Monday, February 5, 2018

Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap Dan Tidak Menggunakan Blender

Assalamualaikum...
Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut jugak dikenali sebagai Kek Sarang Lebah.Resepinya nampak mudah, tapi kalau silap gaya sarangnya memang tak menjadi.Kali ini saya nak kongsikan resepi yang cepat dan mudah..dan kejadiannya sarangnya yang awesome.Kalau sebelum saya menggunakan resepi versi satu lagi tetapi menggunakan blender.Boleh klik SINI hasilnya jugak bersarang dan agak mudah jugak.Kali ni Resepi Kek Gula Hangus Paling mudah dan menjadi.Paling penting tak perlu nak perap bagai.Lepas siap adun terus bakar jer.Lepas tu memang jenis old skool sebab tidak menggunakan sebarang mesin.Blender pun tak guna.hanya guna spatula/hand whisk sahaja.Kalau xde oven bleh bakar atas dapur gas macam dulu2 tu.Tapi kena guna acuan yang berlubang di bahagian tengah dan alas untuk control api dapur.
Sarangnya kecil2 dan comel
KEK GULA HANGUS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-bahan
4 biji telur gred A
1  cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
1  cawan gula pasir 
1 cawan air
2 sb butter
1/2 cawan susu pekat manis(LiNa Pg letak 3 sudu besar jer)

Cara-cara:

  1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter.Sejukkan sebentar
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder.Ayak
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (LiNa Pg pukul macam buat telur dadar jer).Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung.Kacau rata
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 8x8in) yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair
  6. Rehatkan adunan selama 10-15minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (LiNa Pg guna suhu 150'C)
  7. Bakar api bawah selama 30min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul2 masak2.LiNa Pg bakar selama 40min

9 comments:

Eyma Balkish said... Balas

Ada kesalahan ejaan pada tajuk enti :)

LiNa_Pg said... Balas

Adoi...tq² typo besar²an ni

EmbunRosaliza said... Balas

Tak sempat pula tgk apa yg di typo tu. Alhamdulillah kek simple2 je. Tp dh terlupa dh resipi. Nasib baik ada adk yg rajen mengolah blk resipi ni

LiNa_Pg said... Balas

Typo kt tajuk..kek guna hangus kih²
Cepat² betulkan semula

Haizah ~ 864907 said... Balas

sedapnya...

Haslymazlina said... Balas

Zaman sekolah dulu selalu buat kek gula hangus ni dengan Ummi...dah lama tak buat kek ni, dah lupa resipinya...kena buat ni utk mengimbau kenangan. Thanks for the recipe.

lehan91 said... Balas

apa maksud sb kat bahan sukat butter tu?

norshidan hashim said... Balas

@lehan91
kalau x silap saya Sudu Besar.

LiNa_Pg said... Balas

@norshidan hashim
Haha..betul..Pandai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...