Wednesday, August 28, 2019

Nasi Ayam Penyet Terlajak Sedap Resepi Lengkap Berserta Sambal Terasi

Assalamualaikum....
Dah lama berangan angan nak masak Nasi Ayam Penyet ni.Selalunya kalau teringin nak makan nasi ayam penyet, kami akan makan di Rasa Village tapi dah lama kedai tu tutup.Cari kat tempat lain rasa pulak 'kureng sampai' harga mahal siket tu tak apa kalau sedap.Kalau Ayam rasa kosong, sambal pun kurang sedap..Makan pun tak kenyang hahaaa...Terus pasang azam nak cuba buat sendiri Ayam Penyet ni.Ayam whole leg tak tahu berapa kali beli.Sudahnya jadi lauk la..Jadi Ayam Percik la..Tak jadi jadi jugak Ayam Penyet.Haish tak boleh jadi ni.Berbekal semangat nan jitu saya masak jugak Ayam Penyet ni, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Saja nak habaq ni masak sebelum raya haji lagi tau.Punya lama tunggu Q nak update dalam blog hahaa...sabor jer la kan?
Okey untuk Ayam Penyet ni saya cuma masak ayam dan sambal jer.Nasi tu cuma guna nasi putih jer sebab kebanyakan kedai2/ restoran yang jual Nasi Ayam Penyet ni hidangkan nasi putih jer bukan nasi yang dibuat menggunakan sup.So, ianya lebih ringkas berbanding Nasi Ayam yang biasa kita makan dimana kena sediakan sambal kicap dan sos/sambalnya.
Ajommm kita semak resepi ayam penyet.Owh sebelum tu saya ada sediakan video tutorial untuk Resepi Ayam Penyet ni.Bagi yang belum subscribe, bolehlah melanggan youtube channel LiNa Pg..support la siket.Melanggan tu FREE jer tau.
Nasi Ayam Penyet dihidang bersama tempe dan tauhu goreng, telur masin dan sedikit ulaman.Makan pula dengan sambal terasi yang padu tu perggg enak tak terkata.Cuba tau!
 Sebenarnya plate ni boleh makan 2 orang sebab agak banyak.
Tengok sambal tu memang terasa2 kesedapannya.Kalau ada lebih, jangan buang.Boleh buat nasi goreng.

NASI AYAM PENYET
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Sambal)
  • 10 biji cili merah (buang biji)
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato (buang biji)
  • 2 inci belacan
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng semua bahan (kecuali garam dan perasa) hingga sedikit layu.
  2. Kemudian masukkan ke dalam pengisar.Kisar kasar sahaja.
  3. Kemudian masukkan semula bahan kisar ke dalam kuali tadi.Tumis sekejap.
  4. Masukkan garam dan perasa.Sesuaikan rasa.
  5. Sambal Ayam Penyet dah siap.Ketepikan sebentar.
Bahan B (Ayam)
  • 2 ketul ayam (whole leg)
  • 3 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 helai daun bay
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Kisar serai, lengkuas, halia, kunyit, bawang bersama air.Kisar secara kasar sahaja.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan tambah air secukupnya untuk merebus ayam
  3. Masukkan daun bay, garam dan kiub ayam.Masukkan ayam dan rebus hingga ayam empuk.Pastikan air rebusan ayam sesedap rasa.Nanti akan memudahkan kerja2 lain.
  4. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk.Ketepikan sebentar.
  5. Sementara itu, tapiskan serdak air rebusan (Asing air dan serdak/bahan kisar dalam air rebusan.
Bahan C 
  • 1 cawan tepung beras
  • Air rebusan ayam
  • Ayam yang direbus
  • Tempe dan tauhu
Cara-Cara
  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk dan tuang air rebusan ayam sambil kacau supaya tepung sebati.
  2. Celup ayam (yang direbus tadi) kemudian goreng hingga keemasan menggunakan api yang sederhana.
  3. Menggunakan adunan yang sama, goreng tempe dan tauhu.
  4. Note adunan bater ni tak perlu tambah garam kerana air rebusan tadi sudah sesedap rasa.Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
Bahan D (Aksesori)
  • Telur masin rebus
  • Kacang Panjang
  • Timun
  • Tomato ceri
Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY di bawah
Atau boleh klik pautan berikut untuk paparan lebih jelas

Friday, August 23, 2019

Aroikah Dessert | Cha Bang Ang Dessert Thai Viral

Assalamualaikum..
Pernah minum Cha Bang Ang tak?Itu yang biji selasih dengan cincau tu.Sedap sangat.Campur2 jer dah siap.Sesuai benar dengan cuaca yang panas sekarang ni.Minum Aroikah ni sejukkkk nyaman anak tekak.
Resepi Aroikah ni sangat viral di Instagram ramai jugak selebriti yang buat review.Nak beli pun bukan semua tempat ada agent yang jual.Jom la kita buat sendiri.Lagipun sangat mudah.Hari ni rasa macam tak ada idea nak mengarang.Kita terus semak resepi jer la
Bila minum, tergigit cincau memang enakkk banget.
 Sedap tau..cubalah
CHA BANG ANG | AROIKAH THAI DESSERT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Air Gula)
  • 1 cawan gula perang (100g brown sugar)
  • 1 cawan air (230ml water)
Cara
  1. Satukan air dan gula perang.Didihkan hingga gula larut.
  2. Tapiskan dan ketepikan sebentar
Bahan B
  • 3 sb biji selasih (20g basil seed)
  • Air panas secukupnya (hot water)
Cara-Cara
  1. Masukkan biji selasih ke dalam mangkuk besar dan tuangkan air panas secukupnya.
  2. Biarkan biji selasih kembang.Tapiskan.
Bahan C
  • 3 sb susu pekat manis (55g condensed milk)
  • 2 cawan susu penuh cream (460ml full cream milk)
  • 1 cawan susu cair (230ml evaporated milk)
  • 2 tiub cincau manis (potong kiub)
  • 1 sk esen vanila
  • secubit garam
  •  Ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan larutan air gula (Bahan A) ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Kemudian masukkan esen vanila, garam dan susu pekat manis.Kacau hingga susu larut.
  3. Masukkan susu penuh cream ,susu cair, cincau manis, biji selasih yang telah kembang (Bahan B) dan ais kiub.Biarkan sejuk seketika kemudian hidangkan.
  4. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah




Thursday, August 22, 2019

Resepi Sambal Tahun Paling Sedap Wajib Cuba Baru Tahu Kelazatan Sebenar

Assalamualaikum...
Sinambungan dari kisah Kulit Lembu atau Belulang.Ini sebenarnya entry potong Q ada banyak lagi n3 lain dalam list tapi post yang ni dulu, kot2 korang ada belulang nak dimasak.
Kalau korang nak tahu cara bersihka belulang atau Kulit lembu boleh klik sini
Resepi yang saya nak kongsikan hari ini ialah Sambal Tahun Kulit Lembu.Salah satu masakan Jawa yang sangat terkenal pada musim perayaan.Saya kurang pasti sama ada Jawa atau Banjar.Resepi ni saya masak pada masa cuti sekolah lagi.Siap buat video lagi.Tapi tulah nak edit pun bercinta.Biasalah kalau time cuti, payah benar nak dapat turn guna laptop.Padahal laptop sendiri tu hahaa.Saya tertanya tanya juga kenapa resepi ni dinamakan Sambal Tahun?Kalau gugel ada jugak ditulis Taun (cam seram pulak dengar perkataan ni hahaa) so, saya gugel untuk mencari jawapan.Terjumpa kat satu page.Menurut sejarah, Sambal Tahun ni diberi gelaran kerana Sambal/masakan ini bertahan lama kerana ianya dimasak agak lama (seperti kaedah masak rendang) Jadi sambal ini tahan lama..Selalunya tempoh masa lama akan disebut TAHUN.Satu lagi menurut sejarah, Sambal Tahun ini hanya dimasak SETAHUN SEKALI, iaitu pada musim perayaan atau keraian.Kalua raya tu Hari Raya Kurban atau musim kenduri.Ya la time kenduri baru ada tumbang lembu atau kerbau kan?Jadi masa inilah kulit lembu dimasak dan dikendurikan.Makanan rare mestilah ditunggu-tunggu oleh penggemarnya.
Bagi yang tidak makan kulit lembu, tetapi teringin nak makan Sambal Tahun, korang boleh gantikan dengan Sotong, Udang dan Kerang.Kerang ni agak femes jugaklah dikalangan peminat Sambal Tahun.Atau boleh juga guna kaki ayam, perut lembu atau apa2 sahaja yang tidak mudah hancur bila dimasak dalam tempoh masa yang lama.Kalau tak ada semua ni pun still boleh masak, hanya guna ikan bilis yang ditumbuk kasar.Ini paling abes la tak ada bahan...Punnnn sedap ok.
Sedap ke Sambal Tahun?Gile tak sedap...Dah la susah nak dapat.Kalau tak sedap, orang tak ulang buat punyalah.Sambal Tahun ni kalau diperangatkan lagi lama lagi sedap.Tapi awas..bila dipanaskan cilinya akan makin pedas.Tapi yang pedas itulah buatkan Sambal Tahun makin 'kick'Untuk resepi ni saya cuma buat sekali makan sahaja, memang tak sempat nak perangat2 dah..Hidang jer terus lesap dari mangkuk.Dengan kuah pun selesai hubby hirup.Sambal baru masak, manalah pedas sangat melainkan kalu picit2 cili padi tu.
Panjang betul intro hari ni.Okey jom kita semak Resepi Sambal Tahun Kulit Lembu atau Jangek ni
Sambal Tahun ini saya masak hingga mendidih sahaja dan terus tutup api.Kalau masak dengan kuantiti banyak, reneh sampai pecah minyak (macam masak rendang ok)Saya malas nak reneh sebab sekali makan jer.Lagipun kulit lembu dah empuk sebab direbus 2jam sebelum dimasak
Percayalah sekali cuba mesti jatuh cinta.Sedikit kenyal tapi mudah dikunyah dan tekturnya sangat sedap.Blend in dengan kuah lemak2 dan pedas.Perggg..enak tak terkata.

SAMBAL TAHUN KULIT LEMBU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 260g kulit lembu (siap diproses dan direbus)
  • 5 inci lengkuas muda (mayang halus)
  • 5 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 30 biji cili padi 
  • Air secukupnya
Bahan B (Tumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)
  • 1 sb belacan bakar
  • Cili padi (jika suka lebih pedas)
  • Sedikit ikan bilis (LiNa Pg tak letak, cuma gantikan kiub ikan bilis)
  • Sikit garam
Note:
Tips supaya bahan yang ditumbuk tidak terpelanting, letakkan sedikit garam dan masukkan bahan2 yang ditumbuk.InsyaaAllah bahan2 tersebut tidak terpelanting.Refer ke video tutorial di youtube

Bahan C

  • 400ml santan pekat
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 2 Asam keping 
  • 2 asam keping
  • Garam 

Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan bahan B ke dalam periuk, kemudian tambah air hingga sama paras dengan bahan dalam periuk.
  2. Masak api kecil hingga lengkuas lembut dan cili masak (untuk mengelakkan sakit perut)
  3. Setelah itu masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya.Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala.
  4. Masukkan kiub ikan bilis (kalau dah tumbuk ikan bilis, tidak perlu masukkan kiub ikan bilis)
  5. Reneh hingga kuah pekat sambil kacau sekali sekala.Untuk kali ini LiNa Pg hanya tunggu mendidih sahaja dan terus tutup api kerana kulit lembu sedikit sahaja.Sekadar untuk sekali makan.Jika memasak dalam kawah, reneh lama hingga pecah minyak supaya Sambal Tahun tahan lebih lama.
  6. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila klik paparan di bawah
Atau boleh klik link berikut untuk paparan lebih jelas
Jangan Lupa Subscribe, Like, Comment Dan Share

Sunday, August 18, 2019

Cara Mudah Bersihkan Kulit Lembu | Cara Bersihkan Kulit Sapi

Assalamualaikum...
Raya Haji tahun ni saya dapat pengalaman baru iaitu membersihkan kulit lembu.Selama ini tengok at fb kawan menayang sakan hasil masakan exotic kulit lembu.Seumur hidup memang tak pernah tahu kulit lembu boleh diproses dan dijadikan makanan ada jugak yang menjadikan hasil industri kecil iaitu keropok Jangek.Hebat kan?Bukan setakat daging, tulang, organ dalaman, kaki pun semua orang makan.Rupanya lagi rare kulit yang nipis tu pun boleh dijadikan satu hidangan yang sangat sedap.
Masa hari raya pertama tu saya ikut suami ke tempat penyembelihan lembu korban.Saya pergi masa tengah lapah jer, masa sembelih tu ada tamu kat umah MIL, sebenarnya pergi tu nak hantar besen/bekas untuk daging bahagian korban jer.Ingat nak balik terus.Tapi terlepak pulak kat situ sebab ramai sedara mara.
Bila dah siap lapah dan dibahagi-bahagikan, saya tengok kulit/belulang terbiar macam tu jer.So, saya minta siket la dalam 2 tapak tangan untuk saja cuba2 nak proses.Tukang sembelih dah potong dan bahagikan saiz yang saya minta tu.Bila nak balik dia mai bagi pulak saiz yang lebih besar.Hades camana ni saya bukan pandai nak buat pun.Puas menolak, tapi dipaksanya jugak.Takpelah saya pun ambil dan bawa pulang bahagian yang dibagi tu.
Sampai umah MIL, saiz yang 2 tapak tangan tu saya proses dengan SIL, walaupun kami dua2 belum berpengalaman untuk membersihkan kulit lembu, tapi cuba sahajalah...Jenuh jugak la nak siapkan walaupun saiz kecil jer.Untuk yang di kampung tu kami buat masak lemak cili padi style nismilan.SIL yang masak MIL dia orang nismilan hehe..Untuk Jangek MLCP ni saya ada post kat IG/FB saja simpan kenangan.Untuk pertama kali tu ada kesilapan teknikan, maklumlah baru belajar2.Teknik dah betul cuma kami rebus sekejap sahaja, hasilnya kulit lembu masih liat2 dan kenyal2 masa dihidang.Baki kulit lembu tu saya bawa pulang ke Penang.
Jenuh juga mengumpul kekuatan untuk proses tu.Sepagian sepetangan jugak la nak siapkan cuci bulu2 kulit lembu tu.Sampai hari tu anak2 makan nasi lauk hayam goreng + telur dadar jer hahaa..Sebab mama dia konsentrat dengan kulit lembu.Gigih kan? hahaaa....
Mula-mula hajat hati nak rekod sebab nak share kat youtube, sebab proses agak lama, dan tangan pun dah kotor.Terpaksa kansel untuk rekod.
Saya cuba eksperimen 2 methode untuk cuci Kulit lembu ni:

  1. Bakar/salai terlebih dahulu hingga hangus (bahagia kulit) kemudian kikis hingga bersih.
  2. Celur dalam air panas, kemudian kikis kulit lembu.Kemudian layur atas api supaya baki kulit lembu yang tersisa akan bersih.
Hasilnya kaedah celur dan layur tu, kulit lembu lebih cantik sebab tak hangus.Tetapi kaedah bakar dan kikis tu lebih berorama dan rasanya sedap seakan makn kaki lembu.
So, korang pilihlah kaedah mana yang korang suka.
 Gambar yang ni saya snap masa kat umah MIL, yang proses bakar di Penang tak sempat nak snap.Tangan dah hitam legam dah.Nanti comot abes hp haha...
Proses pertama Kulit lembu dipotong mengikut saiz yang sesuai.Saya potong anggaran 2 tapak tangan.
Bakar hingga hangus/hitam macam dalam gambar ni.Gambar ni kulit lembu bergulung sebab kena api..Udah rupa macam tanduk la pulak hahaa
 Yang ni pun gambar kat umah MIL.
Lepas bakar, kikis hingga bersih dan buang sekali kulit arinya
 Yang ni hampir siap.Kena touch up buang siket2 lagi kulit ari yang tertinggal tu
 Yang ni saya proses sendiri kat rumah.
Dah siap bersihkan potong besar2 macam ni.Saya rendam selama 2jam.Tujuna supaya kulit lembu lebih lembut 

 Kemudian potong kepada saiz masakan.
 Rebus hingga empuk.LiNa Pg rebus selama 2 jam.Saya letak 2 asam keping semasa proses merebus.Kemudian kulit lembu bolehlah dimasak mengikut resepi kegemaran
Sambal Tahun Kulit Lembu atau Sambal Taun antara menu popular menggunakan Kulit Lembu.Ya Allah enak luar biasa.
Nanti saya kongsikan resepi Sambal Tahun Jangek ni okey.Ada video untuk resepi ni.Masih dalam proses editing.

Friday, August 16, 2019

Sardin Masak Tempoyak

Assalamualaikum...
Sekarang ni musim durian, pastinya banyak juga tempoyak yang dijual.Apa kata kita ubah selera makan Sardin Masak Tempoyak.Asyik makan daging korban, sakit jugak gigi nak mengunyah tu hahaa...
Sardin Tempoyak ni pernah saya kongsikan dalam blog ni.Siap kena cilok dan klon oleh blog yang lain.Bukan setakat ambil gambar...dia copy keseluruhan n3 huhu...Kalau guna resepi dan masak sendiri itu cerita lain.Resepi memang dihalalkan boleh guna.
Sebenarnya Sardin Tempoyak ni dah lama saya buat dah kongsikan kat youtube sana.Cuma kat blog jer selalu ketinggalan.Itulah memang malas betul nak menaip.
Okeylah tanpa buang masa, jom kita semak resepi. 
Walaupun simple tapi boleh bertambah nasi panas ni.Percayaaaa...lahhhh (sila ikut lagi CTDK haha)

SARDIN MASAK TEMPOYAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 tin sardin (425g)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 cm halia (mayang)
  • 1 sb cili giling
  • 2 sb tempoyak
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit kiub ikan bilis (jika perlu)
  • Buah tomato
  • Cili merah dan cili padi
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis serai, bawang besar dan halia hingga layu (tak perlu garing)
  2. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
  4. Masukkan sardin dan sos tiram.Gaul rata.
  5. Rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit kiub ikan bilis (LiNa Pg letak 1/4 kiub sahaja)
  6. Akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan cili padi.Gaul rata.Tutup api.Sardin Masak Tempoyak Siap.
  7. Untuk video tutorial.Sila klik butang PLAY
Untuk paparan lebih jelas, klik link berikut


Thursday, August 8, 2019

Resepi Kek Coklat Moist Simple Sedap Dan Bahan Mudah (Versi Bakar)

Assalamualaikum...
Selamat pagi salam siaran, bertemu kembali di blog Teratak Mutiara Kasih.Alahai kebizian memanjang la tuan tanah.Selalu tak sempat nak jengok dapur yang satu ini.Kalau nak idea masak boleh tengok di youtube ok.Banyak resepi yang masih belum update kat sini.
Okey hari ini saya nak kongsikan resepi kek coklat yang sangat mudah dan banyak kali ulang buat jugak ni, cuma ada adjust sesikit mengikut bahan yang ada kat rumah.Kali ini saya buat versi bakar sebab malas nak keluarkan pengukus dari atas kayangan sinun.Lagipun buat kek sebiji jer untuk besday dak sarah (bulan Julai nu lagi)ha..hari ini baru update blog hahaa..
Deco kek pun saya buat simple2 jer atas permintaan si princess dia nak kek my little pony..so mama beli beberapa ekor letak jer atas kek tu kira setel.Kek pun mama dia takde tulis apa, tak sempat nak bancuh buttercream.Tambahan kalau baking hari persekolahan agak kalut siket la.Sambil masak, bakar kek.Lepas hantar dia p skool sambung buat topping.Topping kalau guna whipping cream lagi sedap.Tapi sebab nak guna sedikit sahaja, saya cuma guna susu cair.Itupun dah sedap.Okey tanpa buang masa jom kita semak resepi.Owh..sebelum tu walaupun kesuntukan masa, sempatttt jugak rekod buat video tutorial kek coklat yang simple ni.Bolehlah anak2 buat rujukan dah besar nanti.Kalau korang nak tengok tutorial sila ke youtube LiNa Pg okey.Nanti saya letak link kat bawah...Ajom kita mula
Kek Coklat Moist Simple Deco untuk princess tersayang.Ini jer la yang mama mampu buat untuk adik dalam kekalutan.Ingat nak mengelat dah xmau buat kek untuk dia.Sekali dia buat pesanan penaja nak kek My Little Pony hahaa
 Simple jer tapi nampak okey jer la di mataku..mata orang cheq tak tahu.Janji anak hepi bila tengok kek ni.Minta maaf tau kek ni tak ada gambar post mortem sebab masa snap ni tuan badan belum balik lagi.Dah potong malam.Kelam kabut nak pergi KAFA esok kek dah seciput jer tinggal memang tak sesuai dah untuk seisi fotografi hahaa...
KEK COKLAT MOIST
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cawan metrik)
  • 1+1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 buku butter
  • 3 biji telur (LiNa Pg guna gred B)
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
Cara-Cara
  1. Ayam tepung bersama baking soda dan baking powder.Ketepikan sebentar.
  2. Satukan susu pekat manis, susu cair, gula, butter dan serbuk koko.Masak guna api kecil hingga semua bahan larut.Tak perlu mendidih.
  3. Masukkan ke dalam bekas yang besar, masukkan telur yang dipukul sedikit (pukul manja2 macam nak buat telur dadar jer)
  4. Kemudian masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun rata.Kaub bail guna hand whisk atau senduk sahaja.
  6. Tuang ke dalam loyang yang dialas baking paper dan oles dengan butter (Tapis adunan untuk mendapatkan tektur kek yang halus)
  7. Bakar selama 50min suhu 150'c (suhu bergantung kepada kapasiti oven masing2)
  8. Setelah kek masak, biarkan sejuk/suam sedikit sebelum dikeluarkan dari loyang.Kalau keluarkan masa kek tengah panas/baru masak berkemungkinan kek akan pecah kerana masih lembut.
  9. Setelah kek dikeluarkan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Sementara itu bolehlah disediakan topping


TOPPING KEK COKLAT YANG SIMPLE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 200g coklat compound (LiNa Pg guna Beryl's DCC coin)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sb butter
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil secara double boil.Refer video untuk tutorial.
  2. Kemudian tuang ke atas kek coklat.
  3. Hias dengan color coklat dan My Little Pony.
  4. Kek Coklat Moist With Simple Deco siap..Selamat Mencuba






Friday, August 2, 2019

Mee Rebus Sedap Terangkat Bahan Simple Rasa Mantap Setanding Restoran | Mee Tulang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dilapangkan sedikit masa untuk update blog.Hari ini saya nak kongsikan resepi Mee Rebus atau Mee Kuah Tulang.Saya suka juga makan Mi Tulang ni tapi selalunya kalau yang kat kedai rasanya agak pedas dan bersepah mungkin sebab ada penggunaan rempah kari ada sesetengahnya meletakkan kacang tumbuk untuk memekatkan kuah.Bagi citarasa saya memadai dengan meletakkan ubi keledek untuk pekatkan kuah sebab manis keledek tu membuatkan kuah bertambah sedap.Kalau di belah selatan pula, menggunakan biskut merie yang dihancurkan untuk pekatkan kuah.Terpulang cara masing2 nak guna kaedah mana dan nak kepekatan yang macam mana.Kalau bagi saya kuah untuk Mi Rebus ni seeloknya sedang2 sahaja kepekatannya.Kalau terlalu pekat agak kurang enak untuk dihirup.
Oh sebelum tu, saya ada sediakan video tutorial di youtube channel.Nanti korang tengok kat sana ok...Bagi yang belum subscribe..Silalah subscribe..ianya percuma sahaja...Kata follower blog TMK support la siket hehee...
Resepi Mi Rebus ni saya tidak menggunakan sebarang rempah kari, memadai dengan bawang2, halia, lengkuas, udang kering dan rasa pedasnya dari cili kering kisar.Manisnya pulak dari keledek rebus.Simple sahaja tapi Alhamdulillah sangat sedap tau...
Plating ke laut dalam..Macam ni la bila dah lapar susun atur pun berterabur, snap lebih kurang terus ngap.Tengoklah tauge berselerak jer huhu.Rupa paras tak penting, asalnya ianya sedap masuk ke anak tekak.
MEE REBUS TULANG | MI KUAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan A
  • 1 kg tulang rusuk
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 cm lengkuas (kisar)
  • 2 sb udang kering (rendam hingga lembut dan kisar)
  • 2 biji buah tomato masak ranum (buang biji dan kisar)
  • 500g ubi keledek oreng
  • Garam
  • Kiub pati lembu
  • Air secukupnya
Bahan B 
  • Mi kuning (celur sekejap)
  • Sawi/pak choy (celur)
  • Taugeh (celur)
  • Telur rebus
  • Cili merah
  • Limau nipis
Cara-Cara
  1. Tulang rusuk dibersihkan, kemudian rebus tanpa air selama ~10min (hingga tulang mengeluarkan air) kemudian baru masukkan air secukupnya untuk merebus tulang.Tujuan supaya daging kekal manis.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan keledek dan rebus hingga keledek empuk.Keluarkan keledek dan kisar dengan air rebusan tulang.
  3. Dalam periuk berasingan, tumis bahan kisar hingga naik minyak.Masukkan tulang dan gaul rata.Tambah air rebusan secukupnya.
  4. Masukkan keledek yang telah dikisar halus, tambah garam dan kiub pati lembu.Seimbangkan rasa.Reneh sekejap hingga kuah pekat sedikit.Kuah akan semakin pekat apabila telah sejuk
  5. Untuk video tutorial sila lihat paparan di bawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...