Wednesday, March 28, 2018

Resepi Udang Goreng Nestum Sedap Dan Sangat Mudah

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, mcam biasalah acah2 bizi gitew hehee..Okeylah hari ni n3 pendek dan siaran ulangan.Udang Goreng Nestum yang sangat sedap dan resepinya cukup mudah...sap sap soi dah siap.Istimewa buat pengunjung TMK kesayangan saya, dgn gigihnya saya buat video dan dah upload kat youtube beberapa hari lepas.Lebih mudah untuk refer ke sana.Kali ni saya pegang jer hp sebab ada goyang2 siket2 video tu..tapi okeylah asalkan boleh nampak dengan jelas cara penyediaannya.
Walaupun nampak ringkas tapi sangat sedap.Harusss cuba tau

UDANG GORENG NESTUM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
5 ekor udang besar
3 ulas bawang putih cincang halus
3 biji cili kering (potong kasar)
3 tangkai daun kari
4 biji cili padi (kali ni LiNa Pg guna cili hijau jer)
2 sudu besar butter
1/2 cawan nestum
garam, gula/perasa dan kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub ikan bilis

Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
Udang dibersihkan, gaulkan dgn sedikit garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari, cili kering, cili padi hingga terbau bau dan agak garing.
Masukkan nestum, gaul dengan tumisan.
Masukkan udang yang telah digoreng.Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)

Dah siap.Boleh dihidang bersama nasi panas.
Langkah demi langkah Udang Goreng Nestum


1 comment:

Phong Hong said... Balas

Lina, cantik kejadiannya. Sedap nih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...