Petua Petai Kecut Menjadi Segar Semula Dan Petua Kurangkan Bau Petai

By LiNa_Pg - Tuesday, September 18, 2018

Assalamualaikum...
Wah rajinnya buat n3 hahaaa..Ekceli banyak bahan yang nak buat posting tapi kekangan masa.So, petang2 pun buat n3 jugak la sementara tunggu Cinta Tiada Ganti kejap lagi..layan pi la telenovela adaptasi Sanay Wala Nang Wakas ni.
Okey berbalik pada tajuk n3 hari ni, sebenarnya petai ni saya beli di Sungkai (sebenarnya husband yang beli, saya tunggu dalam kete kikiiiii) Nampak pengakuan jujur dia jadi Mem hahaaa...Ya Sungkai...kat Sungai Klah Perak sinun....Bila tu?Hurmmmm dah sah2 la masa pi mandi manda dan bercuti di Felda Residence Hot Spring itu ari kan?Dah masuk 2 mggu dah tu.
Kisahnya masa beli tu petai tu memang gemuk2 teruja sunggu nak makan.Sempatlah makan  papan yang betul2 masih fresh.Disebabkan peti ais penuh, saya cuma sangkut kt luar jer petai tu..dah beberapa terbiar sebab meronda sana sini..al maklumlah banyak cuti PH kan bulan September ni..so tersadai kat tepi dinding jer petai.Bila nak makan buat ulam dah kecut dah...terus hilang selera nak buat ulam.Tiba2 teringat pernah tengok masa explore kat IG tips untuk segarkan petai ni kena rendam dalam air.Tapi saya tak berapa sure caranya.Hantam sajalah rendam dengan air.Alhamdulillah berhasil.Bukan sahaja petai kembali segar, malah makin besar dan berkilat2...cantik sungguh..macam petai yang dijual di pasaraya.Rupanya inilah cara mereka buat...Kaedah ini bukan sahaja membuatkan petai segar tetapi bau petai juga berkurang.Biasanya kalau makan petai, maka semerbaklah bau tandas kan huhuu..InsyaaAllah kalau guna petua ni bau petai akan kurang (tidak terlalu strong dalam toilet) tapi rasa petai masih sama.
Ada satu lagi petua untuk kurangkan bau petai ialah dengan menggoreng petai (Sebelum dimasak sambal)tapi saya tidak suka guna kaedah goreng ni sebab warna petai akan pucat.Saya suka petai yang nampak segar dan masih hijau walaupun buat sambal.Citarasa masing2 la kan?Okey untuk sambal udang petai saya akan kongsikan kemudian.Tengok kelapangan esok atau lusa.Bagi yang sudah tahu petua ni, sila abaikan.Saya kongsikan dengan yang belum tahu ajer.Kakak tak kuat kalau kena kecam


Caranya mudah sahaj.Kupas petai dan buang selaput putih (kulit ari) dia Petai tu togel jer.
Lina Pg kupas sebiji sebiji macam dalam gambar tu tanpa potong atau belah matanya.
Kemudian masukkan ke dalam tupperware, isi air penuh bekas.Tang ni silap sebab isi air hingga paras petai jer.Rupanya petai gemukkkkk air tak cukup.So, kurang letak air banyak tau...hingga penuh bekas tu.
Kemudian tutup, masukkan ke dalam peti ais.Biarkan selama 5 jam atau semalaman.
Hasilnya petai kembali segar bugar dan bersaiz besar.Tengok panjangnya hampir 2x ganda dari saiz asal.Lihat perbadingan saiz sebelum dan selepas.Buah petai jugak nampak berkilat dan kurang berbau.Rangup seperti baru dipetik.Bau petai jugak berkurang kerana baunya sudah keluar melalui air rendaman.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments