Kuih Tako Pandan Dan Tutorial Membuat Kotak Tako Menggunakan Daun Pandan

By LiNa_Pg - Saturday, May 11, 2019

Assalamualaikum...
Kuih Tako merupakan kuih kegemaran saya.Tak kira sama ada bulan Ramadan atau hari2 biasa.Kalau ada ternampak orang jual mesti beli.Apa yang saya suka dengan Kuih Tako ni, aroma pandan dan bila makan tergigit buah sengkuang tu...hurmmm enak tak terkata.Rasanya lemak2 manis sangat memikat selera.
Ramai juga yang agak keliru antara Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita.Walaupun sekali pandang ianya hampir sama, tapi ada perbezaannya.Satu lagi ialah Kuih Limas (Perak) Ketiga2 Kuih Tradisional ini berwarna hijau di bahagian bawah dan berwarna putih di bahagian atas.
Kalau Kuih Tako ianya menggunaka daun pandan sebagai bekas manakala kuih Tepung Pelita dan Kuih Limas menggunakan daun pisang.
Satu lagi perbezaan ialah Kuih Tako menggunakan Tepung Hoen Kwee atau Tepung Kacang Hijau dan ada sedikit sengkuang dalam bahagian hijau.Bahagian putih pulak campuran santan dan tepung hoen kwee dan diletakkan sedikit gula.
Tepung Pelita pula menggunakan Tepung Beras dan bahagian putihnya dalah lemak2 masin kerana tidak diletakkan gula.
Manakala Kuih Limas pula menggunakan Tepung Gandum dan tektur kuihnya sedikit pejal/keras berbanding Kuih Tepung Pelita.
Nampak sama tapi tidak serupa dari segi rasa dan tektur.
Untuk Resepi Kuih Tako Pandan ini, saya sediakan youtube dan jugak tutorial membuat kotak/bekas kuih tako menggunakan daun pandan.Kalau boleh, guna daun pandan yang bersaiz lebar sedikit.
Okey jom kita belajar cara-cara membuat Kuih Tako.

Sedap sangat Kuih Tako.Saya makan 3 ketul pun macam tak cukup hahaa.Saiz pun comel jer.
Untuk video tutorial klik butang PLAY .Untuk lebih jelas klik link berikut untuk ke Youtube LiNa Pg

RESEPI KUIH TAKO PANDAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Lapisan Hijau)
  • 25g tepung hoen kwe (LiNa Pg guna brand nona)
  • 250ml jus pandan (3 helai daun pandan+air dan kisar)
  • 50g gula (boleh kurang/tambah ikut selera)
  • Sedikit sengkuang cina (dadu kecil)
  • Pewarna hijau (jika suka)
Bahan B (Lapisan Putih)
  • 15g tepung hoen kwe
  • 250ml santan
  • 50g gula
  • sedikit garam
Bahan C 
  • Daun pandan untuk membuat kotak
  • Cara-Cara boleh refer ke youtube LiNa Pg
Cara-Cara (Bahagian Hijau)
  1. Satukan semua bahan (kecuali sengkuang)Kacau rata terlebih dahulu.Buka api dan kacau hingga likat dan meletup2.Tutup api.Masukkan sengkuang dan gaul rata.
  2. Skopkan ke dalam bekas/kotak daun daun pandan.
  3. Tuang separuh bekas sahaja.Biarkan bahagian hijau mengeras.
Cara-Cara (Bahagian Putih)
  1. Satukan semua bahan dan kacau hingga pekat.
  2. Tuang ke atas bahagian hijau tadi.Sejukkan dalam peti asi.
  3. Kuih Tako Pandan enak dinikmati setelah disejukkan.
  4. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial boleh klik link di bawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Makan tiga ketul tak cukup ye Lina? Alamak, saya beli 3 ketul jew kuih ni di zaar tadi hihihiii.

    ReplyDelete