Thursday, May 31, 2018

Resepi Sambal Sardin Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Sesekali tukar selera makan lauk sardin sedap jugak kan?Biasanya setiap kali puasa, menu Roti Puri memang termasuk dalam senarai hehee Cicah Sardin hurmmm memang sedap dan mengenyangkan.Kali ini sardin ni jadi lauk berselera jugak makan dengan nasi panas.Okey cam tak ada idea nak mengarang.Jom terus semak resepi.
Simple jer tapi menyelerakan
RESEPI SARDIN  MASAK SAMBAL
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 sudu besar cili giling *
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar sos tomato *
  • 2 sudu besar air*
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 1/2 biji cili merah hiris
  • Cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sedikit minyak
Cara-Cara
  1. Satukan sos tiram,sos tomato,sos cili dan air.Kemudian ketepikan
  2. Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan bahan kisar.Tumis sekejap, kemudian masukkan cili giling dan sedikit gula.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bancuhan sos.Kacau rata.Masukkan Sardin  gaul rata.Kemudian masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi.
  4. Biarkan mendidih dan bawang sedikit lembut.Sesuaikan rasa (tambah garam jika perlu).Dah siap tutup api.Sedia dihidang.
untuk lebih jelas boleh menonton video masakan di YouTube Channel LiNa Pg



Tuesday, May 29, 2018

Agar Agar Merah/Agar Agar Sirap Rose

Assalamualaikum...
Agar Agar Merah ni agak laris jugak jualan di PaRam..nampak simple jer tapi berjaya menarik pelanggan untuk membelinya.Warnanya yang merah menyala dan rasanya natural dan manis membuatkan tekak teringin nak merasa untuk berbuka.Bukan susah mana untuk membuatnya..tapi jika tersalah sukatan air,maka lembek dan tidak sedaplah Agar Agar Sirap Rose tu.Jom follow cara LiNa Pg buat Agar2 merah.Agar2 ni jugak diberi gelaran Agar Agar Bodow..kesian dia cantik2 camtu pun kena panggil bodow kan kikiiiii...Kalau nak buat jamuan atau majlis sesuai jugak dibuat dalam bekas kecil2.Resepi mudah jer.Jom tengok cara saya (bagi yang dah pandai tu,silalah abaikan)
senang buat dalam bekas kecil2 macam ni..ambil jer bahagian masing2 hehee
AGAR AGAR SIRAP ROSE/AGAR2 MERAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 10g agar agar serbuk
  • 1 liter air
  • 1 cawan gula (LiNa Pg kurangkan sedikit)
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1/2 sudu besar sirap rose

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, masak hingga agar2 dan gula hancur.Tapiskan
  2. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil.Sejukkan ke dalam peti ais supaya agar2 mengeras
  3. Keluarkan dari bekas dan hidangkan.Agar2 ini enak dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama susu cair.
Note:Resepi Agar Agar Merah ini LiNa Pg sediakan video di YouTube.Boleh refer ke sana jugak.Jangan lupa subscribe
versi susu cair ni sangat menarik,terasa lemak2 dan manis agar2 bersatu dalam mulut.Terpulang citarasa sama ada mahu makan kosong atau macam ni.

Monday, May 28, 2018

Roti Kukus Seri Kaya Yeo's

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sangat sesuai untuk para ibu yang berkerjaya juga untuk golongan bujang iaitu Roti Kukus Seri Kaya Yeo's.Ianya semudah A.B,C sahaja.Bahan yang diperlukan cuma roti Banggali atau roti putih, Seri Kaya Yeo's dan sedikit susu cair atau susu segar.3 bahan magik ini akan menjadikan juadah berbuka ringkas tapi sangat mengenyangkan dan juga berkhasiat untuk keperluan tubuh badan kita.
Jika tidak ada pengukus, pun tidak mengapa, nanti saya tunjukkan bagaimana cara mengukus menggunakan kuali sahaja.Mudah bukan?Yang penting hidangan enak yang panas tersaji untuk keluarga tersayang.
Roti Kukus Seri Kaya Yeo's ini juga sesuai dijadikan juadah bersahur.Kadang kadang kita terlajak tidur dan tak sempat untuk masak nasi atau makanan berat untuk keluarga.Jadi bolehlah buat Roti Kukus bersama Seri Kaya Yeo's ni dapat untuk keluarga bersahur.Senang kan?Okey jom kita lihat bahan bahan dan cara membuatnya
 Roti Kukus Seri Kaya Yeo's enak dihidangkan bersama Minuman Ice Lemon Tea Yeo's.
Roti yang panas dan sangat lembut dicicah ke dalam Seri Kaya Yeo's yang lemak lemak manis kerana diperbuat dari santan asli Gambaran 4 perkataan untuk menu sihat ini ialah Ringkas, Enak, Berkhasiat dan Mengenyangkan.
Bahan Bahan 
ROTI KUKUS SERI KAYA YEO'S
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan (4 orang makan)
  • 4 keping Roti Banggali/roti putih (atau secukupnya) potong kiub (bite size)
  • 1 sudu besar (atau secukupnya) susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar Seri Kaya Yeo's (atau secukupnya)
Cara-Cara
  1. Sediakan pinggan atau bekas tahan panas.Susun roti.Masukkan Seri Kaya Yeo's ke dalam mangkuk kecil (tahan panas).Boleh juga gunakan terus tin Seri Kaya Yeo's
  2. Tuangkan susu segar ke dalam Seri Kaya Yeo's.
  3. Kukus selama 8-10min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.
  4. Roti Kukus Seri Kaya Yeo's sedia dinikmati.

Untuk lebih jelas, sila tonton video di 
Youtube Channel LiNa Pg





Untuk Maklumat lanjut sila lawati 
 www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

Sunday, May 27, 2018

Bubur Som Som Sedap Lembut Resepi Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Pernah makan Bubur Som Som tak?Walaupun namanya bubur tapi bukanlah bentuk bubur tu.Tekturnya lembut dan fragile.Memang sesuai untuk berbuka puasa.Dari segi fizikal tampak seakan Lompat Tikam..cuma bezanya santan dicampur sekali ke dalam adunan hijau.Manakala Lompat Tikam Santan berasingan.Sepertimana Lompat Tikam, bubur som som jugak dimaka bersama air gula/sirap gula melaka.Wah...nampak tu tulisan pun skema jer macam nak ambil exam SPM hahaa.Tercetusnya idea nak buat Bubur Som Som ni dek kerana stok Sirap Gula Melaka masih berbaki, so kita cuma buat bahagian hijau sahajalah.Tak sangka pulak budak nisa suka makan Kuih ni..sedap, lembut dan lemak2 manis..Okey jom kita salin resepi
Sedap..cuba tau
RESEPI BUBUR SOM-SOM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Sifu MyR Kak Fida
Bahan A (Bubur Som Som)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800ml santan (LiNa Pg guna 200ml santan+600ml air)*
1 cawan susu cair
1 sk garam atau secukup rasa
Sedikit pewarna hijau
3 helai daun pandan

Cara-Cara

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air (*)kemudian tapiskan.
  2. Satukan semua bahan, masak atas api sederhana hingga likat dan meletup2.
  3. Kemudian tuang ke dalam acuan/bekas.Sejukkan
  4. Sajikan Bubur Som Som bersama Sirap Gula Melaka.


Bahan B (SIRAP GULA MELAKA)
sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.

Saturday, May 26, 2018

Ikan Bawal Masak Sos

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi lauk pulak (beberapa hari punya menu berbuka ni)Biasanya lauk pauk saya masak last minute sebab tu malas nk posing, yang ni pun dah kol 7pm++ tapi snap jugaklah sebab dah plating cecantik haha..sebab tu banyak post yang dessert jer sebab dessert saya masak awal dan sempatlah snap gambar.Lauk2 macam kelam kabut siket.Ada jugak yang saya update kat IG sinun tapi sempoi jer (yang dalam periuk dalam kuali hahaa) Sementara saya masih free ni week end pun rajin update hehee..Kalau lepas ni dapur TMK senyap tu maknanya saya dah mula bz dengan tempahan kukis dan dah start bz bersauna dengan kek Buah la tu.Kalau berkesempatan saya tetap mencelah untuk update jugak.Okey jom kita semak resepi, mana  tahu boleh bagi idea untuk korang buat lauk berbuka nanti.
ada lauk ni + sayur dan telur dadar, kira setel dah juadah buka hehee..Saya ni bukan masak banyak jenis sangat.Simple2 jer.Puasa pun perut bukan boleh isi banyak2.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS
Bahan-Bahan: 

  • 1 ekor ikan bawal  emas (apa2 jenis ikan yang sesuai)
  • 1/2 labu bawang besar (blend) 
  • 3 ulas bawang merah (blend) 
  • 2 ulas bawang putih (blend) 
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1/2 labu bawang besar (dadu) 
  • 1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
  • Buah tomato/tomato ceri
  • Daun kucai/daun bawang  (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • Garam
  • Sedikit kunyit
  • Minyak 
  • Air  

Cara-Cara: 

  1. Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 
  4. Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil ,masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah)
  5. Tuangkan ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa,Renehkan sebentar, supaya kuah pekat.
  6. Masukkan epal hijau, dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api
  7. Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun bawang untuk hiasan.

Friday, May 25, 2018

Kuih Tepung Pelita Mudah Dan Sedap Tak Perlu Kukus

Assalamualaikum...
Antara menu wajib kuih muih berbuka puasa ialah Kuih Tepung Pelita.Sejak pandai buat kuih Tepung Pelita sendiri ni, memang jarang sangat beli kat PaRam hehee..Kalau dulu ingatkan susah, rupanya senang sangat.Kalau tak ada daun pisang boleh guna cup2 kecil tu.Saya masih setia guna resepi yang sama.Kali ni saya rajin siket sediakan youtube untuk u olls..
Sedap makan sejuk2..aroma pandan menusuk hidung.yummy
KUIH TEPUNG PELITA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Yani dan Tun Telani
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air (*)
4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
1 sudu kecil air kapur (kali ni skip)
LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
sedikit garam

Bahan Lapisan Putih
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi 
1 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam

Bahan C
Gula utk ditabur ditengah lapisan 
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara Cara Bahagian Hijau
Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup2 dan nampak berkilat.
Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai/sampan daun pisang
Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis)
Biarkan seketika

Cara Cara Bahagian Putih
Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.
Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.

Sejukkan ke dalam peti ais,Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba


video uploading (nanti tgk kat sana okey)

Thursday, May 24, 2018

Resepi Kurma Ayam Sedap Beraroma Ala Ala Thai Green Curry Chicken

Assalamualaikum..
Selamat tengahari...tengah mengantuk ke tu hehee...Jom cuci mata dengan Kurma Ayam simple dan sedap ni.Mana tau korang dapat idea untuk masak berbuka petang nanti.Dapur TMK ni sangat jarang masak kurma, tapi rempah kurma memang selalu ada stok tapi buat resepi lain.Ini juadah beberapah hari lepas..wah tak sangka budak sarah suka makan Kurma Ayam ni..seronok pulak mama dia.Saya cuma ada masa senggan 40min jer untuk jadi runner amek si kakak balik skool pulak.So, buat n3 cepat2.Jom semak resepi
Gambar ni saya snap pukul 7pm  so gambar pun kelabu asap dah kalut nak hidang untuk berbuka
RESEPI KURMA AYAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam
  • 1 paket rempah kurma
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 labu bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 akar ketumbar (kisar)
  • Sedikit daun ketumbar (kisar)option
  • 3 biji cili hijau (kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 batang karot (potong baji)
  • 2 biji kentang 
  • 1 labu bawang holland belah 4
  • 2 biji cili hijau (belah 2)
  • 1 biji cili merah (belah 2)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1/2 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan air)
  • Air secukupnya
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing
  2. Masukkan rempah kurma (option boleh bancuh dengan sedikit air).Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam,gaul rata dengan bahan tumisan.Tutup periuk.Kecutkan ayam sebentar
  4. Masukkan kentang, santan dan tambah air secukupnya.Kacau rata.Masukkan garam secukup rasa, perasa/gula.Masukkan juga bancuhan asam jawa.
  5. Masukkan karot dan  bawang besar.Biarkan mendidih hingga ayam masak sepenuhnya dan kentang empuk (sentiasa kacau supaya santan tidak bergentel)
  6. Setelah ayam masak, masukkan cili merah,cili hijau dan daun ketumbar.Sesuaikan rasa.Tutup api
Note:
Kurma akan menjadi lebih pekat apabila sejuk sedikit

Jangan Lupa Subscribe okey YOUTUBE LiNa Pg


Wednesday, May 23, 2018

Murtabak Cheese Mudah Dan Sedap Hanya Guna Kari Ayam Yeo's Dan Kulit Popia

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik.Jom cuba resepi mudah dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Dengan ada makanan dalam tin Yeo's ni sangat memudahkan urusan dapur.Hanya perlu luang masa 30min sahaja, maka terhasil juadah enak yang panas untuk hidangan keluarga tersayang.Resepi hari ini iaitu Murtabak Cheese Mudah Dan Sedap Hanya dengan menggunakan kari ayam yeos sebagai inti murtabak dan juga kulit popia...hidangan murtabak panas2 sedia terhidang.

Hidangan Murtabak Cheese Kari Ayam Yeo's lengkap dengan Cuka Pencicah dan Minuman Yeo’s Laici sebagai pelengkap hidangan. Selamat Berbuka Puasa!
Bahan-Bahan yang digunakan serba ringkas.Jika tidak ada keju mozarela, boleh buat murtabak biasa.
RESEPI MURTABAK CHEESE MUDAH DAN SEDAP HANYA GUNA KARI AYAM YEO'S DAN KULIT POPIA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan (4 keping murtabak)
1 tin kecil Kari Ayam Yeo's 
1/2 labu bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 biji telur (gred B)
1 biji kentang dadu kecil 
Sedikit air
Keju mozarela secukupnya(option)
Kulit popia saiz besar secukupnya

Cara-Cara
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan sedikit layu (tak perlu terlalu garing)Masukkan kuah Kari Ayam Yeo's (kuah sahaja).Kemudian masukkan kentang.Masukkan sedikit air.Kacau rata dan tutup periuk supaya kentang cepat empuk
  2. Sementara itu asingkan isi tulang (Kari Ayam Yeo's) dan carik-carikkan isi ayam, Setelah kentang empuk masukkan isi ayam dan kentang (dari Kari Ayam Yeo's.Masukkan 1/4 kiub ayam.Kacau rata.Inti Murtabak sedia digunakan.Masukkan inti ke dalam mangkuk
  3. Pukul telur kemudian masukkan ke dalam inti murtabak.Boleh jugak dimasukkan hirisan bawang dan hirisan daun bawang jika suka
  4. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan beberapa sudu inti murtabak.Kemudian letakkan keju mozarela.Lipat seperti dalam gambar di atas.
  5. Panaskan minyak dan goreng murtabak hingga masak (guna api perlahan sahaja supaya tidak cepat hangus)
Note: Boleh guna kentang yang direbus empuk supaya mempercepat proses membuat inti

Pencicah Cuka Bawang Murtabak 
Bahan-Bahan
1 labu bawang besar (dihiris nipis) 
1 mangkuk air biasa (*)
2 sudu besar cuka makan 
1/2 sudu kecil garam 
2 sudu besar gula 
Sedikit pewarna merah
3/4 cawan air suam

Cara-Cara
  1. Titiskan pewarna merah ke dalam 1 mangkuk air (*) kemudian masukkan hirisan bawang besar.Rendam selama 10min
  2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan air suam, masukkan cuka, ditambah dengan garam dan gula.Kacau rata hingga garam dan gula hancur
  3. Akhir sekali masukkan bawang yang direndam dalam pewarna merah tadi (ambil bawang sahaja)
  4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.
untuk lebih jelas sila ke Youtube Channel LiNa Pg
Untuk Maklumat lanjut sila lawati  www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

Tuesday, May 22, 2018

Cara Mudah Buat Puding Sagu Gula Melaka.

Assalamualaikum...
Dah petang baru sempat update blog.Puding sagu gula melaka ni ada banyak kaedah, ada yang kacau2 sampai jernih.Ada jugak yang kacau sekejap kemudian kukus.LiNa Pg dah pernah guna kesemua kaedah tu tapi rasanya yang paling senang dan tak perlu teruk2 kacau ialah teknik merebus..rasa kaedah ni LiNa Pg guna sejak tahun 2010 lagi..boleh tengok kat n3 sebelum2 ni.
Resepi nanti saya taip kemudian.Nak msak2 dulu.Tapi sementara tu u olls boleh refer kat youtube.Jangan lupa subscribe ok
RESEPI: PUDING SAGU

Bahan A (Sagu)
1cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air (lebih pun x pe)
1-2 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam (LiNa Pg rendam 10min jer)Kemudian toskan
Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
Masak hingga sagu nertukar jernih.tutup api dan biarkan seketika
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan

Untuk Manisan (Sirap Gula Melaka)
LiNa Pg guna lebihan sirap gula melaka Lompat Tikam)
1 ketul gula melaka/gula nipah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan,kalau guna loyang.Potong/skopkan sagu ke dalam bekas kecil dan curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka. 

Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Monday, May 21, 2018

Petua Agar Agar Santan Menjadi Dan Sedap

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi Agar Agar Santan.Kebiasaannya saya suka buat Agar Agar Santan Tanpa Telur.Rasa tak muak dimakan dan tak hanyir.Agar2 Santan ni secara dasarnya nampak mudah, tapi sebenarnya ramai yang fail untuk mendapatkan agar2 yang cantik terbahaggi dua antara santan dan agar2..Ada setengah orang buat  tak tau bahagian santan terlebih banyak dari agar2.Dan ada juga yang santannya seciput jer kat atas.Walau macam mana hasilnya rasanya tetap sedap kan?Cuma tak berapa syok saja bila lihat hasilnya tidak terbahagi lebih kurang sama.Jom follow rapat2 petua dan tips untum membuat agar2 santan terbahagi dua antara santan dan bahagian bawah.Resepi ni saya ada buat youtube jugak nanti saya muat naik di youtube channel ya..Jangan Lupa Subscribe
Agar Agar Santan memang peberet kami sekeluarga menu wajib dibuat bulan puasa
RESEPI AGAR AGAR SANTAN TANPA TELUR
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan: 
1 paket agar2 serbuk 10g 
3 keping nisan keret
secubit garam 
2-3 helai daun pandan simpul 
4 cawan air 
200ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand) 

Cara-Cara: 
  1. Masak agar2 bersama air, gula nipah dan daun pandan hingga agar2 dan gula nisan hancur. 
  2. Masukkan santan.Kacau hingga mendidih.Tunggu sekejap.Biarkan menggelegak kelihatan membuak2.Ini penting supaya agar2 dapat membentuk lapisan atas dan bawah.Boleh refer di youtube LiNa Pg
  3. Pastu tutup api. Tapiskan ke dalam loyang.Basahkan loyang/bekas terlebih dahulu.Tips supaya agar2 senang untuk dikeluarkan.
  4. Sejukkan sebentar.kemudian masukkan dalm esbok.
  5. Setelah Agar Agar mengeras dan sejuk, bolehlah dipotong dan dihidang

Saturday, May 19, 2018

Kuih Lompat Tikam Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kuih Lompat Tikam ni menu wajib di bulan puasa kat rumah kami ni.Kalau sebelum ni bercinta jugak nak hebiskan kuih ni tapi sekarang ni anak2 dah pandai makan..so licin semuanya.Tak tahulah sedap ke apa sebab mama buat ugutan, selagi kuih ni tak abes,esok makan la kuih yang sama hahaa...Nampak semalam masih ada baki.Pagi tadi masa sahur habis semuanya hehee..Opss lupa nak habaq..ni juadah buka petang kemarin.Petang ni tak tahu nak reka apa lagi.Rasanya Puding Sagu Gula Melaka la kot sebab Sirap Gula Melaka tu masih ada...So, follow TMK rapat2 okey...Terima kasih tau semua tetamu yang memeriahkan blog TMK...belas2 ribu kelmarin...muah setepek.
Kuih Lopat Tikam, lengkap dengan pulut merah..nyum..nyum

KUIH LOMPAT TIKAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Embun Rosaliza
Bahan A (Bahagian Hijau)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2+1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 Sudu besar air kapur 
Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan2 diatas tapiskan kedalam kuali  
  2. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat.Kelihatan ada letusan2 kecil.Tutup api. 
  3. Sejukkan di dalam loyang.

Bahan B (Lapisan Putih/Kepala Santan)
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan tepung beras (LiNa Pg guna 2 sudu besar penuh)
  • sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan diatas.
  2. Kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat
  3. Rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
Bahagian C (Pulut Merah) 
  • 1 cawan pulut
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit garam
  • 1 cawan santan (lebih siket)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Beras pulut dicuci bersih kemudian toskan.Rendam beras pulut ke dalam air.Tambah pewarna merah dan letak asam keping (supaya pulut berkilat)
  2. Rendam selama 2 jam.Kalau pulut susu rendam sejam sudah memadai.Kemudian toskan
  3. Satukan santan, gula dan garam.Kacau rata supaya gula dan garam larut.
  4. Masukkan beras pulut ke dalam bekas/loyang masukkan santan (santan kena lebih sedikit dari paras beras)
  5. Letakkan daun pandan.Kukus hingga masak.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.LiNa Pg kukus guna rice cooker jer
Note
Pulut ini jugak boleh ditanak seperti masak nasi biasa.Kalau tanak skip asam keping.Satukan semua bahan dan tanak


Bahagian D (Kuah Nisan/Sirap Gula Melaka)
  • 3 keping nisan / gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • Daun pandan simpul
Cara-Cara 

  1. Satukan semua bahan.Masak sehingga agak pekat/likat sedikit

Thursday, May 17, 2018

Resepi Ayam Basil (Thai Basil Chicken)

Assalamualaikum...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.Ayam Basil atau Thai Basil Chicken ni saya masak semalam untuk bersahur.Ada juga buat video tapi belum sempat edit lagi.Nanti kalau dah siap saya akan upload ke youtube.Editing biasanya mengambil masa yang agak lama.Okey saya kongsikan dulu resepi Ayam Kemangi ni.Walaupun ringkas tapi dengan penambahan daun selasih/daun Basil ni menjadikan rasa ayam lebih 'wow' memang sedap dan sesuai untuk berbuka juga.Cara simple contoh hidangan ialah Nasi putih panas,Ayam Basil dan telur mata kerbau.Itu pun sudah cukup memadai.Silap2 boleh makan bertambah2.Okey jom kita semak resepi.
simple tapi sangat sedap.Cuba tau.Kalau nak lebih pedas boleh tambah cili padi.Saya cuma guna cili merah sebab anak kecil saya sangat cerewet bab makan.
AYAM BASIL/THAI BASIL CHICKEN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
2 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 biji cili merah (tumbuk kasar)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Daun Basil/Kemangi/Selasih
Minyak

Cara-Cara
  1. Tumiskan bawang putih dan cili merah hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam, gaul rata hingga ayam separuh masak (kelihatan pucat)
  3. Masukkan sos tiran dan kicap.Gaul rata.Biarkan hingga ayam masak
  4. Akhir sekali masukkan daun basil.LiNa Pg kacau 2-3 saat.Terus tutup api.Sedia dihidang panas2 bersama telur mata kerbau dan nasi putih.Selamat Mencuba

Wednesday, May 16, 2018

Cara Buat Mi Bandung Homemade

Assalamualaikum...
Sedapnya mi bandung homemade ni.Resepi Mi Bandung ni saya tgk kat youtube.Sejak berjinak jinak dengan youtube ni suka belajar macam2 resepi baru.Kalau dulu dok mengugel jer..sekarang youtube pulak.Kita sendiri masih bertatih lagi buat video.Buat video ni tak susah sangat...record jer.Bab nak edit tu mau patah pinggang wey tambah kalau yang zero knowledge ni tengok2 kat youtube kita cuba cuba sendiri jer.
Okey la..layan dulu gambar Mi Bandung ni...Kalau ada yang nak resepi bagitau la..
sedap...pedas2 manis siket..kuah likat2...Nasib belum puasa lagi hari ni kan?Kalau tak berdosa tayang makanan pagi2 hari kikiii
MI BANDUNG SIMPLE DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Kak Amy My Style
Bahan-Bahan
  • 500g mi kuning
  • 200g udang (terpulang banyak mana nak letak)
  • 2 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • Fish cake (celur dan hiris nipis)
  • 3 sudu besar udang kering (rendam)
  • 2 biji keledek/kentang (rebus dan lenyek)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm gula nisan/gula melaka
  • Sawi (celur)
  • 2 kiub ayam
  • Garam/gula/perasa
  • 4 biji telur
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
Cara-Cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang.
  2. Asingkan kepala udang kemudian rebus kepala udang (untuk buat stok)
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili giling.Terus masukkan sedikit garam, cili sos, sos tiram dan gula melaka.Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan stok udang (air rebusan udang)Setelah mendidih masukkan ayam.Masukkan kiub ayam.
  5. Kemudian masukkan ubi keledek/ ubi kentang yang telah dilenyek.Kemudian masukkan udang.Biarkan sebentar hingga udang masak.Sesuaikan rasa.
  6. Akhir sekali pecahkan telur satu persatu.Dah siap.
  7. Cara menghidang.Celur mi sebentar.Kemudian letak sawi dan hirisan fish cake.Tuang kuah Mi Bandung dan telur.Sedia dimakan...


Monday, May 14, 2018

Ikan Siakap Masak Asam Jawa

Assalamualaikum...
Hai apa khabar semua...Hari ni cuaca berangin dan hujan di bumi Pulau Mutiara.Sejuk dan nyaman jer.Di kesempatan ini LiNa Pg sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Berpuasa kepada semua.2 hari jer lagi kan?Eksaited jugak nak sambut posa.
Okey tak boleh nak bebel panjang sebab belum siap masak untuk lunch arini.So kita kongsikan resepi mudah iaitu Ikan Siakap Masak Asam Jawa.Hasil adaptasi dari Resepi Ikan Kerisi Masak Asam Jawa.Saya ubah sedikit mengikut bahan yang ada kat rumah..sepatutnya dimasukkan sos cili Thai..tapi saya tak ada stok so,masukkan gula dan sos ikan..mula2 nak masukkan sos plum tp takut masam over power pulak sebab dah guna asam jawa kan..so kita balance kan rasa tu dengan gula dan sos ikan..so..end produk yang didurhaka tu sedapppp hehee...Tenkiu adik manis QH
Gambar guna hp jer neh...Ikan Siakap Masak Asam Jawa.Bukan setakat Siakap 3 rasa..macam2 rasa dok ada hehee...nak tau kenalah cuba..asal seimbang masam,manis masin dan pedas tu mmg menjadi lah tu....Cuba tau sesuai untuk buat juadah berbuka puasa nanti.
IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
BAHAN2 (versi asal boleh refer ke blog sumber)
4 ekor ikan kerisi - dibersihkan (LiNa Pg guna ikan siakap)
1 sudu kecil tepung beras* - LiNa Pg guna tepung jagung
1 sudu kecil kunyit*
Garam secukupnya*
-   semua bahan* digaul bersama ikan

1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
6 - 7 biji cilipadi* - QH letak 10 biji (LiNa Pg follow QH)
-   semua bahan* dicincang

2 sudu makan pes asam jawa (ADABI) (LiNa Pg letak 1/2 sb jer)
3/4 cawan air
4 sudu besar sos Thai (LiNa Pg skip)
1/2 kiub ikan bilis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1 sudu besar sos ikan (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
Daun ketumbar - dihiris

Cara-cara :
Ikan yang telah digaul bersama serbuk kunyit, tepung dan garam digoreng garing. ketepikan.
Tumis bahan yang dicincang hingga wangi.
Masukkan pes asam jawa dan air. Masak hingga sebati.
Masukkan sos thai,kiub ikan bilis, gula dan garam secukupnya.
Tuang keatas ikan dan taburkan daun ketumbar sedikit serbuk lada hitam(lada hitam LiNa Pg skip ) 
Sedia dihidang.


Friday, May 11, 2018

Resepi Ayam Kam Heong (Kam Heong Chicken)

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat....salam ceria 1 Malaysia.Malaysia bumi bertuah negaraku yang tercinta.Tahniah Tun M.Semoga Tun M diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dan mampu (very sure) mentadbir negara dengan bijaksana.We love you....Terasa seperti semangat baru pagi.Saya tak mahu komen banyak pasal politik tapi malam pengiraan undi tu gigih jugak tunggu hingga ke 3.30am..Walaupun di wall fb saya tak tulis apa2 tapi saya mengikuti perkembangan semasa.Bukan apa takut mengguris perasaan tanpa disengajakan.
Okeylah berbalik pada n3 hari ni Ayam Kam Heong..resepi ni agak popular sedikit masa dulu..kira cam refresh la sebab ada lalu lalang kat wall fb.So kita buatlah siaran ulangan hehee...Jom terus semak resepi.Bz siket banyak job kena siapkan sebelum puasa ni.
Ni kes snap cecepat..ntah pape jer gambar.
RESEPI AYAM KAM HEONG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal kak Amie 

Bahan A  (perapan ayam)
4 ketul peha ayam (LiNa Pg potong 2 -dapat 8pcs)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan

Cara

  • Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit.Kemudian goreng hingga masak.Ketepikan

Bahan B (sos Kam Heong)
100g udang kering (rendam dulu 10 minit dan tos)tumbuk
2 ulas bawang putih (lina pg tumbuk kasar)
8 biji bawang merah (lina pg tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 mangkuk daun kari (lina pg gn 2 tangkai)
6 bj cili padi
3 sudu besar minyak
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau
5 helai daun limau purut

Bahan C (perencah)
2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh kicap pekat

Cara:
Panaskan minyak, tumiskan daun kari dan bawang besar cincang hingga wangi dan bawang besar sedikit layu
Kemudian masukkan bahan tumbuk dan semua bahan perencah, kacau hingga bau semerbak.(Masukkan sedikit air supaya lebih berkuah)
Masukkan cili padi, hirisan cili merah dan hijau, daun limau purut.Kacau sebati

Masukkan gorengan ayam.Kacau sebati.Dah siap

Monday, May 7, 2018

Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap Tanpa Telur Tak Guna Blender Hanya Gaul Jer

Assalamualaikum...
Dah lama tak membaking kek coklat,sebelum puasa ni kita habiskan dulu stok bahan baking.Nanti nak kena beli yang baru pulak untuk tempahan kek raya.Kalau ada angin rajin tu mai,kat rumah takde telur pun gigih nak buat kek.So,kita buatlah kek coklat tanpa telur hehee..Bagi yang belum pernah mencuba kek coklat tanpa telur ni,jangan risau ketiadaan telur tu tidak memberi impact pada kek..rasa dia sedapppp jer..lembut dan moist.Lagi best kek coklat ni tidak menggunakan butter (jimatttt..butter biasa2 pun mahal skrg ni) kalau tak ada butter pun boleh buat..kita gantikan dengan minyak jagung..xde minyak jagung..ampa gunalah minyak masak..jangan letak minyak tanah sudahlah ya..alaaa...saya xde mixer..ishhh..sat la tak abes citer lagi ni.Kalau xde mixer pun xpe..sebab kek coklat sempoi ni tidak guna mixer...blender pun tak guna....Gaul2 jer..haip jangan kata umah ampa tadak senduk pulak..ada yang nak kena baling ngn besen sat lagi ni hahaa..
Kek ni nama surat beranak dia Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC) sangat popular sedikit masa dulu..sekitar 2011 camtu..tuan tanah dia si cantik DJ MeM besar dari Kuching tp stay kat Ampang sinun hehe..
Sebelum ni saya pernah buat beberapa kali jugak SMECC ni dan jugak pernah mengambil tempahan kek ni.Boleh tengok SINI 
bersesuaian dengan namanya supermoist..kek ni sangat lembab dan manisnya sedang2 sahaja.Kek Coklat Moist ni jugak sedap dimakan kosong tanpa topping coklat tu
RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : DayangJack
Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko  (LiNa Pg imported cocoa powder)
2 sudu besar susu tepung
1 +1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung/masak sayuran/mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C (oven LiNa Pg suhu 150'c) Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga 
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (LiNa Pg bakar selama 45min)

Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Kek Coklat Moist sebelum dipotong

Thursday, May 3, 2018

Petua Koay Teow Goreng Sedap Dan Tidak Benyai Atau Hancur

Assalamualaikum...
Beberapa hari lepas saya ada memasak Koay Teow Goreng ni dan post ke IG.Ada rakan2 yang bertanya macam mana saya goreng kue teaw sebab nampak sedap (di mata mereka la)Alamakkk saya pulak masak campak2 jer dan masa tu memang tak berniat utk tulis resepi pun.Bila ramai yang bertanya saya cuba recall balik bahan2 yang saya masukkan dalam Koay teaw ni.Kat rumah saya ni sangat jarang membeli koay teaw sebab biasanya masakan macam ni saya masak hari minggu jer.Jadi saya lebih prefer Bihun Goreng atau mi (yg ni kadang2 jer)Kalau bihun tu sentiasa ada stok kat rumah.
Okey berbalik kepada koay teaw ni.Sedikit petua ialah Koay Teaw itu sendri mestilah direndam dalam air panas didih untuk beberapa ketika.Sehingga nampak koay teaw berpisah/lerai antara satu sama lain dan minyak lebihan terapung di permukaan.Bila dah jadi macam tu..terus cuci dan bilas dengan air paip.Proses rendam pun tak boleh lama sangat..nanti jadi lembek.So, kena pandai agak la.Okey untuk resep nanti saya tulis kat bawah

simple2 jer..Koay Teow goreng ni..saya campak2 jer apa yang ada dalam peti ais..sawi pun elekk
RESEPI KOAY TEOW GORENG SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
Satu bungkus koay teow 500g 
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
Sedikit udang kering (rendam hgga lembut-tumbuk)
2 sudu besar cili kering kisar
1 ketul dada ayam (dadu kecil)
Boleh tambah udang/daging/apa2 jer
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap cair (boleh skip jika tiada)
1 cawan air
Garam, gula dan perasa jika suka.
Minyak masak (~ 1 senduk)

Bahan-Bahan Hiasan
1 mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih 
1 mangkuk kobis/sawi
Sedikit daun bawang 
Hirisan cili merah

Cara Masak  koay Teow Goreng Sedap

  1. Pastikan koay teow sudah dicuci terlebih dahulu sebelum memasaknya (refer pada caption bahgaian atas gambar).Panaskan minyak dan Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak
  3. Satukan sos tiram, kicap, sos cili, gula,dan garam ke dalam mangkuk dan masukkan air.Kacau rata.Kemudian masukkan ke dalam tumisan.Biarkan tumisan mendidih.Jika menggunakan sayur sawi, bolehlah dimasukkan batang sawi dan ayam ke dalam tumisan tadi.
  4. Apabila air tumisan tinggal separuh dari kuantiti asal (agak2 sesuai dengan kuantiti koay teaw) Bolehlah masukkan koay teow,kobis dan taugeh
  5. Kacau rata dan masak hingga sayuran sedikit layu.Jangan lama2 sangat nanti koay teow lembek pulak.Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.Tutup api Koay Teaw sedia dihidang.
Okey iklan sat...yang mana belum subscribe youtube channel Lina Pg..minta belanja ketik butang subscribe ok.Ada butang merah kat right top corner..atau boleh klik tulisan  di bawah 

Wednesday, May 2, 2018

Resepi Ayam Hainan Kukus

Assalamualaikum..
Kalau sebelum ni saya ada buat Resepi Nasi Ayam Hainan versi celup2 dan rebus tu, kali ni saya buat yagn stim kicap pulak.Ekceli saya pernah buat masa bulan puasa tahun lepas.Kiranya kali ni siarana ulangan la hehee..Lately kan tersampuk masakan cina hahaa.Okey lah mood masih lemau untuk update blog cam buntu xtau nak reka ayat apa.Kita terus tepek resepi la.Kali ni terajin siket saya buat youtube.You guys boleh tgk kat youtube channel LiNa Pg.Oppss..sebelum tu dah subscribe belum?Apaaaa..belum?Cepat pi subscribe sinun..sebelum kakak murka kih..kih..Nak subscribe boleh klik tulisan merah

RESEPI AYAM STIM HAINAN
By Malina LiNa http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
1 keping whole leg
1/4 kiub ayam
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 cm halia (tumbuk kasar)
Sedikit lada hitam (grind course)
1 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap seasoning/kicap cair
Sidikit minyak bijan (option)
Sedikit daun bawang

Cara-Cara
Ayam dibersihkan, kemudian perasakan dengan kiub ayam.
Masukkan kicap dan sos tiram.Taburkan lada hitam.
Akhir sekali gaulkan ayam dengan bawang putih dan halia.
Tuang sedikit minyak bijan.Gaul rata.Perap selama 1 jam
Taburkan sedikit daun bawang.Kemudian bolehlah dikukus.
Pasti air dalam kukusan mendidih terlebih dahulu.Kukus hingga masak (~25min)
Dah siap bolehlah dihidang
Boleh refer ke youtube 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...