Mee

Resepi Koay Teow Ladna (Koay Teow Homemade)

By LiNa_Pg - Tuesday, October 02, 2018

Assalamualaikum...
Macam panjang pulak tajuk tu tapi tak pelah point dia nak share Resepi Koay Teow Ladna yang sedap kebaboom..resepinya pun cukup mudah sahaja.Lagi best sebab guna koay teow homemade.Saya ni tak berapa suka makan koay teow sebab ada bau yang kurang menyenangkan sebab itulah saya jarang beli.Bukan tak makan langsung tapi kurenglah..saya lebih gemar bihun atau spageti.Sejak ada Pensonic Noodle Maker ni bolehlah saya olah ikut citarasa rasa, yang penting tiada pengawet, bersih dan halal.Kali ini saya guna resepi koay teow yang lain pulak..tepung pun berbeza.Hasilnya mestilah berbeza..lebih kental dan tidak mudah putus bila digoreng.Kalau korang pernah cuba Resepi Koay Teow yang sebelum ni, boleh versi yang ni pulak ok.Resepi Koay Teow Ladna tu saya masukkan jer apa bahan yang ada kat rumah jer..Boleh jer nak tambah apa2 lauk/fish ball/fish cake atau tambah sayuran lain.Saya buat yang simple2 jer.Alhamdulillah sedap..Okey saya kongsikan dulu Resepi Koay Teow Ladna.

Walaupun simple tapi cukup menyelerakan.Saya guna serbuk Nasi Goreng adabi tu untuk lengkapkan rasa..so xyah boh garam dah.Kenapa tak letak kiub?Boleh jer ganti garam atau kiub..saya ni mmg dah ada kat rumah..kan sponsor tu hehee..Kita manfaatkan jer barang free hehee

RESEPI KOAY TEOW LADNA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (koay teow)
  • ~400g koay teow (LiNa Pg guna koay teo homemade)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
Bahan B (Kuah)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk stok udang
  • Ayam/udang/sotong/apa2 lauk yang sesuai
  • Sayur kailan/karot/baby corn/apa2 sayur yang sesuai
  • serbuk nasi goreng Adabi(atau kiub ayam)
  • 1 sudu besar tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
  • 1 biji telur
  • Lada sulah (LiNa Pg guna Ajishio)
  • Cili padi ketuk (jika suka pedas)
  • Air dan minyak
Cara-Cara
  1. Masukkan koay teow ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit minyak. Gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak, goreng koay teow sekejap sahaja.
  4. Kemudian angkat dan bahagi-bahagikan kepada beberapa pinggan (terpulang berapa orang nak makan)
  5. Guna kuali yang sama, Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili padi (jika suka pedas) tumis hingga garing.
  6. Masukkan air dan stok udang, masukkan sos tiram dan serbuk nasi goreng adabi/kiub ayam.
  7. Masukkan ayam, baby corn dan karot.Setelah mendidih, ayam masak dan baby corn lembut, masukkan sotong, udang dan kailan.Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga mencapai kepekatan kuah yang dikehendaki.
  8. Masukkan telur (yang dipukul sedikit) sambil kacau sedikit.
  9. Akhir sekali taburkan sedikit lada sulah.
  10. Tuangkan kuah koay teow ke dalam pinggan berisi koay teow tadi (step 4)
  11. Selamat mencuba 
RESEPI KOAY TEOW HOMEMADE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 125g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 20g tepung beras
  • 80g air
Cara-Cara
  1. Masukkan campuran tepung ke dalam chamber.Tutup cover
  2. ON.Function - Springy Noodle + Confirm
  3. Proses (kneading 3min - Rest 7min - extrude 3min)
  4. Apabila koay teow dah keluar.Rebus selama ~3min (Pastikan air mendidih terlebih dahulu)
  5. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Biar koay teow sejuk sepenuhnya.Kemudian toskan.Koay teow ready untuk dimasak sebarang menu kegemaran..
  6. Selamat mencuba.Jika ingin menyimpan koay teow untuk dimasak keesokan harinya.Titiskan minyak dan gaul rata.Kemudian simpan dalam peti sejuk.
Untuk resepi di atas koay teow homemade yang dihasilkan ~400g sahaja.Cukup untuk keluarga kecil.

Jika berminat untuk mendapatkan Pensonic Noodle House ni.Boleh beli melalui estore Pensonic

Untuk claim freegift (Bamboo Kitchen Scale) Masukkan kod
Lina5PNM
Harga RM399 (harga promosi) 
Harga Asal RM599
Promosi berakhir pada 14hb Oktober.Jadi bertindaklah segera untuk mendapatkan harga promosi.Sangat berbaloi memiliki Noodle maker pensonic.Macam2 boleh buat.
Untuk Resepi yang lain2 boleh refer di bawah 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments