Resepi Donut Kampung Paling Mudah Tak Perlu Uli Tetap Menjadi

By LiNa_Pg - Monday, November 25, 2019

Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada adik adik yang bercuti.Bila tiba musim cuti sekolah macam ni mulalah si emak pening kepala nak masak apa untuk anak2 kan?Dorang ni asyik lapa jer kalau tak ada aktiviti.Mak mak pun asyik terperap kat dapur nak sediakan makanan.
Okey hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat sesuai untuk anak2 dan merupakan kuih kegemaran si kecil saya iaitu Kuih Donat.Kuih Donat ni dah pelbagai versi saya buat.Kali ini saya buat Donut Kampung jer, resepi donut paling senang sebab tak guna bahan2 yang pelik2.Tak perlu bread improver, dough softener bagai.Hanya guna bahan bahan basic jer.Lagi best gaul2 macam tu jer.Boleh dikatogerikan sebagai donut orang malas hahaa....Sebab nak cepat saya cuma campur dan adun lebih kurang min jer (serius 5min jer)kiranya asal bercampur sekata.Alhamdulillah donut tetap menjadi dan sedap.
Perlu diingatkan tempoh menguli memain peranan penting tau.Lagi lama diuli (hingga elastik)donut akan lebih lembut.Tapi kalau nak ikut cara saya pun okey...cepat siap, cepat boleh makan...

 Donut ni macam tak salut gula kan?Haa ya betul memang tak salut dengan gula..sebab masa snap ni Donat masih panas lagi.Saya tabur dari atas siket jer.Ni kes nak snap cepat2 punya pasal.Ramai beratur tak sabar nak makan.Kalau bedak elok dengan gula lagi cun lah si donut ni
Walaupun tak uli dengan beriya tapi donut ni tetap gebu dan sedap.

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT (TAK PERLU ULI)
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kentang
  • 1 sk baking powder
  • 2 sb majerin
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sb gula
  • 1 sb susu pekat
  • 2 sk yis
  • 1 cawan air suam (230ml)
  • Minyak 
Cara-Cara
  1. Satukan air suam, susu pekat manis, gula dan yis ke dalam bekas.Kacau dan biarkan selama 10min (hingga yis berbuih)
  2. Jika selepas 10min larutan tiada buih, itu bermakna yis telah rosak/mati.
  3. Dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, tepung kentang,baking powder dan majerin.Ramas tepung dan majerin sambil masukkan telur (yang telah dipukul sedikit) ramas2 hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Masukkan campuran yis sambil uli.Jika adunan agak lembek, sapukan tangan dengan minyak (JANGAN TAMBAH TEPUNG nanti kuih akan keras)
  5. Uli hingga menjadi doh.Kalau rajin uli hingga elastik (hasilnya kuih sangat lembut dan sedap)Kalau nak buat ekspress, uli doh sekadar sebati sahaja (saya uli 5min)
  6. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 30-40min.
  7. Setelah doh kembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan gelembung udara yang terperangkap.
  8. Kemudian bolehlah dicanai dan dicetak menggunakan donut cutter.Jika tiada donut cutter, bulatkan doh dan timbang anggaran 30g.
  9. Leperkan doh dan buat lubang di bahagian tengah.Boleh refer di video
  10. Panaskan minyak, goreng api sederhana hingga masak.
  11. Setelah kuih sejuk, salut dengan gula kastor.Kuih Donut sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  12. Untuk Video Tutorial sila klik butang play paparan berikut
Untuk melanggan youtube lina pg, Silalah berbuat demikian kerana subscribe itu percuma jer guys...Klik

  • Share:

You Might Also Like

0 comments