Tuesday, August 7, 2018

Kuih Gunting

Assalamualaikum...
Pernah dengar Kuih Gunting?Pernah rasa tak? rasa iras2 seperti Kuih Siput tektur lebih keras sedikit berbanding Muruku.Tapi memang sedap buat kudapan sambil tengok tv.Resepi Kuih Gunting ni LiNa Pg dapat inspirasi menggunakan Tepung Goreng Ayam Adabi..so sangatlah mudah...just tambah tepung gandum siket..Jadi dah.Resepi ada kat IG dan jugak youtube.Kalau ada yang nak buat kuih raya pun ok jugak ni sebab kudapan macam ni memang sesuai sangat time raya haji berbanding dengan biskut raya..Rangup, pedas2 manja...sedar2 dah tinggal daun kari jer dalam balang hahaha..Okey jom kita semak resepi.
Nampak sedap kan?Cubalah memang senang dan rasanya pun sedap.Cuma uli dan potong2 jer tu
KUIH GUNTING
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
1 paket tepung goreng ayam Adabi
1 cawan tepung gandum (secukupnya)
1 cawan air 
2 sudu besar majerin (dicairkan)
1/2 kiub ayam
1 sudu besar rempah kari (Ayam/ikan)
Daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Satukan tepung goreng ayam adabi, tepung gandum,serbuk kari dan kiub ayam.Gaul rata.
  2. Masukkan majerin cair.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan air)
  4. Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf.Taburkan sedikit tepung ke atas papan pencanai kemudian canai nipis doh.
  5. Kemudian bolehlah dipotong atau digunting mengikut kreativiti masing2.
  6. Panaskan minyak goreng kerepek/kuih gunting secara berperingkat (goreng sedikit demi sedikit dalam satu masa)Masukkan beberapa helai daun kari semasa menggoreng.
  7. Goreng hingga kuning keemasan (api sederhana).Angkat dan toskan.
  8. Pastikan kuih gunting/kerepek benar2 sejuk.Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.Selamat Mencuba.Untuk video boleh refer ke Youtube channel LiNa Pg

1 comment:

Phong Hong said... Balas

krup krap krup krap ni tak boleh berhenti makan. Musnah diet! hah..hah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...