Friday, December 20, 2019

Cara Buat Sambal Belacan Lebih Sedap Dan TIPS Sambal Belacan Tahan Lama

Assalamualaikum...
Hi semua, hari ni saya nak kongsikan Resepi Sambal Belacan.Biasanya kami sekeluarga suka makan Sambal Belacan versi goreng atau juga dikenali sebagai Sambal Getuk iaitu semua bahan digoreng sebentar hingga layu, kemudian dikisar atau ditumbuk.Kali ni saya buat Sambal Belacan Tanpa Bawang pulak dan tidak digoreng.Rasanya sungguh padu enak luar biasa.Nanti saya kongsikan pelbagai tips supaya sambal belacan lebih sedap dan tahan lama.
Okey untuk Resepi Sambal Belacan ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Alhamdulillah sambutan sangat menggalakan.Dalam masa seminggu sahaja jumlah tontonan melebihi 145K.Memang betul la sambal belacan ni kegemaran rakyat Malaysia.Kalau tak pedas memang tak sah kan?Rata rata telah memberi feedback dan mencuba dan berjaya buat Sambal Belacan yang sedap.Alhamdulillah terima kasih semua yang tak pernah putus mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.Memang terharu dengan korang semua.Saya kembalikan doa yang baik baik juga buat kalian, semoga dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.Aamiinn.
Okey berbalik kepada resepi kita hari ini, ada beberapa tips supaya Sambal Belacan lebih sedap dan tahan lama iaitu: 

  1. Belacan mestilah dibakar terlebih dahulu supaya sambal belacan lebih beraroma.Rasa dan bau sambal belacan akan lebih mantap dan lebih sedap
  2. Guna air suam untuk membancuh asa jawa.Tips sambal tahan lama.
  3. Guna asam jawa yang ada biji, jangan guna asam jawa yang bentuk pe.Rasa dan tektur sambal tak akan sama.
  4. Kisar bersama kulit limau kasturi supaya aroma sambal lebih padu.PASTIKAN BUANG BIJI limau.Untuk elakkan rasa pahit.Tips tambahan, kalau ada biji limau yang termasuk ke dalam sambal, memang sambal akan rasa sedikit pahit dihujung hujung rasa.Tapi tak mengapa, tak perlu buat apa apa.Biarkan sambal belacan berada dalam keadaan suhu bilik selama 4-6jam (jangan simpan dalam peti ais)InsyaaAllah sambal akan menjadi sedap dan rasa pahit akan hilang dengan sendirinya apabila sambal telah mesra dengan bahan bahan lain.Jangan risau okey.
  5. Tips untuk elakkan sakit perut, tinggalkan beberapa tangkai cili padi,cili merah bersama dengan tangkainya (JANGAN BUANG TANGKAI)Petua orang lama kat bahagian tangkai tu la penawarnya supaya tak sakit perut lepas makan sambal.Sebab ada setengah orang, perut tak tahan dengan pedas.
  6. Tips tambahan (ini dari follower youtube terima kasih)masa saya buat video, tips ni saya sendiri belum tahu.Lepas cuci cili, siram dengan air supaya sambal tahan lama.
  7. Okey, kalau korang ada tips tambahan bolehlah kongsi bersama di ruangan komen.
Resepi Sambal Belacan simple tapi sangat sedap.Wajib simpan stok kat dalam peti ais ni.

SAMBAL BELACAN POWER
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
50g belacan bakar
5 biji limau kasturi (buang biji)
3 biji cili merah (patah-patahkan)
1 biji cili hijau (patah-patahkan)
5 biji cili padi merah
25 biji cili padi hijau
100ml air asam jawa pekat
Garam kasar
Gula secukupnya
Perasa/aji

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan kisar kasar sahaja.Garam dan gula masuk sedikit sahaja dahulu.
  2. Dah siap kisar, sesuaikan rasa tambah garam,gula dan perasa.
  3. Sambal belacan dah siap. 
  4. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Cuba tau...memang sedap

Wednesday, December 18, 2019

Resepi Cucur Manis Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Assalamualaikum...
Apa khabar semua.Hari ni cuaca mendung jer, sejuk nyaman terasa macam sedang bercuti di Cameron Highland haha.Dah rancang ke tu  nak masak apa untuk tengahari nanti?Saya sendiri pun belum fikir lagi ni.Tapi awal2 pagi dah keluarkan ayam.Biasalah hari2 lauk ayam, kalau teringin nak makan lauk lain pun , ayam goreng mesti ada jugak.
Okeylah hari ni saya bukan nak kongsi resepi lauk pauk, tapi nak share idea untuk minum petang.Biasalah time cuti sekolah ni, tambah cuaca sejuk,manjang lapar jer kan?
Resepi Cucur Lemak Manis ni saya pernah buat sebelum ni tapi menggunakan susu manis dan susu cair.Kali ni saya olah sedikit menggunakan santan,alahai betul punya lemak manis.makan berketul2 pun tak sedar.Tambah kalau makan panas2 lagilah sedap.
So,kalau korang nak sediakan minum petang untuk anak2 bolehlah buat cucur manis yang rangup di luar, tapi lembut di dalam.Memang sedap.
Resepi Cucur Kembong Lemak Manis ni, saya sediakan video tutorial di youtube channel.Bagi yang belum subscribe, bolehlah subscribe okey sebab kebanyakan resepi baru saya akan upload ke sana terlebih dahulu, kemudian baru update dalam blog ni.Subscribe okey...percuma jer.InsyaaAllah setiap minggu ada video terbaru.Kalau kat blog ni saya tenggelam lama kemudian baru timbul, tapi kat utube insyaaAllah setiap minggu ada yang terbaru.Hari Khamis (Esok) ada video baru kat utube okey.
Jom kita semak resepi cucur susu lemak manis
 Montok montok semua...walauapun ada yang bertanduk tapi tang tanduk tu lagi ranguppp
Resepi sangat simple tapi memang sedap digandingkan dengan secawan teh o panas

RESEPI CUCUR LEMAK MANIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
1+1/4 cawan tepung gandum (ayak) 
120-150ml santan 
6-7 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah/kurang) 
1/2 sk baking powder 
Sedikit garam 
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Satukan tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis.Gaul rata.
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang pekat dan licin.Rehatkan adunana selama 10-15min.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng cucur menggunakan api sederha hingga kuning keemasan.
  5. Tips semasa menggoreng sentiasa kacau/golekkan cucur supaya mendapat bentuk yang bulat.
  6. Angkat dan toskan.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial.Klik butang PLAY paparan di bawah
Untuk paparan lebih jelas, boleh tonton di youtube LiNa Pg

Monday, December 9, 2019

Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis Yang Sangat Sedap | Resepi Daging Bakar Ala Thai | Daging Bakar Danok

Assalamualaikum....
Pernah makan daging bakar Danok yang sangat terkenal di negara Thai.Tapi sekarang ni daging bakar Ala Thai ni sudah ada dijual di Malaysia.Dagingnya yang lembut dan sangat sedap bila dicicah dengan air asam Thai yang pedas,masam dan hujung hujungnya terasa sedikit manis.Kalau di Penang ni ada juga beberapa tempat yang menjual Daging Harimau Menangis ni.Apaaaa daging harimau??Ish bukan daging harimau laaaa...Tetapi bahagian daging lembut yang dipanggil HARIMAU MENANGIS.Kenapa?Mengikut sejarah, kalau harimau membaham lembu bila dia dapa makan bahagian yang lembut tu,maka harimau tersebut akan menangis (menangis sebab terharu dapat merasa bahagian lembu yang sangat sedap)Haaa..macam tulah al kisahnya.
Dah lama sangat berangan nak buat Daging Bakar Ala Thai ni, tak tahu berapa kali beli daun ketumbar tapi tak jadi jadi jugak nak buat.
Suatu hari saya ternampak post Siakap Keli lalu lalang kat wall fb, terus naik semangat nak mencubanya.Tapi resepi yang saya kongsikan ni saya gugel beberapa sumber lain termasuk kak nor secubit garam dan youtube dari Thai jugak.Resepi yang saya kongsikan di bawah ini adalah kombinasi banyak sumber rujukan.
Daging Bakar Danok ni saya tak guna part harimau menangis pun sebab daging ini jer yang ada dalam peti ais.Inipun stok daging korban yang bertapa sekian lama dalam peti ais.Kat rumah ni sangat jarang masak daging sebab en.suami tak makan daging.Tapi Daging Bakar Danok punya pasal,dia langgar pantang jugak hahaaa...Mana boleh tahan tengok daging bakar yang panas berasap tu mestilah meruntun jiwa raga nak merasa keenakannya kannnnn?
Resepi Daging Harimau Menangis ni saya sediakan video tuturial jugak.Walaupun senang jer nak buat tapi ini untuk rujukan anak cucu nanti.
Sedap sangat tau...Dagingnya yang lembut, sangat ngam kalau dicicah dengan air asam.Nak makan macam tu pun dah cukup sedap.
Air asam Thai.Warna merah chilli flakes yang dah sebati dengan gula.Nampak jer merah tapi pedas2 manja jer.Saya tambah cili padi siket nak bagi lagi umphh
Close up siket supaya korang terliur.Kalau teringin nak merasa tapi tak ada daging, bolehlah tukar dengan sotong.Tapi guna Daginglah baru padu

Buat sementara waktu ni, korang tengok video tutorial dulu ya...
Resepi nanti saya unpdate kemudian.
https://www.youtube.com/watch?v=2f_WXGLvkeo

RESEPI DAGING BAKAR DANOK | DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Perap
280g daging
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1/2sb gula
1 sk lada hitam kasar

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan perap selama 30min (lagi lama lagi sedap)
  2. Panaskan pan, dan bakar hingga masak

Bahan Sos
2 sb beras sangai (boleh kurangkan)
1 akar ketumbar
2 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Serbuk cili kasar/chilli flakes secukupnya
Air Asam Jawa
Jus limau nipis
Gula Thai/Gula merah
Sos ikan
Hirisan daun ketumbar 

Cara-Cara
  1. Tumbuk beras sangai hingga halus terlebih dahulu, kemudian tumbuk akar ketumbar,bawang merah dan cili padi.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk. 
  3. Masukkan air asam jawa secukupnya, perasakan dengan sos ikan, gula merah/gula Thai dan jus limau nipis. 
  4. Masukkan chilli flakes dan hirisan daun ketumbar. 
  5. Seimbangkan rasa masam, manis dan pedas secukup rasa. 
  6. Simpan dalam peti ais sebentar supaya semua mesra.

Friday, December 6, 2019

Cara Buat Cucur Ikan Bilis Nak Kongsi Bahan Rahsia Supaya Cucur Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Dah ada plan ke nak masak apa untuk minum petang?Kalau belum ada, apa kata korang buat Cucur Ikan Bilis.Resepi simple dan sangat mudah disediakan.Bahan2 pun capai jer apa yang ada dalam peti ais tu.Psstt ni saya nak share satu tips petua supaya cucur atau bahan gorengan kita menjadi rangup dan sedap.Ini rahsia makcik2 yang meniaga goreng pisang atau apa2 yang goreng rangup kat tepi jalan tu.Ishhh..memandai jer buat tuduhan kata guna tepung goreng ready made.Takde maknanya...guna tepung gandum biasa jer tau...BAHAN RAHSIA dia ialah...MAJERIN CAIR dan guna AIR SEJUK hehe...Korang masukkan sedikit majerin dalam adunan yang nak digoreng.Magik kan majerin jer pun tapi hasilnya memang mantap.
Resepi Jemput Jemput Ikan Bilis kali ni, saya sediakan video tutorial.Dah agak lama jugaklah post ke utube sana.Macam biasalah ambil masa siket untuk publish kat blog ni.Kesnya malas nak mengarang ayat hahahaa...
Okey jom kita semak resepi cekodok ikan bilis yang super sedap ni.
 Bila tengok ikan bilis yang berceracak tu uish memang sedap..Krup krak jer bila makan.Cicah pula dengan sos cili tu lagilah sedap.
Simple jer tapi kalau buat minum petang, kejap jer lesap sepiring

RESEPI CUCUR IKAN BILIS RANGUP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1+1/2 cawan tepung gandum
  • 250ml air sejuk (peti ais)
  • 2 sb majerin cair
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 cawan karot (yang disagat)
  • 1/2 cawan daun bawang
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 biji cili padi/cili merah (hiris)
  • Garam
  • Gula
  • Pati ikan bilis
  • Serbuk kunyit/pewarna
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan majerin.Gaul rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan majerin cair dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun.
  3. Adunan cucur jangan terlalu cair/pekat.Rehatkan sebentar anggaran 15-20min.
  4. Panaskan minyak dan goreng cucur dengan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur ikan bilis sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  5. Untuk video tutorial, sila tekan buatng PLAY paparan di bawah
Untuk menonoton lebih jelas, sila klik link berikut

Monday, December 2, 2019

Cara Buat Kuih Kaswi Gula Merah Yang Lembut Meliut Goyang Gedik | Resepi Kuih Kasui Teknik Kukus Tanpa Pengukus

Assalamualaikum...
Bersiaran di bulan Disember, hari ni cuaca mendung jer.Bagaimana cuaca di tempat kawan2 di luar sana?Dah mula cuti sekolah ni, agak rilek siket untuk buat entry blog.Banyak lagi yang tertangguh sebenarnya.Bila ada masa kelapangan baru sempat jengah dapur yang satu ni.Kalau korang nak cari idea masak masak, boleh terus ke youtube saya okey.Sebab kat sana video lebih fresh, sebab saya akan upload ke sana terus lepas siap edit.Boleh klik link di bawah 
Bagi yang belum melanggan, korang log in guna gmail jer, lepas tu boleh subscribe ok.FREE jer tau.Jangan Lupa Turn ON butang loceng untuk dapatkan notifikasi video terbaru
Kuih Kosui ni sangat sedap, lembut meliut liut.Manis sesedap rasa, tambahan pula disalut dengan kelapa parut muda yang lemak lemak masin.
Tips supaya kuih tahan lama, kelapa parut tu kukus sebentar.Supaya lambat masam
 3 ketul jer?Mana cukup hehe...Sangkaan saya anak2 kurang suka kuih kuih lama macam ni.Rupanya si kecil yang cerewet ganda doblas tu pun makan tak hengat.Tapi biasalah kelapa tu memang x makan punya.

RESEPI KUIH KOSUI LEMBUT SEDAP DAN GOYANG MELIUT LIUT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung gandum (115g)
  • 1/2 cawan tepung ubi (40g)
  • 1/2 cawan gula merah (60g)
  • 1/2 cawan gula pasir (80g)
  • 2 helai daun pandan
  • 2+1/2 cawan air (550ml)
  • 1 sk kicap pekat (tips supaya kuih lebih gelap)
  • Sedikit kapur makan (tips supaya kuih sedikit kenyal)
  • Kelapa parut putih
  • Garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan (KECUALI kelapa parut dan garam) ke dalam blender.Kisar halus.Kemudian tapiskan.
  2. Alaskan loyang dengan aluminium foil dan oleskan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan tadi kemudian kukus hingga masak (anggaran 50min-1jam) bergantung kepada saiz bekas.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.Jika tiada pengukus, boleh guna kuali untuk mengukus.Refer video youtube untuk melihat tutorial/teknik kukus tanpa pengukus.
  4. Selepas kuih masak, ketepikan terlebih dahulu dan pastikan kuih benar2 sejuk sebelum dipotong.Tips supaya potong kuih cantik dan kemas.
  5. Sementara menunggu kuih sejuk.Satukan kelapa parut dan sedikit garam dan kukus selama 5min.
  6. Untuk mendapatkan potong kuih yang kemas, potong kuih menggunakan pisau plastik.Kemudian salut dengan kelapa parut.Kuih Kaswi sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...