Petua Masak Sotong Supaya Tidak Liat Dan Cara Masak Sambal Tumis Sotong

By LiNa_Pg - Thursday, September 13, 2018

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Khamis ditemani hujan lebat.Hari ni saya nak kongsikan resepi ulangan.Sambal Tumis Sotong.Sebelum ni dah pernah buat baruuuuu lagi iaitu bulan lepas jer saya kongsikan dalam blog ni.Kali ni terajin siket repeat sebab nak buat video sebab ramai yang request kat IG sinun.Okey untuk lebih mudah faham..boleh refer di youtube (link kat resepi) untuk petua masak sotong tidak liat.Sedap tau lembut jer bila kunyah..cam ngaib terus la.Kalau silap teknik sotong yang besar pun bila dah siap masak jadi kecil sebab kecut.Kali ni saya potong sebab sotong ni agak besar.Kalau sebelum ni masak sekor2 sebab sotong ada telur.Penyebab utama sotong jadi liat ni ialah kita masak terlalu lama itu jer.Jus dari sotong dah keluar semua dah.Bila masak guna kaedah yang saya tunjukkan ni..insyaaAllah sedap dan lembut.Selalunya bila masak sambal sotong, sotong masuk last kan?Lepas tu air dari sotong tu akan keluar...kita plak akan kacau lama sebab nak bagi kuah tu pekat semula...sebab itulah sotong dah overcook...jadi liat sebab jusnya dah abes keluar masuk dalam kuah/sambal..Kita lak kacau lamaaaaa nak bagi kuah/sambal pekat semula.Itu jer sedikit kesilapan kecil..tapi telah menjejaskan rasa sambal dan tektur sotong jadi keras.


SAMBAL SOTONG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=fuT2SHTszNw
Bahan-Bahan
400-500g sotong 
1/2 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 sudu besar cili giling
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 in gula nisan (gula merah)
Garam dan gula/perasa
Minyak

Cara-Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris hingga terbit bau dan sedikit layu.
Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling dan sedikit gula merah/gula nisan.Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato, sos tiram (atau garam dan gula/perasa).Sesuaikan rasa masam manis,masin dan pedas.
Akhir sekali masukkan sotong.Masak sekejap jer sebab sotong dah separuh masak.Gaul rata dan tutup api.Sedia dihidang.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments