kek

Kek Pisang Gebu Dan Mudah Hanya Guna Blender

By LiNa_Pg - Wednesday, March 13, 2019

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran...Alahai kebelakangan ni sangat malas nak update blog.Padahal bahan banyak yang tertangguh.Kalau korang buntu xtau nak masak apa, boleh cari ilham kat Youtube LiNa Pg ok...banyak video baru kat sana yang belum sempat update dalam blog.
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Kek Pisang Paling senang, semua main lebur dalam blender jer...buzz..buzz gaul gandum.Bakar setel.Mudah kan?Resepi ni dah 3 mggu update kat youtube...Tu dia punya lama tunggu Q nak update dalam blog.Nanti korang boleh refer ke utube ok..
Jom la kita semak resepi.Kot ada yang nak buat minum petang nanti kan?

Gebu kan..Saya guna pisang mas yang baru masak, kalau guna yang ranum mesti lagi gelap dan cantik siket kaler ni.
KEK PISANG GEBU DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan (Loyang saiz 9x9in)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
7-8 biji pisang emas
1 cawan gula perang
4 biji telur
1 cawan butter cair/minyak jagung/minyak masak
1 sk esen vanila
2 biji pisang (hiris nipis utk hiasan)

Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.Ketepikan
  2. Satukan pisang, gula perang, telur, butter cair dan esen vanila ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  3. Kemudian tuang ke dalam mangkuku besar.Masukkan tepung (yang diayak tadi) sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper dan oles dengan sedikit butter.
  5. Hentak loyang, untuk pecahkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan.
  6. Letakkan hirisan pisang di atas adunan tadi.Bakar selama 50min-1jam (hingga masak) suhu 160'C (bergantung suhu oven masing-masing)LiNa Pg guna api atas dan bawah.
  7. Untuk mendapatkan permukaan kek yang lebih garing, selepas kek masak, bakar api atas sahaja selama 3min (atau hingga cukup kegaringan yang dikehendaki)
  8. Untuk video tutorial, boleh klik video di bawah.Kalau paparan kurang jelas,klik link berikut


  • Share:

You Might Also Like

0 comments