Wanpaku Sandwich | Cara Buat Sandwich Wanpaku Yang Mudah Dan Sedap | Resepi Viral

By LiNa_Pg - Friday, November 08, 2019

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran..kali ni saya nak kongsikan satu resepi sandwich yang sangat mudah dan sedap.Sesuai dijadikan sarapan ringkas kalau nak buat lunchbox pun boleh jugak.Bagi yang mengamalkan diet sihat.Tak kiralah sekadar pemakanan sihat atau diet sihat untuk kurus memang sangat digalakkan untuk mencuba Resepi Wanpaku Sandwich ni.Sandwich ni menggunakan telur rebus dan juga tuna mayonis.Boleh jugaklah kalau dikatakan sandwich tuna mayonis.Cuma ada tambahan sayuran yang berwarna warni menjadi daya tarikan untuk Sandwich Wanpaku ni.Apa tu Wanpaku Sandwich yang viral sangat ni?Sebenarnya mengikut sumber sandwich wanpaku ni sangat terkenal di negara Jepun.Ianya merupakan 2 kepig roti (tak kisah roti putih atau roti whole meal)dilapis dengan sayuran berwarna warna.Sayuran ni terpulang mengikut citarasa masing-masing.Salah satu bahan wajib ialah sumber protin.Paling simple hanya guna telur rebus dan tuna.Kalau rajin boleh guna ayam gril.Kan menu sihat maknanya kena guna yang bakar2 jer la.Kalau goreng pun boleh jugak (sebab kita yang nak makan ikut sukalah kan)Kalau nak diet sihat tu kenalah bakar.
Satu lagi kelainan dalam Sandwich Wanpaku ni, sandwichnya dibalut selepas dilapis lapis kemudian wajib wrap/balut menggunakan plastik wrap atau baking paper.Kemudian kena potong dua.Barulah nampak segala isi kat dalam tu yang cantik berwarna warni.Macam dalam gambar kat bawah ni.Amacam tergoda tak?Apalagi kenalah cari tuna.Saya guna Tuna Mayonis dari TC Boy...Hadiah kita banyakkkk tau haha...Rezeki jangan ditolakkan?
Untuk Resepi Wanpaku Sandwich dan Cara Balut Wanpaku sandwich ni saya sediakan video tutorial di youtube.Dah publish beberapa hari lepas.Baru berkesempatan untuk update kat blog ni.Okey tanpa buang masa, jom kita semak bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Sandwich paling simple dan sedap ni.

 Cantik menarik kan Sandwich Wanpaku ni...Simple dan sangat mudah.Kenyangggg sampai ke petang jugaklah kalau makan habis 
Hirisan kiwi dalam sandwich ni sangat ngam, kalau korang guna kiwi boleh letak banyak2 sebab memang sedap.Saya guna kiwi yang warna gold tu.Kalau nak guna avocado pun boleh.Kalau tak nak letak buah pun takpe sekadar sayuran berwarna pun dah memadai.

RESEPI WANPAKU MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 keping roti putih
  • 1 biji telur rebus
  • Tuna Mayonis (LiNa Pg guna TC Boy)
  • Capsicum merah dan kuning
  • Karot (potong memanjang saiz batang mancis)
  • Timun Jepun (potong memanjang saiz batang mancis)
  • Salad/lettuce
  • Tomato (hiris nipis)
  • Buah kiwi/avocado)
  • Sedikit butter/mayonis
  • Plastik pembalut
Cara-Cara
  1. Sapukan roti dengan mentega/mayonis.
  2. Kemudian susun daun salad ke atas roti.
  3. Letakkan tuna (terpulang nak letak banyak mana)
  4. Susun capsicum merah dan kuning, letakkan telur rebus (di bahagian tengah roti)
  5. Kemudian lapis dengan karot dan timun Jepun.
  6. Kemudian susun buah kiwi, tomato dan salad.
  7. Akhir sekali letak roti sekeping lagi bahagian atas.
  8. Kemudian balut dengan kemas dan potong kepada 2 bahagian 
  9. Untuk video tutorial boleh klik butang PLAY paparan di bawah
Nota penting:
Sayuran mestilah dicuci dan dilap kering terlebih dahulu untuk mengelakkan sandwich kita berair.
Alas plastik wrap terlebih dahulu sebelum menyusun bahan2 untuk sandwich.Boleh refer ke youtube

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. memang viral sungguh wanpaku ni. paling best kalau yg menepati syarat sihat dan seimbang lah. hehe. kami pun selalu beli ja wanpaku ni :P

    ReplyDelete
  2. @Umi Nazrah
    Ya betul tu, kalau memang nak amalkan diet sihat kena patuhlah syarat2 jangan pulak letak sos, cheese bagai.Elok resepi diet untuk kurus jadi maKIN SIHATTTT hahaa

    ReplyDelete