Tuesday, July 10, 2018

Mee Goreng Express

Assalamualaikum....
Lama tak update blog, kebizian manjanggggg..Hari ni mencuri sedikit waktu untuk update resepi tertunggak.Mee Goreng ni saya buat minggu lepas lagi...versi campak2 jer guna perencah Mee Goreng Adabi..senang kije kikiii.Alahai baru taip 4 baris tapi rasa tak ada idea nak celoteh panjang.Bz siket ni..petang ni pestaim ever LiNa Pg buat Baking Class...Walaupun bizi tapi buat jugaklah sebab beliau beriya benar nak belajar dengan si LiNa Pg tu huhu...dia tak tahu LiNa Pg caj mahal hahaaaa...kamikazi dia kan kikiiii..Class personal fully hands on..mestilah mahal siket..
Okey jom kita semak resepi Mi Goreng Simple ni.Ops sebelum terlupa ada video di youtube sinun okey...Jangan Lupa Subscribe
Walaupun simple tapi sedap tau..promote free lak hehe..Kalau Adabi bayar advertorial kat saya bagus gak kan..
Mi Goreng Ekspress
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 bungkus mi kuning (cuci dan toskan)
1 paket perencah mee goreng adabi (120g)
5 ulas bawang putih (cincang)
Sedikit ayam, sotong,udang dan fishball
Sawi
Cili merah dan daun bawang (untuk hiasan)
Minyak

Bahan sos
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing.Masukkan perencah mee goreng.Tumis sekejap jer
  2. Kemudian masukkan batang sawi.Kacau hingga sedikit lembut.
  3. Masukkan bahan sos, masukkan ayam dan semua lauk.Masak sekejap jer supaya tidak over cook.
  4. Masukkan mi kuning bersama daun sawi.Kacau rata.Sesuaikan rasa.Kalu mengikut sukatan di atas tak perlu tambah garam dah
  5. Kemudian tabur hirisan cili merah dan daun bawang.Siap untuk dihidang.

4 comments:

ejulz said... Balas

wahhhh.. sedap ni.. nak cuba la nanti :)

LiNa_Pg said... Balas

@ejulz
Cubalah ringkas dan sedap

akunhostage said... Balas

Bocoran Keras Bitcoin Klick disini
https://infreesign.blogspot.com/2018/07/bocoran-keras-untuk-bitcoin.html#more

akunhostage said... Balas

https://infreesign.blogspot.com/2018/07/bocoran-keras-untuk-bitcoin.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...