Saturday, April 28, 2018

Ikan Talang Masin Goreng Cili Bawang

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Hari minggu pun ada n3 jugak, kira rajin tu hahaaa.. N3 simple jer saja bagi meriah blog.hapdet guna hp jer ni..gambar pun guna hp jer sebab post ka IG sinun.Kalau ada typo harap dimaafkan hehe
walaupun simple jer tapi kena dengan nasi panas² memang sedap baq ang.  mkn time sahur lagi sedap

IKAN TALANG MASIN GORENG CILI BAWANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
Ikan talang masin (bhgn isi)
Bawang merah hiris nipis
Cili padi potong 
Cili kering
Sedikit garam/cukuprasa
Limau kasturi
Minyak 

Cara-Cara
Ikan talang dipotong kecil² cuci bersih dan toskan
Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan
Kemudian goreng bawang hingga sedikit layu kemudian masukkan cili kering dan cili padi. Goreng hingga garing. 
Masukkan ikan talang yg telah digoreng tadi. 
Tambahkan garam (Jika ikan dah terasa masin, tak perlu letak garam) 
Tutup api. Angkat dan hidangkan. Perahkan jus limau kasturi. Selamat Mencuba

Thursday, April 26, 2018

Sambal Ikan Bilis Madu Dan Kentang (Jom Belajar Masakan Mudah Di Youtube)

Assalamualaikum...
Menu ulang siar hehe...resepi sambal ikan bilis dan kentang ni cukup popular sekitar 2009.Masa tu baru berjinak2 dengan IT ni..resepinya mendapat sambutan dikalangan ahli grop myR.Seronok sungguh bila teringat zaman keakraban di kalangan blogger otai.Skrg ni ramai yang menyepi dari dunia maya.Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah s.w.t rindunya pada kalian.
Okeylah cam xde idea nak tulis panjang2..jom la kita semak resepi.Ops saya terajin siket sebab ada jugak upload kat youtube nanti boleh tgk kat youtube channel jugak
walaupun ringkas jer tapi boleh makan bertambah ni.
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN KENTANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
3 biji kentang
1 cawan ikan bilis belah
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan cili giling (boleh dikurang/tambah)
1 sudu makan sos tiram (atau secukupnya)
1 sudu kecil madu (boleh ganti dengan gula)
Minyak

Cara-Cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga masak dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang gaul rata.Tutup api.Biarkan sejuk seketika.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata.Siap untuk dihidang.Selamat Mencuba

Tuesday, April 24, 2018

Resepi Koay Teow Th'ng Sedap Dan Sangat Mudah

Assalamualaikum...
Masih lagi dengan resepi masakan cina.Hari ni baru berkesempatan untuk update Resepi Koay Teow Th'ng n.Cara membuat Kway Teaw th'ng ni sangat mudah.Rasa supnya yang light slightly sweat tapi tastewise sangat superb.Saya kategorikan sebagai must try recipe.Resepi terdurhaka sedikit tanpa niat sbb terlupa nk masukkan sengkuang.Tapi end product tetap awesone.Okey jom kita semak resepi sebab pagi ni bz siket.
Koay Teaw Th'ng dihidang bersama taburan daun bawang, garlic oil dan sambal kicap.Bila nak makan letak sedikit lada putih untuk menambahkan umphhh..Masa snap ni lupa nak letak lada sulah.Serius sedap
Koay Teow Th'ng
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Chef HassanHen
Bahan A (Sup)
2 ketul dada ayam 
Bahagian tulang ayam (kaki,leher atau apa yang bertulang)
1 paket Fishball 
1 paket Fishcake 
1/2 biji sengkuang potong 4(LiNa Pg xletak)
Sedikit daun bawang
2-3 biji gula batu (saiz kecil)
1 sudu teh garam
1 sudu besar pati ayam (LiNa Pg guna kiub ayam)
Sedikit lada putih
Minyak bawang putih  (refer prev n3)
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan air ke dalam periuk, biarkan mendidih.Kemudian masukkan ayam+tulang.
  2. Biarkan seketika(anggaran 2-3min)apabila kelihatan air menjadi keruh (kotoran dan lemak terapung di permukaan)
  3. Tutup api,keluarkan kesemua ayam.Cuci ayam dengan air paip.Buang air dari periuk
  4. Masukkan air yang baru ke dalam periuk, masukkan ayam.Biarkan mendidih dan ayam betul2 masak (~25min)Keluarkan isi ayam.Biarkan tulang dalam periuk
  5. Masukkan 1 sudu kecil penuh minyak bawang putih (ambil bawang putih sahaja)
  6. Masukkan garam, kiub ayam dan gula batu.
  7. Masukkan fishball, fish cake (LiNa Pg masukkan panjang2) dan siap masak baru potong) dan didihkan seketika.
  8. Sesuaikan rasa.Tutup api.Sup dah siap.
  9. Untuk sup, Boleh refer ke youtube channel link di bawah ni.Subscribe okey

Bahan B (Sambal Kicap)
10 biji cili padi
2 sudu Kicap manis 
1 biji jus limau kasturi
4 sudu sup (koayteow)

Cara
Blend kasar kesemua bahan di atas.Siap

Bahan C (Koay Teow)
500 g koay teaw
Air panas secukupnya

Cara-cara
  1. Masukkan koay teaw ke dalam mangkuk besar.Tuang air air panas dan kacau rata.Biarkan seketika hingga minyak terapung di permukaan mangkuk.
  2. Cuci dan bilas dengan air biasa.Toskan

Cara Menghidang
  1. Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk hidangan
  2. Susun hirisan ayam, fish ball dan fish cake
  3. Tuangkan kuah/sup
  4. Letak sedikit minyak bawang putih (bersama bawang putih)
  5. Taburkan daun bawang dan taburkan sedikit lada sulah
  6. Selamat Menjamu Selera

Sunday, April 22, 2018

Garlic Oil Recipe

Assalamualaikum..
Masakan cina sangat sinonim dengan minyak bawang putih atau Garlic oil.Istilah Minyak Wangi digunapakai merujuk kepada Minyak Bawang Putih atau Garlic Oil.Kenapa minyak wangi?sebabnya minyak bawang putih ni essence of Chinese cooking.Ianya menambahkan lagi keenakan setiap masakan cina..enhance of the aromatic haaa..gitew kekdahnya.Sebab tulah sifu masakan cina saya chef hassanhen menggunakan istilah minyak wangi.Ok paham semua?cam cikgu plak kan kikiii..ayat mukadimah kan main skema gitu...Okey itulah serba sedikit info mengenai minyak bawang putih.Hari ni terajin siket siap buat video padahal senang jer cara nak buat minyak bawang putih.Saya buat lebih siket senang simpan jer dalam bekas, nak guna ceduk jer sekadar perlu.Okey coming up next ialah recipe Koay Teaw Th'ng Chinese Style Penang Mari....Untuk hari ni u olls buat minyak bawang putih ni dulu..
Dapat sebekas comel ni
RESEPI MINYAK BAWANG PUTIH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
  1. Bawang putih dikupas kulit,cuci bersih dan cincang halus.
  2. Panaskan kuali,masukkan minyak dan goreng bawang putih hingga kuning keemasan.
  3. Tutup api tapi teruskan mengacau (untuk mengelakkan bawang menjadi hangus)
  4. Pindahkan ke dalam mangkuk lain.Biarkan minyak bawang putih betul2 sejuk.
  5. Minyak bawang putih sedia digunakan.Jika tidak mahu digunakan lagi, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Nota kecil LiNa Pg
Simpan di luar peti ais sahaja.
Minyak bawang putih digunakan dalam resepi Wantan Goreng 


Untuk lebih jelas, boleh refer ke .Jangan lupa subscribe okey

Thursday, April 19, 2018

Kung Pao Chicken Chinese Style (Ayam Masak Kung Pao)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah berkesempatan mencuba resepi masakan cina lagi hari ni iaitu Kung Poa Chicken Chinese Style.Yg ni live punya mmg masak untuk lunch hari ni.Sejak terjebak dengan grop Chinese Food ni macam2 bahan baru muncul kat rumah ni hahaa..antaranya kicap cair dan jugak cuka hitam.Walaupun agak creepy dengan tulisan pada botolnya tu..tapi jangan risau ada logo halal heheee..Okey kawan2 kalau ada berminat nak mencuba Ayam KungPoa ni silakan..resepi sangat mudah dan tak perlu berlama-lama mereput kat dapur.Rasanya mmg sedappp...Torrrbaek
Kung Pao Chicken Chinese Style
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Chef HassanHen
Bahan A (Ayam)

  • 2 keping dada ayam -potong kecil
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh kicap pekat (supaya kelihatan gelap sedikit)
  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu teh Tepung jagung 
  • Minyak untuk menggoren
  • 5 tangkai cili kering - potong anggaran 2inci 
  • 1 pokok daun bawang potong 2cm
  • 2 labu bawang besar saiz sedang (potong wedges)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 2 sudu besar minyak bawang putih

Cara-Cara

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong kiub ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan tepung jagung.Gaul rata
  3. Akhir sekali masukkan minyak bawang putih gaul rata.Perap ayam selama 15-20min.Sementar perap ayam.Sediakan sos kung pao

Bahan B (Sos Kung Poa)

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar cuka hitam
  • 1 ½ sudu sos tiram
  • ½ sudu teh kicap pekat (supaya warna gelap dan cantik)
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu teh gula
  • 1 ½ tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu teh chicken stok (LiNa Pg guna 1/4 kiub ayam) 

Cara Sediakan Sos
Satukan semua bahan di atas.Gaul rata, kemudian ketepikan sebentar.

Cara Penyediaan Ayam Kung Pao

  1. Panaskan minyak goreng sebentar bawang besar, cili kering dan halia.Goreng sekejap sahaja.Jangan terlalu garing.Proses 'tarik minyak' Angkat dan toskan
  2. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng hingga masak jangan terlalu garing.Angkat dan toskan.
  3. Panaskan kuali (yang lain)masukkan minyak bawang putih kemudian masukkan ayam yag tela digoreng tadi.
  4. Kemudian masukkan bawang besar,cili kering dan halia yang telah digoreng ('tarik minyak') tadi.Kacau sebentar.
  5. Masukkan sos Kung Pao dan kacau sebentar.Tabur daun bawang dan kacang gajus.Kacau rata
  6. Tutup api dan sedia dihidang panas2.Boleh jugak ditabur gajus semasa menghidang

Kicap cair dan cuka hitam yang chef gunakan..

Wednesday, April 18, 2018

Lemon Chicken Chinese Style (Ayam Lemon Mudah Dan Sedap)

Assalamualaikum....
Resepi Chinese Style lagik kikiii...seronok sebenarnya mencuba resepi cina ni..sebab senang ya amat..sap sap soi dan siap dan boleh makan.Paling penting rasanya memang mantap sesuai dengan selera kami sekeluarga.Kebiasaannya masakan cina ni kurang pedas atau memang tak pedas langsung sesuai la sangat kalau yg ada anak kecik cerewet tahap gaban hahaaa.Kali ni saya mencuba resepi ke- dari Chef HassanHen banyak lagi coming up next..slow2 kayuh.Ayam Lemon ni banyak kali jugak lalu lalang kat wall fb bila tgk resepi alahai senangnya..bahan yang takde kat rumah masa tu ialah lemin jer.Bila dah lemon terus ON jer Chicken Lemon ni..sedap baq ang...sat ja dah boleh makan.Ekceli ni resepi selingan sekadar alas perut sementara tunggu Golden Crispy Chicken dok bersauna..anak2 dah kelaparan,so mama buat Ayam Lemon ni laju2.Jadinya Chicken Lemon ni kami makan bersama Nasi Ayam complete set...sup,sambal dan kicap (untuk nasi goreng bakar tu) posting kelmarin ya..sila refer ke sinun..
Gambaq dari hp saja..cincai2 snap
Lemon Chicken Chinese Style (Ayam Lemon)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi Asal Chef HassanHen CnP K1

Bahan A (Ayam)
2 ketul paha ayam (LiNa Pg gn dada ayam)potong kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada putih (LiNa Pg gn Ajishio)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil halia kisar (LiNa Pg gn 1cm halia tumbuk halus)
3 sudu besar tepung jagung
4-5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
Sedikit serbuk kunyit (LiNa Pg tambah-rcp xde)
1 biji telur (gred B)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Gaul isi ayam bersama serbuk lada putih, garam dan halia kisar.
Perap di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Satukan tepung jagung, tepung gandum,baking soda dan serbuk kunyit di dalam mangkuk.
Keluarkan ayam dan gaul bersama telur hingga rata.
Celup ke dalam campuran tepung dan salut hingga rata.Pastikan keseluruhan ayam bersalut dengan tepung.
Panaskan minyak dan goreng hingga timbul.
Jangan goreng terlalu lama, nanti isi ayam menjadi keras.
Angkat dan toskan.

Bahan B (Sos Lemon)
1 sudu besar mentega
1 cawan air
1/4 cawan jus lemon
1 titis lemon paste (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
1 sudu besar parutan kulit lemon 
2 1/2 sudu besar gula 
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air

Cara-cara :
Panaskan kuali, cairkan mentega dan masukkan air.
Tambah jus lemon, lemon paste gula dan parutan kulit lemon (tinggal sedikit kulit lemon untuk tabur semasa menghidang)
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Sesuaikan kepekatannya.
Masukkan isi ayam dan gaul rata.

Tabur sedikit parutan kulit lemon sebagai hiasan.
Sedia dihidang.Selamat mencuba

Tuesday, April 17, 2018

Ayam Goreng Bakar Chinese Style (Golden Crispy Chicken)

Assalamualaikum...
Sangat teruja mencuba Ayam Goreng Bakar atau lebih femes dengan Golden Crispy Chicken.Ayam yang telah digoreng berwarna keemasan cantik berkilat.Tapi nak membuatnya kenalah banyak2 bersabar.Resepi sungguh mudah cuma kena pause banyak kali sebab ayam perlu dijemur di bawah panas matahari hingga kulit ayam kering.Tips supaya bila digoreng ayam akan berubah menjadi golden.Kebetulan hari saya membuat ayam ni cuaca agak mendung, so lama jugaklah proses menjemur tu.Tapi agak berpuas hati jugak la sebab cantik jugak kejadiannya.Paling best teknik dan ilmu yang ditunjuk ajar oleh chef hassanhen sangatlah mahal.Terima kasih chef utk resepi dan teknik..sungguh tradisional cara memproses Ayam Goreng Bakar ni.Pada mulanya terasa mau mendurhaka keringkan dalam Air Fryer atau oven.Tapi rasanya tidak adil sebab saya belum pernah mencuba versi yang original.Kalau lepas ni buat lagi bolehlah mencuba cara moden siket hehee..lagi pun air fryer dah lama tersadai.Biar dia buat kije siket.Panjang bebel.Jom kita semak resepi
Walaupun tak berkilat macam yang chef buat.tapi bangga jugaklah dapat hasil yang camni.Sekor ni sekali makan jer hehee..
AYAM GORENG BAKAR CHINESE STYLE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi Asal Chef HassanHen
Bahan A (Siram Ayam)
  • 1 ekor ayam saiz kecil anggaran 1.2kg
  • 2 sudu besar maltose
  • 8 sudu besar cuka makan
  • 2+1/2 cawan air
Bahan B
  • 1 sudu besar 5mix spice
  • Garam (boleh guna 1/2 kiub ayam jugak)
  • Lada putih
Bahan lain
Minyak masak

Cara-Cara
  1. Ayam dicuci bersih,LiNa Pg lumur dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.Kemudian bilas dan keringkan dengan kitchen towel.
  2. Dalam kuali/periuk besar,masukkan air,maltose dan cuka.Biarkan hingga maltose larut dan air mendidih
  3. Cangkuk/gantung ayam kemudian siram dengan air (yang dicampur maltose dan cuka)Siram ye..bukan rendam.Proses menyiram ni dilakukan ke seluruhan badan ayam hingga kulit ayam kelihatan tegang dan berbintil bintil.Warna akan berubah siket.
  4. Satukan bahan B kemudian lumur ke bahagian dalam ayam.Pastikan rempah tidak terkena kulit ayam.Nanti akan mencacatkan rupa paras bila digoreng nanti
  5. Kemudian jemur ayam hingga kulitnya betul2 kering.Tips bila pegaang kulit ayam terasa macam menyentuh kertas.So, bolehlah digoreng.LiNa Pg jemur selama ~6jam (gigih kan hahaa)
  6. Panaskan minyak, goreng ayam secara deep fry hingga ayam masak bertukar menjadi golden brown.
untuk sambal, kicap dan sup.Boleh klik tulisan merah 
Kiri Gambar Maltose dan mix spice kanan cara saya menjemur ayam

Monday, April 16, 2018

Wantan Goreng Mudah Dan Sedap (Tutorial Melipat Kulit Wantan)

Assalamualaikum...
Hujung mggu ni takde aktiviti luar sangat..cuma keluar riadah sekejap jer.So,banyak masa kat rumah bolehlah buat macam2 hidangan untuk keluarga.Ekceli wantan ni saya buat sementara mengalas perut menunggu ayam Golden Crispy Chicken dok bersauna.Lama nau nak tggu,kita makan wantan goreng ni.Nanti saya tunjukkan cara melipat kulit wanton bentuk sampan..mudah dan nampak cantik jugak.Kalau nak buat bentuk bunjut..cuma cantumkan bahagian atas dan letak siket air sebagai gam...dah siap.
Resepi Wanton Goreng ni hasil adaptasi dari Chef Hassanhen.Banyak betul resepi halal chinese food yang chef kongsikan.Nanti saya share satu persatu..so far hampir 4 resepi yang telah dicuba.Ikut turn kita publosh slow2 kayuh dalam blog TMK ni.Oh ya..tutorial melipat kulit wantan ni..saya update jugak kat youtube.Boleh tengok kat channel youtube LiNa Pg okey..Jangan lupa subscribe okey
memang sedap..rangup dan kenyang jugak la hehee..maklumlah macam2 sumbat kat dalam tu hehe
RESEPI WANTAN GORENG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Rujukan ChefHassanHen
Bahan-Bahan
1 peket kulit wantan (LiNa Pg guna KG Pastry)
3 keping dada ayam (cincang halus)
100g isi udang - dadu (lina pg gantikan sosej ayam cincang halus)
1 tsp minyak bijan (LiNa Pg gantikan dgn myk bwg putih)
1 sudu makan kicap cair (LiNa Pg gn knife classic light soy sauce)
1/2 tsp lada sulah 
1/2 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
1 tsp tepung jagung
Sedikit daun bawang (hiris nipis)
Minyak utk menggoreng

Cara2
  1.  Gaul sebati semua bahan inti (kecuali minyak masak) dan perap dlm peti sejuk selama 1/2jam
  2. Letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  3. Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.
Nota kecil LiNa Pg
Wantan yang siap dibalut boleh di 'frozen'kan.Bila nak makan cuma keluarkan dan goreng tak perlu defroz..Keluarkan rest 5 min(sementara tunggu minyak panas jer) terus goreng 

Thursday, April 12, 2018

Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum. ..
Cam terover rajin lak..update blog. Hari ni update yg live..baru siap msk Ayam Goreng Kunyit dan Gulai Lemak Kuning.. br update kt IG.  so, update jgk la blog walaupun gmbr dr hp jer. Semua dah tau kan masak Ayam Kunyit ni. Cara LiNa Pg sempoi jer isi ayam gaul dgn garam kunyit letak serbuk kari siket tabur tepung jagung siket (~1sudu rata) perap sat pastu goreng.  boh la bwg, cili siket br berseri.  Itu jer
sempoi.  gmbaq dalam pan.   ataih dapoq kikiii.  kenyang sudah budak maisarah.  siap² nk g skool

Tuesday, April 10, 2018

Cucur Ikan Bilis Rangup

Assalamualaikum...
Minum petang dgn Cucur Ikan Bilis yang rangup walaupun dah sejuk. Cucur ni ada bermacam jenis, ada yg gebu, lembut dan ada yg rangup. Saya ni jenis ikut dan jer.. kadang² rasa nk mkn yg lembut dan montok, so masukkan telur dan baking powder.  yg ni versi rangup x masukkak telur,just masukkan myk pns/majerin siket buat nipis² ranguplah dia hehe.  Tu jer petua cucur menjadi rangup dan sedap. Mudah kan? Bhn² tu ikut suka lah nk msuk apa.  ikut bhn yg ada kt rumah.  air pun agak² jet.  tak pekat dsn x cair. Mls nk taip resepi.  lagipun jemput jemput jer kan. Okey daaa.. kalau ada typo sorry ya update gn hp jer ni

Friday, April 6, 2018

Nasi Ayam Hainan Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum..
Sebenarnya dah beberapa hari buat Nasi Ayam Hainan ni.Ahad lepas masa tengok Peter Rabbit kat GSC dah pekena Nasi Ayam Hainan kat CRS..lps buat yg versi homemade pulak.Dah lama berangan nak buat tapi asyik tertangguh jer.Bila chef Hassanhen share video cara masak Nasi Ayam Hainan ni..alahai senang sangat rupanya..jauh lebih senang dari Nasi Ayam biasa tu.Lagi bagus ayam ni tak digoreng..so sangat healthy..Sebagai pelengkap hidangan saya buat jugak Garlic Ginger dipping sauce macam kat CRS tu...acah2 Chicken Rice Shop la kan..Biasalah kalau dah buat sendiri kalau boleh nak complete set la kan?
Kalau ada yang nak tgk video masakan ni boleh refer ke wall fb atau ke page Teratak Mutiara Kasih.Kat blog saya sertakan resepi bertulisan jer
Nasi Ayam Hainan ni saya buat untuk dinner..snap gambar cincai2 jer guna hp.Dah la waktu petang pencahayaan kurang..ikut dan jer la.Asalkan ada gambar

Nasi Ayam Hainan
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Rujukan Chef Hassanhen dan Kak Wan
Bahan A (Ayam Hainan)
2 keping paha ayam
1 ikat daun bawang, simpul
1 inci halia ketuk (LiNa Pg hiris)
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 liter air
Air ais untuk merendam

Cara-cara :
Satukan air, daun bawang, garam dan halia. Masak hingga mendidih.
Celup ayam sebentar (LiNa Pg celup beberapa saat) kemudian angkat untuk mengelakkkan ayam mengecut jika terus di masukkan dalam air mendidih.
Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit dan tutup periuk.
Perlahankan api dan biarkan ayam mereneh selama 15 minit (hingga ayam masak)
Angkat ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Rendam selama 1/2 jam.
Ketepikan stok rebusan ayam untuk nasi dan sup.

Bahan B (Nasi)
2 pot beras, cuci dan toskan
3 1/2 cawan air rebusan ayam 
1 inci halia, ketuk
2 ulas bawang putih, ketuk
1 batang serai, ketuk
2 helai daun pandan
2 sudu besar marjerin / mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk pati ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam)

Cara-cara :
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang, halia, serai dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau hingga bergaul rata.
Alihkan nasi ke dalam periuk dan tambahkan air rebusan dan serbuk pati ayam.
Masak nasi menggunakan periuk nasi letrik atau boleh di kukus selama 20 minit (LiNa Pg masak menggunakan dapur gas sahaja.Kaedah memasak sama sahaja seperti nasi biasa)

Bahan C (Sup)
Didihkan baki air rebusan, tambah kiub ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam baki dari nasi ayam tadi)
Boleh tambah carrot, fish ball jika suka.
Hidang dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Bahan D (Sos Cili)
8 tangkai cili merah, potong
6 ulas bawang putih, hiris
1 1/2 inci halia, hiris
1 batang serai, hiris halus
1 biji tomato (buang biji) LiNa Pg tambah rcp asal xde
sedikit garam
sedikit gula
5 sudu besar cuka makan (LiNa Pg guna 2 sudu besar jer)
1/3 cawan sup

Cara-cara :
Kisar cili, bawang, halia, serai bersama kuah sup hingga halus.
Sesuaikan rasa.Rasa dahulu, baru masukkan garam,gula dan cuka..sebab sup dah terasa masinnya dan tomato dah ada rasa masam.


Bahan E (Sos Kicap)
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair (LiNa Pg gn kicap manis sbb tu gelap siket)
1 sudu besar gula (LiNa Pg skip sebab guna kicap manis)
1/3 cawan sup
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
Tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan air rebusan, sos tiram, kicap cair dan gula.
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Sesuaikan kepekatannya.

Bahan F (Garlic Ginger Dipping Sauce)
Yang ni LiNa Pg refer kat youtube
Bahan Bahan
2 inci hali (parut halus
1 ulas bawang putih (parut halus)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan perasa (jika suka)
Sedikit daun bawang hiris halus

Cara-cara
Satukan halia, bawang putih dan daun bawang.Taburkan sedikit garam dan perasa (jika suka) Gaul rata
Panaskan minyak kemudian tuang ke dalam campuran garlic ginger tadi.Gaul rata.
Sedia untuk di hidang

Wednesday, April 4, 2018

Resepi Chicken Buttermilk Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Macam2 resepi kena reka kalau banyak sangat dada ayam dalam peti ais.Kalau buat ayam kunyit atau paprik laku jugalah..kalau masak seketul macam tu semua pakat tolak..pilih part yg lain sebab dada ayam banyak isi katanya huhu..Kali ni mama buat Chicken Buttermilk laku jugaklah..pedas2 manja dan lemak2 siket.Okeylah jom semak resepi.Bz siket pagi2 ni
ringkas tapi sedap.Ekceli ada kuah pekat..tp saya tak skop sebab 'senduk'ni kecik hehee
CHICKEN BUTTERMILK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan:
3 keping dada ayam (potong kecil2)
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 tangkai daun kari
5 biji cili padi
1 sudu kecil cheese powder (boleh guna cheesedale/skip jer)
1/2 tin susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan Air
2 sb tepung jagung
1/2 kiub ayam
Minyak
Garam dan Kunyit

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan garam kunyit dan golek/taburkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Cairkan butter tumis bawang putih dan daun kari hingga garing, kemudian masukkan cili padi.Tumis sebentar.
  3. Masukkan susu cair ,serbuk cis.Masukkan ayam gaul rata.Kalau nak lebih berkuah tambah sedikit air.Sesuaikan rasa.Tambah garam/kiub ayam jika perlu.Tutup api.Sedia dihidang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...