Monday, May 7, 2018

Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap Tanpa Telur Tak Guna Blender Hanya Gaul Jer

Assalamualaikum...
Dah lama tak membaking kek coklat,sebelum puasa ni kita habiskan dulu stok bahan baking.Nanti nak kena beli yang baru pulak untuk tempahan kek raya.Kalau ada angin rajin tu mai,kat rumah takde telur pun gigih nak buat kek.So,kita buatlah kek coklat tanpa telur hehee..Bagi yang belum pernah mencuba kek coklat tanpa telur ni,jangan risau ketiadaan telur tu tidak memberi impact pada kek..rasa dia sedapppp jer..lembut dan moist.Lagi best kek coklat ni tidak menggunakan butter (jimatttt..butter biasa2 pun mahal skrg ni) kalau tak ada butter pun boleh buat..kita gantikan dengan minyak jagung..xde minyak jagung..ampa gunalah minyak masak..jangan letak minyak tanah sudahlah ya..alaaa...saya xde mixer..ishhh..sat la tak abes citer lagi ni.Kalau xde mixer pun xpe..sebab kek coklat sempoi ni tidak guna mixer...blender pun tak guna....Gaul2 jer..haip jangan kata umah ampa tadak senduk pulak..ada yang nak kena baling ngn besen sat lagi ni hahaa..
Kek ni nama surat beranak dia Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC) sangat popular sedikit masa dulu..sekitar 2011 camtu..tuan tanah dia si cantik DJ MeM besar dari Kuching tp stay kat Ampang sinun hehe..
Sebelum ni saya pernah buat beberapa kali jugak SMECC ni dan jugak pernah mengambil tempahan kek ni.Boleh tengok SINI 
bersesuaian dengan namanya supermoist..kek ni sangat lembab dan manisnya sedang2 sahaja.Kek Coklat Moist ni jugak sedap dimakan kosong tanpa topping coklat tu
RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : DayangJack
Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko  (LiNa Pg imported cocoa powder)
2 sudu besar susu tepung
1 +1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung/masak sayuran/mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C (oven LiNa Pg suhu 150'c) Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga 
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (LiNa Pg bakar selama 45min)

Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Kek Coklat Moist sebelum dipotong

1 comment:

Eyma Balkish said... Balas

Aduhai..nampak sedapnya.. jemput singgah http://eymakitchen.blogspot.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...