Saturday, October 6, 2018

Maggi Goreng Tomyam

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Sabtu, selamat berhujung minggu semua.Nak ke mana hari ni?Kalau nak keluar jenjalan pun, perut kena isi dulu dengan sarapan pagi.Ok pagi saya nak kongsikan idea sarapan pagi serba ringkas iaitu Maggi Goreng.Saya goreng kejap jer ni...rasanya tak sampai 10min dah siap.Nak buat mee pun tepung dah abes, bihun pun tak ada.Bila buka peti ais belek2 tengok ada sedikit Mi Tanpa Goreng Cintan (dah lama ni sebab saya buat Adverstorial masa bulan puasa aritu)Mujurlah masih okey sebab simpan dalam tipuware kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.Tengok Mi Cinta ada 2 keping jer.Belek cari ada stok Maggi Tomyam 3 bungkus.Bolehlah kawen ajerlah 2 jenis ni.Kalau tengok gambar ada yang halus dan ada yang lebar sedikit hehee...Alhamdulillah walaupun cincai2 tapi sedap tau...
simple2 jer..masuk jer apa bahan yang masih berbaki dalam peti ais.Sayur pun seciput jer tu
MAGGI GORENG TOMYAM
By Malina LiNa Pg  http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 2 keping Mi Cintan
  • 2 keping Maggi Tomyam
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu teh cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur pak choi/sawi/kobis
  • Fish ball dan fish cake
  • Ayam dan daging (potong kecil)
  • Sedikit minyak
  • 1/2 cawan air
  • Cili merah dan cili hijau
Cara-Cara
  1. Maggi+Mi Cintan dicelur sekejap sahaja.Kemudian toskan
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga garing masukkan cili giling dan perencah tomyam (dari paket maggi) tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air, sos tiram,ayam dan daging.Biarkan mendidih (ayam dan daging empuk)kemudian masukkan fish ball dan fish cake.Biarkan sebentar (1-2min)
  4. Masukkan Maggi kacau sekejap,masukkan sayuran dan gaul rata.Sesuaikan rasa (kalau mengikut selera LiNa Pg tak perlu tambah2 apa lagi dah)
  5. Taburkan cili merah dan cili hijau.Siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
Note:
Cara LiNa Pg mencelur maggi ialah rebus air hingga mendidih, kemudian TUTUP API.Masukkan maggi dan biarkan selama 3 MINIT SAHAJA.
Masukkan ke dalam penyejat alirkan di bawah air paip (untuk stop cooking proses)Kemudian toskan.
Tips untuk yang belum tahu.Yang dah pandai dok dendiam hehee...
Cara ini Maggi tekstur maggi cantik dan tidak lembek.

3 comments:

ResepiAsia.com said... Balas

terima kasih sis , kerana buat saya lapar teruk..nyampahh :P
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia

Unknown said... Balas

Nk buat utk sang suami yg kelaparan..tahap gaban

Unknown said... Balas

dah cuba resipi ni πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ sedappp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...