Friday, September 28, 2018

Terima Kasih Juxtaposeproduction RASA Instafamouse Astro 135 Maya HD

Assalamualaikum....
Salam pagi Jumaat penuh barkah.Hari ini saya buat entry serba ringkas sahaja.Saja nak kongsikan kegembiraan dengan pembaca blog TMK ni.Kisahnya 2 minggu lepas, tengah dok online kat IG tiba2 melintas kontes ni...sekali baca T&C alahai senang sangat.Tambahan pulak Instafamouse minggu tu blogger otai K1 rakan blogger saya sekian lama masa blogging tengah meletup2 dulu.Apa lagi terus lah jawab soalan tu.Alhamdulillah saya menang hadiah Mingguan (Minggu ke-8)Sebelum ni saya pernah beberapa kali juga berkerjasama dengan Pihak Majalah RASA.Berkongsi resepi dalam Majalah RASA.Kali ini RASA mengorak langkah lebih jauh menawan media elekronik pula.Semoga RASA terus gemilang di persada dunia masakan....
Dan pagi tadi saya dimaklumkan dari pihak penganjur, hadiahnya telah di bank in kan...Terima kasih Juxtaposeproduction.
Kalau korang nak join kontes ni juga, boleh jer..
Kemudian ikut arahan pada poster kontes
Tonton Program RASA Instafamouse di
Astro Prima/Maya HD
Hari Isnin (12pm/ulangan 8pm)

Ini Instafamouse minggu lepas kak sue
eh...eh..tetiba terflash back pulak hahaa..RASA Edisi Raya lepas ada 15 ke 18 resepi dalam RASA...

Wednesday, September 26, 2018

Sotong Bakar Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni banyak pulak n3 sotong kan?Musim sotong agaknya kan hahaaa.Selalunya saya ulang siar jer menu Sambal Sotong, memang tak pernah jemu makan lauk macam tu.Paling ringkas buat Sotong Ketuk Serai ala2 singgang tu..yang tu memang layan kalau makan dengan ikan goreng dan ulam2an...kampung style sangat.
Sotong Bakar ni ringkas sangat, bahan pun tak banyak guna.So korang bolehlah cuba.Ekceli ada video youtube jugak.Boleh tgk versi pendek di Instagram saya.Kalau versi youtube pun ada jugak tau..Nanti saya masukkan link.
Sotong Bakar ni saya guna 3 bahan produk Adabi.Ni saja suka suki bereksperimen join kontes.Saja kongsi idea bagi yang buntu tak tahu nak masak apa untuk keluarga.Nak menang tu mmg susah la sebab dah pernah menang sebelum ni kan?Kalau menang 2x tu kira sangat luar biasalah hahaa.Tapi takpe, kalau ada masa free saya join jugaklah.
Sotong Bakar Madu Berempah
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
7 ekor sotong saiz sedang (~300)
1 sudu besar kicap manis (LiNa Pg guna Adabi)
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu teh serbuk kari ayam/ikan Adabi
1/2 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi (boleh juga jus limau nipis)
1/2 sudu teh madu
1 sudu butter/minyak

Cara-Cara
  1. Sotong dibersihkan, kemudian kelar tapi tidak putus (refer video)
  2. Masukkan sotong ke dalam mangkuk besar.
  3. Masuk asam jawa,serbuk kari,kicap manis, sos tiram,bawang putih dan madu.
  4. Kemudian gaul rata.Perap dalam peti ais selama 1/2 jam (lagi lama lagi sedap)
  5. Panaskan grill pan, cairkan butter.Bakar/panggang sotong.Guna api besar dan bakar selama 4-5 min sahaja.Sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata dan tidak hangus.
  6. Jangan panggang/bakar terlalu lama nanti sotong overcook (menjadi liat dan tidak sedap dimakan)
  7. Angkat dan hidangkan.Selamat mencuba 
Youtube Channel Jangan Lupa Subscribe okey
https://www.youtube.com/watch?v=wydvgRuMp1g

Monday, September 24, 2018

Asam Pedas Melaka Resepi Sedap Kuah Pekat

Assalamualaikum...
Mula mula saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog TMK anda semua adalah tetamu kehormat blog kesayangan saya.Alhamdulillah page views TMK sudah melepasi 16 juta...bagi saya blogger picisan ni, itu satu angka yang cukup besar..yang memberi semangat untuk terus berkarya (berkarya la sangat pada hal masak jer pun hahaaa) Berkarya tu termasuk buat video upload kat youtube heheee..Haa korang dah subscribe ke belum tu?Kalau belum subscribe, berbuatlah demikian cecepat...Kalau tak, saya tak mau kawan dengan korang..
Wokey..hari ni saya nak kongsikan resepi Asam Pedas Melaka yang tak tahu berapa kali dah ulang siar dalam TMK ni...yang offline pun tak terkira dah ulangsiar..Tu nak habaq bagi punya banyak kali repeat.Mau tau la kan kalau dok ulang2 tu?Sedap sungguh baq ang.Asam Pedas Melaka ni kuahnya pekat2 dan berempah siket berbanding dengan Asam Pedas Utara (Asam Rebus/Asam Rebuih Penang) tekak saya boleh jer makan kedua2 versi ni...Kalau Asam Pedas Melaka lagi sedap kalau yang perangat tambah kalau yang buat semalam perangat hari ni perggggg...sedap sungguh la..kuah pekat melekat gitu.Dalam gambar ni saya snap terus lepas masak, sebab yang ni saya buat youtube so, kena setelkan cepat2..Malas nak ulang keje 2-3x.Kalau biar lama siket mesti kuahnya nampak likat siket.
Asam Pedas kegemaran anak2.Posing dalam pinggan klasik gitu hehee.Resepi ni banyak kali dah saya buat,so tak tengok sangat resepi.Kalau ada bahan yang terjun awal (dalam video)kira halal jer la.Campak2 jer tu..Yang penting bahan dan resepinya adalah sama.

Terima kasih 16 juta page views...love u guys muah ciked

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=QetJGqGWIf8&t=5s
Bahan-bahan
4 keping ikan pari/apa2 ikan yang sesuai(LiNa Pg guna ikan nyok2)

Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10 biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis (serbuk)
1 sudu teh jintan putih (serbuk)
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup (1/2 sudu teh serbuk kunyit)
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1 sk halba
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak hidangkan.
Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg..videonya di bawah

Thursday, September 20, 2018

Resepi Mee Kuning Homemade (Eggless Noodles) Guna Noodle Maker Pensonic

Assalamualaikum....
Sebenarnya dah lama buat Mee Sup ni tapi tak tahu kenapa termiss pulak n3.Mee Sup ni saya guna Perencah segera adabi jer.Senang bancuh air masuk ayam, fish ball ,fishcake dan sawi dah siap Mee Sup.Ekspress sangat.Mee tu pulak saya guna Mesin Mee Pensonic...Masuk tepung,masuk air, tunggu jer mi keluar.Ya Allahnya senangnya hidup heheee....Pendek kata dalam 20min dah siap Mee Sup ni.
Sebenarnya Mi Sup ni saya buat masa ada orang mai repair ekon.Pagi tu kami dah heavy breakfast semua pun dah kenyang.Tengok cam lama sangat dorang repair ekon dari pukul 10-1.30pm cam kesian pulak mesti lapar sebab dah tengahari.So,buat la mi cincai2 ajer.Alhamdulillah licin...memang tinggal mangkuk kosong sungguh la hingga ke titisan yang terakhir.Tak tahulah sedap sangat ke lapar sangat tu hahaaa...So, mee kuning eggless ni saya repeat buat 1 adunan lagi untuk kami anak beranak makan.Mujur ada Pensonic Noodle Maker ni...sap sap soi jer..dapatlah berkongsi rezeki dengan orang lain jugak.
Mee Sup enterprem dulu heheeee.Resepi serba ringkas jer.Segera jer tau hehee
RESEPI MEE SUP SEDAP DAN CEPAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 450g mee kuning (resepi mee kuning LiNa Pg kat bawah)
  • 1 paket serbuk mee sup adabi (20g)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 cawan stok udang (air rebusan kulit udang)kalau xde guna air biasa jer
  • 2 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • Fish ball dan fish cake secukupnya
  • Sotong/udang/apa2 lauk yang digemari
  • 1 ikat sawi
  • 2 kiub ayam
  • Telur 
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah (LiNa Pg guna ajishio)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Bancuh serbuk mee sup dengan sedikit air, jadikan pes pekat.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau tak perlu garing sangat.
  3. Masukkan pes mee sup.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan isi ayam.Tumis hingga isi ayam masak.
  4. Masukkan stok udang dan tambah air secukupnya (untuk kuah).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan fish ball, fish cake dan sawi.Sesuaikan rasa.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan jangan usik.Biar telur set/masak sendiri 
  7. Masukkan serbuk lada sulah.Tutup api.Boleh masukkan cili padi ketuk jika suka lebih pedas.LiNa Pg hidangkan sup ni bersama SAMBAL JATE (sambal lada) memang dah pedas berdesing.
  8. Simple tapi cukup menyelerakan.Selamat Mencuba


Jika ber minat untuk membeli Pensonic Noodle House ni boleh dapatkan di estore Pensonic

Masukkan kod Lina5PNM 

(untuk claim hadiah freegift sementara stok masih ada)
Harga Promosi RM399 (sehingga hujung bulan ini sahaja)Selepas ni harga asal RM599.So baik beli cepat2

RESEPI MEE KUNING HOMEMADE (EGGLESS NOODLES)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cup noodle maker)
  • 2 cup tepung gandum
  • 1 sudu besar rata tepung ubi
  • sedikit minyak+kunyit/pewarna kuning+air = 120ml
Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam chamber.Close lid
  2. Function - Springy Noodle+Confirm.
  3. Rebus mee selama 1-2 min sahaja (pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  4. Titiskan sedikit minyak dalam air rebusan dan letak sedikit garam (macam rebus spageti)
  5. Siap rebus.Rendam mi dalam air sejuk atau alirkan di bawah air paip untuk hentikan cooking proses.Kalau tak buat proses ni mee jadi lembek dan kembang menjelma jadi rupa laksa sudaaa haaaa...So ingat ya.
  6. Dah siap tu bolehlah dimasak mengikut resepi kegemaran.
  7. Jika ingin menyimpan mee untuk dimasak keesokan harinya.Gaul mee dengan sedikit minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti ais.Selamat mencuba
Nak beli Noodle Maker ni jangan lupa masukkan 
kod Lina5PNM  

Wednesday, September 19, 2018

Sambal Udang Petai Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua...tengah2 hari pun sempat update blog.Hebat bukan?hahaaa...sebenarnya hari ni masak awal...Masak simple2 jer..Tom Yam putih (guna perencah adabi) dan ayam kicap jer...masak laju2 sebab kejar masa.Kol 11am dah siap dah.Kalut bagi Maisarah makan, sambil makan dia cakap arini cuti..Ish budak ni kan...cuti apa plak?Rupanya memang betul cuti sebab exam UPSR ish...ish...adik ni kelam kabut mama  masak sebab nak bagi adik makan awal..rupanya cuti.Kalau tahu cuti boleh mama layan IG dulu pagi2 buta kan haahaaa...Keje dah siap kita update blog dulu la.Resepi hari ni Sambal Udang Petai.Kan dah janjji kelmarin heheee...Inilah petai yang dieksperimen tu segar bugar dah memang syiokkk makan sebab dah gemuk gemuk dan kurang berbau.Kat rumah ni dah lamaaaa sangat tak makan petai sebabnya en.suami ada gout so, segala kekacang kena banned la...Seafood pun sama.Cuma lately ni dia beli jugaklah untuk anak2 sebab anak2 suka makan udang dan sotong.Tapi lama jugak makan tahun juga udang sotong tak menjelma kat dapur saya ni hihiii...
Tu dia panjang bebel plak..kang boring plak dok merepek.Jom la layan resepi...Walaupun saya tahu korang dah pandai buat sambal udang petai.Takpelah kan kata rajinnnnn...kita tepek jugak resepi kat sini buat kenangan sebab xtau bila lagi petai nak ada kat umah ni.
Resepi Sambal Udang ni lebih kurang macam sambal sotong tu jer..Cuma masamnya saya guna air asam jawa.Itu jer.Gambar ni tak berapa okey sebab snap petang.Guna hp jer ni
SAMBAL UDANG PETAI
by Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 500g udang saiz sederhana
  • 3 papan petai (Ambil isinya)
  • 1/2 labu bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 sudu cili giling
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • Sedikit gula merah, garam dan gula/perasa
  • 1/2 sudu teh asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili giling dan sedikit gula merah tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula/perasa.
  3. Masukkan udang, petai dan hirisan bawang besar.Sesuaikan rasa.Ada rasa masam manis pedas sesedap rasa.Boleh juga guna sos tiram (follow resepi sambal sotong)
  4. Dah siap...selamat mencuba.

Tuesday, September 18, 2018

Petua Petai Kecut Menjadi Segar Semula Dan Petua Kurangkan Bau Petai

Assalamualaikum...
Wah rajinnya buat n3 hahaaa..Ekceli banyak bahan yang nak buat posting tapi kekangan masa.So, petang2 pun buat n3 jugak la sementara tunggu Cinta Tiada Ganti kejap lagi..layan pi la telenovela adaptasi Sanay Wala Nang Wakas ni.
Okey berbalik pada tajuk n3 hari ni, sebenarnya petai ni saya beli di Sungkai (sebenarnya husband yang beli, saya tunggu dalam kete kikiiiii) Nampak pengakuan jujur dia jadi Mem hahaaa...Ya Sungkai...kat Sungai Klah Perak sinun....Bila tu?Hurmmmm dah sah2 la masa pi mandi manda dan bercuti di Felda Residence Hot Spring itu ari kan?Dah masuk 2 mggu dah tu.
Kisahnya masa beli tu petai tu memang gemuk2 teruja sunggu nak makan.Sempatlah makan  papan yang betul2 masih fresh.Disebabkan peti ais penuh, saya cuma sangkut kt luar jer petai tu..dah beberapa terbiar sebab meronda sana sini..al maklumlah banyak cuti PH kan bulan September ni..so tersadai kat tepi dinding jer petai.Bila nak makan buat ulam dah kecut dah...terus hilang selera nak buat ulam.Tiba2 teringat pernah tengok masa explore kat IG tips untuk segarkan petai ni kena rendam dalam air.Tapi saya tak berapa sure caranya.Hantam sajalah rendam dengan air.Alhamdulillah berhasil.Bukan sahaja petai kembali segar, malah makin besar dan berkilat2...cantik sungguh..macam petai yang dijual di pasaraya.Rupanya inilah cara mereka buat...Kaedah ini bukan sahaja membuatkan petai segar tetapi bau petai juga berkurang.Biasanya kalau makan petai, maka semerbaklah bau tandas kan huhuu..InsyaaAllah kalau guna petua ni bau petai akan kurang (tidak terlalu strong dalam toilet) tapi rasa petai masih sama.
Ada satu lagi petua untuk kurangkan bau petai ialah dengan menggoreng petai (Sebelum dimasak sambal)tapi saya tidak suka guna kaedah goreng ni sebab warna petai akan pucat.Saya suka petai yang nampak segar dan masih hijau walaupun buat sambal.Citarasa masing2 la kan?Okey untuk sambal udang petai saya akan kongsikan kemudian.Tengok kelapangan esok atau lusa.Bagi yang sudah tahu petua ni, sila abaikan.Saya kongsikan dengan yang belum tahu ajer.Kakak tak kuat kalau kena kecam

Caranya mudah sahaj.Kupas petai dan buang selaput putih (kulit ari) dia Petai tu togel jer.
Lina Pg kupas sebiji sebiji macam dalam gambar tu tanpa potong atau belah matanya.
Kemudian masukkan ke dalam tupperware, isi air penuh bekas.Tang ni silap sebab isi air hingga paras petai jer.Rupanya petai gemukkkkk air tak cukup.So, kurang letak air banyak tau...hingga penuh bekas tu.
Kemudian tutup, masukkan ke dalam peti ais.Biarkan selama 5 jam atau semalaman.
Hasilnya petai kembali segar bugar dan bersaiz besar.Tengok panjangnya hampir 2x ganda dari saiz asal.Lihat perbadingan saiz sebelum dan selepas.Buah petai jugak nampak berkilat dan kurang berbau.Rangup seperti baru dipetik.Bau petai jugak berkurang kerana baunya sudah keluar melalui air rendaman.Selamat mencuba.

Monday, September 17, 2018

Resepi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum....
Seminggu dua ni asyik hujan jer kan?Memang sesuailah kalau dihidangkan dengan Pisang Goreng atau Keledek Goreng.Pendek kata sesuatu yang bergoreng dan makan panas2 sama kopi O atau Teh O.Kat rumah saya ni kopi O memang tak wujud la hihiii..selalunya minum petang memang teh O.Keledek Goreng ni memang kegemaran kami sekeluarga.Tapi selalunya beli jer RM2-3 kat tepi jalan.Kebetulan aritu (cam lama benar tu) pi Tesco nampak ubi keledek oren cam baru lagi.Terus beli dekat 1kg jugaklah.Cadang nak buat Cek Mek Molek.Tiba2 tukar fikiran jadi Keledek Goreng sebab dah tahu kalau buat Kuih CekMek Molek memang kompom budak sarah tak makan.Kalau buat fritters ni memang dia makan.Budak sorang tu suka yang rangup2 macam ni.
Resepi Keledek Goreng ni saya ikut Resepi Pisang Goreng Crispy tu jer.Cuma kali ni terajin siket buat video dan upload ke youtube.Memang sedap dan rangup walaupun dah sejuk.Korang kena cuba.Resepi ini sesuai untuk Pisang Goreng, Keledek Goreng, Sukun Goreng, Cempedak atau apa2 yang bergoreng dan rangup.Rasanya Ikan Celup Tepung atau Sotong pun insyaaAllah sesuai jugak ni.
Nampak tak?Terserlah kerangupannya tuh.Memang krup krap...sedap sungguh la.Tambahlak Keledek Oren ni rasa manis2.Saya suka buat potongan jejari camni kalau di Kelantan ianya dipanggil Kateh Aye atau Kateh Ayam.Selalunya Ubi Keledek Goreng kat Penang ni potong bulat dan agak nipis..udah rupa cam kerepek lak huhu..

KELEDEK GORENG RANGUP
Bahan A 
Pisang/keledek/cempedak 
(LiNa Pg guna ~400g keledek oren)-Potong bentuk jejari

Bahan B 
450 ml air  
2 cawan tepung tepung gandum 
4 sudu besar tepung beras 
4 sudu besar (penuh) marjerin 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 ¼ sudu kecil garam 

Cara2 menyediakan 
  1. Masukkan bahan-bahan B ke dalam jug blender ikut turutan di atas kemudian kisar.Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai.  
  2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. 
  3. Masukkan hirisan pisang/keledek ke dalam adunan dan salut rata dengan adunan.Kemudian goreng kedua2 bahagian hingga kuning keemasan
  4. Angkat dan toskan.Pisang/Keledek goreng sedia dinikmati
Untuk video, sila ke Youtube link 
https://www.youtube.com/watch?v=Vfu028W45ss&t=2s

Sunday, September 16, 2018

Munafik 2

Assalamualaikum...
Filem Munafik 2 arahan pengarah muda Syamsul Yusof tengah meletup di pawagam sekarang ni.Kalau korang suka tengok movie, tapi tak suka melayan filem tempatan.Apa kata korang bagi peluang untuk filem Munafik 2 ni.Tak rugi bayar tiket sebab sangat berbaloi.Kalau nak jimat pergilah menonton pada hari Rabu dapat harga tiket murah hahaa..(kat GSC la pawagam lain kami tak tahu)
Saya tak mahu buat spoiler untuk filem ini.Tapi bagi saya 'SERAM'nya filem Munafik 2 ini ialah pada pengajarannya.Ya Allah pengajarannya menusuk hingga ke jantung.Takutnya dengan fitnah akhir zaman.Semoga kita semua mampu mempertahankan akidah Islam hingga ke hujung nyawa.
Hurmm...bagi peminat yang rindukan kemunculan Mawi (AF3) akan terubat sebab Mawi buat come back dalam Munafik 2 ni.Memang tepat pemilihan Mawi dalam filem ini sebab wataknya memerlukan bacaan ayat2 al Quran.
Nak jadi pengulas filem pulak ke?Tak delah saja isi masa lapang sebab cuti panjang kan..saja kasi idea kat korang kalau tak tahu nak buat apa cuti 3 hari ni hehee.
Kakak xde modal nak buat n3 hahaaa..Nak karang panjang2 pun takut spoil pulak.Better p tengok sendiri la petang ni ka esok ka hampa buleh p tengok na..

Thursday, September 13, 2018

Petua Masak Sotong Supaya Tidak Liat Dan Cara Masak Sambal Tumis Sotong

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Khamis ditemani hujan lebat.Hari ni saya nak kongsikan resepi ulangan.Sambal Tumis Sotong.Sebelum ni dah pernah buat baruuuuu lagi iaitu bulan lepas jer saya kongsikan dalam blog ni.Kali ni terajin siket repeat sebab nak buat video sebab ramai yang request kat IG sinun.Okey untuk lebih mudah faham..boleh refer di youtube (link kat resepi) untuk petua masak sotong tidak liat.Sedap tau lembut jer bila kunyah..cam ngaib terus la.Kalau silap teknik sotong yang besar pun bila dah siap masak jadi kecil sebab kecut.Kali ni saya potong sebab sotong ni agak besar.Kalau sebelum ni masak sekor2 sebab sotong ada telur.Penyebab utama sotong jadi liat ni ialah kita masak terlalu lama itu jer.Jus dari sotong dah keluar semua dah.Bila masak guna kaedah yang saya tunjukkan ni..insyaaAllah sedap dan lembut.Selalunya bila masak sambal sotong, sotong masuk last kan?Lepas tu air dari sotong tu akan keluar...kita plak akan kacau lama sebab nak bagi kuah tu pekat semula...sebab itulah sotong dah overcook...jadi liat sebab jusnya dah abes keluar masuk dalam kuah/sambal..Kita lak kacau lamaaaaa nak bagi kuah/sambal pekat semula.Itu jer sedikit kesilapan kecil..tapi telah menjejaskan rasa sambal dan tektur sotong jadi keras.

SAMBAL SOTONG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=fuT2SHTszNw
Bahan-Bahan
400-500g sotong 
1/2 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 sudu besar cili giling
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 in gula nisan (gula merah)
Garam dan gula/perasa
Minyak

Cara-Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris hingga terbit bau dan sedikit layu.
Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling dan sedikit gula merah/gula nisan.Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato, sos tiram (atau garam dan gula/perasa).Sesuaikan rasa masam manis,masin dan pedas.
Akhir sekali masukkan sotong.Masak sekejap jer sebab sotong dah separuh masak.Gaul rata dan tutup api.Sedia dihidang.

Tuesday, September 11, 2018

Percutian Santai Ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah Sungkai Perak

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca dan pengunjung blog TMK.Semoga tahun baharu ni memberi sinar baru dan semoga kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik...aminnnn.Bulan September ni banyak betul Public Holiday yang bersambung dengan week end.So,dapatlah en.suami bersantai dengan family tanpa perlu mengambil Annual Leave.Mengambil kesempatan cuti Agong Birthday dan juga Awal Muharam kami sekeluarga bersantai di Felda Residen Hot Spring Sungai Klah.Best tau mandi manda kat sana.Ada kolam air bukit yang sejuk dan ada juga air panas semulajadi...selain itu ada jugak aktiviti ATV,memanah dan macam2 lagi.Yang ATV dan memanah ni tak sempat nak join...kami suami isteri banyak berendam kaki dalam air panas jer..Waterpark tu anak2 jer la yang mandi..Maisarah pulak abang long yang jadi life guard..mula2 mama abah pantau tapi nampak okey jer..so mama buat aktiviti lain sebab pool agak jauh antara satu sama lain.Kalau dok mereput kat tepi kolam...buang karan la pulak.Mggu depan ada lagi cuti Public Holiday yang bersambung..long week end 16hb Sept Hari Malaysia..so, kalau sesiapa yang nak bawa anak2 bermain air..bolehlah bawa ke TRAP ni (Taman Rekreasi Air Panas).Okey jom layan gambar.Nanti saya story kat gambar jer.Memandangkan gambar terlalu banyak saya kena buat lay out jer gambar2 tu takut berat pulak blog TMK ni.
 Kami bertolak hari sabtu (8hb Sept) dari Pulau Pinang.Risau jugak lah sebab sepanjang minggu tu asyik hujan jer...Lagi teruk hari Jumaat tu Pulai Pinang dilanda banjir.Mesti rasa cuak nak mandi manda kalau time hujan.Alhamdulillah pagi Sabtu cuaca agak baik.nampak langit membiru dan awan putih terus rasa ceria jer.Kami sampai agak awal jugak lebih kurang pukul 1.30pm.Masa untuk check in pukul 3pm.Sebelum ke sini biasanya saya akan gugel terlebih dahulu mencari info.Ada setengah blog bagi info katanya kat sini prosedur tidak terlalu ketat..Kiranya terpulang kepada budi bicara Receiptionist tu.Alhamdulillah masa check in tu memang vila yang kami tempah dah siap kemas atau pun memang tiada tetamu hari sebelumnya.So kami dapat masuk 'ke rumah' lebih awal...Kami booking Vila 3 bilik.Harga boleh tengok di Agoda, Booking.com atau Trivago okey
En.husband tengah chek in...daftar masuk pun tak terlalu lama..kejap jer dah dapat kunci.Harga bilik/vila dah termasuk sarapan pagi dan jugak tag masuk ke TRAP ni.Kalau yang sewa vila tag berwarna putih.Sementara abah check in, kami ronda2 area berdekatan.Memang bersih dan terjaga.Sejuk mata memandang sebab dikelilingi pokok kelapa sawit (terasa macam balik kampung pulak hahaa)Yang berderet di belakang Maisarah tu ialah Hotel..ada Deluxe room kalau tak salah saya..harganya pun sangat berpatutan..Kalau tak salah RM100++.Gambar paling kanan tu ialah Meranti Cafe tempat kami bersarapan pagi esok.
 Inilah Vila kami stay 2H1M (Vila 8) ada 3 bilik tidur.Cantik kan kawasan sekitarnya...Gambar ni saya tak edit sebab malas hahaaa...semua gambar ni snap guna hp jer sebab memang tak bawa kamera)Masa ni Vila lain masih tiada penghuni maybe belum sampai.Bila kami dah balik dari mandi manda dah penuh semua vila..kami kan check in awal heheee.
 Master bedromm..katil double, ada bathtub..dan bilik ni bersambung dengan ruang tamu.Ada TV dan siarannya sangat jelas.Yang takde cuma WIFI jer uhukkkkk...Lagi sadis line coverage pun sangkut.Kalau dekat hall ni masih ok.Masuk bilik terus kaput...Master bedroom ada 1bar tapi kadang2 hilang terus.Bilik anak3 memang wasalam terus signal.
 Gambar 1 angle dari Ruang tamu...depan tu Room 2 belah kiri ialah master bed room..bertentang dengan private jakuzi.Belakang tempayan tu Room no.3 berdekatan dengan ruang makan..Ada dapur peti ais dan meja makan..selesa juga sebab ada kipas di ruang dapur ni.Ekceli tak buka kipas pu  okey sebab dah sejuk 
 Bilik 2 dan Bilik 3 sama sahaja design...penampakan satu mahkluk kecil terbungkang kat atas katil tu (tu bilik sarah dan kakak nisa)yang satu lagi bilik abang long.Gambar last model toilet hahaaaa
 Lepas kemas barang2 kami keluar makan kat Cafe Rumbia dalam area waterpark.Sebab dah lambat kami order ala cart sahaja.Siap makan terus tukar baju dan mandi manda.Posing2 sebelum makanan sampai.Makanan dah sampai dan sempat aek gambo dah terus ngap.Makanan kira ok gak sedap gak la..Harga standard la sebab waterpark kan.Tapi portion dan bahan2 tu reasonable dengan harga.
 Yang ni Kolam air bukit..tapi ada klorin jugak la.Gambar ni petang Sabtu tak ramai orang..memang best.Hari Ahad mak ai penuh pool ni..sampai nak lepak pun takde tempat.Orag paling njoi Maisarah la...
 Gambar atas park kanak2 gambar tu ialah air panas..panas suam2 jer la..
 Bila waterpark dah tutup, budak sorang ni balik berendam kat Private jakuzi pulak..masa ni air sejuk sebab cuaca hujan..air panas kena stop tak boleh supply masuk
 Untuk dinner kami order Room Service jer...Agak cepat jugak dorang masak dan hantar ke Vila..Alhamdulillah sedap
 Pagi esoknya sebelum mandi manda, kami bf di Meranti Cafe.Ada nasi lemak, mi goreng ,roti bakar,roti canai, mu kuah , moi dan cereal untuk kanak2.
 Sambung lagi aktiviti berendam sebelum check out...
 Kat sini boleh rebus telur jugak.Kami tengok jer sebab dah kenyang makan sarapan tadi.Dah tak boleh masuk makanan dah.Lagipun dah pernah merasa Rebus telur guna air kawah gunung berapi masa kat Bandung aritu.Lagipun Q panjang tu yang malas nak beratur..baik pi rendam kaki hehee
kat kolam ni la paling lama maisarah mandi.Kat TRAP ni ada juga disediakan keretapi untuk bawa pengunjung dari kawasan tiket ke Taman Tema ni.Okey bye bye Felda Residence Hot Spring nanti kami datang lagi.Memang bagus.Staff sangat frenly..kawasan cantik dan bersih
Alang2 dah sampai ke Sungkai ni kami singgah makan di Nasi Bamboo Sungai Klah.Kali kedua kami sampai ke sini.On da way ke sini hujan super lebat..Tengok kereta punya banyak.Alhamdulillah memang ada rezeki..masuk jer ada parking.Bila masuk ke dalam Restoran penuh dengan orang...recce tengok cari meja..ada la kosong kat tengah2 tu apa lagi terus cop la..
Makanan yang kami ambil

Friday, September 7, 2018

Buah Binjai , Buah Tampoi Dan Buah Perah

Assalamualaikum....
Berteman hujan lebat pagi ni buat n3 buah-buahan yang semakin pupus.Anak2 saya memang langsung tidak mengenali buah2 rare ni.Saya sendiri pun cuma kenal buah binjai dan buah Tanpoi sahaja.Buah perah atau ada jugak yang menggelarnya dengan nama Buah Perah ni saya cuma kenal nama sahaja sebab ada hentian RnR di Grik sinun namanya Perah hehee..bersempena dengan nama buah ni.
Kita mulakan dengan Buah Binjai.Ada sesetengah tempat panggil Buah Kemang (kalau kemang ni manis kot) Tapi saya guna nama Binjai.Spesis ni masam2.Sesuai dijadikan sambal.Tapi saya tak buat sambal pun.Cuma kupas kulit hiris nipis gaul sedikit garam dan gula.Simpan dalam peti ais..Ala-ala jeruk camtu.Nak makan ambil sepotong masuk dalam budu camtu jer heheee...Sedap tau makan dengan ikan goreng.Kalau buat sambal takut tak terhabis pulak..bukan boleh simpan lama2 sambal tu..Buat macam jeruk selamat siket sebab boleh simpan dalam peti ais
 Yang ini Buah Perah atau Buah Peroh.Rasanya lemak2 seakan kekacang.Rasa buah berangan pun ya jugak..dalam gambar ni dah siap rebus.Dah ada rasa masin2.Isi dalamnya seakan biji getah (isirong biji getah)berwarna putih dan ada layer selaput.Masa snap ni belum makan lagi.Dah makan lupa snap..abes terus hahaaa...Buah perah ni ada pantangnya tak boleh dimakan bersama buah jambu batu (salah satunya)kerana boleh mengakibatkan MABUK.So take note ya kawan-kawan
Yang ni buah Tampoi masih boleh jumpa di RnR Bukit Gantang tapi semakin jarang nak jumpa...Bermusim dan bukan setiap tahun berbuah agaknya...sangat susah dah nak jumpa.
Buah-buahan rare ni di angkut oleh abang saya (yang dok langkawi sinun) bawa mai bagi adik dia rasa

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN SELAMAT BERCUTI

Wednesday, September 5, 2018

Nasi Goreng Kampung Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum
Kembali bersiaran, pagi terasa sejukkkk nyaman macam dok CH pulak.Lately memang cuaca sejuk..kaki terasa nak berbungkus setiap masa.Peralihan monsun agaknya.Walaupun apa sekali pun keadaan cuaca, kita jangan merungut..syukur banyak bekalan air kat empangan nanti kan.Kita doakan semoga semuanya memberi manfaat okey...
Okey berbalik kepada n3 kali ni, saya buat minggu lepas lagi ni.Makan berdua dengan kakak Nisa jer sebab untuk lunch.Biasanya kalau hari Jumaat saya masak simple jer..sebab sebelah malamnya akan keluar dinner outing sambil pick up sulung dari hostel.So, untuk alas perut lucnh kami berdua..makan nasi goreng sahaja.Abes dak sarah makan apa?Budak sorang tu kekal dengan nasi white..lauk hayam goreng.Ekceli nasi goreng ni pun ada ayam goreng seketul sorang dengan kakak.Tapi masa snap gambar dan makan abes sepinggan ni terlupa ooii...nak amek ayam tu huhu...sudahnya si Nisa yang makan bahagian mama huhu..Takpelah xde ayam pun ikan bilis, keropok dan teloq mata tu pun dah meriah.Nak hiris timun pun terasa malas kikiiii..walaupun timun dan tomato ada jer dalam peti ais.Kalau dah malas tu xleh kata apa la kan...Untuk resepi Nasi Goreng kampung sangat ringkas sebenarnya.Saya cuma guna perencah Nasi Goreng Kampung Adabi.Terima kasih adabi
Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Sedap
NASI GORENG KAMPUNG
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
Sedikit ikan bilis (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
2 biji cili padi (tumbuk kasar)
Sedikit kacang panjang/apa2 sayur yang sesuai
1 paket kecil serbuk nasi goreng adabi
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak
1 biji telur
Boleh jugak dimasukkan ayam, udang/apa2 lauk.

Bahan Lain
Telur mata
1/2 cawan ikan bilis (goreng garing)

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang ditumis hingga sedikit garing.Jika suka banyak lauk2 boleh masukkan lauk.LiNa Pg buat ringkas jer xde lauk tambahan sekadar telur dan ikan bilis sahaja.
  2. Masukkan nasi kemudian taburkan serbuk nasi goreng adabi.Kacau rata.
  3. Tolak nasi ketepi sedikit, Pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan sebentar 10saat macam tu supaya telur sedikit masak, kemudian gaulkan bersama nasi.
  4. Masukkan hirisan kacang panjang (atau apa2 sayur yang sesuai karot, kangkong)gaul rata.
  5. Kemudian letak sedikit serbuk lada sulah.Nasi Goreng Kampung dah siap.Tak perlu tambah garam okey..sebab dah cukup masinnya.
  6. Nasi Goreng Kampung enak disajikan bersama Keropok ikan, taburan ikan bilis dan telur mata.LiNa Pg tambah juga ayam goreng (cuma tak termasuk dalam gambar)

Monday, September 3, 2018

Mee Goreng Sedap Lagi Sedap Guna Mee Kuning Homemade

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Isnin, kena buat n3 cepat2 sebab hari ni Maisarah masuk skool awal siket.Mee Goreng ni agak lama dah saya buat..macam mana boleh termiss pulak n3 Mee Kuning Homemade ni..maybe videonya saya terlupa nak edit.Mee Kuning Homemade ni dah ramai yang cuba resepinya saya share secara private sahaja dengan yang beli Pensonic Noodle Maker guna kod saya.Bukan secret tapi sebab resepi Mee Kuning ni saya belum update kat blog so, dorang minta melalui DM kat IG sinun...saya memang save sukatan dalam hp..just copy dan bagi jer..Alhamdulillah ramai juga yang share gambar Mee dorang dengan saya hehee...Seronok kan bila berjaya buat Mee sendiri.Saya sendiri pun dah mencuba pelbagai resepi mi dari yang simple..plain jer (air+tepung)hingga ke pelbagai jenis tepung yang digunakan.Tapi Resepi Mee Kuning Homemade nan satu ni paling saya suka hasilnya..sangat cantik dan licin sedap pulak tu..Mi panjang2 dan tak putus bila digoreng.Ya la kalau goreng kan kita kacau dan kacau..tu yang boleh mengakibatkan putus.Kalau buat sup..senang memang tak kacau dah..rebus terus masuk pinggan.So resepi mi kuning untuk goreng2 ni kena lebih kenyal la supaya tak putus dan nampak cantik.Sorry tau gambar Mee Goreng ni saya snap guna hp jer.Selalunya kalau buat Mi kami makan untuk dinner..So bila buat malam gambo pun kelabu asap jer la..Saya ni snap gambar memang xde lighting bagai...Snap gitulah cincai2
Nampak..panjang jer kan mi tu..memang tak putus

RESEPI MEE GORENG SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 500g mee kuning (LiNa Pg guna Mee Kuning Homemade)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 biji cili merah (kisar)boleh ganti 3sb cili giling
  • 1 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • Sedikit daging/apa2 lauk yang disukai
  • 3 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu kicap manis*
  • 1 sudu besar sos ikan*
  • 1/2 cawan air*
  • Fishball/fishcake
  • Sayur sawi (LiNa Pg asingkan bahagian batang dan daun)
  • Hirisan cili merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
    Cara-Cara
    1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan isi ayam dan daging.Tumis sebentar untuk kecutkan isi ayam/daging.
    2. Masukkan bahagian batang sawi.Satukan bahan bertanda* kacau rata kemudian masukkan ke dalam kuali.
    3. Kacau rata dan biarkan menggelegak sebentar (ayam,daging masak dan batang sawi lembut)
    4. Masukkan fishcake/fishball.Kacau rata.Kemudian masukkan mi dan daun sawi.Gaul rata dan sesuaikan rata.
    5. Tabur hirisan cili merah dan daun bawang (jika suka)Mee Goreng sedia dihidang.Selamat Mencuba
    6. Resepi ni saya ada buat video.Nanti boleh refer ke youtube LiNa Pg jugak 
    https://www.youtube.com/watch?v=33491QaEowE&t=1s


    PENSONIC NOODLE MAKER INI BOLEH DIBELI SECARA ONLINE MELALUI ESTORE PENSONIC

    Untuk Mee Kuning LiNa Pg guna 
    Function
    Springy Noodle+Confirm
    Tektur kena macam dalam gambar 1 tu...seakan breadcrumb tapi nampak soft.Yang ni belajar dan perhatikan sendiri.Kalau nampak dah ok tak perlu abeskan air.Kalau nampak kurang air pandai2 lah tambah sendiri.Kena agak2 la ya.Kalau ikut betul2 resepi di atas sukatannya memang dah tepat.kalau cam gitu rupa dia memang jadilah mee tu nanti.Adunan TIDAK BOLEH LEMBEK  tau..nanti mee tak keluar.Semua mee/laksa atau apa sekali pun adunan tidak boleh lembek.Kena crumble macam gambar 1 tu okey...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...