Tuesday, January 9, 2018

Apam Balik

Assalamualaikum...
Apam Balik homemade apakah sejenis kerajinan nan jitu?Acah2 macam dok oversea la pulak kan?buat sendiri sebab nak makan kikiiii.Ekceli takdelah rajin sangat,tapi sebab dok nampak rcp ni viral dok lalu lalang kita pun nak cubalah tambah pulak bahan2 pun ringkas jer.
Apam Balik ni sedap makan panas2
RESEPI APAM BALIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal FB
Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar butter cair (boleh guna minyak msk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • Sedikit garam
  • 1 tin jagung manis
  • kacang tanah
  • 5 sudu besar gula (atau secukupnya)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender kecuali jagung tin dan kacang tanah, blend.Rehatkan selama 15min
  2. Panaskan pan sapu sedikit minyak, tuang adunan ratakan ke seluruhan pan.
  3. Biar seketika hingga permukaan nampak kering, taburkan gula,jagung manis dan kacang.
  4. Apabila apam telah masak, lipat dua dan angkat.Potong apam balik dan sedia dihidang

5 comments:

Warisan Petani said... Balas

Macam senang aje buatnya.
Kalau tunjuk lagi senang

LiNa_Pg said... Balas

Kannnn..hulur duit,kira setel dah
Ni saja sbb senang sgt,cuba buat la buat sendri..at least amek tau resepi kikiii..pasni tunjuk² jer kat pasar malam hahaa

Phong Hong said... Balas

Memmang rajinlah sebab biasanya apam balik ni boleh beli kat gerai atau pasar malam kan hee..hee... Tapi home made lagi best, boleh letak inti lebih2. PH suka yang inti kacang.

LiNa_Pg said... Balas

Tang boh jagung banyak² tu mmg betoi PH..sampai melimpah ms nak lipat hahaa..bayangkan 1tin jagung abes utk 1cawan tepung punya adunan hahaa

Jaja said... Balas

Kalau buat ni, wajib taruk jagung banyak baru sedap. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...