Kuih Cara Manis Resepi Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, May 09, 2019

Assalamualaikum....
Sebelum memulakan celoteh terlebih saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog TMK kesayangan saya ni.Bulan puasa ni bukan main rancak trafik berganda2 dari kebiasaan.Alhamdulillah cecah puluh dan belas ribu trafik dalam bulan puasa ni.Terima kasih semua..muahhh.
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Kuih Cara Manis yang sangat mudah.Saya ni jenis nak senang jer...Saya lebur jer semua sekali dalam blender then tapis...setel.Senangkan tak adalah nak blend daun pandan lepas tu nak blend tepung...haish buat apa dok ulang2 blend.Sekali jalan kan senang.
Sebenatnya Kuih Cara ni saya buat untuk job tik tok ya la..si LiNa Pg ni dia ada macam2 med soc...abes semua dia cekau hahaa...Yang tu kira kolaborasi la dengan Local Panda.
Alang2 buat untuk tik tok dah tentulah ada video tutorial kan...Okey jom kita semak Resepi Kuih Cara ni.Untuk video boleh semak di Youtube LiNa Pg


Sedap Kuih Cara ni lembut dan lemak manis.
RESEPI KUIH CARA MANIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1+1/2 cawan santan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sb gula
  • Sedikit garam
Bahan B
  • Gula secukupnya untuk inti (LiNa Pg guna gula kastor)
  • Minyak (untuk menyapu acuan)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A ke dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
  2. Panaskan acuan kuih cara (LiNa Pg guna acuan cermai) sapukan sedikit minyak.
  3. Tuangkan adunan kuih cara dan tutup sebentar.Apabila bahagian tepi nampak membeku/masak sedikit, masukkan gula sebagai inti dan tutup kembali dengan penutup dan biarkan kuih masak sepenuhnya.
  4. Setelah masak, Kuih Cara kelihatan agak lekang dari acuan.Cungkil menggunakan lidi untuk mengeluarkan Kuih Cara dari acuan
  5. Ulang proses hingga adunan habis.Peringatan setiap kali menuang adunan yang baru, pastikan menyapu minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat.
  6. Selamat mencuba.Untuk Video Tutorial sila klik butang 'PLAY' gambar di bawah.
 Jika paparan kurang jelas/ skrin kecil, sila ke Youtube LiNa Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments