Tuesday, July 30, 2019

Cara Masak Gulai Ayam Yang Sedap Sesuai Dimakan Bersama Roti Jala, Pulut Kuning Atau Nasi Putih

Assalamualaikum....
Selamat Bercuti kepada semua.Alhamdulillah pagi ni dilapangkan waktu sempatlah buat n3 yang dah lama tertangguh.Minta maaf banyak2 sebab jarang ke udara.Kekangan waktu sebenarnya tapi saya masih lagi aktif post video di youtube cuma tidak sempat untuk mengarang di blog.
Sebenarnya resepi Gulai atau Kari Ayam ni mendapat request yang sangat tinggi di youtube tapi tulah sebab saya setiap minggu memang jadi menu wajib buat saya anggap macam 'kacang' dan semua orang pandai buat.Benda yang semua dah tahu mesti terasa malas nak buat video kan?Bukan kedekut ilmu atau apa cumanya takut bila post krik..krikk jer...Tak ke sadis tu hahaa...
Alang2 hari tu (dah lama la ni sampai lupa bila hahaa) saya ada buat Pulut Kuning (yang versi moden tu) saya buat sekali la Gulai Ayam ni.Gigih tau record untuk korang.Kenapa saya panggil Gulai?sebab yang ini lebih kepada Gulai versi Kelantan.Kalau kat TikTok pakat bergaduh la pulak sebab Gulai saya ni tak ada daun kari...Ya ampun...Gulai Ayam atau Kari tak wajib okey letak daun kari tu.Yang tu optional kalau suka boleh letak, tak suka tak payah letak.Kalau Gulai/Kari di Kelantan memang TAK WUJUD daun kari.Kalau nak cari kat pasar pun memang bertuah badan la nak jumpa.Nasiblah arwah bonda ada tanam sepokok pokok kari ni senang la naka guna boleh petik jer belakang rumah.
Kalau mengikut citarasa saya sekeluarga untuk Gulai Ayam atau Kari Ayam memang saya tak letak daun kari.Berlainan pulak dengan Kari Kepala Ikan yang ni saya wajib letak pulak.Kalau Gulai Ikan (Kari+santan) saya tak letak daun kari.Pendek kata yang ada santan tak letak daun kari....Pening tak korang baca hahaaa....
Untuk tips Gulai Ayam sedap kuah pekat, saya ada buat n3 sebelum ni.Nanti cari link saya tepek kat sini.Paling penting bawang rangers kena banyak.Barulah rasa manis.Kalau Gulai Ayam Kelantan memang wajib letak nisan kerek/gula nisan siket.Nanti baru cantik warna gulai tu kemerah-merahan sebab bawang dan di'caramelize' dengan gula nisan tu.Kalau tidak, hasilnya kuning dan kurang menarik.Kalau nak letak kerisik pun boleh jugak, untuk video ni saya tak letak sebab apa?hurmmm kalau nak record tu kan memang selalu macam tu la cari tak jumpa la..kadang tak terlupa nak masukkan.Tapi jangan risau rasanya tetap sedap.Kuah pun pekat jugak.Nak lagi mantap, buat gulai hari ni dan perangat esok pagi makan dengan roti jala atau Pulut Kuning memang sedap.Kalau kurang kerajinan roti gardenia punnnn boleh.
Tu dia punya panjang dia mengarang pagi ni.Okeylah sebelum budak sarah bangun hijack lappy mama dia jom kita semak resepi Gulai Ayam versi LiNa Pg
Gambar ni saya snap terus lepas gulai masak, bukan apa kalau takut habis hahaa...Bila suam siket kuah makin pekat
Cicah dengan roti pun sedap nih.Kalau ada sambal jate, ulam timun dan jadi Nasi Berlauk Klate yang orang buat sarapan pagi2 tu.Satu menu boleh dipelbagai

GULAI AYAM SEDAP SESUAI UNTUK ROTI JALA ATAU MAKAN DENGAN NASI PUTIH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1.2kg ayam (potong ikut suka)
  • 2 labu bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1cm lengkuas (kisar)
  • 1 paket serbuk kari ayam (25g)
  • 2 sb cili giling
  • 1cm nisan kerek/gula nisan
  • 250g santan pekat (LiNa Pg guna santan kotak Ayam Brand)
  • 2 biji kentang 
  • 3 asam keping
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga (jika suka-LiNa Pg skip)
  • Garam dan perasa
  • Minyak
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis dan masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan rempah kari (boleh juga bancuh dengan sedikit air jadikan pes pekat.LiNa Pg masuk terus jer)
  3. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan nisan kerek dan tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan.Tutup periuk sebentar untuk kecutkan air (ayam akan mengeluarkan air)
  5. Masukkan air (atau santan cair)sama paras dengan ayam  masukkan asam keping, garam, perasa dan kentang.
  6. Masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya (mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki)
  7. Biarkan kuah mendidih dan ayam betul2 empuk.Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya kuah tidak bergentel/pecah minyak.
  8. Sesuaikan rasa.Gulai ayam is done...Tiru siket style Eina Azman hahaa..
  9. Okey untuk video tutorial, boleh tengok paparan di bawah.Dah menonton belanja Like satu kali okey...Jangan Lupa Subscribe dan silakan share supaya channel LiNa Pg terus berkembang...Muah setepek
Jika paparan kecil, sila klik pautan di bawah

Okey semua hari ni ada video terbaru di youtube LiNa Pg

Selasa
30hb Julai 2019
Jam 10pagi

Wednesday, July 17, 2019

Teknik Kukus Pulut Kuning Paling Sedap Mudah Dan Tak Perlu Rendam

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog pagi ni.So, kita update cepat2 sebelum mulakan aktiviti harian.
Resepi kita hari ini ialah teknik mengukus pulut kuning paling cepat dan sangat mudah.Paling penting rasanya sangat sedap dan memenui citarasa keluarga saya.Tektur pulut kuning yang dihasilkan sebiji-sebiji lembut dan sesedap rasa.Apa yang menariknya teknik ini sangat cepat dalam masa anggaran 40min sahaja pulut kuning telah sedia dinikmati.40min tu bermula dari gunting plastik beras pulut ya...bukan dari mula mengukus.Kenapa cepat sangat?Ye...sebabnya Pulut Kuning ni tak perlu direndam.
Saya ni agak old skool siket apabila berkait dengan masakan tradisional macam ni.Saya lebih cenderung untuk memilih kaedah tradisional iaitu merendam beras pulut semalaman, kukus hingga naik wap, kemudian arun, dan kukus semula hingga masak.Bagi saya inilah cara terbaik menghasilkan Pulut Kuning.Akan tetapi....ada tapinya...selepas saya menonton video yang dikongsikan oleh Bonda Rozita di IG, nampak macam senang dan menurut Bonda Rozita Pulut Kuning tersebut sangat digemari di Warungnya.Apa salahnya kalau mencuba teknik ini pula.
Untuk percubaan pertama saya hanya buat 2cawan beras pulut dan makan bersama Rendang Daging yang difrozenkan.Ternyata sangat sedap, lembut dan sungguh cepat disediakan.Sampaikan husband saya tanya bila masa buat pulut kuning...sebab dia macam tak perasan bila masa saya dok kat dapur.Agaknya sebab cepat jer siap.
Untuk n3 kali ni merupakan kali kedua saya buat Pulut Kuning menggunakan teknik yang sama.Alhamdulillah sedap sempurna seadanya..Untuk kali kedua ni saya sediakan video tutorial di youtube channel LiNa Pg.Bonda Rozita izinkan saya panjangkan teknik ini dengan pengunjung Teratak Mutiara Kasih pula 
 Tengok pada hasilnya setanding dengan yang dikukus kaedah tradisional kan?Pulut Kuning sebiji sebiji dan tidak benyai.Cubalha insyaaAllah koramg akan jatuh chenta
Up seketoi lagi..psstt nak bagitau saya ni jenis kuat 'angin' jugak, tapi Alhamdulillah makan pulut kaedah ni 'angin' tu tadak mai...Mula tu agak cuak jugak sebab pulut tak rendam kan?Alhamdulillah dengan izinNya


RESEPI PULUT KUNING PALING MUDAH, CEPAT DAN SANGAT SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Teknik Bonda Rozita
Bahan-Bahan
  • 3 cawan beras pulut
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair (atau air)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kulit kayu manis
  • Garam dan gula
  • Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
  • Daun pisang untuk alas pengukus
Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut hingga air cucian menjadi jernih.Kemudian toskan.
  2. Masukkan 1 cawan air ke dalam kuali (guna kuali lebih senang untuk mengacau)
  3. Masukkan juga kulit kayu manis, serbuk kunyit (LiNa Pg guna pewarna kuning saffron),garam, gula dan daun pandan.
  4. Biarkan mendidih terlebih dahulu sambil dikacau supaya garam dan gula larut.
  5. Kemudian masukkan santan pekat dan masukkan 1 santan cair.
  6. Kacau sebentar hingga santan naik wap (jangan sampai mendidih)
  7. Masukkan beras pulut, dan terus mengacau hingga kering (pastikan sentiasa dikacau supaya masak sekata dan tidak hangit di dasar kuali.
  8. Setelah kering, pindahkan ke dalam pengukus yang dialas dengan daun pisang.Buat lubang di bahagian tengah pengukus supaya wap dapat naik dan pulut kuning masak dengan sekata.
  9. Kukus pulut kuning hingga masak anggaran 10-15min (Jika suka pulut lebih lembut kukus lama sedikit)Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  10. Pulut Kuning ini juga sedap dimakan begitu sahaja.Tak perlu rendang atau gulai ayam..Lemak, manis masin sesedap rasa.Selamat Mencuba
  11. Untuk video tutorial, sila klik paparan di bawah.Jika monitor kecil, sila klik link berikut


Yang ni pertama kali saya buat..makan dengan Rendang Daging.Sebenarnya saya R&D jugak ni sebab Bonda Rozita tak sertakan sukatan dia agak2 jer.Bila nak kongsikan dengan follower TMK saya kena pastikan sukatan betul..sebab tu saya R&D terlebih dahulu

Tuesday, July 9, 2019

Koktel Buah Naga Resepi Viral | Cocktail Dragon Mixed Fruit

Assalamualaikum...
Sepanjang bulan puasa lepas, rancak benar koktel buah naga ni lalu lalang kat IG, saya sendiri pun beberapa jugak jadikan sebagai juadah berbuka puasa.Cumanya tak sempat nak snap apatah lagi nak record video resepi viral Dragon Fruits ni.Resepi sangat2 mudah dan rasa sungguh sedap.Tambah pulak kalau buah naga tu kena yang manislah sedap.Resepi ni lebih kepada agak2 jer.Bergantung kepada berapa orang nak makan.Buah boleh letak ikut suka dan jumlah air pun sama juga.Kalau ramai..gunalah susu cair 2 tin selebihnya letak air dan susu pekat..Sedaplah dia.
Saya letak resepi dan sukatan untuk panduan.Boleh adjust ikut selera juga.Suka manis tambah susu pekat, suka lebih lemak letak susu cair banyak..Nak lebih colourful letak lebih banyak buah-buahan...Okey itu saja...Ajommm kita semak resepi.
Simple tapi sangat sedap.Sesuai sangat dengan cuaca yang panas sekarang ni
KOKTEL BUAH NAGA RESEPI VIRAL
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
  • 1 biji buah naga merah (potong dadu)
  • 1 biji buah mangga (potong dadu)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair (390g)
  • 1 tin air (guna tin susu cair)
  • 1/3 cawan susu pekat manis (boleh tambah/kurang)
  • Ais seckupnya
Cara-Cara
  1. Satukan susu cair dan susu pekat manis, kacau rata supaya susu pekat larut.
  2. Masukkan buah naga, buah mangga dan laici dalam tin (sekali dengan sirapnya)Tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan kiub ais dan kacau rata.Koktel buah naga sedia dihidang.

Thursday, July 4, 2019

KengSom Ikan Siakap | Asam Pedas Thai (Update Resepi)

Assalamualaikum....
Asyik tenggelam timbul jer kan?Itulah dah banyak sangat med soc ni sampai tak cukup tangan la.Saya paling aktif di IG..Kalau nak follow boleh follow IG @malina_lina_pg okey.Kalau dah follow tu jangan malu2 tegur la ya...habaq kata follower dari blog TMK, kalau tak pernah timbul macam mana saya nak kenal.
Okey lah tak nak bebel panjang, hari ni nak share resepi Kengsom ikan siakap ni.Hari tu ada buat tayangan amal tapi resepi tak de..Kali ni ada resepi Kengsom sekali video.
Buat masa ni korang layan video dulu okey.Nanti free saya taip resepi.Biasalah pagi ni kejar masa siket nak siapkan lunch budak sarah.Masak memasak tu kena setel pukul 11am...lepas tu dia nak g skool dah...
 Tak tahulah kenapa, boleg p bentang kain alas tu penuh2 macam tu..Agaknya buntu tak tau nak buat stylish macam mana.
Takpelah..yang penting Kengsom Ikan Siakap ni sangat sedap.Sangat sesuai dijadikan hidangan 'lepas raya' kenapa?Sebab yang ni semua rebus jer..kan sihat tu lepas makan segala yang lemak2..makan macam ni berselera siket..

KENGSOM IKAN SIAKAP 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (potong 4 bahagian)
2 cm belacan bakar (kisar)
3 biji cili merah buang biji (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
2 inci kunyit hidup (kisar)
1 batang serai (titik)
2 asam keping
2 biji limau kasturi (ambil jus)
1 kiub ikan bilis
1 sb sos ikan
1/4 biji buah nenas
Sayur kangkung
1 biji buah tomato (belah 4)
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya untuk kuah

Cara-Cara

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk kuah.
  2. Masukkan serai yang dititik, asam keping, kiub ikan bilis dan sos ikan.Biarkan mendidih terlebih dahulu (supaya hilang pijar bawang dan bahan kisar tadi-kuah lebih sedap)
  3. Masukkan potongan buah nanas, biarkan buah nenas lembut sedikit barulah masukkan potongan ikan siakap.
  4. Masukkan garam, jus limau kasturi dan buah tomato yang dibelah 4.Sesuaikan rasa.Kengsom kena ada rasa masam,masin dan pedas.Kalau suka pedas boleh tambah cili padi dalam bahan kisar.
  5. Akhir sekali masukkan kangkung.Tutup periuk dan terus tutup api.Biarkan selama 1 min.Kemudian buka penutup periuk.Kacau rata kangkung ke dalam kuah.Tujuan supaya kangkung kekal hijau dan tidak overcook.
  6. Selamat Mencuba/
Tekan butang PLAY untuk menonton video tutorial.
Untuk paparan lebih jelas, silak klik link berikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...