Saturday, May 26, 2018

Ikan Bawal Masak Sos

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi lauk pulak (beberapa hari punya menu berbuka ni)Biasanya lauk pauk saya masak last minute sebab tu malas nk posing, yang ni pun dah kol 7pm++ tapi snap jugaklah sebab dah plating cecantik haha..sebab tu banyak post yang dessert jer sebab dessert saya masak awal dan sempatlah snap gambar.Lauk2 macam kelam kabut siket.Ada jugak yang saya update kat IG sinun tapi sempoi jer (yang dalam periuk dalam kuali hahaa) Sementara saya masih free ni week end pun rajin update hehee..Kalau lepas ni dapur TMK senyap tu maknanya saya dah mula bz dengan tempahan kukis dan dah start bz bersauna dengan kek Buah la tu.Kalau berkesempatan saya tetap mencelah untuk update jugak.Okey jom kita semak resepi, mana  tahu boleh bagi idea untuk korang buat lauk berbuka nanti.
ada lauk ni + sayur dan telur dadar, kira setel dah juadah buka hehee..Saya ni bukan masak banyak jenis sangat.Simple2 jer.Puasa pun perut bukan boleh isi banyak2.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS
Bahan-Bahan: 

  • 1 ekor ikan bawal  emas (apa2 jenis ikan yang sesuai)
  • 1/2 labu bawang besar (blend) 
  • 3 ulas bawang merah (blend) 
  • 2 ulas bawang putih (blend) 
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1/2 labu bawang besar (dadu) 
  • 1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
  • Buah tomato/tomato ceri
  • Daun kucai/daun bawang  (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • Garam
  • Sedikit kunyit
  • Minyak 
  • Air  

Cara-Cara: 

  1. Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 
  4. Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil ,masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah)
  5. Tuangkan ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa,Renehkan sebentar, supaya kuah pekat.
  6. Masukkan epal hijau, dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api
  7. Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun bawang untuk hiasan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...