Monday, March 12, 2018

Resepi Tom Yam Thai Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran..berbekal kegigihan nan jitu siap buat video lagi haha..Jom kita belajar buat Tom Yam Thai..rasanya seakan2 Tom Yam yang dimakan di Siam Xpress sinuuu...sedap ya amat.Saya sangat cerewet mengenai rasa tomyam kadang2 makan dekat Restoran Thai pun rasanya tidak menepati citarasa saya.Saya suka Tom Yam yang diletakkan sedikit santan atau susu cair..rasa sedikit creamy dan pekat lemak2 masam manis, pedas bersatu dalam mangkuk tomyam..alahai nikmatnya bila dihirup..
Meh cheq layoq ngan gambar Tom Yam ni..semuanya main lebur ke dalam dan siap..untuk tomyam (dalam video ni) saya tidak tambah sebarang garam+aji sebab dah guna kiub dan jugak pes tom yam dah secukup rasa..Orait jom sema resepi

TOM YAM CAMPUR ALA THAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/

Bahan-bahan
4 cawan air (4 cups water) guna air rebusan kulit udang lagi sedap
2sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna pes Tom Yam Yum Thai)
1 sudu besar cili pes (LiNa Pg gn maepranum brand)
2 batang serai - ketuk
2 cm lengkuas - hiris
1 cm halia (hiris)
daun ketumbar dan akarnya
5-6 helai daun limau purut
1/4 cawan santan
2 sb sos ikan
1/2 kiub ayam
1 keping dada ayam (dadu kecil)
Cendawan tiram secukupnya (terpulang)
1 biji limau nipis /limau kasturi- amik jus
3-4 udang besar (3-4 XL prawns)
2 ekor sotong
1 biji tomato belah
2-3 biji cili padi - ketuk (jika suka pedas)
Cara-Cara
  1. Masukkan air masukkan pes tomyam dan cili pes, kiub ayam.Kacau rata.Masukkan serai,halia, lengkuas,akar ketumbar,daun limau purut, santan dan sos ikan
  2. Masukkan ayam dan cendawan tiram.Kacau rata,kemudian masukkan daun ketumbar (simpan sedikit untuk tabur kemudian selepas siap)Biarkan kuah mendidih supaya ayam masak dan cendawan lembut.
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)masukkan perahan jus limau kasturi/limau nipis
  4. Masukkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato, cili padi dan tabur daun ketumbar.
  5. Masak selama 1-2min (hingga kulit udang bertukar kemerahan-jangan masak terlalu lama nanti isi udang/sotong menjadi keras/liat)dah siap Tom Yam Ala Thai versi LiNa Pg.Selamat Mencuba

3 comments:

FHA Selemak Santan said... Balas

Salam Lina,
Menyelerakan sungguh tom yam tu. Nanti boleh cuba

LiNa_Pg said... Balas

Wslm..Alhamdulillah sedap kak fha..menepati piawaaian heheee..

Hans said... Balas

perghhh
sedapnya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...