Friday, February 15, 2019

Terung Masak Lemak, Ayam Goreng Dan Ikan Pekasam

Assalamualaikum...
Hari ni tak kongsi resepi sebab kebanyakan dah tau masak benda ni semua.So, saya kongsi idea jer untuk makan tengahari.Lunch ala kampung gitu.Sayur terung masak lemak putih memang ngam sangat kalau makan dengan Ayam Goreng.Special siket sebab ada pekasam dan sedikit ulam timun cicah budu tempoyak.Hurmm memang heaven..Pelakon xtra dia ialah teloq dadar.Teloq dadar ni walaupun watak dia kecil tapi bagi impact gak tau.Kalau x buat macam kurenggg jer kan?Betul tak?
Resepi memang takde la.Kalau pekasam tu nak sedap goreng bawang merah dan cili padi.Nak makan tu perah limau kasturi..mak aih sedap tau...
Simple saja tapi cukup menyelerakan.
Eh..jangan lupa hari ni ada video baru di youtube pukul 10am (15/2/2019)

Thursday, February 14, 2019

Kam Heong Ikan Merah

Assalamualaikum...
Ikan Merah Masak Kam Heong ni buat beberapa hari lepas, macam biasalah tunggu Q untuk post ke blog.Bahan ada jer dalam folder tapi kekangan masa tu yang tak sempat nak update blog.Time cuti panjang CNY manjang laptop kena hijack dengan anak.Dah mula sekolah ni mama la pulak bizi manjang...Haish macam tulah rutin seharian kan?
Sebenarnya Masak Kam Heong saya pernah buat beberapa kali jugak.Ada guna ayam, Udang pun pernah jugak.Kali ini saya menggunakan ikan merah.Tapi ikan ni memang beli yang fillet.So senanglah nak makan sebab dah tak ada tulang.Sedap tau rasa pedas sedikit berempah dan wangi aroma daun kari.Cubalah...kalau nak guna ketam pun boleh jugak.Kam Heong ni memang jenis kering2 siket.Biasalah Chinese Food memang macam ni kan?
Okey untuk resepi Kam Heong kali ni saya sempat jugak buat video tutorial.Dah publish beberapa hari di youtube sana.So, korang boleg refer ke youtube untuk lebih senang paham.Ekceli tak susah pun nak masak Kam heong ni.Setengah jam pun dah siap.
Walaupun gambar ntah apa apa jer.Tapi serius sedap tau..
RESEPI KAM HEONG IKAN MERAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
  • 300g isi ikan merah
  • Sedikit garam dan kunyit
  • 1 sb tepung jagung
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (tumbuk)
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb serbuk kari ikan
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering
  • 1 sk asam jawa
  • Sedikit air
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit gula
  • 1 sb kicap masin (jika perlu)
  • Gajus
  • Sedikit garam dan kunyit
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan garam dan kunyit.Gaulkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak.Ketepikan.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tingga sedikit untuk menumis.Tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan serbuk kari, tumis sekejap lagi.Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam jawa dan masukkan sedikit air,masuk gula, sos tiram dan kicap masin (jika perlu)
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.Gaul rata dan masukkan gajus.Siap
  6. Untuk video tutorial Resepi Kam Heong LiNa Pg, sila ke youtube Channel LiNa Pg.Link di bawah

    Tuesday, February 12, 2019

    Resepi Ketam Telur Masin Sedap Mudah Dan Cepat

    Assalamualaikum...
    Bagi sesiapa yang dah merasa keenakan Ketam Telur Masin pasti jatuh cinta dengan rasanya yang lemak lemak masin tu...Memang terasa ralit sungguh 'mengerjakan' si Mr.crab tu.Tambahan kalau yang homemade kita boleh letak telur asin semewah yang kita suka.Memang puas hati.Selalunya kalau pergi ke market dan nampak ketam yang masih fresh dan harga yang berpatutan memang saya akan beli tapi cuma sekali sekala sahaja kerana en.suami tak makan seafood ni.Kalau buat lauk seafood/ketam wajib ada lauk sampingan yang lain Ikan atau ayam.Kiranya memang tak sudah dengan lauk ketam sahaja hahaaa....
    Okey la untuk resepi Ketam telur asin ni saya sediakan video tutorial.Dah publish ke youtube LiNa Pg minggu lepas lagi.Cuma tunggu turn untuk post ke blog jer.So, korang yang masih belum subscribe tu kena subscribe cepat cepat dan turn ON notification supaya dapat info bila ada video terbaru.
     Sebenarnya telur masin ni agak banyak, tapi bila nak photoshoot saya cuma ceduk sedikit sahaja sebab kalau banyak nanti ketamnya tak nampak dan gambar tak cunnn
    KETAM TELUR MASIN
    By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
    https://www.youtube.com/watch?v=HVXGM2tuDTM
    Bahan-Bahan:  
    3 ekor Ketam  (potong 2) 
    1 sudu besar butter 
    3 biji Bawang Putih dicincang  
    6 btg cili padi dipotong (ikut kepedasan)  
    2 tangkai Daun kari  
    4 biji telur masin siap rebus (ambil kuning+1putih) 
    1/4 cawan susu cair 
    Garam dan kunyit 
    1/2 kiub ayam  (jika perlu) 
    Minyak masak  

    Caranya  

    1. Ketam dilumur dengan garam kunyit dan goreng secara deep fry.Ketepikan.
    2. Keluarkan minyak gorengan ketam (tinggal sedikit anggaran 2 sudu untuk menumis). Masukkan butter ,kemudian tumis bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih.  
    3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.Sesuaikan (LiNa Pg masukkan 1/2 kiub ayam sahaja) 
    4. Masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. 
    5. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 
    6. Untuk video tutorial youtube LiNa Pg sila klik link di bawah

    Monday, February 11, 2019

    Kerabu Kerang Ala Thai Sedap Dan Tips Supaya Kerang Tidak Kecut Selepas Direbus

    Assalamualaikum...
    Hari ini anak2 dah kembali ke sekolah.Maka bermulalah rutin harian biasa yang kelam kabut.Pagi ni kita luangkan sedikit masa buat entry pendek.Kerabu Kerang Ala Thai..menu ni kalau bulan puasa memang sangat digemari.Selepas seharian puasa, tekak terasa nak makan yang masam2 dan pedas siket nak cover lecaih mulut agaknya.Kerang Ala Thai ni lebih simple berbanding cicah air asam.Rasanya menten sedap.Kalau takat sekilo kerang tu memang x sampai 10minit clear sudah bekas hahaa..Tambahan anak2 memang suka sangat makan kerang.Untuk bahagian sarah, mamanya kena asingkan sedikit sebab dia x makan pedas.
    Ops sebelum terlupa, saya nak kongsikan tip supaya kerang tidak kecil/ mengecil selepas direbus.Petuanya ialah selepas rebus, rendam kerang dalam air sejuk (peti ais)so, kerang tak akan over cook...Nampak penuh jer isi dia dalam cengkerang tu..lepas tu boleh lah dikopek kulitnya.Saya buang sebelah cengkerang kerang tu...So, senanglah nak makan...Lagi sedap sebab air asamnya meresap ke dalam kerang yang dah terbuka tu.
    Resepi Kerabu Kerang Ala Thai ni saya ada sediakan video tutorial jugak.Boleh tengok di youtube LiNa Pg okey...Nanti saya sertakan link di bawah
    Terliur tak?walaupun simple tapi sedap ya amat tau..Pedas2 masam sedikit masin..pendek kata serasi bersama gitu.
    KERABU KERANG ALA THAI
    By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
    Diinspirasi dari ZDZ

    Bahan A (Rebus Kerang)
    1 kilo kerang
    2 batang serai titik
    sedikit air (anggaran 1/2 cawan)
    Air ais secukupnya

    Bahan B 
    4 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
    5 Biji cili api (ikut kepedasan) (tumbuk)
    1 inci belacan dibakar (tumbuk)
    1cm gula nisan (kalau gula somtam lagi sedap)(tumbuk)
    1 Biji Tomato (tumbuk)
    Jus Limau Kasturi (LiNa Pg guna 2 biji)
    1/4 sk Asam Jawa (xletak sbb dah masam)
    Kicap Sotong/Sos Ikan
    Hirisan Daun Ketumbar  
    Garam dan perasa 

    Bahan C 
    Cili padi hijau dan merah
    Cili Merah Jika Suka
    1 biji tomato dipotong dadu
    1/2 labu Bawang Besar (mayang halus)
    Sedikit hirisan ketumbar

    Cara-Cara

    1. Didihkan air bersama serai, kemudian masukkan kerang.Tutup periuk dan masak sekejap sahaja (hingga kerang terbuka)
    2. Sediakan air ais secukupnya tuang kerang tadi.Biarkan sebentar.
    3. Buang sebelah cengkerang kerang dan tinggal sebelah lagi.Ketepikan
    4. Sementara itu, kita sediakan asamnya.Tumbuk bahan B,bawang putih, cili padi, belacan, gula nisan dan buah tomato.Perahkan jus limau kasturi, sos ikan, dan seimbang rasa masam manis dan masin.Tambah garam dan perasa/gula (jika perlu)
    5. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi kerang, masukkan bawang besar, cili padi dan gaul rata.Tabur hirisan daun ketumbar.
    6. Kerabu kerang ala thai sedia dinikmati
    7. Untuk video tutorial boleh refer link di bawah


    Kerabu asal seimbang rasa masam manis pedas tu kira sedapla..Pandai2 la ejas ikut selera ok

    Friday, February 8, 2019

    Tempat Menarik Terbaru Di Pulau Pinang | The TOP KOMTAR Penang

    Assalamualaikum...
    Cuti sempena CNY masih berbaki 2 hari lagi.Kalau belum ada plan ke mana-mana, apa kata bawa anak2 ke The TOP Komtar Pulau Pinang.Best sangat sangat tau.Macam macam yang anak2 boleh explore.Saya katogerikan sebagai Fun And Education.Sangat berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.Layanan dari staff pun sangat mesra alam..terasa macam VIP pulak hehee...Naik lift pun staf dia tekan pintu dan tekan butang.Pelbagai aktiviti menarik yang boleh buat kat sini..memang ralit sungguh la.Tambahan area Dome Technologi tu seakan Pusat Sains Negara.Sambil belajar sains kita boleh mencuba sendiri segala peralatan/eksperimen yang disediakan.Nak teach robot pun boleh.Ada staff yang guide...best kan?Okey jom la kita laan gambar2
    Korang baca apa tulisan ni?Hapa I love Penang...No..No...salah tu.
    I Love LiNa Pg hahahaaaa
    Sempat lagiiiiiiiiiii
     Bumble Bee
     Pose la dik..mama xde caption nak boh


     Tengah syok2 jamu mata..tetiba kuar dinosour plak dari atas...tanjat mak nakkkk
     Steve Roger...Ada Mr.Bean jugak sebelah2 tu....
     Jom kita naik tingkat atas.Level 65 cuma mengambil masa 90saat sahaja untuk sampai ke tingkat 65.Lajukan elevator kat Komtar ni
     View dari observation deck
     Nah..ada berannnn pijak cermin kata dari tingkat 65?Seram mak nakkkk.Cam tak bernapas jer tuh
    Gelap pun gelap la...snap p la gambar seketoi..Kalau korang berani boleh berjalan tau kat line merah belakang kami tu..tp ada abah2 (tali safety tu)Kami??minta ampun la nak buat aktiviti tu hahaa
     Dari level 65, kena tukar lift untuk sampai ke level 68.RAINBOW SKYWALK.Kat area sini kami naik 2x.First time masa tengahari gagaa...panas berdenting gigih naik, bukan apa in case petang hujan atau berangin area sini akan ditutup.So, baik kita naik dulu masa cuaca ok camni.Panas pun panas la..redah jer.View sangat cantik
    Si kecil ni pun berani pulak jalan kat sini.
     
    Yang ni kami naik kali kedua untuk tgk sunset.Time ni orang sangat ramai.Sesambil minum ayaq nyoq duluuuuuuuuuuu..Rasa nak bawa dengan tempurung tu sekali.Pasal apa?RM12 ko sebiji tu huhuhu
    Mama baru nak posing dengan abah..laju dia mai menyelit hahaa
     Sini pulak macam Pusat Sains Negara

     Abah dengan sarah dah jadi gergasi

     Intelligent robot...Nama dia Nao.Pandai berinteraksi, siap menari lagi haha



    Okey jom kita masuk tengok dinosour







     Ocean Explorer ni naik boat selam dan explore dasar laut 
     Sementara nak tunggu slot show..budak ni main Bumper Car dulu.Ada juga utk dewasa sebelah menyebelah jer
     Ada jugak akuarium tau..macam2 jenis spesis ikan ada kat sini




     Tapak sulaiman pun hado

    Amacam best tak?So kalau korang datang ke Penang, pastikan The TOP Komtar Penang ni masuk dalam list okey.Ada lagi yang saya tak masukkan dalam n3 ni sebab gambar terlalu banyak dan ada jugak yang xsempat nak tgk show...semua best2 jadi terlama pulak untuk setiap bahagian yg kami masuk.
    Berapa harga tiket?Korang gugel jer la sebab macam2 pakej.Kami ambil family pakej dan daily pass..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...