Friday, March 30, 2018

Gulai Ikan Kering Tumis Darat Dan Petua Menjadikan Gulai Sangat Sedap

Assalamaualaikum...
Alhamdulillah sempat update blog, ekceli ada jer bahan tapi kesuntukan masa untuk update.Dalam masa cuti sekolah hari tu sempat pi kenduri di Sungai Petani, sambil tu lajak ke Tanjung Dawai..beli apa yang patut...Ikan Talang masin dan belacan tu kira wajib la kan hehe..selalunya saya buat gulai ikan kering style lebur n kuah kuning2 camtu.Kali ni buat versi tumis darat lak.Al maklumlah stok ikan banyak..beli harga dekat RM20 sekor..makan la ikan kering sampai abes.Maaflah ya gambar ni saya snap guna hp jer..dalam periuk pulak tu.Asalnya nak snap lawa2 siket guna kamera tapi anak2 dah kelaparan..siap masak terus hidang.Kuahnya agak pekat siket lepas agak sejuk.Gambar ni sejurus selepas tutup api.Tu yang ceroi..serius tau sangat sedappp..Di Kelantan rasanya takde kot gulai pesen lagu ni.Kalau tumis darat ni versi gulai utara.Resepi saya ambil dari fb.Terima kasih kak Shiela

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
BAHAN BAHAN :
500gm tulang Ikan Kurau/Ikan Talang (LiNa Pg guna talang)
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji bawang besar (tumbuk/blend)
3 ulas bwg merah (tumbuk/blend)
1 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
200 ml santan segar pekat
500 ml air atau santan cair (adjust ikut kepekatan kuah)
Garam secukup rasa (jika perlu)
3/4 cawan minyak
Sayuran kegemaran (terung, kacang panjang, cili hijau, nenas, dan ubi kentang atau apa saja.

CARANYA :

  • Rendam dulu ikan kering tu dalam air garam utk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan tu.. Rendam air 'Garam' utk kurangkan masin? tp itulah petua dan teknik ibu saya.. mmg dari dulu, kini dan selamanya.. Kemudian, bersihkan ikan kering tu n toskan..
  • Sayur terung dipotong ikut suka kemudian goreng sekejap.Toskan
  • Buah nenas dikupas kulit kemudian celur sekejap.Toskan.
  • Kentang kupas kulit dan potong ikut suka


Sediakan periuk yg bersesuaian, masukkan rempah kari, bawang yg ditumbuk dan masukkan air ~3 cawan. Masak sebentar supaya hilang bau rempah tu. 


Bila dah hilang bau rempah, masukkan ikan kering, air asam jawa (kalau letak nenas tak perlu asam jawa) dan masak sekejap dlm 5 min camtu. Kemudian masukkan pula santan dan air. Kemudian masukkan kentang.Setelah menggelegak dan kentang empuk. Kecilkan api.


PENTING : Jgn masukkan GARAM dulu. Rasa dulu, sebab kengkadang ikan tu masih ada masin dia. Klu tk perlu, tkpayah bubuh lagi. Saya biasanya biar dulu, bila dh nak makan baru rasa garam dia balik, sebab kengkadang gulai tu akan jd masin bila lg lama. Garam dari ikan tu keluar bila terendam dlm gulai tu..
Kemudian masukkan nenas dan terung/sayuran lain.Sesuaikan rasa.Masukkan garam dan gula/perasa (jika perlu)Kalau dan laukku cukup masin bak kata Tam spider tak perlu tambah garam hahaa.
Bahan untuk Tumis Darat

  • Bawang merah 7-9 ulas (hiris)
  • Bawang putih 1 ulas yg kecil( hiris)
  • sedikit daun kari, 
  • 3-4 biji cili kering (potong 2inci)
  • sedikit halba, 
  • biji sawi dan jintan putih. 


  1. Menggunakan minyak gorengan terung tadi.Tumis semua bahan untuk tumis darat, Bila dah garing, berwarna coklat keemasan tu, tuangkan terus ke dalam gulai kita tadi dan tutup periuk tu, supaya aroma yg harum tu tak keluar dan matikan api.
  2. Setelah beberapa minit, bolehlaa bukak periuk tu dan kacau rata bahan yg kita tumis darat tadi.. Mmm.. bau dia mmg harum sungguh.. 

Wednesday, March 28, 2018

Resepi Udang Goreng Nestum Sedap Dan Sangat Mudah

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, mcam biasalah acah2 bizi gitew hehee..Okeylah hari ni n3 pendek dan siaran ulangan.Udang Goreng Nestum yang sangat sedap dan resepinya cukup mudah...sap sap soi dah siap.Istimewa buat pengunjung TMK kesayangan saya, dgn gigihnya saya buat video dan dah upload kat youtube beberapa hari lepas.Lebih mudah untuk refer ke sana.Kali ni saya pegang jer hp sebab ada goyang2 siket2 video tu..tapi okeylah asalkan boleh nampak dengan jelas cara penyediaannya.
Walaupun nampak ringkas tapi sangat sedap.Harusss cuba tau

UDANG GORENG NESTUM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
5 ekor udang besar
3 ulas bawang putih cincang halus
3 biji cili kering (potong kasar)
3 tangkai daun kari
4 biji cili padi (kali ni LiNa Pg guna cili hijau jer)
2 sudu besar butter
1/2 cawan nestum
garam, gula/perasa dan kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub ikan bilis

Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
Udang dibersihkan, gaulkan dgn sedikit garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari, cili kering, cili padi hingga terbau bau dan agak garing.
Masukkan nestum, gaul dengan tumisan.
Masukkan udang yang telah digoreng.Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)

Dah siap.Boleh dihidang bersama nasi panas.
Langkah demi langkah Udang Goreng Nestum


Thursday, March 22, 2018

Tart Nanas Gulung Dan Popia Cheese

Assalamualaikum...
Saja kasi warm up blog yg lama terbiar.Kasi up gambar tart nanas (tempahan selingan sekadar suka² nak buat banyak tak daya sebab oven comel jer)ni pun sebab ct sekolah,ada la masa siket.
 Terima kasih kak yus dan azleen (fb)sudi order tart nanas w'pun masih learning stage hahaa..Org pertama yg order last wk ialah dinda saya Alla..yg ni tunjuk kat IG stori jer.Popia cis ada ready stok 2 balang.Sapa cepat dia dapat.
Rupa tart lepas bako..gambar dr hp n update blog pun guna hp ajer ni.Kalau celaru/typo mohon diampunkan.

Friday, March 16, 2018

Sup Tepung Tarik/Sup Tepung Gandum

Assalamualaikum...
Pernah dengar atau makan sup tepung tarik tak?Pelik jer bunyinya tu.Pertama kali saya tengok dekat fb, tapi sayangnya tuan punya hanya bagi gambar jer.Apa lagi saya gugel jer lah.Macam2 versi resepi Sup Tepung Gandum ni.Ada yang hanya uli menggunakan air dan ada juga yang menggunakan minyak bawang putih.Disebabkan saya merujuk kepada pelbagai sumber, fb/gugel/youtube so,saya olah mengikut cara sendiri.Walaupun resepinya cukup ringkas tapi sungguh sedap dan mengenyangkan.Patutlah ada yang komen kat fb kata mak2 mereka buat sarapan masa kecik dulu.Minta ampunlah masa kecik tak jumpa makanan ni..Makan Nasi Berlauk jer ambo ni kikiiii.Okeylah tak leh bebel panjang.Jom kita semak resepi Sup Tepung gandum atau pan mee
Sekali tengok macam koay teow ladna pun ada hehee...Gandum tu sendiri memekatkan kuah ni.Kena makan cepat2 tau masa panas lagi.kalau terbiar lama nanti kembang setaman.Jangan kata hakaq tak payung hehe..Sup ni tambah sedap di makan bersama sambal kicap.Memang terangkat.

SUP TEPUNG TARIK/SUP TEPUNG GANDUM
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Minyak Bawang Putih)
  • 1/4 cawan  minyak masak
  • 5 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 sudu besar ikan bilis (jika suka)
Cara
  1. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga garing.Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.Minyak bawang putih digunakan utk uli tepung
Bahan B (Tepung Tarik)
  • 1+1/2 cawan tepung gandum (ayak)
  • Minyak bawang putih (dari bahan A)
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • Sedikit garam (jika guna ikan bilis, tak perlu letak garam)
Cara
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam besen, buat lubang/kawah di bahagian tengan.Curahkan 2-3 sudu besar minyak bawang putih dan gaul menggunakan sudu (kalau minyak masih panas)
  2. Ramas2 tepung menjadi breadcrumb.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh menjadi licin dan tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan air jika doh sudah ok)
  3. Perap doh selama 1/2 jam (LiNa Pg masukkan ke dalam bekas kedap udara)
  4. Note:Lepas 1/2 jam doh akan menjadi lembut dan elastik (mudah ditarik)
Bahan C (Sup Tepung Tarik)
  • 1 keping dada ayam (potong kecil)
  • Fish ball (terpulang nak letak banyak mana)
  • Fish cake (terpulang)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam/perasa (gula)
  • Sayur sawi dan karot 
  • Air
Cara-Cara
  1. Gunakan kuali/periuk gorengan minyak bawang putih tadi.Panaskan periuk dengan saki baki minyak yg masih ada tumis isi ayam hingga separuh masak.kemudian tambah air secukupnya (untuk kuah)
  2. Masukkan kiub ikan bilis.Biarkan kuah mendidih.
  3. Masukkan fish ball, fish cake dan karot 
  4. Kemudian ambil sedikit doh (Bahan B) cubit2 dan tarik.Boleh jugak dicanai hingga nipis.kemudian tarik2 supaya nipis dan cepat masak (boleh refer kat IG yang saya kongsikan semalam)
  5. Buat hingga selesai.Tepung akan terapung bila sudah masak.
  6. Kemudian masukkan sawi.Sesuaikan rasa.Tambah garam/gula/perasa.Tutup api
  7. Sup Tepung Gandum sedia dihidang bersama sambal kicap,ikan bilis goreng dan bawang putih goreng.Boleh juga ditabur daun bawang semasa menghidang.Selamat Mencube

Monday, March 12, 2018

Resepi Tom Yam Thai Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran..berbekal kegigihan nan jitu siap buat video lagi haha..Jom kita belajar buat Tom Yam Thai..rasanya seakan2 Tom Yam yang dimakan di Siam Xpress sinuuu...sedap ya amat.Saya sangat cerewet mengenai rasa tomyam kadang2 makan dekat Restoran Thai pun rasanya tidak menepati citarasa saya.Saya suka Tom Yam yang diletakkan sedikit santan atau susu cair..rasa sedikit creamy dan pekat lemak2 masam manis, pedas bersatu dalam mangkuk tomyam..alahai nikmatnya bila dihirup..
Meh cheq layoq ngan gambar Tom Yam ni..semuanya main lebur ke dalam dan siap..untuk tomyam (dalam video ni) saya tidak tambah sebarang garam+aji sebab dah guna kiub dan jugak pes tom yam dah secukup rasa..Orait jom sema resepi

TOM YAM CAMPUR ALA THAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/

Bahan-bahan
4 cawan air (4 cups water) guna air rebusan kulit udang lagi sedap
2sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna pes Tom Yam Yum Thai)
1 sudu besar cili pes (LiNa Pg gn maepranum brand)
2 batang serai - ketuk
2 cm lengkuas - hiris
1 cm halia (hiris)
daun ketumbar dan akarnya
5-6 helai daun limau purut
1/4 cawan santan
2 sb sos ikan
1/2 kiub ayam
1 keping dada ayam (dadu kecil)
Cendawan tiram secukupnya (terpulang)
1 biji limau nipis /limau kasturi- amik jus
3-4 udang besar (3-4 XL prawns)
2 ekor sotong
1 biji tomato belah
2-3 biji cili padi - ketuk (jika suka pedas)
Cara-Cara
  1. Masukkan air masukkan pes tomyam dan cili pes, kiub ayam.Kacau rata.Masukkan serai,halia, lengkuas,akar ketumbar,daun limau purut, santan dan sos ikan
  2. Masukkan ayam dan cendawan tiram.Kacau rata,kemudian masukkan daun ketumbar (simpan sedikit untuk tabur kemudian selepas siap)Biarkan kuah mendidih supaya ayam masak dan cendawan lembut.
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)masukkan perahan jus limau kasturi/limau nipis
  4. Masukkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato, cili padi dan tabur daun ketumbar.
  5. Masak selama 1-2min (hingga kulit udang bertukar kemerahan-jangan masak terlalu lama nanti isi udang/sotong menjadi keras/liat)dah siap Tom Yam Ala Thai versi LiNa Pg.Selamat Mencuba

Wednesday, March 7, 2018

Tart Nanas Gulung

Assalamualaikum...
Dah masuk bulan Mac, agak lama blog TMK terbiar huhu..Hari ni kasi warm up siket dengan kukis raya.Gigih buat Tat Nenas gulung..kelmarin p kedai bakeri beli balang popia untuk Popia cis, rembat jugaklah jem nenas siket utk testing resepi.Nanti kita R&D menambahbaik yang mana patut.Ni pun buat half adunan jer dapat la 33pcs..Dalam hati kot la raya tahun ni nak ambil order Tat Gulung..Nampak gaya cam berangan saja hahaaa..sebab kureng kerajinan.Okeylah jom kita tengok gambar...Resepi tu kang korang gugel jer la..mesti ramai yang dah terrer kan..saya ni baru pestaim buat
 Biskut ni siap dah petang dah..Gambar pun ssh nak adjust bagi clear sbb saya tak ada lighting..cuma harapkan lampu dapur jer.Tak apalah asalkan Tat Nanas ni nampak tempting okey lah hihii
 Siap di bakar..sebelum dan selepas lebih kurang sama jer..Tat ni tak kembang..Tapi memang saiz XL sebab nak cepat siap..kejar masa nk tengok syurga yang kedua kikiii
Yg ni sebelum bako..versi kedekut kuning telur..calit siket2 jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...