Thursday, January 17, 2019

Sambal Hijau Terung Pipit Bersama Ikan Bilis

Assalamualaikum...
Ada yang rindu dengan resepi2 dari Dapur TMK ke?Alahai tuan tanah kebizian sungguh la sekarang ni.Masak tu memang masak, cuma tak sempat nak posing2 untuk buat n3 blog.Kalau nak cari idea masakan, boleh follow LiNa Pg kat Instagram.Kadang kat sana saya post jer kat story tu gambar masakan dalam kuali la dalam periuk la hahaaa...snap ikut dan..Kalau dalam blog ni cam x berapa senonoh la sebab n3 tu akan kekak...Kalau kat story IG tu posting hanya 24jam sahaja hehee...Kalau ada yang nak follow meh follow Malina LiNa Pg 
Okey la berbalik kepada tajuk n3 kita hari ini.Al kisahnya saya ke pasar malam sambil tunggu anak balik sekolah, sambil ronda2 tu ternampak la terung pipit yang segar bugar.Lama sungguh tak makan terung pipit ni kalau celur makan dengan budu pun sedap.Terus amek 1 pinggan.Dalam kepala tak tahu pun nak buat apa.Paling habis buat ulam pun jadilah kan.
Terung pipit ni jugak dikenali sebagai Terung Belanda.Kalau di Kelantan pulak nama dia 'Terung Manggo' agaknya rupa seakan buah anggur (Terung Anggur) tapi agaknya orang dulu2 salah pendengaran bunyi macam manggor.Maka jadilah nama dia Terung Manggo (r tu tidak di pronouce dengan jelas heheee) 
Sambal Terung Pipit ni saya buat tak terlalu pedas, cuma seimbang saja rasa pedas masam dan masin.Kalau suka lebih pedas kena tambah cili padi.Saya guna cili hijau sebab xmo pedas sangat.Percaya memang sedap makan dengan nasi panas.Tak ada lauk lain pun xpe (itu bagi mak lah)Kalau anak3 kompom la kena sediakan hayam jugak.Tambah budak sarah tu mana maunya dia makan yang macam ni
Walaupun simple sahaja, tapi agak bahaya neh...Mahu bertambah2 nasi neh.Kalau suka terung tu pecah2, boleh tumbuk sedikit sebelum masuk ke dalam kuali.Saya suka yang bulat macam ni.Bila tergigit seolah2 ada letupan kecil dalam mulut.Cer imagine...best kan hahaa..
SAMBAL HIJAU TERUNG PIPIT IKAN BILIS
Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (tumbuk kasar)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • 10 biji cili padi hijau (tumbuk kasar)
  • 5 biji cili merah (tumbuk kasar)
  • sedikit asam jawa
  • Garam dan gula/perasa (LiNa Pg guna 1/2 kiub ikan bilis)
  •  Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk dan ikan bilis hingga garing
  2. Masukkan asam jawa, garam dan gula/perasa.
  3. Masukkan terung pipit.Kacau sebentar hingga terung sedikit layu.Kalau suka yang lembut kacau lama siket.LiNa Pg suka yang masih rangup.
  4. Dah siap.Selamat Mencuba 

Saturday, January 12, 2019

Lepat Pisang Paling Simple, Mudah Dan Sedap (Hanya 3 Bahan)

Assalamualaikum...
Suka makan Lepat Pisang tak?Saya suka juga makan lepat pisang pagi untuk mengalas perut.Tapi selalunya kalau mesti keras dan banyak tepung.Selera saya suka yang mewah dengan pisang.Biasanya yang sedap sedikit kalau beli dari market Taman Tun Sardon, lembut dan banyak pisang.Kalau beli dari tepi jalan..memang tak kena selera.
Bila saya keluar jalan2 ternampak orang jual pisang Awak terus beli.Dalam hati plan nak buat Pisang Sira atau lepat.Dek kerana bz menguruskan persekolahan anak2 xsempat nak diapa-apakan si pisang ni.Sampai naik ranum dah.Mujurlah pisang ni jenis lasak.Walaupun kulit dah lebam tapi isinya masik elok.
Kalau nak buat Sira memang tak sesuai lah sebab dah ranum..mesti lembek dan lunyai semasa proses menyira tu hahaa...So, saya decide buat lepat jer.Selamat...sebab lepat memang pisang tu kena lenyek kan?Bijak tak hahaa...
Saya masih menggunak resepi yang sama seperti dahulu iaitu hanya guna pisang, sedikit gula dan tepung.Mudah kan hanya 3 bahan dah boleh makan lepat pisang dan lembut mewah dengan pisang.Lepat pisang yang sedap, bila kita buka daun pisang tu..lepat tu meliut lentuk..confirm lembut dan banyak pisang.
Kenapa tak letak kelapa parut?Saya memang x suka lepat yang ada inti kelapa parut.Rasa bersepah dan potong selera.Kalau korang suka ada inti kelapa parut, boleh ajer letak.Tapi selalunya follower dari utuber bg feed back susah nak dapatkan kelapa parut sebab mereka tinggal di luar negara.Lagipun kelapa parut tak tahan lama.So, resepi ni sesuailah bagi mereka.Ada setengah resepi letak santan dalam 2-3 sudu besar...Itu terpulang resepi masing2.Bagi saya citarasa kami memang simple macam ni.Janji banyak pisang dan sedap..Kalau nk guna santan 2-3 sudu cam membazir jer.Bukan boleh beli santan 2-3 sudu camtu hahaa..Kalau guna yang kotak pun...the rest of santan tu bukan boleh simpan lama pun kannn..
Panjang betul ulasan..sebab dia guna 3 bahan jer hahaa...Nak habaq bagi nak share resepi mudah ja...
Okey untuk Lepat Pisang ni saya sediakan Video Tutorial.Dah publish beberapa hari di utube sinun.Haaaa...itulah dah habaq kena subscribe baru tak ketinggalan video terbaru dari LiNa Pg hehee...
Okey jom la kita semak resepi.Panjang bebel hari ni...
 Amacam?menggiurkan tak?Cubalah memang sedap tau

RESEPI LEPAT PISANG 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
https://www.youtube.com/watch?v=pea3DZ12UE0
Bahan-Bahan 
10-12 biji pisang awak masak ranum 
1/2 cawan gandum 
2 sudu besar gula (boleh kurang/tambah) 
Secubit garam 
Daun pisang 

Cara-Cara 

  1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus) Masukkan gula dan garam Gaul sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata 
  2. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.Kemudian lipat Buat hingga habis 
  3. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.Kukus hingga masak 15-20min.
  4. Biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu sebelum dihidang.
  5. Video tutorial, sila klik link ke utube LiNa Pg


Note:
Daun pisang mesti dilayur atas api supaya tidak mudah patah.
LiNa Pg guna daun pisang frozen tak perlu layur (Beli masa buat tepung bungkus..mak aih lama tu hahaa...Alhamdulillah masih kekal hijau.

Friday, January 11, 2019

Laksa Kuah Lemak | Laksa Kelantan

Assalamualaikum...
Pernah makan Laksa Kuah Lemak tak?Kuah Laksam tu..Kalau di Kelantan dipanggil Laksa sahaja.Kalau Laksa Kuah Merah/Laksa Utara di panggil Laksa Penang.Sorry yea negeri utara yang lain Penang jer yg disebut hehehe.Ekceli kuah laksa ni saya gunakan yang frozen jer...Selalu buat Kuah banyak bila buat laksam.Terasa nak makan dengan laksa kita keluaran Noodle maker buat laksa pulak senang kije kan...Buat laksa tu kejap jer..Kalau laksam berejam jugak nk mengukus dan menggulung 'selai-selai' tu hazabbbb wooo...Part paling best ialah makan...jap jer licin..
Malam ni terasa kurang kerajinan nak CnP.So, korang bole tgk n3 lama la ya...
Ulam pun guna apa yang ada jer.sambal lada tu memang sentiasa ada dalam peti ais.Senang ada kuah frozen ni.Nak makan reheat jer.
Okey untuk resepi boleh tgk di bawah.Untuk Sambal jate ada sekali dalam n3 kuah laksa

Wednesday, January 9, 2019

Ayam Goreng Kurma

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan resepi lauk harian heheee....Ayam Goreng Kurma bukan Ayam Masak Kurma tau....dan bukan guna buah kurma heheee...Ayam digoreng bersama rempah kurma.Saja cuba resepi dari IG.Rasa lebih kurang ayam buttermilk yang diberi sentuhan rempah kurma heheee...
Rasa macam xde idea nak karang panjang2 so, jomlah semak resepi kalau ada yang nk mencuba
Malap ajer gambar ni..Entahlah macam ni bila cuaca mendung gambar pun kurang berseri

AYAM GORENG KURMA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber Adik Food IG

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam potong ikut suka (atau 500g daging)
  • 1 sudu kecil baking soda (LiNa Pg xletak-kalau guna daging kena letak)
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar rempah kari
  • Garam dan kunyit
  • Minyak
Bahan Tumis
  • 5 biji bawang merah hiris
  • 7 biji bawang putih hiris
  • 1 inci halia mayang halus
  • 2 batang serai
  • Cili padi terpulang selera
  • 1 cawan susu cair
  • Daun sup
  • Tomato ceri
  • Hirisan bawang besar
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit,gula perang ,rempah kurma dan rempah kari.Perap selama setengah jam.
  2. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan cili padi, tumis sekejap.Kemudian masukkan susu cair.Sesuaikan rasa tambah garam dan gula.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup, tomato ceri dan hirisan bawang besar.Kacau sekejap.Tutup api.

Monday, January 7, 2019

Kuih Bingka Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari hilang dari radar hahaa.Biasalah kan, bila seisi persekolah dah bermula memang agak bizi sedikitlah nak uruskan anak anak.Alhamdulillah pagi ni diberi kesempatan update blog.Okey hari ni saya nak kongsikan resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu.Kalau kat Penang panggil Bengkang.Kalau dalam bahasa standard Bingka Ubi Kayu.Kalau bahasa Klate 'Bekeng Ubi Kayu'.Bekeng tu ada 2 maksud satu ialah 'KUIH BAKAR/BINGKA' satu lagi ialah sifat peribadi manusia iatu garang/bengis/bekeng.Haaa...tak pepasal kan pagi ni belajar bahasa plak kan?Takpe ilmu juga tu kan.Sebelum ni saya pernah buat Kuih Bingka Ubi.Dah lama juga sekitar 2013 lagi.Boleh refer ke n3 nya DI SINI .
Kali ni saya buat sedikit olahan dan buat video tutorial.So, senanglah korang nak faham.Video dah beberapa hari upload kat utube channel sinun.Korang kena subscribe la baru tak terlepas video terbaru.Hari ni pun dah publish satu lagi video baru.Nak tahu resepi apa kena tgk kat utube sana.
Resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu ni sangat mudah sebenarnya.Main campur jer semua bahan.Kali ni saya dah perah air ubi kayu tu, sebab kali ini ubi kurang berair...so lagi mudahlah keje.Just campur jer semua bahan.Kalau rajin blend.Saya cuma blend gula dan santan.Kalau tak mau kotorkan blender, gaul jer semua.Jadi jugak xde hal.
Kuih Bingka ni sedap dan lembut jer.LiNa Pg guna ubi kayu kuning.Kalau xsuka pewarna tak payah letak sebab dah kuning ori.Kalau nak berseri letak la dalam setitik dua jer.

KUIH BINGKA UBI KAYU | BENGKANG UBI KAYU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=lcKfD4kiPR8
Bahan-Bahan: 
4 cawan ubi kayu kuning yg telah diparut/sagat  (~800g)
1 cawan gula pasir
2 biji telur 
2 cawan santan pekat
1 sudu besar majerin 
sedikit garam  
sedikit pewarna kuning.

Cara-cara 

  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  2. Satukan santan, gula, telur,majerin,garam dan pewarna ke dalam blender.Kemudian kisar.
  3. Tuangkan ke dalam ubi kayu yang telah diparut tadi.Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang 8x8in yg telah disapu dgn minyal/butter.
  5. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2.LiNa Pg bakar suhu 160'C selama 1jam.Setelah masak, guna api atas sahaja selama 10min untuk mendapatkan kerak yang cantik.
  6. Setelah masak, biarkan Kuih Bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.Untuk mendapatkan potongan yang kemas, gunalah pisau plastik.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial, boleh klik link di bawah.


Sesuai untuk hidangan minum petang atau sarapan pagi.

Tuesday, January 1, 2019

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Selamat menyambut tahun baru 2019.Bersemangat hari ni terus update blog.Sementara ada kesempatan waktu ni kita update dulu yang mana sempat, nanti dah bizi uruskan hal persekolahan anak2 akan terbengkalai segala projek.
Sejak dua menjak ni viral betul Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ni kan?Tak kiralah sama ada fb/IG rata2 page dok menayang sakan Kuih Tepung Boko, sampai ada yang buat kelas PJJ bagai.Agaknya musim tengkujuh macam ni stok ubi kayu terlalu banyak.Kalau tak ada resepi viral macam ni tak abes plak kan hehehe...
Ada yang tanya, Kuih Tepung Boko ni sama ke dengan Kuih Talam Ubi Kayu.Jawapannya hampir sama kira sepupu sepapat dia jugaklah.Bahagian bawahnya ubi kayu dan bahagian atasnya adalah santan (kepala santan).Bezanya ialah Kuih Talam Ubi Kayu, tektur 'firm' dan boleh dipotong dengan kemas menggunakan pisau.Manakala Kuih Tepung Boko tektur sedikit lembut goyang2 Inul gitew.Dimakan secara ceduk menggunakan sudu atau skop dengan senduk dan dituang kepala santan.Saya buat dalam bekas kecil so senanglah anak2 makan..Tak payah kotorkan pinggan mangguk dah.Ambil sebekas, makan terus.
Secara tradisionalnya Kuih Tepung Boko, dikukus dalam 'BOKO' istilah bahasa Kelantan klasik yang memberi maksud 'TALAM/DULANG ANGKAT HIDANG' haaaa...samalah tu.
Sebenarnya ini kali kedua saya buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu.Pertama kali saya buat menggunakan nisan/gula melaka.
Owh ya...saya guna ubi kayu kuning untuk buat kuih tepung boko ni.Kalau guna ubi kayu putih kena tambah anggaran 1/2 cawan air lagi dari sukatan yang saya bagi kat ni.
Kuih Tepung Boko ni bahagian ubi saya cuci mata di IG Zalieda tapi adjust siketlah sebab saya guna gula putih.
Okey untuk Resepi Tepung Boko ni saya sediakan video di youtube Channel.Nanti boleh refer ke sana okey.Owh ya..kelmarin saya juga ada publish video Kuih Bengkang Ubi Kayu.Bole tengok kat utube jugak.Resepi belum update lagi kat blog ni.InsyaaAllah ada kesempatan saya update kat sini pulak.
Okey jom kita semak resepi.
Sedap tau..lembut lemak2  dan manis yang sedang2 memikat selera

KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan A (Bahagian Bawah)
  • 2 cawan ubi kayut parut (LiNa Pg guna ubi kuning)
  • 1 cawan gula putih (LiNa Pg kurangkan sedikit)
  • 2 cawan air (Kalau ubi putih tambah 1/2 cawan lagi)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (option)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang/bekas kecil (LiNa Pg guna bekas kecil)
  2. Panaskan kukusan.Pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  3. Kukus kuih hingga masak.Kalau nampak cantik berkilat tu dah masaklah (anggaran 10-12min api sederhana)
  4. Ketepikan sebentar.Biar sejuk sedikit.
Bahan B (Kepala Santan)
  • 1 cawan santa pekat
  • 1+1/2 cawan air (bergantung kepekatan yang disukai)
  • 3 sudu besar penuh tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
  3. Tuang/sendukkan ke atas bahagian ubi yang dikukud tadi.
  4. Kuih Tepung Boko Ubi Kayu sedia dinikmati.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe, Like, Komen Dan Share
Video Tutorial Resepi Kuih Tepung Boko, Sila klik pautan di bawah.Selamat Mencuba

Kuih Tepung Boko Gula Merah....
Kalau yang ini guna masak gula merah/ gula nisan hingga hancur kemudian tapiskan.Biar sejuk terlebih dahulu kemudian campur ke dalam ubi.Step seterusnya sama sahaja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...