Tuesday, July 31, 2018

Pensonic Noodle House (PNM-01)

Assalamualaikum....
Tadaaa..memperkenalkan new gadget lagi..Kali ni Noodle Maker pulak.Dah boleh makan mi fresh la pasni hehee..Bukan setakat mi, laksa, spageti, macaroni, muruku pun boleh buat guna Pensonic Noodle House.Bila buka kotak..mak ain cantik bergaya betul dia kan...Tampak elegent gitu.Masa tengok demo kat Pensonic uish senang sangat 3-4minit camtu dah pun siap mi.Best dapat makan mi fresh ni xde asic borik xde rasa kapur.Mi pun kenyal2 jer..Puas makan.Nanti saya kongsikan resepi nak buat mi paling senang cuma guna air dan tepung gandum jer.Kalau nak guna telur ke apa pun boleh, tapi saya mulakan dengan yang simple dulu.Muruku pun saya dah buat petang semalam..Nanti resepi akan menyusul dalam blog.Kalau nak tengok video boleh tgk kat IG atau fb okey..
Cantik kan??Body dia solid nampak tak ira kayu maple tu hehe
 Display jelas dan sangat simple
Ada 13 head semuanya termasuk acuan karipap.Ada measuring cup (tepung dan cecair) dan pemotong doh jugak
Ni gambar sebelum buka kotak

Berminat untuk memiliki PNM-01?Harganya sangat berbaloi...Tersangat mampu milik.Tambahan pula ada harga promosi sekarang ni.Grab cepat sebelum promosi tamat.
HARGA PASARAN RM599
HARGA PROMOSI RM399 SAHAJA
murah kan?
Bagaimana nak membelinya?
Pensonic Noodle Maker ni TIDAK dijual di kedai kedai elektrik, TETAPI hanya dijual secara online oleh e-store Pensonic sendiri sahaja.
Klik link di bawah ni
Tunggu dulu.....Ada tawaran hebat lagi ni
Korang guna Code: Lina5PNM
Lepas tu korang akan dapat freegift kitchen scale dari pihak Pensonic.Kalau tak guna code saya tu memang tak dapatlah free gift tu.
So tunggu apa lagi..cepat2 beli...FREE Postage jugak tau untuk Sem.M'sia.

Monday, July 30, 2018

Balik Kampung Bersama Pensonic Grand Final Lucky Draw

Assalamualaikum...
Alah lepas (22hb Julai) sama date besday Maisarah, saya dijemput untuk menghadirkan diri menjadi witness untuk Cabutan Lucky Draw Grand Final Program Balik Kampung Bersama Pensonic.Program ini disiarkan di TV3 bulan puasa yang lepas.Hadiah mingguan disiarkan dalam page Pensonic.Cuma yang grand final ni cabutan lucky draw diadakan secara live oleh Dato'Chef Haji Ismail disaksikan oleh wartawan, staff pensonic, saksi terpilih dan juga pemerhati.So, hadiah yang dimenangi adalah telus okey.Kalau nak tahu siapa pemenang hadiah kereta Nissan Xtrail tu boleh tgk kat fb saya sebab ada buat live streaming pada hari tersebut.Mana tahu kan korang salah sorang dari pemenang tersebut..Jom kita tepek gambar kenangan bersama Chef Mail
 witness bersama Chef Ismail (DCHI) dan juga Mr.Nelson (anak founder Pensonic)
 Ucapan aluan dari Chef.Menurut chef tahun lepas jumlah tontonan program Pensonic ialah 8 juta penonton.Tahun ni 10 juta..wow sangat...
 Itu nampaj sipi2 Miss Munis dan jugak Mr.Ken
 Masa ni line tour masuk ke dalam show room Pensonic
 Time ni nak balik dah...masing2 dah dapat goodis hehee
 Bersama rakan blogger saya Eny Abdullah
Hadiah2 yang menjadi rebutan Cabutan Bertuah Balik Kampung Bersama Pensonic.Bertuah betul siapa yang menang kereta tu kan..Dah siap ada road tax bagai..hai untung la

Sunday, July 29, 2018

Shogun Granite Cookware Family Set Akhirnya Kumiliki

Assalamualaikum....
Bertambah koleksi barangan dapur TMK ni..Saya ni kuat terpengaruh dengan iklan tambah2 iklan kat GoShop tu sebab tu selalu xmo layan..kalau Terrrrrlayan abeslah memang melayanglah duit..hebat depa noooo..ayat meracun betul.Bila tengok demo cam best sangat guna Shogun Japan ni terus terpengaruh..apa lagi order jer la..Agak cepat jugak sampai ke Penang ni.Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik..Periuk yang besar tu dah beberapa kali guna..Kiranya lepas buka kotak esok tu terus guna..Pstt Shogun Granite ni dah sampai minggu lepas lagi naaa...baru sempat mengarang kat blog.Sibuk bebenor si LiNa Pg tu kan..Apa yag disibukkan pun xtau la...
Sedikit review..memang best guna periuk ni..cepat masak..kalau masak yang perlu menumis lama tu best sebab tak merecik ke dinding..sebab periuk ni dalam..Bila dah siap masak tu, kepanasana makanan tu tahan lama tau.Biasanya saya masak awal sebab maisarah sekolah petang.Biasanya makanan untuk lunch kena siap dalam pukul 11am camtu..Tapi saya sendiri akan makan lepas waktu Zohor.Kiranya dah selesai hantar dia ke sekolah..Pukul 2pm camtu la..Bila ceduk lauk dari periuk owh mmg panas2 seperti baru siap masak jer.maybe sebab diperbuat dari batu kot hahaaa..so kepanasan tu terperangkap kat dalam periuk...Harga berapa?pandai2 lah korang tengok kat web go shop okey
Shogun Cookware ni ada 5pcs sebenarnya...tertinggal sebijik lagi dalam kotak.Nasib baik cek dulu sebelum buang kotak huhu...Sebab tengok dah banyak..rupanya ada lagi bawah kertas2 tu hahaa
 Packing berlapis2 camni  nasiblah tak terbuang sebiji pan besar
Lawa betul cop mohor dia
Kotak..sebelum besah siasat

Tuesday, July 24, 2018

Kek Birthday Maisarah (Kek Coklat Moist)

Assalamualaikum...
22hb Julai lepas, besday dak Maisarah.Dah lama dia minta mama buatkan kek coklat untuk dia.Tak tahulah kenapa tekak dia nak kek coklat plak, biasanay dia suka kek yang ada cis2 bagai..Cis kek atau RVC...kebetulan 21 hb lepas adik saya bersalin, so agak bizi sket temankan beliau kat hospital.Balik dari hospital dah rasa penat dah.Malam tu gigih jugak buat kek coklat hantam sahaja hahaa..sebabnya resepi pun main tuka suka hati jer.Sepatutnya kek ni dikukus tapi saya malas nak keluarkan pengukus dok atas kayangan.So masuk oven sajalah yang senang.Alhamdulillah kek menjadi gak dengan jayanya.Pagi Ahad tu mama kalut2 buat coklat ganache n deco serba siket asal nampak lawa....Dugaan lak kit kat tak cukup sebab ada yang patah2...plan asal nak buat 'pagar keliling kek dan ada 2-3 pek yang patah mmg short dah la..so, mama coverline jer buat pagar depan ajer kikiiii..pasrah la dik...Bukan itu sahaja dah nak tulis tu satu hal..banyak nor dugaan.Dah la petang tu mama rushing nak ke seberang sebab nak jumpa Chef Mail kat Pensonic..Nanti saya kongsikan cerita di Pensonic dan Dato'Chef Haji Ismail tu dalam n3 lain...
Okey la..Happy Birthday sayang mama semoga adik membesar menjadi anak yang bijak,disukai oleh kawan2, menyenangkan hati mama dan abah dan berjaya di dunia dan akhirat...
Gambar dari hp saja ni..asalkan sedap mata memandang kira ok lah kan?Resepi asal ialah kek coklat kukus Chef Zubaidah..tapi saya banyak durhaka...saya guna butter,masukkan 200g coklat beryls dalam kek..hasilnya memang mantap..sukatan sila ikut resepi chef..

Friday, July 20, 2018

Sandwich Telur Mayonis

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran selepas beberapa hari hibernate.Hari ni saya nak kongsikan resepi ringkas sahaja dan resepi ulang siar.Tadak modal nak share resepi apa sebenarnya.Sandwich Egg Mayo ni saya pernah share beberapa ketika dulu.Tak ingat dah bila.Kali ni terajin siket sebab nak buat video dan upload di youtube sinun.Almaklumlah tengah nak naikkan baby baru LiNa Pg tuuu (Youtube Channel tu la..jangan salah sangka lak)Biasa resepi saya akan upload kat sana dulu ya..lps tu update yang bertulisan kat sini.Sebab takut resepi tak seiring plak.Bukan apa kadang main campak jer bahan tu yang mana terjun dulu pun tak ingat haaaa...tepukkkkk (viral ayat ni lately kih3)
Sandwich Telur Mayonis sangat senang tapi sedap, berkhasiat dan mengenyangkan.Anak2 saya memang suka.Nampak anak tu (2jer) sebab anak yang seketul lagi tu tak layan...hadessss bertabahlah mama ada anak yang cerewet tahap gaban ni...
Okey jom kita semak resepi.
Simple , ringkas dan sedap.Cubalah
SANDWICH TELUR MAYONIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=UiTBCJoigU0&t=
Bahan-Bahan
6 keping roti putih (atau secukupnya)
2 biji telur rebus
2 sudu besar mayonis 
Serbuk Lada Putih (LiNa Pg guna Ajishio)
Sedikit butter
Salad, timun dan tomato

Cara-Cara
  1. Telur rebus dilecek kasar.Supaya bila makan masih terasa ketulan telur tu
  2. Kemudian masukkan mayonis.Gaul rata.
  3. Masukkan lada sulah/ajishio secukupnya.Tak perlu garam kerana ajishio dan ada rasa masin.Inti sandwich dah siap.Ketepikan terlebih dahulu.
  4. Ambil roti putih dan sapu rata dengan mentega.
  5. Kemudian letakkan inti sandwich, kemudian letakkan timun,salad dan tomato.
  6. Ambil sekeping lagi roti, telangkupkan bahagian atas.
  7. Potong roti mengikut kreativiti.Sedia dihidang.

Monday, July 16, 2018

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum...
Puding Laici Dangdut ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga dah tak tahu berapa kali repeat dah, sampa ada yang tak update kat blog pun.First time saya buat Puding Laici ni pada tahun 2010 terus jatuh cinta.Rasanya yang manis2 buah cukup memikat selera.Lagipun Puding Laici ni 'tidak berat' hanya jus laici+susu cair jer..sungguh nyaman meluncur anak tekak di kala cuaca panas membahang.Kali ni saya repeat lagi sebab nak siapkan video untuk youtube.Kat Youtube sana saya dah upload beberapa hari lepas.So, kalau tak mahu ketinggalan video terbaru pastikan anda melanggan channel LiNa Pg okey..Jangan risau ianya percuma hehee...Kenapa upload kat youtube dulu bukan update dalam blog terlebih dahulu?Sebabnya uploading kat youtube mengambil masa yang lamaaaaaa..biasanya lepas siap editing video saya terus upload.Biasanya tengah malam la line laju siket.Esok dah siap upload saya terus publish...gitulah kesahnya.Okey berbalik pada Puding kita hari ni, saya sengaja buat dalam bekas kecil2 untuk bagi idea kepada yang nak buat doorgift atau jamuan open house.Senang nak handle..amek 1 cup sorang.Kalau nak buat dalam bekas besar pun boleh.Tapi nak makan kena scope dan masukkan ke dalam mangkuk/piring.Camtu gaya makan...Puding ni memang tak boleh dipotong cantik2 sangat sebab ianya lembuttttttt..masuk mulut terus ngaib tak payah kunyah..haaa gitu kekdahnya hehee
sedap..nyaman...lembut
Puding Laici Dangdut
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal kak Ummi/Kak Hanieliza
https://www.youtube.com/watch?v=qAxHir-vwqE
Bahan:-   
10 gm agar-agar serbuk 
2 liter air 
2 cawan gula (LiNa Pg guna 1 cawan jer) 
2 tin laici (asingkan air dan buah) 
1 tin susu cair 

Cara-Cara:- 
Masak agar-agar bersama gula hingga gula hancur Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata. 
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar. 
Kemudian sejukkan dalam fridge. 
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. 

Nota kecil LiNa Pg
Puding ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.

Saturday, July 14, 2018

Tempahan Kek Buah, Tart Nanas Gulung Dan kek Minyak

Assalamualaikum...
Bau sempat nak update tempahan selepas raya.Saya rangkum yang mana sempat snap gambar jer la.Tak sangka lak lepas raya pun masih ada yang nk tempah tart nanas, memandangkan beliau dah tempah masa raya hari tu, so saya buat jugaklah lagipun dia bagitahu awal2 kat saya.Dah tempah tart tu pakej sekali dengan kek buah hehee...Haish tak tahulah kenapa lately macam tak ada idea betul nak membebel.Mati kutu dibuatnya.Okeylah kita tepek gambar jer
 
 Owh..lupa pulak ada jugak Brownies yang ditempah oleh kawan kerja saya dulu
tart nenas 4 balang ditempah..

Wednesday, July 11, 2018

Terima Kasih RASA Julai 2018

Assalamualaikum...
Alhamdulillah sekali lagi berpeluang untuk berkongsi resepi dalam Majalah RASA Edisi Bumper Rumah Terbuka.Saya berkongsi resepi kek dan jugak snek.Pada mulanya saya ingat dah kansel resepi snek sebab tak cukup sebagaimana diminta.Memang saya tak ada stok resepi snek yang sesuai untuk Open House.Rupanya pihak RASA keluarkan juga resepi snek tu walaupun cuma tiga resepi sahaja iaitu Snek Makaroni Rangup, Popia Cheese dan Popia Seaweed.Resepi kek pulak sebanyak 10 resepi.So,korang tunggu apa lagi cepat dapatkan dipasaran okey.Kali ni sangat tebal dan ramai jugak blogger lain yang berkongsi resepi mereka dalam keluaran kali ini.Terima Nur Elina sudi mempelawa akak untuk keluaran kali ini.
Nah 250 resepi semuanya
 Tuan tanah enterprem la dulu kannnn
 Antara resepi kek..saya tak snap semua
kek dan jajanan

Tuesday, July 10, 2018

Mee Goreng Express

Assalamualaikum....
Lama tak update blog, kebizian manjanggggg..Hari ni mencuri sedikit waktu untuk update resepi tertunggak.Mee Goreng ni saya buat minggu lepas lagi...versi campak2 jer guna perencah Mee Goreng Adabi..senang kije kikiii.Alahai baru taip 4 baris tapi rasa tak ada idea nak celoteh panjang.Bz siket ni..petang ni pestaim ever LiNa Pg buat Baking Class...Walaupun bizi tapi buat jugaklah sebab beliau beriya benar nak belajar dengan si LiNa Pg tu huhu...dia tak tahu LiNa Pg caj mahal hahaaaa...kamikazi dia kan kikiiii..Class personal fully hands on..mestilah mahal siket..
Okey jom kita semak resepi Mi Goreng Simple ni.Ops sebelum terlupa ada video di youtube sinun okey...Jangan Lupa Subscribe
Walaupun simple tapi sedap tau..promote free lak hehe..Kalau Adabi bayar advertorial kat saya bagus gak kan..
Mi Goreng Ekspress
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 bungkus mi kuning (cuci dan toskan)
1 paket perencah mee goreng adabi (120g)
5 ulas bawang putih (cincang)
Sedikit ayam, sotong,udang dan fishball
Sawi
Cili merah dan daun bawang (untuk hiasan)
Minyak

Bahan sos
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing.Masukkan perencah mee goreng.Tumis sekejap jer
  2. Kemudian masukkan batang sawi.Kacau hingga sedikit lembut.
  3. Masukkan bahan sos, masukkan ayam dan semua lauk.Masak sekejap jer supaya tidak over cook.
  4. Masukkan mi kuning bersama daun sawi.Kacau rata.Sesuaikan rasa.Kalu mengikut sukatan di atas tak perlu tambah garam dah
  5. Kemudian tabur hirisan cili merah dan daun bawang.Siap untuk dihidang.

Saturday, July 7, 2018

Bihun Sup Utara

Assalamualaikum...
Nampak betapa bz LiNa Pg sampai tak sempat nak update time weekdays huhu..Bila week end pepagi camni ada kelapangan siket.ni pun sebab dok tunggu kastemer mai pick up brownies..so kita ambil kesempatan buka blog dulu hehee...
Hari ni saya nak kongsikan cara cara untuk membuat bihun sup Utara.Kalau ada yang masih mencari idea untuk juadah rumah terbuka, boleh jugaj dihidangkan Bihun Sup Utara sebagai salah satu menu utama.Bahagian sup tu ikut suka la u olls nak buat cara mana dan guna ayam atau daging.Tapi LiNa Pg guna tulang rusuk+tulang belakang dan sedikit daging.Sup pun simple jer tak de letak serai atau lada hitam bagai.Plain sup tapi sedap di tekak kami.Ekceli Sup Tulang ni kami jadikan lauk terlebih dahulu untuk dinner dan esoknya ada kuah dan masih ada beberapa ketul tulang, maka terjadilah Bihun Sup Tulang hehee.Jimat masa dan tenaga gitu.
Bihun Sup Utara ni tak lengkap kalau tak ada Sambal Merah.Resepi Sambal Merah tu saya belajar dari kakak ipar saya orang Langkawi.Katanya ada versi tumis dan ada juga versi lebur jer.Tapi saya gunakan versi yang tumis guna minyak sikettttt jer katanya.
Kalau letak nama Bihun Sup Utara, u olls jangan pulak hidangkan bersama sambal kicap ya...durhaka namanya tu..tu dah di'claim' sebagai bihun sup menjurus kepada soto dah tu hehee.Ada setengah tempat Bihun Sup Utara dihidangkan bersama tauhu goreng..ini hanyalah pelengkap supaya dalam mangkuk Bihun tu nampak 'MERIAH' sebab nak bagi nampak banyakkkkk dalam mangkuk.Disebabkan Sup Tulang saya ni 2kg++ dan makan cuma 5 beranak..so tak perlulah pelakon extra tauhu tu sebab anak2 saya tak makan..Makan ajerlah tulang+daging tu kan...
Satu lagi yang dikira wajib untuk dihidangkan ialah Lobak Masin.Sedikit tips untuk mengurangkan kemasinan Lobak Masin tu, rendam sekejap lebih kurang selama 30min sebelum dicincang dan dihidangkan.InsyaaAllah masinnya akan menjadi sesedap rasa.iaitu tak terlalu masin.
Untuk Bihun pula saya cuma rendam dalam air sejuk dan dicampur sedikit kunyit/pewarna kuning.tapi saya guna serbuk saffron...tu yang lawa siket warna kuningnya heheee.Alaaa..kalau nak cepat korang celur jer dalam air panas.Rebus air hingga mendidih, tutup api kemudian masukkan bihun.Biar selama 3min..pastikan bihun tidak terlalu lembut ya..sebab nanti kita makan dengan sup panas..bihun tu nanti hancur/benyai..tak sedap.
Okey itu serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan.Untuk video masakan boleh refer di YOUTUBE LiNa Pg sebenarnya dah beberapa hari upload kat sana, cuma tak sempat nak upload kat blog jer.
 Bihun Sup Utara
Sedap hirup kuah sampai licin..
BIHUN SUP UTARA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan (SUP TULANG)
Boleh refer SINI untuk step by step
  • 2kg tulang+daging
  • 2 paket sup bunjut tulang
  • 5 ulas bawang merah mayang
  • 1 inci halia
  • Garam dan perasa
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Tulang dibersihkan, dan masukkan ke dalam periuk yg besar, tutup periuk.Buka api kecik jer..knob dapur gas tu ke bawah.JANGAN LETAK AIR.Apa??takut hangusss...Jangan risau InsyaAllah tak hangus sebab api kecik jer.
  2. Selepas beberapa minit boleh check..tulang tadi akan mengeluarkan air.Air tu akan meresap semula ke dalam daging dan menjadikan Sup Tulang semakin sedap dan manis
  3. Selepas air daging tadi semakin kurang, tambah air secukupnya dan rebus hingga daging masak.Jika nak buka api besar pun boleh.Tapi LiNa Pg guna kaedah mereneh jer..menten guna ap kecil hingga daging betul2 empuk.Lebih sedap dan lembutttt
  4. Masukkan sup bunjut ke dalam periuk.Sementara itu panaskan sedikit minyak untuk menumis rempah kasar (yang ada dalam paket sup bunjut tulang tersebut)Kemudian masukkan rempah kasar ke dalam periuk.
  5. Masukkan garam dan perasa ke dalam periuk.
  6. Selepas itu tumis pula bawang merah hingga garing, masukkan ke dalam kuah sup.
  7. Masukkan halia yang diketuk sedikit.Jika hanya ingin membuat Sup Tulang yang dimakan bersama nasi putih, bolehlah dimasukkan kentang dan karot.Tapi saya masak untuk Bihun Sup, jadi saya tak masukkan kentang dan karot supaya rasanya tidak lari bila menghirup kuah bersama Bihun Sup nanti.
  8. Kemudian renehlah hingga daging betul2 masak.Sesuaikan rasa.Apa bila hampir masak.Bolehlah ditabur daun bawang dan daun sup.
Bahan Sambal Merah
Asal Kak Mein (kak Ipar LiNa Pg)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Garam
  • Gula merah
  • Perasa
  • Asam jawa 
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili giling bersama serbuk cili.Masukkan sedikit air supaya bahan tumisan tidak cepat hangus.
  2. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan garam, gula, perasa dan asam jawa.
  3. Sesuaikan rasa kena ada pedas, masam manis masin sesedap rasa.Masak lama sedikit dengan api kecil supaya sambal merah benar2 masak untuk mengelakkan sakit perut.
  4. Apabilan tumisan naik minyak dan kelihatan meletup2 api.Bolehlah tutup api.
Bahan C
Aksesori
Lobak Masin
Daun Bawang/Daun sup
Tauhu Goreng
Bawang Goreng

Tuesday, July 3, 2018

Roti Jala Jimat Sedap Mudah Dan Kekal Lembut Hingga Petang

Assalamualaikum
Raya kan sebulan.Kalau ada yang berhajat nak buat Open House bolehlah menyediakan sendiri Roti Jala untuk tetamu.Resepi Roti Jala yang saya kongsikan ni tidak menggunakan susu atau santan.Paling best lembuttttt hingga petang.Jimat bukan?Sedap pulak tu.Resepi Roti Jala ni saya dah upload kat youtube.Boleh tengok kat youtube Channel jugak tau..Jangan lupa subscribe.Nanti korang terlepas pulak video2 terbaru
Roti Jala cicah kari ayam pekat2 camni memang menawan kalbu hehe
RESEPI ROTI JALA SEDAP KEKAL LEMBUT 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Sumber : Kak Sue (Jendela Hati) 
Bahan-bahan :  3 cawan tepung gandum  
3 1/2 cawan air  
1/2 cawan minyak masak  
1 biji telur gred A 
Secubit garam  
Sedikit pewarna kuning 

Satukan semua bahan, blend dan tapiskan

Bahan lain :  
sedikit mentega/minyak untuk di griskan pada kuali
sehelai daun pandan untuk menyapu mentega(LiNa Pg sapu guna tisu dapur jer (sebagai ganti kepada berus)  

Cara penyediaan :  

  1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper.  Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana.  
  2. Isikan adunan roti jala ke dalam acuan kemudian bolehlah menjala mengikut kreativiti masing2.Kalau bentuk tikar boleh refer ke youtube.
  3. Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat atau boleh jugak digulung bentuk kuih dadar.
  4.  Ulangi proses ini sehingga habis.  

**tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...