Sup

Resepi Sup Tepung Gandum Yang Sangat Unik Dan Menyelerakan.

By LiNa_Pg - Thursday, November 21, 2019

Assalamualaikum...
Pernah makan sup tepung gandum atau sup tepung tarik tak?Sup tepung ni lebih kurang Pan Mee iaitu mee style cina yang digelek dan dicubit kemudian tarikkkk hingga putus kemudian rebus hingga masak.
Sebelum ni saya pernah jugak buat Sup Tepung Gandum ni...saya masak sup dulu kemudian baru masukkan tepung yang ditarik tarik.Rasanya sedap, tapi kesilapan kecil tu mengakibatkan kuah sup makin berkurang semasa proses memasak tepung.So,kita belajar dari pengalaman yang lepas.Saya buat doh dan rebus kosong terlebih dahulu tepung tu lepas tu baru masukkan ke dalam kuah sup.Macam ni baru ok kuahnya menten.
Untuk kali ni saya sediakan video tutorial untuk korang tengok.Bahan2 tu terpulang pada citarasa sendiri nak masuk apa.Kali ni saya upgred siket la masuk ayam, sayur dan cendawan.Sebelum ni saya cuma ikan bilis dan sedikit sayur.Kiranya all in one la.Kenyang dan berkhasiat.Resepi ni dah lama saya buat bulan Oktober lagi.Tapi tu la asyik tertangguh jer nak buat posting kat blog ni.Bila ada kelapangan ada n3 yang perlu disegerakan.Yang mana tugasan tu kita kena buat cepat lah.Kalau yang suka suka tu...buat secara santai la.

Sup ringkas, tapi rasanya sangat sedap dan sungguh segar.
 Cubalah isnyaaAllah sedap..Seolah sup sayur ringkas tapi ada tepung gandum kat dalam tu yang seakan koay teow..menarik kan?

SUP TEPUNG GANDUM | SUP TEPUNG TARIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Doh)
  • 1+1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam/cukuprasa
  • 1 sb minyak masak
  • 100ml air

Cara-Cara
  1. Satukan tepung, garam dan minyak.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.Jika doh sedikit lembek, sapukan tangan dengan sedikit minyak.Bulatkan doh dan tutup dengan plastik wrap.Perap selama 15min (supaya doh lembut dan senang untuk ditarik)
Bahan B (Sup)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 ketul dada ayam
  • Cendawan tiram
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayuran
  • Tomato ceri
  • 2 kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Didihkan air ke dalam periuk, masukkan dada ayam (masuk terus seketul) 
  2. Kemudian cubit dan tarik doh tadi.Cubit kecil2 sahaja kerana doh akan kembang apabila masak.
  3. Apabila ayam empuk, keluarkan ayam dari rebusan.Kemudian carik-carikkan ayam.
  4. Sementara menunggu tepung masak, kita buat kuah sup.
  5. Dalam periuk lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing.
  6. Kemudian masukkan air,kiub ikan ayam dan isi ayam yang telah dicarik2 tadi.
  7. Masukkan tepung yang telah direbus tadi.
  8. Masukkan juga fish ball, fish cake, cendawan tiram, sayuran/sawi, tomato ceri.Sesuaikan rasa.Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
  9. Tutup api.Sup Tepung gandum sedia dihidang bersama sambal kicap.Selamat Mencuba.
  10. Untuk lebih senang faham, sila tonton video tutorial.Klik butang PLAY paparan di bawah.Kepada yang belum subscribe, silalah berbuat demikian kerana subscribe itu percuma


  • Share:

You Might Also Like

0 comments