Tuesday, January 30, 2018

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Assalamualaikum...
Baru berkesempatan untuk update blog.Esok cuti Thaipusam kan?Bolehlah u olls cuba buat Sangkaya Homemade ni Ala Boat Noodle gitu...nak buat pun kejap jer...sedap sungguh la haih makan dengan roti banggali yg di'stim' makan panas2 mmg la best kan..
Okey la cam malas nak mengarang..
Sengaja x buang kerak2 roti tu sebab suka makan kerak tu (kalau roti banggali)Jangan minta rcp roti plak ya..yg ni saya beli jer dari 
mamak roti heheee..
SANGKAYA ALA BOAT NOODLE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal Zalieda Zaliedana
Bahan-Bahan
300ml santan (LiNa Pg gn 200ml santan kotak+200ml air)
100ml air
4-5 helai daun pandan
3 biji kuning telur
3-4 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn 1 sudu kecil gula merah)
Secubit garam
Beberapa titis pewarna hijau epal (jika suka)

Bahan Lain
Roti Banggali

Cara-Cara
Satukan semua bahan dan kisar halus
Tapiskan ke dalam kuali/periuk
Masak api kecil hingga likat dan kelihatan ada letupan² kecil.
Dah siap.

Cara Hidang
Potong roti (terpulang citarasa)kukus/stim sekejap (LiNa Pg masukkan ke dalam microwave jer)
Sedia dinikmati bersama sangkaya.

Makan panas² 

Monday, January 29, 2018

CrunCheezy Chips Meletop Semakin Mendapat Sambutan

Alhamdulillah...
Setiap mggu order CrunCheezy Chips makin bertambah..kena keje keras siapkan tempahan Kerepek Popia Cheese ni.Mggu ni sebanyak 21 balang yang ditempah.Anak punya projek,mama pun sama letih jugak..kesian tengok dia buat sorang2..so,take turn la buat siket sorang..Terima kasih untuk semua yang order dan yang repeat order..Terima kasih banyak2.Nak buat kudapan semasa CNY boleh place order awal2..semua ni homemade tak guna mesin..hanya kudrat tangan jer..
 21 balang semuanya...Alhamdulillah
Terima kasih Puan Liza (Pengetua SMK.Sg.Nibong) beliau order 2 balang CrunCheezy Chips mggu lepas Tq support bisnes bekas anak didik SMKSN jugak..Kata Puan Liza dia nak bawa bekal utk holiday ke Eurpe hehee
 Kelmarin saya dapat wasap ni dari Puan Liza hihi....Dah sampai Europe dah CrunCheezy Chips..Tq Puan Liza sudi berkongsi gambar..Hepi Holiday n njoi yr Europe Trip..sekarang beliau kat Amsterdam kalau tak silap.

Thursday, January 25, 2018

Jus Oren Sunquick Asam Boi Enak Menyegarkan

Assalamualaikum...
Jus Oren Sunquick Asam Boi ni sememangnya sangat digemari oleh suami saya.Bila jus oren sunquick bersatu dengan asam boi memberikan satu rasa unik yang sungguh enak.Memang padu sungguh la.Nak buatnya pun cukup mudah, anak kecil 8 tahun pun boleh buat....semudah 1,2,3 gitu dalam masa 5min pun dah dapat menikmati jus oren sebenar sunquick ni..dengan sedikit sentuhan 'pelakon tambahan' asam boi menyerlahkan lagi keenakan oren sunquick...argggg..nyaman menyegarkan membasahkan tekak di kala cuaca panas...Okey jom kita semak resepi mudah ni
Soooo....refreshingggggg.Hero dan heroin jer dalam ni.Takde props bagai..sempoi jer 
JUS OREN SUNQUICK ASAM BOI ENAK MENYEGARKAN
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
1 jug jus oren sunquick
8 biji asam boi 
½ cawan air panas
Ketulan ais (jika suka)

Cara-Cara

  1. Rendam asam boi ke dalam air panas selama 1-2minit supaya kembang
  2. Kemudian masukkan ke dalam jus oren sunquick
  3. Masukkan kiub ais.Sedia dinikmati

#SUNQUICKKONGSIKERIANGAN

Wednesday, January 24, 2018

Ayam Masak Halia Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum....
Ayam Masak Halia ni saya masak minggu lepas lagi.Baru berkesempatan untuk update blog.Masih banyak lagi n3 yang tertangguh.nanti slow2 kita update bila ada kelapangan.Resepi Ayam Halia ni cukup mudah dan sedap.Nak masak pun sekejap jer.Resepi ni saya terjumpa kat SINI harap saya bagi credit link pada owner yang betul la sebab banyak page yang guna gambar yg sama.Kalau ikut watermark gambar..nampak gaya cam dialah tuan tanah...Apa pun terima kasih...Memang sedap.Hari ni cuaca mendung jer di bumi Pulau Mutiara..sesuai sangatlah kalau nk cuba Ayam Masak Halia ni dapat panaskan badan heheee...Ok jom kita semak resepi
Walaupun simple tapi cukup menyelerakan
AYAM MASAK HALIA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih (mayang halus)
2 cm halia (mayang halus-memanjang) LiNa Pg guna halia muda
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (hiris nipis membulat)
1 biji cili merah dan hijau (mayang halus)
1 tangkai daun bawang (potong ~1in)
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng hingga masak (jangan terlalu garing) Angkat dan ketepikan
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng tadi..
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair,sos ikan dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Sesuaikan rasa (Tambah garam dan gula/perasa jika perlu)
  6. Masukkan cili merah dan bawang besar.Kacau seketika hingga bawang besar sedikit layu.
  7. Tutup api dan taburkan hirisan daun bawang.Sedia dihidang bersama nasi panas 
Iklan siket...nak rasa kerepek popia cheese yang lazat ni?Boleh pre order..ready stock Isnin depan...week end baru buat..homemade tau.Tuuu ada no kat sticker...kalau nak wasap saya pun boleh 0134898101-Malina

Monday, January 22, 2018

Kerepek Popia Cheese Terlajak Sedap

Assalamualaikum...
Nak rasa kerepek popia cheese yang enak?Sekali makan tak stop punya ni.Sambil2 tengok tv atau santai2 bersama family pop up CrunCheezy Chips ni mmg best sangat.
CrunCheezy Chips keluaran Infimatum Enterprise ni.
TIADA PEWARNA TIRUAN
TIADA MSG
HOMEMADE
100% KELUARAN BUMIPUTERA
Menggunakan Cheese Powder Jalapeno bermutu tinggi
NAK RASA?Kudapan alaf baru ni?Jangan segan2.Nak beli borong?Harga boleh bincang.
Wasap 0195594101 (Danial)
Wasap 0195594101 (Danial)
Kepada regular kastemer LiNa Pg boleh juga wasap saya untuk menempah...Mama payung bisnes anak heheee

Belanja LIKE 1x okey...Tenkiu uolls
16 balang order minggu ni (3 bekas xsempat nak posing berjemaah sebab dah diambil tuan punya)
 Popia rangup mewah dengan salutan cheese powder...Sedap baq ang
Balang setinggi ~17cm..tinggi tu harga sangat berpatutan.
InsyaaAllah akan berpuas hati

Tuesday, January 16, 2018

Terung Berlado/Terung Goreng Balado

Assalamualaikum...
Beberapa hari blog terbiar tanpa n3, so hari ni kita taip cepat2 buat n3 serba ringkas.Suka makan terung tak?Selain dibuat masak lemak putih boleh jugak buat Terung Berlado, ada yang panggil terung balado, sambal terung balado pun boleh lah..Jom kita semak resepi..kot ada yang nak masak sat lagi
Resepi Terung Berlada ni sangat ringkas tapi cukup menyelerakan
RESEPI TERUNG BERLADO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 2 biji terung panjang (potong seperti dalam gambar)
  • 2 biji cili merah (tumbuk)
  • Sedikit ikan bilis (tumbuk)
  • ~1/2in belacan (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Cili padi (tumbuk)jika suka pedas (LiNa Pg xletak)
  • Garam dan perasa (LiNa Pg guna 1/2 kiub ikan bilis)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng terung hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak (tinggal anggaran utk menumis)tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.
  3. Masukkan garam dan perasa (jangan banyak sangat sebab ikan bilis dan belacan dah masin)Kemudian masukkan terung yang telah digoreng tadi.
  4. Gaul rata,sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang.

Wednesday, January 10, 2018

Jom Belajar Masak Stew Ayam (YouTube)

Assalamualaikum...
Dah siap masak ke tu?Kalau belum ada idea, boleh cuba buat Stew Ayam ni..Dah banyak kali saya buat dan mmg menjadi kegemaran anak2 saya sebab ianya mesra kanak2 sebab tak pedas (pedas2 manja jer)Resepi Stew Ayam ni cukup mudah..bahan pun main hiris dan cincang jer.Mudah sangat...yang penting sedap.
Saya malas nak snap cantik2, so gambar dalam kuali ajerlah...sempoi gitu hahaaa
Resepi Stew Ayam
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
https://www.youtube.com/watch?v=MwOQObCHcrc
Bahan-Bahan 
1/2 ekor ayam - LiNa Pg potong kecil2
2 biji kentang holland - Potong kiub
1/2 batang karot (potong baji) 
2 ulas bwg putih - LiNa Pg ketuk dan cincang 
1/2 labu bwg besar - cincang 
1 bunga lawang 
1 batang kulit kayu manis
1/2 inci halia (mayang halus) 
2 helai Daun bay  
1 sudu besar tepung jagung (tepung gandum pun ok)
1 sudu besar kicap pekat manis 
2 sudu besar sos tiram
4 tangkai cili kering (suka pedas letak lebih) 
1 kiub ayam.
2 labu bawang holland (belah 4)
Minyak 
Air 
Garam dan gula/perasa 

Cara-Cara 

  1. Panaskan 1 senduk myk masak.Masukkan ayam goreng sekejap hingga pucat.Angkat dan ketepikan
  2. Guna minyak yang sama (jika kurang tambah siket lagi)Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, Cili kering dan daun bay.Tumis hingga terbit bau dan sedikit garing.Jangan lama sangat nanti pahit.
  3. Kemudian masukkan masukkan tepung jagung, Kacau laju2 dan buat browning process juga.Boleh masukkan bahan lain (karot,kicap, sos tiram dan kentang)
  4. Masukkan ayam (yg telah dibuat browning tadi).Kacau sebati. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Masak hingga ayam Masukkan bawang besar (yg dibelah 4)sesuaikan rasa tambah garam dan gula/perasa jika perlu.Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat.
  6. Dah siap.Tutup api.Stew ni sedap dimakan bersama roti, nasi putih 

Tuesday, January 9, 2018

Apam Balik

Assalamualaikum...
Apam Balik homemade apakah sejenis kerajinan nan jitu?Acah2 macam dok oversea la pulak kan?buat sendiri sebab nak makan kikiiii.Ekceli takdelah rajin sangat,tapi sebab dok nampak rcp ni viral dok lalu lalang kita pun nak cubalah tambah pulak bahan2 pun ringkas jer.
Apam Balik ni sedap makan panas2
RESEPI APAM BALIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal FB
Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar butter cair (boleh guna minyak msk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • Sedikit garam
  • 1 tin jagung manis
  • kacang tanah
  • 5 sudu besar gula (atau secukupnya)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender kecuali jagung tin dan kacang tanah, blend.Rehatkan selama 15min
  2. Panaskan pan sapu sedikit minyak, tuang adunan ratakan ke seluruhan pan.
  3. Biar seketika hingga permukaan nampak kering, taburkan gula,jagung manis dan kacang.
  4. Apabila apam telah masak, lipat dua dan angkat.Potong apam balik dan sedia dihidang

Monday, January 8, 2018

Sayur Lemak Pucuk Paku (Youtube masakan)

Assalamualaikum...
Saya buat n3 ringkas jer..tp dah rajin la jugak sebab buat video masakan walaupun resepi sempoi jer.Resepi Masak Lemak Pucuk Paku ni adalah resepi basic yang jugak boleh digunapakai untuk buat masak lemak cili padi telur itik atau sebagainya.Cuma perlu tambah serai (ketuk) dan asam keping sahaja.Disebabkan sayur ni utk hidangan tengahari (kemarin)Dah siap masak,terus masuk dalam pinggan dan makan...Maaf la terlupa nak snap gambar yang dah siap masak serve dalam pinggan tu...Video ni saya buat khas utk adik2 yang baru berjinak2 dengan dapur tambah yang baru kawen atau yang tak tahu nak buat sementara menunggu keputusan SPM.Kalau yang mak2 tu mesti dah terover pandai.So,jangan kecam okey
Resepi Masak Lemak Pucuk Paku
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
https://www.youtube.com/watch?v=j9dokUCHeZA
Bahan-Bahan
1 ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup/1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit ikan bilis
3 biji cili padi
200ml santan
Air secukupnya
Kiub ikan bilis
Garam dan gula/perasa
Cili merah (patah2kan)

Cara-Cara

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit dan ikan bilis
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk masukkan sedikit air (~1/2 cawan)Reneh sekejap.
  3. Kemudian masukkan santan dan tambah air secukupnya (utk kuah)
  4. Masukkan kiub ikan bilis.Bila nampak naik wap.Masukkan pucuk paku.Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.
  5. Bila mendidih patah2kan cili merah dan masukkan ke dalam kuah.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  6. Dah siap. 
  7. Jangan lupa SUBSCRIBE YUTUBE LINA PG

Saturday, January 6, 2018

Resepi Kari Ayam Kapitan (Youtube Chicken Curry Kapitan)

Assalamualaikum...
Mak aih rajin sungguh hari sabtu update blog kikiiii...sebabnya hari ni ada masa free siket.Masak pun boleh lambat2 (masak la agaknya)kalau malas kita JJCM ajerlah (macam biasaaaa)Okeylah hari kita tepek resepi ayam masak kapitan.Kali ni terover siket pekat..sebab mama masak halfway kena tinggal pi amek si kakak balik sekolah awal marin..so pass batton kat abang long jaga masakan kasi reneh sampai pekat..Pekat sungguh baq ang dah rupa rendang pun hado kikiiiii..Tapi xpe rasa menten sedap..seb baik mamanya letak garam siket jer..Kalau cenggini pekat, garam lak banyak kompom masinnnnn mereput.
Malas nak snap cantik2..ni gambar dr hp jer
AYAM MASAK KAPITAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
YouTube LiNa Pg << subscribe
Bahan A (Kisar) 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 
5 biji Cili Merah  
1cm lengkuas  
Sedikit Serbuk Kunyit 
1cm halia 

Bahan B 
10 ketul 
200 ml santan 
50 ml susu cair (LiNa Pg xletak xde stok)
1 biji limau kasturi (Ambil jus) 
2 batang serai ketuk 
garam dan gula secukupnya 
Minyak 
Air 

Cara-cara : 

  1. Tumis bahan kisar, serbuk kunyit dan serai hingga naik bau.Tumis hngga agak garing sedikit.
  2. Masukkan ayam dan gaul, kecutkan ayam.Letakkan sedikit garam,gula/perasa.Kemudian masukkan santan dan susu cair.Perahkan jus limau kasturi.Biarkan hingga mendidih.  
  3. Kacau sentiasa.Sesuaikan rasa, apabila ayam empuk,renehkan seketika biar kuah agak pekat. Tutup api,Sedia dihidang
  4. Youtube masakan https://www.youtube.com/watch?v=TGe9R4QrVAQ
Jangan lupa SUBSCRIBE okey untuk lebih banyak video masakan

Wednesday, January 3, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum...
Masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2018 kepada semua.
Kita buat warm up dengan n3 simple saja.
#2017bestnine on instagram.
Sapa yang nak follow lina pg kat IG bolehlah follow..Saya agak aktif post gambar masakan di IG berbanding fb skrg ni.Okey lps ni baru update gambar masakan ok..Skrg nak masak dulu sbb sat lagi anak nak p skool
mama memang x sempat nak me time pun.
Sorang sekolah pagi,seorang sekolah petang.Kalau ada typo sori ya sebab buat n3 guna hp jer ni
2017bestnine

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...