Cara Buat Cucur Ikan Bilis Nak Kongsi Bahan Rahsia Supaya Cucur Rangup Dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, December 06, 2019

Assalamualaikum...
Dah ada plan ke nak masak apa untuk minum petang?Kalau belum ada, apa kata korang buat Cucur Ikan Bilis.Resepi simple dan sangat mudah disediakan.Bahan2 pun capai jer apa yang ada dalam peti ais tu.Psstt ni saya nak share satu tips petua supaya cucur atau bahan gorengan kita menjadi rangup dan sedap.Ini rahsia makcik2 yang meniaga goreng pisang atau apa2 yang goreng rangup kat tepi jalan tu.Ishhh..memandai jer buat tuduhan kata guna tepung goreng ready made.Takde maknanya...guna tepung gandum biasa jer tau...BAHAN RAHSIA dia ialah...MAJERIN CAIR dan guna AIR SEJUK hehe...Korang masukkan sedikit majerin dalam adunan yang nak digoreng.Magik kan majerin jer pun tapi hasilnya memang mantap.
Resepi Jemput Jemput Ikan Bilis kali ni, saya sediakan video tutorial.Dah agak lama jugaklah post ke utube sana.Macam biasalah ambil masa siket untuk publish kat blog ni.Kesnya malas nak mengarang ayat hahahaa...
Okey jom kita semak resepi cekodok ikan bilis yang super sedap ni.

 Bila tengok ikan bilis yang berceracak tu uish memang sedap..Krup krak jer bila makan.Cicah pula dengan sos cili tu lagilah sedap.
Simple jer tapi kalau buat minum petang, kejap jer lesap sepiring

RESEPI CUCUR IKAN BILIS RANGUP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1+1/2 cawan tepung gandum
  • 250ml air sejuk (peti ais)
  • 2 sb majerin cair
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 cawan karot (yang disagat)
  • 1/2 cawan daun bawang
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 biji cili padi/cili merah (hiris)
  • Garam
  • Gula
  • Pati ikan bilis
  • Serbuk kunyit/pewarna
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan majerin.Gaul rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan majerin cair dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun.
  3. Adunan cucur jangan terlalu cair/pekat.Rehatkan sebentar anggaran 15-20min.
  4. Panaskan minyak dan goreng cucur dengan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur ikan bilis sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  5. Untuk video tutorial, sila tekan buatng PLAY paparan di bawah
Untuk menonoton lebih jelas, sila klik link berikut

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. waalaikumussalam. nyummm sedap tu. boleh la try guna resepi bila cuti esok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah.. insyaaAllah ranguppp kruk krak... Bahan pun simple.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah sedap, rangup dan mudah sangat. Jimat belanja.. telur pun tak pakai

      Delete
  3. Apa bezanya guna air panas dan air sejuk dr peti ais..

    ReplyDelete