Tips Cara Buat Telur Separuh Masak Gerenti Jadi Teknik Dapur Gas

By LiNa_Pg - Monday, November 18, 2019

Assalamualaikum...
Dah sarapan ke tu?Suka makan roti bakar dan telur goyang tak?Saya ni memang suka sangat roti bakar dan teloq goyang gedik2 tu.Selalunya kalau breakfast kat luar selalu sangat order roti bakar ni padahal buat sendiri pun boleh kan.
Nak buat telur separuh masak ni nampak simple tapi silap gaya jadi rebus hahaa.Kat rumah saya ni ada jer alat rebus telur yang warna kuning putih tu.Tapi saya nak share kaedah konvensional...advanture siket la kan?

 Nanti mesti ada yang cakap, alahai telur separuh masak pun nak share resepi jugak ke?Sebenarnya ini adalah request dari beberapa follower saya di IG.Katanya dia selalu fail kalau buat telur separuh masak.Fail tu katanya jadi telur rebus dan kadang kadang under cook (masih raw) sampai tak lalu nak makan
 Kemain posing bagai nak rak..padahal roti bakaq n teloq gedik ja pun hahaa
Gara gara gambar inilah...biasanya saya memang tak snap la kalau takat Roti Bakar dan telur separuh masak ni..Tapi sebab kontes Pos Malaysia yang bertemakan Makanan Kita, saya snap sarapan pagi tu (Lama dah ni kalau tak silap masa Hari Malaysia lagi haha)dannnnnnn roti bakar ni membawa tuah untuk saya kerana saya menang..Alhamdulillah

Memandangkan caranya cukup simple, korang tengok la video tutorial kat bawah ni.Ahamdulillah walaupun sesimple telur separuh masak, tapi video di youtube mendapat sambutan...Mungkin bagi kita ianya simple..mudah..tapi bagi yang belum tahu, ianya agak sukar..

Klik butang PLAY untuk menonton tutorial.Ada tips jugak tau supaya telur goyang gedik gedik menjadi dengan jayanya.Selamat Menonton.Bagi yang dah pandai sila abaikan

  • Share:

You Might Also Like

0 comments