer dalam peti ais.Walaupun togel macam ni jer...Rojak Petis ni memang sedap.Itulah kan...benda senang jer tak cuba kita tak tahu.Buah jambu dalam gambar cuma sebiji jer..sebab tu saya cakap obes hehee...sebab besar sangat...Boleh makan 4 orang hehee...


RESESPI KUAH ROJAK | ROJAK PETIS | ROJAK BUAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber : Zaliedana (Instagram)
Bahan-Bahan
150gm Cili Giling 
1/2 Sudu Besar Belacan Bakar
1 Sudu Besar Petis/Otak Udang (LiNa Pg skip)
Kicap Lemak Manis Secukupnya
Kicap Masin Secukupnya
Sos Tomato Secukupnya
80 Gram Gula Pasir
100 Gram Gula Melaka
2 Sudu Besar Cuka Makan(xnak letak pon xpa,utk bgi kuah rojak tahan lama ja)
Air Jika perlu (LiNa Pg letak 2 sudu besar)

Cara2
Masukkan Semua bahan,kacau sebati dan Masak Sampai kepekatan yang di ingini.

Bahan Sampingan Untuk Tabur
Kacang Tanah tumbuk kasar
Bijan (Jika Suka)

Bahan Untuk Rojak
Buah2 pilihan (untuk rojak Buah) Sayur Kangkung,sengkuang

Sotong Kembang ,timun,tauhu(untuk rojak Bandung)

Wednesday, October 24, 2018

Resepi Rasam Telur Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum....
Alahai dah petang baru sempat update blog.Mesti ramai tu kaum ibu yang singgah ke blog TMK untuk mencari idea memasak hidangan makan malam.Memandangkan trafic blog petang ni agak tinggi, saya cuba update jugaklah.
Petang ni cuaca muram saja, tengahari tadi hujan super duber lebat...kereta pun dah menyamar jadi sampan huhuuu...cuak jugak nak drive dalam keadaaan macam tu.Nasib baik la menghala balik hujan dan berenti dan banjir kilat cepat surut...Lega siket...
Okeylah memandangkan cuaca sejuk2 macam ni memang sesuai sangat kalau kita menjamah hidangan yang dapat memanaskan badan.Sesuatu yang ringkas tapi menyelerakan...hurmm apa lagi Rasam Telur la hahaaa...Tak tahu dah berapa kali ulang siar.
Rasam ni kalau saya ada masa untuk snap gambar mesti update kat blog...Tapi yang buat offline tu tak tahulah dah berapa kali hehee...Memang dah jadi kegemaran.Kalau tak pernah cuba mesti terfikir hurmmm sedap ke?Serius sedap...Mula2 saya pun terfikir sedap ke macam tu?Tapi dah cuba sekali nahhhh amek kau memang jatuh chenta terus.Anak2 pun suka makan..Dulu depa pun pelik jugak..lama-lama jadi suka.
Rassam ni memang sedap dimakan bersama Ikan Masin atau Ikan Pekasan pun boleh jugak...Memang cukup menyelerakan...
Okey resepi saya CnP sekali lagi kalau nak tengok youtube pun boleh...Youtube pertama saya upload hehee...Sekarang youtube pun dah berusia setahun dan subscriber mencecah 4K.Terima kasih semua


RESEPI RASAM TELUR
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Zalieda
Youtube ni yang lama tau, Bukan buat hari ni punya.Tapi resepinya lebih kurang 
Bahan-Bahan:  

  • 3 Biji Telur (LiNa Pg gn 4 biji telur A)  
  • 1 sudu teh Jintan Putih Biji (Tumbuk)  
  • 1/2 Sdt Lada Hitam (Tumbuk)  
  • 2 Ulas Bawang Putih (Tumbuk)  
  • 4 Ulas Bawang Merah (Tumbuk)  
  • 2-3 Tangkai Cili kering (potong dlm 1 inci)  
  • 1-2 tangkai daun kari  
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)  
  • 1/2 sudu besar Pati Asam Jawa (atau secukup rasa)  
  • 1/2 Kiub Pati Ayam  
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)  
  • Air Secukupnya  
  • Garam Secukup Rasa  
  • Minyak Utk Menumis  
  • Cili padi (jika suka-rcp ori tak letak cili padi)  

Cara-Cara  

  1. Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering. Tumis sekejap hingga nak bau. 
  2. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau, Masukkan semua bahan kecuali telur. 
  3. Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 ke dalam kuah. Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras.. 
  4. Seimbangkan rasa,Tutup api . 
  5. Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom..Sesuai juga dijadikan menu pantang.Cuma tukar telur kepada ikan yang sesuai seperti Ikan Talang/Bawal Putih
  6. Selamat Mencuba

Tuesday, October 23, 2018

Kek Viral Fruit Pastry Cake | Resepi Fruits Pastry Cake Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Terjebak jugak dengan kek viral ni Fruits Pastry Cake.Orang lain dah kaya raya dengan hasil jualan kek ni, dapur TMK baru terhegeh2 nak buat hehee.Kek Fruits Pastry ni saya kelaskan sebagai kek yang kos tinggi.Aduhai ambil saja buah-buahan untuk hiasan itu saja pun dah RM30++ yea la kan buah yang digunakan jenis imported mestilah mahal.Buah peach pun dah RM10++ setin, blueberry sebekas kecil RM10++, strawberrys pulak kalau yang Korea agak mahal RM10++ kalau yang Cameron Highland okey murah siket tapi buahnya agak masam dan bersaiz kecil.
Pada saya kek ni sangat sedap.Rasanya seakan cheese cake, tektur padat, rasa masam manis dan bila makan tergigit buah-buahan tu memang sedap.
Kalau dilihat pada resepinya seakan sama seperti kek butter biasa jer, cuma da yogurt sahaja.Kek ni agak berat ya..sebab buah-buahan tu jenis berair.So bila siap dibakar kek akan moist dan sedap.
 Amacam tergoda tak tengok Fruits Pastry Cake ni.Sedap sungguh baq ang.
 Yang 1st attemp...Guna buah stoberi, peach dan blueberry.Buah kena susun rapat2 dan JANGAN TEKAN letak camtu jer...Saya letak terlalu padat ni sampai overlap each other..sebenarnya nak kasi abes semua buah.Tapi masih banyak lagi bakinya
Yang ni kali kedua saya buat..Buah stoberi ada siket jer sebab dah lembek dalam peti ais.Letak kiwi lak sebiji.

Resepi Fruits Pastry Cake ni sebenarnya hampir sama jer antara satu sama lain.So, korang boleh guna mana2 resepi.Kalau ada beza tu hanya beberapa gram.Kalau nak guna resepi yang saya olah di bawah ni silakan..Cuma sudi-sudikan bag credit link ke blog TMK yea....Saya dah bersara dari dunia baking.Mayb untuk raya jer akan ambil tempahan.So, resepi ni saya wakafkan di sini


RESEPI FRUITS PASTRY CAKE MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan (Sukatan cawan dan sudu metrik)
  • 125g pure butter (suhu bilik)
  • 1  cawan gula kastor 
  • 3 biji telur gred A (suhu bilik)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 100g yogurt (LiNa Pg guna Yogurt Greek)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil oren sunquick
  • 1 sk esen vanila
Bahan Lain
  • Buah Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Kiwi

Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Kemudian ketepikan
  2. Putar mentega ,gula kastor dan yogurt hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan masukkan esen vanila dan oren sunquick putar lagi
  4. Perlahankan speed (atau boleh juga guna kaedah kaub balik guna spatula sahaja) Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.Gaul rata sahaja jangan over mix
  5. Sediakan loyang 8x8in / 9x9in.Oleskan dengan butter dan baking paper.
  6. Tuang adunan kek tadi dan ratakan ke dalam loyang
  7. Susun buah2 di atas kek, jangan tekan buah..sekadar susun di atas sahaja.Susun rapat2 antara satu sama lain
  8. Bakar kek sehingga masak.LiNa Pg bakar selama sejam 10min.Suhu 150'C (bergantung kepada oven masing2)
  9. Setelah kek masak, biarkan sejuk terlebih dahulu dan boleh dtabur dusting/snow powder atau boleh juga tabur icing sugar.Tapi kami lebih suka yang plain sahaja.
  10. Selamat Mencuba.
Petua dan Tips Menghasilkan Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Cantik
  1. Untuk buahan segar, potong dan toskan airnya terlebih dahulu atau lap dengan kitchen towel sebelum susun di atas kek.
  2. Semasa proses membakar kek, jika kelihatan permukaan kek agak garing, boleh tutup dengan aluminium untuk mengelakkan buah2an menjadi kering.LiNa Pg skip step ni sebab tengok kek ok jer takde hangus pun...Yang penting letak rak tengah...selamat....Okey selamat membaking.
Nota tambahan
Simpan kek semalaman (dalam peti ais) supaya kek lebih moist dan potongan kek menjadi kemas.Jus dari buahan akan meresap ke dalam kek dan rasanya menjadi semakin sedap dan padat.

Monday, October 22, 2018

Cucur Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum...
Jangan pelik ya dengan tajuk n3 kali ni.Ya...ya... memang tak salah tulis tu dah betul Cucur Nasi Lemak.Eh!mana sambal ikan bilisnya tu?Tak ada pun?Sambal Ikan Bilis dok dalam cucur tu hahaaa...
Ini nama dia Resepi Terbitan hahaa
Ekceli ni saya nak habiskan leftover nasi lemak yang tinggal seciput tu dan sambal bilis pun siket jer.So, saya masukkan sekali.Senang kije.
Cucur nasi lemak ni paling senang, saya buat versi malas2 jer ni..nasi pun tak blend tu yang nampak berbiji berbonjol2 tu nasi lemak la tuh..Kalau blend kang halus mulus la dia...dah malas gitulah jadinya...Walaupun tak berapa nak helok sangat rupa paras dia...tapi sedappppp...lembut....Meh la tengok resepi.Kot ada lebihan nasi boleh buat cenggini ya dak?Ada lema2 siket (dah nasi lemak kan) ada pedas masin siket dari sambal bilis...Kira setel tak yah masuk garam apa dah....
Sedap tau..makan panas2 cicah sos, lembut jer tau...nak plak tergigit ikan bilis tu syedappp.
CUCUR NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS
By Malina LiNa Pg  http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 cawan nasi lemak
  • 2 sudu sambal tumis ikan bilis 
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Air 
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali air.Ikut turutan bahan.Gaul rata terlebih dahulu.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit.Adunan mesti pekat dan boleh dibentuk (bulat)
  3. Panaskan minyak dan goreng cucur secara deep fry.Angkat dan toskan.Cucur Nasi Lemak sedia dihidang
HAPPY 9th BLOGGESARY TO MY BLOG
2009 - 2018

Saturday, October 20, 2018

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Sabtu.Wah rajinnya update blog hari Sabtu hehee...Tadi buka blog tengok trafik tinggi pulak.Kebiasaannya kalau week end macam ni agak sendu la trafik TMK ni.Kebetulan pagi ni (nampakkkkkk entry fresh dari dapoq tau, biasa tu n3 berjaman simpan dalam folder heheee) saya buat Nasi Lemak and the geng...terajin plak snap gambo walaupun nasi lemak biasa2 jer.Cam biasalah post ke IG sinun...eh korang dah polo belum?Kalau belum p polo lekaih...cam biasalah nama glemer dia Malina LiNa Pg...search jer la ....ada la tu timbul.
Pagi cuaca mendung cam blurrr plak tak tahu nak merepek apa...Eh!nak ke tak ek Resepi Nasi Lemak ni?Saya citer ringkas jer la taruk apa dalam tu...Kalau mau versi saya la.Ok untuk Nasi Lemak tu buat cam biasa jer...saya letak serai, daun pandan, bawang merah hiris siket, halia 2-3 hiris dan HALBA.Part halba ni cer korang letak...memang best bau dia...time dok masak pun semerbak baq ang....Kali ni saya buat guna santan segar...Terjumpa ntah jaman bila dok menyorok dalam peti ais (kek)kalau dalam peti ais ikan dan ayam dah lama wasalam dah hahaa...
Sambal Ikan Bilis tu sebenarnya nak buat sambal asing dengan Ikan Bilis, entah macam mana masa dok buat sambal tu sambil berangan ke hapa...TERRRRHUMBAN sekali Ikan Bilis tu hadooi...kan dah gersang sambal tuh kena serap dengan ikan bilis.Dalam mangkuk tu siket jer...ada lagi dalam kuali tuh.Saor ajerlah kan?Walaupun sambalnya kemarau cenggitu tapi anak2 kata sedap.Harusslah cakap sedap.Kang mama xmasak padan muka hangpa kikiiiiii.
Okey untuk Ayam Goreng Berempah, saya tulis resepi ayam goren berempah secara tertib kat bawah sinun.Resepi serba ringkas jer..Tapi sedap.Saya tak taruk bawang sebab xmo bagi ayam nampak hitam/gelap...Tak lawa seyyyy.Walaupun tak letak bawang tapi trust me sedapppp...siyes tak tipu...
simple simple jer..Alhamdulillah..kenyang dah sampai tengahari hehee...Malam kang cam biasa kuar cari makan.
AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam
  • Garam dan kunyit
  • 1 sudu teh serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh cili giling/boleh guna serbuk cili juga
  • 1/2 sudu teh gula perang/gula merah/madu
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 tangkai Daun kari
  • 1-2 sudu besar Air (jika perlu)
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan di atas (kecuali minyak) masuk ikut turutan bahan.Jika nampak kurang bersalut tambah 1-2 sudu air.
  2. Perap selama 1/2 jam supaya mesra (LiNa Pg perap semalaman) ayam lagi lembut dan juicy bila digoreng.
  3. Panaskan minyak goreng ayam secara deep fry hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Selamat mencuba

Friday, October 19, 2018

Lontong Goreng | Nasi Impit Goreng

Assalamualaikum.....
Pagi ni buat n3 sambil ditemani hujan lebat jugak.Hujan rahmat di pagi Jumaat.Teringat pagi kelmarin, jemur pakaian kol 8am...lepas tu buat n3 blog, tetiba hujan...maka berlari angkat kain.Walaupun ada awning tapi kalau lebat memang lencun jugaklah orang Penang kata (lencun=basah kuyup) tak dan pukul 10am dan panas balik...kita pun lega...jemur semula kain baju tadi...Dah siap masak, sambil bagi Maisarah makan nasi (nak pergi sekolah) hujan lebat plak...Maka pecutlah 100m angkat baju di jemuran.Kurus mama camni exercise hahahaa.Itu cerita kelmarin.Lucu pulak bila teringat peristiwa tu.
Okeylah berbalik pada tajuk n3 hari ni, Lontong Goreng...ekceli nasi impit ni lebihan yang saya buat Lontong (Kuah Lodeh tu) ada beberapa ketul lagi masih berbaki, saya simpan dalam peti ais...sebab tak banyak sangat nak buat kuah kacang memang tak berbaloi la, baik goreng ajer.Saya masukkan jer apa bahan yang ada kat umah.Walaupun nasi impit tu siket jer tapi bila dan bercampur dengan lauk2 jadi banyak jugak.Cukuplah untuk makan 3 beranak.Resepi tu lebih kurang resepi nasi goreng jugak, korang boleh taram jer sesuka hati.Hari ini mood ada rajin siket saya share cara buat Lontong Goreng style LiNa Pg...simple yet tasty gitu orang kampung cakap hahaaa..
camni jer rupa Lontong Goreng..sempoi jer.Kalau ada lebihan nasi impit, boleh buat camni tau..
NASI IMPIT GORENG | LONTONG GORENG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 7 ketul nasi impit (saiz mini)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu besar cili giling (boleh tambah jika suka pedas)
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • Sedikit daging, udang dan sotong (atau apa2 lauk yg sesuai)
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Nasi impit dipotong kiub (anggaran bite size)
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, udang dan sotong.Tumis sekejap.
  4. Masukkan semua sos dan kicap.Pecahkan telur.Gaul rata.
  5. Kemudian masukkan nasi impit, gaul rata dengan bahan tumisan.Sesuaikan rasa (jika kurang masin tambah sedikit lagi sos tiram)
  6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.Tutup api.Lontong goreng sedia dihidang.Selamat Mencuba.

Thursday, October 18, 2018

Kuih Belebat Ubi Keledek

Assalamualaikum...
Sekarang ni musim hujan, kalau dapat makan kuih muih lama memang sedap.Kena pulak dengan secawan kopi O atau teh panas memang layan abes.Tersebutlah kisah pada suatu petang yang hening si suami melayan fb tetiba muncul Kuih Belebat Ubi stelo kat newsfeed beliau.Terpacul keluar dari mulut si suami, kalau dapat makan belebat ni sedap tu.Maka kehairanan la si isteri awat lak tetiba nak makn kuih belebat?katanya nampak sedap tengok kat fb...adusss tepuk dahi si isteri.Isteri tak berapa rajin dah layan fb neh...suami plak teringin nak makan....Tak apalah kuih belebat ni xdelah susah sangat, so sesambil keluar shopping barang dapur kat Tesco, beli sekali lah ubi keledek oren...nah satu palstik tak tahulah berapa kg...tak tahu nak diapakan lagi dengan keledek tu.Kalau ada kerajinan jadilah karipap...kalau tak ada kerajinan...kita buat eksperimen Sains...belajar proses pencambahan tunas 'ubi keledek' hahaaaaaa.Okeylah jom kita semak resepi Blebak Ubi stelo ni.Ekceli resepi dah ada...saya CnP jer heheee...Terdahulu saya guna ubi keledek jepun..kali ni guna ubi keledek oren sahaja.
Macam biasalah gambar ni snap guna hp jer di kala petang gelap hahaa....Kuih pulak sememeh jer sebab tak sabor nak ngap.Kalau biar sejuk sekejap...cantiklah kuih ni...ni panas2 dah buka balutan daun pisang tu.Daun pisang lak dah beberapa hari tu yang lebam...terus tak cantik.Tak apalah asalkan kuihnya sedap dimakan (gitulah selalu ayat cover line)
KUIH BELEBAT UBI KELEDEK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan 
2 ketul keledek oren 
1 cawan tepung beras  
3 cawan santan (LiNa Pg gn  santan Ayam brand 200ml+2 cawan air) 
5 sudu besar gula (Terpulang selera) 
secubit garam  
1 helai daun pandan simpul 
Daun pisang 

Cara Cara 

  1. Rebus/stim keledek hingga masak.Kemudian dadu/potong memanjang (Ikut suka la nak potong macam mana pun) 
  2. Satukan tepung beras, santan, gula,garam dan daun pandan.Kacau terlebih dahulu supaya gula dan garam hancur. 
  3. Masak atas dapur hingga pekat, api kecil sahaja(sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2)kemudian masukkan ubi keledek.Kacau dengan cermat supaya ubi tidak hancur.Ketepikan. 
  4. Ambil daun pisang, potong selebar tapak tangan..layurkan atas api dan lap bersih. Ambil adunan kuih anggaran 2 sudu besar dan balut seperti membalut pulut inti.
  5. Kukus selama 10min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus. Sejukkan terlebih dahulu supaya kuih 'set' kemudian bolehlah dihidang.

Tuesday, October 16, 2018

Resepi Lontong Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Pagi ni hujan rahmat membasahi bumi Pulau Pinang...sebelum mula masak, kita buat n3 serba ringkas..ni pun sebab ayam dok keras lagi..sempatlah buat posting.
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Lontong paling senang dan yang penting sedap.Saya masak ni tak sampai 20min pun termasuk Kuah Lodeh dan sambal tumis ikan bilis sekali.Cepat kan?Nasi impit tu korang rebus la dari malam kalau nak buat sarapan pagi.Baru sempat sejuk dan elok bila dipotong.
Alaaa...macam terrer sangat masak laju2 tu padahal kat gambar pun korang dah nampak si LiNa Pg tu guna perencah apa hahaaaa...Saya bahan magik perencah Kuah Masak Lemak Brahim dan sambal tumis...tu yang laju.Tak yah tambah apa2 pun.Follow jer instruction kat belakang paket tu.Untuk Kuah Lodeh saya lebihkan siket air (Sebab kami 5 beranak) so saya tambah 1 kiub ikan bilis untuk balance kan rasa.Kalau korang ikit arahan tu tak yah tambah apa2 okey..santan pun tak perlu ya...
Untuk penyediaan lontong ni walaupun ringkas sahaja, tapi saya ada buat youtube jugak..So, korang boleh tengok kat sana okey..Pukul am nanti baru publish...dah upload cuma audio belum ready lagi.
Kalau nak tengok latest update masak2 boleh follow Instagram saya.Selalunya IG lagi cepat saya update.Video dan Resepi pendek 58saat saya dah upload ke IG..Youtube panjang siket 
Instagram Malina LiNa Pg 

Walaupun ringkas sahaja tapi sedap tau.Cara Masak pun senang.Rugi kalau tak cuba

RESEPI LONTONG MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan Kuah Lodeh
  • 1 paket Kuah Masak Lemak Brahim
  • 1 batang serai (titik)
  • Kobis
  • Terung 
  • Kacang panjang
  • Baby corn
  • Karot
  • Tempe (goreng)
  • Fucuk dan suhun (yang ni boleh lupa plak nak letak)
  • Udang
  • 1 kiub ikan bilis
  • Air secukupnya
  • Minyak (option)
Bahan Sambal Tumis
  • 1/2 paket Sambal Tumis Brahim
  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • 1/2 labu bawang besar (hiris)
  • sedikit minyak
Cara-Cara (Buat Kuah Lodeh)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga terbit bau.Masukkan Kuah Masak Lemak.Tambah air secukupnya.
  2. Masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu (terung, baby corn dan karot).Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis,kacang panjang, tempe (kalau ada suhun dan fucuk jugak).Akhir sekali masukkan udang.Masak sebentar sahaja supaya udang tidak overcook.
  4. Sesuaikan rasa (LiNa Pg tambah 1 kiub ikan bilis)Tutup api.Kuah Lodeh dah siap
Car-Cara (Sambak Tumis Ikan Bilis)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga terbit bau dan sedikit layu.
  2. Masukkan sambal tumis Brahim, tumis sekejap.Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng.Gaul rata.Tutup api.
Bahan Lain Lontong
  • Nasi impit
  • Telur rebus
 https://www.youtube.com/watch?v=HVTybHYJB-w

Sunday, October 14, 2018

Roti Sardin Gulung Idea Sarapan Ringkas

Assalamualaikum....
Bersiaran di hari minggu....Dah saraoan ke belum tu?Ke datang mencari idea nak masak sarapan pagi untuk keluarga tersayang.Kalau masih belum ada idea, apa kat buat sesuatu yang ringkas sahaja.Sesimple Roti Sardin Gulung ni.Walaupun ringkas tapi mengenyangkan jugak.Mampu bertahan hingga tengahari ni.Kebiasaannya Roti Gulung ni orang buat sekadar lenyek sardin dan masukkan bawang mentah, letak limau siket kan?Tapi saya lebih prefer yang ditumis sekejap.Lebih sedap pada tekak saya dari yang makan mentah mcam tu.Terpulang citarasa masing-masing ok.Asalnya saya nak buat video tapi sebab nak cepat saya just snap step by step jer.Ok jom kita semak resepi.Sat lagi boleh buat terus untuk anak2.Kalau nak buat bekal ke sekolah pun sesuai jugak ni
 Roti Gulung Sardin versi jimat cermat.Roti pun potong 2 hahahaa..Bukan apa saya goreng dalam pan kecil senang siket nak handle bila kecik macam ni.Nampak cute plak
Untuk lebih jelas.Boleh refer gambar di atas ni.Mudah kan?Ramai dah yang tahu.Lainnya siket sebab saya tumis terlebih dahulu

ROTI GULUNG SARDIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • Roti putih secukupnya 
  • 1 tin kecil sardin (LiNa Pg guna Adabi)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Secubit garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • Bread crumb/serbuk roti secukupnya (kalau tak ada boleh skip)
  • Minyak 
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak (anggaran 1 sudu besar) tumis bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan sardin (bersama kuah) dan lenyek sedikit (LiNa Pg lenyek kasar sahaja sebab suka tektur ikan sardin yang masih berketul)
  3. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.Dah siap.Masukkan inti ke dalam bekas.Biar sejuk sedikit.
  4. Sementara itu, gelek/canai roti putih dan buang bahagian tepi.
  5. Letakkan sedikit inti sardin dan gulung roti.Sapukan bahagian hujung roti dengan telur (sebagai gam supaya tidak terbuka masa goreng.
  6. Buat hingga habis semua roti dan inti.
  7. Celup roti ke dalam telur dan golek/salut dengan serbuk roti.Pastikan semua bahagian bersalut rata.
  8. Panaskan minyak, goreng api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  9. Roti Gulung Sardin sedia dihidangkan.Enak dimakan panas-panas.Selamat Mencuba

Thursday, October 11, 2018

Bubur Chacha Homemade (Guna Pensonic Noodle Maker)

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak makan bubur chacha ni sampai lupa bila last makan bubur ni.Pada hal bukan susah sangat nak membuatnya.Bila tekak terasa kering saya cuba2 buat guna Pensonic Noodle House ni, guna resepi basic jer gandum+air.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Kalau guna jus pandan lagi sedap.Memandangkan pokok pandan saya tinggal 2-3 helai jer daunnya saya save jer la untuk masuk dalam kuah.Jadi yang hijau tu adalah pewarna hijau epal.Letak siket jer.
Manakala untuk kuah pulak saya guna gula merah+gula putih sebab gulam melaka/gula nisan pun dah wasalam.Apa la semua pun abes daaaaa...Nak makan punya pasal banyak yang kena substitude...Takpelah janji ada dessert..hantam sajalah labu.
Opss sebelum saya terlupa...Harga promosi RM399 Pensonic Noodle House ni akan berakhir pada 14hb Oktober nanti (9.30pm) gently reminder...ready stock semakin sedikit..rasanya mungkin tak dapat bertahan hingga ke 14hb kot.Kalau stock sampai lepas 14hb....maka kena beli dengan harga asal la RM599.So bertindaklan sekarang.Sangat berbaloi.Bukan setakat mee...macam2 boleh dihasilkan.Tapi kena ada sedikit keberanian untuk bereksperimen.Asalkan ration tepung dan liquid tepat, insyaaAllah berjaya lah eksperimen tu....
Korang boleh refer RESEPI NOODLE MAKER LiNa Pg  
Untuk membeli Noodle maker ni.Beli melalui estore Pensonic (kat fb sinun ) Korang just masukkan Kod
Lina5PNM (untuk claim freegift)

Sedap..lembut sedikit kenyal.Terasa betul2 macam Bubur chacha yang dibeli.Yang ni lagi sebab fresh dan homemade cuma bentuk bahagian hujung tu tidaklah runcing seperti chacha kering..Tapi xpe dah masuk mulut kunyah tak nampak dah runcing ke sekata jer kan..Yang penting sedap, bersih dan terjamin halal
 step mudah jer.Resepi Mee basic jer.Saya guna quick noodle 3min dah siap.Cuma potong pendek2 anggarn 1 inci macam tu.Rebus kejap dan siap

RESEPI BUBUR CHACHA HOMEMADE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan A (Chacha Homemade) sukatan cup PNM-01
  • 1 cup rata tepung gandum 
  • Air+pewarna hijau/jus pandan = 60ml
Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam chamber, Tutup cover.ON mesin
  2. Quick Noodle+Confirm
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  4. Tunggu hingga adunan keluar (~3min)
  5. Potong chacha lebih kurang 1 inci.Kemudian rebus dalam air mendidih selama ~1 min sahaja
  6. Kemudian masukkan ke dalam air sejuk.Toskan
Bahan B (Kuah)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 3 sudu gula putih (boleh tambah/kurang mengikut selera)
  • secubit garam
  • 200ml santan pekat
  • 3 cawan air (terpulang kepada kepekatan kuah mengikut selera)
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar sagu (rendam sekejap kemudian toskan)
  • 1 ketul ubi keledek (dadu kecil supaya cepat empuk)
Cara-Cara
  1. Satukan semua air, gula,garam, daun pandan dan ubi keledek.Masak hingga gula hancur dan keledek empuk
  2. Tambah santan ,sagu dan chacha, masak sebentar hingga santan mendidih.Sentiasa kacau supaya santan tidak bergentel atau pecah minyak.
  3. Dah siap bolehlah dihidang.
FINAL CALL!!!
PENSONIC NOODLE HOUSE A FEW UNITS LEFT...(INFO FROM PENSONIC STAFF)
GRAB NOW OR YOUR NOODLE FLY AWAY......
PRICE RM399 ONLY

Click link below to purchase..Don't Forget Use My Code Lina5PNM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...