Friday, December 20, 2019

Cara Buat Sambal Belacan Lebih Sedap Dan TIPS Sambal Belacan Tahan Lama

Assalamualaikum...
Hi semua, hari ni saya nak kongsikan Resepi Sambal Belacan.Biasanya kami sekeluarga suka makan Sambal Belacan versi goreng atau juga dikenali sebagai Sambal Getuk iaitu semua bahan digoreng sebentar hingga layu, kemudian dikisar atau ditumbuk.Kali ni saya buat Sambal Belacan Tanpa Bawang pulak dan tidak digoreng.Rasanya sungguh padu enak luar biasa.Nanti saya kongsikan pelbagai tips supaya sambal belacan lebih sedap dan tahan lama.
Okey untuk Resepi Sambal Belacan ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Alhamdulillah sambutan sangat menggalakan.Dalam masa seminggu sahaja jumlah tontonan melebihi 145K.Memang betul la sambal belacan ni kegemaran rakyat Malaysia.Kalau tak pedas memang tak sah kan?Rata rata telah memberi feedback dan mencuba dan berjaya buat Sambal Belacan yang sedap.Alhamdulillah terima kasih semua yang tak pernah putus mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.Memang terharu dengan korang semua.Saya kembalikan doa yang baik baik juga buat kalian, semoga dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.Aamiinn.
Okey berbalik kepada resepi kita hari ini, ada beberapa tips supaya Sambal Belacan lebih sedap dan tahan lama iaitu: 

  1. Belacan mestilah dibakar terlebih dahulu supaya sambal belacan lebih beraroma.Rasa dan bau sambal belacan akan lebih mantap dan lebih sedap
  2. Guna air suam untuk membancuh asa jawa.Tips sambal tahan lama.
  3. Guna asam jawa yang ada biji, jangan guna asam jawa yang bentuk pe.Rasa dan tektur sambal tak akan sama.
  4. Kisar bersama kulit limau kasturi supaya aroma sambal lebih padu.PASTIKAN BUANG BIJI limau.Untuk elakkan rasa pahit.Tips tambahan, kalau ada biji limau yang termasuk ke dalam sambal, memang sambal akan rasa sedikit pahit dihujung hujung rasa.Tapi tak mengapa, tak perlu buat apa apa.Biarkan sambal belacan berada dalam keadaan suhu bilik selama 4-6jam (jangan simpan dalam peti ais)InsyaaAllah sambal akan menjadi sedap dan rasa pahit akan hilang dengan sendirinya apabila sambal telah mesra dengan bahan bahan lain.Jangan risau okey.
  5. Tips untuk elakkan sakit perut, tinggalkan beberapa tangkai cili padi,cili merah bersama dengan tangkainya (JANGAN BUANG TANGKAI)Petua orang lama kat bahagian tangkai tu la penawarnya supaya tak sakit perut lepas makan sambal.Sebab ada setengah orang, perut tak tahan dengan pedas.
  6. Tips tambahan (ini dari follower youtube terima kasih)masa saya buat video, tips ni saya sendiri belum tahu.Lepas cuci cili, siram dengan air supaya sambal tahan lama.
  7. Okey, kalau korang ada tips tambahan bolehlah kongsi bersama di ruangan komen.
Resepi Sambal Belacan simple tapi sangat sedap.Wajib simpan stok kat dalam peti ais ni.

SAMBAL BELACAN POWER
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
50g belacan bakar
5 biji limau kasturi (buang biji)
3 biji cili merah (patah-patahkan)
1 biji cili hijau (patah-patahkan)
5 biji cili padi merah
25 biji cili padi hijau
100ml air asam jawa pekat
Garam kasar
Gula secukupnya
Perasa/aji

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan kisar kasar sahaja.Garam dan gula masuk sedikit sahaja dahulu.
  2. Dah siap kisar, sesuaikan rasa tambah garam,gula dan perasa.
  3. Sambal belacan dah siap. 
  4. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Cuba tau...memang sedap

4 comments:

Umi Nazrah said... Balas

waalaikumussalam. sambal belacan wajib ada setiap kali makan nasi ^_^

Amie said... Balas

Sambal belacan memang mampu kecurkan liur hihihiiii!
Selamat tahun baru 2020 buat Lina.
Terus masak-masak ye.

PH said... Balas

Happy 2020, Lina! Terliur PH tengok gambar sambal belacan tu. Mesti cuba!

Warisan Petani said... Balas

kalau ada sambal belacan yang sedap, memang bertambah2 nasi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...