Sunday, June 10, 2018

Laksa Sardin Yeo's Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sangat sesuai untuk para ibu yang berkerjaya juga untuk golongan bujang iaitu Laksa Sardin Yeo's.Sesekali tukar selera berbuka puasa dengan Laksa sedap jugak kan?Resepi Laksa sardin Yeo's ni sangat mudah dan cepat disediakan.Juadah ini jugak sesuai dihidang semasa Hari Raya atau Open House.
Laksa Sardin Yeo's enak dinikmati bersama Minuman Yeo's Teh Krisantimun
LAKSA SARDIN YEO'S
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
500g laksa basah
1 tin Sardin Yeo's
1 labu bawang besar
3 sudu besar cili giling
4 asam keping
Seikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan (belah dua)
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula/perasa (jika perlu)

Bahan Sampingan 
Telur rebus
Timun (dipotong bentuk batang mancis)
Bawang 
Nenas
Daun pudina
Cili padi potong
Apa2 ulaman/sayuran yang sesuai

Cara-Cara
  1. Masukkan bawang besar,  cili giling dan Sardin Yeo's ke dalam pengisar.Masukkan 1 tin air (guna tin Sardin Yeo's).Kemudian kisar halus
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.Masukkan air secukupnya (anggaran 4 cawan)
  3. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan kiub ikan bilis.Masak hingga mendidih.Kacau sekali sekala
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan reneh hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa) jika perlu
  5. Dah siap tutup api.Kuah Laksa Sardin Yeo's sedia dihidang.

Untuk Maklumat lanjut sila lawati 
 www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...