Ayam Masak Kicap Berkerisik

By LiNa_Pg - Friday, March 22, 2019

Assalamualaikum....
Terasa sangat rajin minggu ini update blog hehee..Bukan apa saja marathon sebab banyak bahan tertangguh.Video dah hampir 3 mggu di Youtube LiNa Pg tapi n3 belum belum buat lagi.Saja kasi idea kat korang kot nak masak time cuti sekolah nanti kan...Owh ya hari ni dah stat cuti persekolahan bagi negeri Pantai Timur dan jugak Kedah.Selamat becuti kepada semua.
Okey hari ini saya nak kongsikan resepi Ayam masak kicap berempah dan jugak berkerisik.Sedap tau rasanya ala-ala daging masak hitam.Ayam tu kalau nak goreng terlebih dahulu pun boleh jugak.Rasanya lagi bagus kot.
Resepi Ayam Kicap ni saya sediakan video tutorial boleh tgk di youtube nnt saya bagi link..Alaaaa korang subscribe teruslah turn ON notification kan lagi senang.Ada video terbaru terus dapat noti hehee...
Ayam Masak Kicap ni sebenarnya kuahnya pekat sedikit bila dah sejuk.Gambar (dalam video) saya snap terus selepas siap masak..Bukan apa kalau lambat siket takut tinggal tulang jer..Gitulah kan...sebagai back up hahaa...

Yang real punya kuah tu pekat.Tapi nampak cair sedikit sebab sna[ masa panas.Cubalah insyaaAllah sedap.
AYAM MASAK KICAP BERKERISIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 800g ayam
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 paket rempah ayam kicap Mak Siti
  • Kentang dan karot
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji buah tomato
  • Garam dan gula/perasa (kiub ayam).
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis bersama bahan yang di kisar hingga sedikit garing.
  2. Masukkan rempah ayam masak kicap sambil masukkan sedikit air (supaya rempah tak hangus)Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam, gaul rata.Tutup periuk dan biarkan sekejap untuk kecutkan ayam.
  4. Masukkan kentang dan karot.Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan kerisik.Tambah air secukupnya.Biarkan ayam empuk.
  5. Tambah kiub ayam atau sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  6. Masukkan buah tomato dan tutup api.Ayam Masak Kicap Berkerisik dah siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments