Tuesday, July 3, 2018

Roti Jala Jimat Sedap Mudah Dan Kekal Lembut Hingga Petang

Assalamualaikum
Raya kan sebulan.Kalau ada yang berhajat nak buat Open House bolehlah menyediakan sendiri Roti Jala untuk tetamu.Resepi Roti Jala yang saya kongsikan ni tidak menggunakan susu atau santan.Paling best lembuttttt hingga petang.Jimat bukan?Sedap pulak tu.Resepi Roti Jala ni saya dah upload kat youtube.Boleh tengok kat youtube Channel jugak tau..Jangan lupa subscribe.Nanti korang terlepas pulak video2 terbaru
Roti Jala cicah kari ayam pekat2 camni memang menawan kalbu hehe
RESEPI ROTI JALA SEDAP KEKAL LEMBUT 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Sumber : Kak Sue (Jendela Hati) 
Bahan-bahan :  3 cawan tepung gandum  
3 1/2 cawan air  
1/2 cawan minyak masak  
1 biji telur gred A 
Secubit garam  
Sedikit pewarna kuning 

Satukan semua bahan, blend dan tapiskan

Bahan lain :  
sedikit mentega/minyak untuk di griskan pada kuali
sehelai daun pandan untuk menyapu mentega(LiNa Pg sapu guna tisu dapur jer (sebagai ganti kepada berus)  

Cara penyediaan :  

  1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper.  Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana.  
  2. Isikan adunan roti jala ke dalam acuan kemudian bolehlah menjala mengikut kreativiti masing2.Kalau bentuk tikar boleh refer ke youtube.
  3. Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat atau boleh jugak digulung bentuk kuih dadar.
  4.  Ulangi proses ini sehingga habis.  

**tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.


3 comments:

Warisan Petani said... Balas

Cantik kotak2 jala dia
Tentu sedap.

Saya Gja said... Balas

Sedapnya roti jala.

Kak Wawa said... Balas

Comelnya jala dia.."_)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...