Tuesday, February 4, 2020

Agar Agar Santan Pandan Tanpa Telur | Tips Lengkap Supaya Berlapis | Formula Rahsia Teknik Sukat Air Cara Tradisional Agar Agar Tali

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan satu teknik rahsia cara sukat air cara orang dulu dulu.Kalau kita perhatikan orang tua tua ni masak apa pun tak ada sukatan gram atau cawan pun.Tapi hasilnya menjadi jer kan?Sebenarnya nampak jer macam tak ada sukatan tapi hakikatnya ada formula rahsia yang mereka pegang.Formula rahsia tu pula memang boleh diguna pakai untuk masak dalam kuantiti yang banyak.Kalau kita ni nak masak dengan skala besar mesti agak susah nak sukat gram dan sebagainya.
Jom kita selongkar formula rahsia sukatan air agar agar tali ni.
Untuk ratio sukatan air itu saya saya adaptasi dari Agar Agar Sirap Rose Mama Kastam Tioman.Tapi diolah semula menjadi Agar Agar Santan.
Selain Formula saya akan kongsikan Tips supaya agar agar santan cantik berlapis dan anti gagal.
Ramai yang salah faham kerana menganggap TELUR adalah hero dan penyebab agar agar berlapis.Teori itu salah sama sekali.
Telur bukan faktor utama, faktor yang menjadikan agar2 berlapis ialah SANTAN.Bagaimana caranya untuk membentuk lapisan.
Korang baca dan tengok step by step.
Video tutorial saya akan letakkan di bawah
Ini dia Agar Agar Santan Pandan Tanpa Telur.Sebelum saya pernah buat Agar Agar Pandan Tapi yang ada telur.

Kita andaikan kali ini masak in blind iaitu tiada sukatan.So, kita anggap sahaja agar agar tali ini kita tak tahu sukatan berapa gram.Kali ini lebih kepada eksperimen la.Tapi jangan risau di akhir posting saya aka masukkan sukatan gram/ml sebagai panduan.
STEP#1
Korang baca caption dalam tu ya.Gambar ni saya skrinshoot dari video.Full video ada di youtube saya.
STEP#2
Rendam selama 1-2 jam, setelah agar2 kembang.Toskan air
STEP#3
Masukkan agar2 yang ditapis tadi ke dalam bekas yang sesuai.Jika agar2 banyak,masukkan ke dalam besen/baldi.
INGAT...Guna bekas yang sama untuk menyukat air,santan dan gula
STEP#4
Kalau agar2 kurang dari bekas yang digunakan.Tandakan paras agar2 tadi sebagai panduan.
STEP#5
Sukatt air sama paras dengan bekas yang ditanda tadi
STEP#5
FORMULA RAHSIA
1:3
1 agar agar = 3 cecair (air,air pandan dan santan)
Kalau nak buat agar agar merah/sirap, ratio ialah
1 (agar2) : 3 (air)

STEP#7 
Masukkan air ke dalam periuk berisi agar-agar
STEP#8
Masukkan air pandan dan masak hingga agar agar larut.

STEP#9
PASTIKAN AGAR AGAR TELAH LARUT SEPENUHNYA.
Barulah masukkan gula.Tips penting supaya tektur agar2 lembut dan sedap dimakan.
Kalau masukkan gula terlalu awal (agar2 tali belum larut sepenuhnya)hasilnya nanti agar2 akan keras 

STEP#10
Cara sukat gula
Untuk sukatan gula, masih lagi menggunakan bekas yang sama.
STEP#11
Tapi sukatan gula,kita hanya guna separuh dari paras yang ditanda tadi.
Yang ini sekadar panduan sahaja.Kuantiti gula bergantung kepada tahap kemanisan masing2.
STEP#12
Masukkan gula
STEP#13
Masukkan gula batu.Tips supaya agar agar tidak terlalu berair bila dihidang (ini untuk jamuan atau untuk tempahan)
STEP#14
Masukkan garam.Untuk naikkan rasa lemak agar agar santan
STEP#15
Setelah gula hancur, barulah masukkan santan (wajib guna santan pekat)Kalau guna santan kotak saya cadangkan guna AYAM BRAND.
STEP#16
Setelah mendidih, BESARkan api dan biarkan adunan membuak2 dan biarkan selama 1-2 min.Pastikan adunan tidak melimpah.
TIPS PENTING supaya agar agar santan berlapis.
API BESAR santan akan terasing dan naik ke bahagian atas (apabila disejukkan nanti)

STEP #17
Tuang ke dalam bekas/loyang.Dan sejukkan sebelum dipotong

Untuk video Tutorial, klik butang PLAY paparan di berikut:
Untuk paparan lebih jelas, Boleh klik link di bawah

AGAR AGAR SANTAN RESEPI TIPS SUPAYA BERLAPIS DAN FORMULA SUKATAN AIR AGAR AGAR TALI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 25g agar agar tali 600ml air 600ml jus pandan (5helai daun pandan+pewarna) 600ml SANTAN PEKAT 300g gula pasir 2 ketul gula batu Sedikit garam PANDAN JELLY COCONUT MILK PUDDING Ingredients 25g jelly strips 600ml water 600ml pandan juice (5pcs pandan leafs+green color) 600ml THICK COCONUT MILK 300g granulate sugar 2 pcs rock sugar pinch of salt


THIS ARTICLE BELONG TO http://linapg.blogspot.com/

Wednesday, January 22, 2020

Migu by Pensonic | Smart Low Sugar Rice Cooker | Cara Masak Nasi Kurangkan Kanji Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran di tahun 2020.Ya Allah lama betul tak update blog.Ingatkan tahun 2020 ni rajin siket buat n3 rupanya tetap ke laut dalam.Banyak sangat n3 tertangguh yang dari tahun 2019 pun masih belum update.Kalau korang nak resepi terbaru boleh tengok di youtube okey.
Okey hari ni saya nak kongsikan satu gajet baru dalam rumah saya ni.Ni kira hadiah tahun baru jugaklah iaitu MIGU LOW SUGAR RICE COOKER.Ini merupakan produk terbaru dari Pensonic.Terima kasih Pensonic Malaysia bagi saya cuba rice cooker ni.
Apa yang istimewanya Migu rice cooker ni.Haaa ni saya nak kongsikan dengan korang semua.
Migu Rice Cooker ni bukan sekadar 'rice cooker' biasa2 jer tau, sebab ianya mampu mengurangkan kanji (dalam nasi)sebanyak ~37%.Hebat bukan?So,nasi yang kita makan akan lebih sihat.Dah namanya pun low sugar kan...memang sangat bagus untuk pesakit kencing manis.Now day macam2 penyakit timbul berpunca dari pemakanan.Jom saya tunjukkan rupa paras Migu rice cooker ni.
Cantikkan?
 
Yang ni masih lagi dalam kotak.
 
 Touch screen....bila on baru nampak butang yang nak tekan.
Bahagian bawah sini ialah tempat takungan air dan kanji.Selepas proses mendidih/boil process lebihan air bersama kanji akan disalurkan ke bahagian bawah.Dan nasi akan dimasak secara steam.

Stainless steel container


steamer rack.Selain untuk memasak nasi, Migu rice cooker jugak boleh digunakan untuk mengukus, membuat bubur dan jugak memasak sup serta pelbagai fungsi lain.Nantilah saya cuba explore dan buat experiment 

Macam biasalah rice cooker mesti kena ada cup dan sudip la kan..

Panjang lebar cerita pasal Migu Rice Cooker ni kan?Kat mana nak beli??
Haaa..ni saya share satu berita gembira buat semua follower, blog reader dan kawan2 LinaPg yang tersayang.Cam best jer kannn?Eh..mestilah op kos la ada habuan juga untuk korang semua..
Migu Rice Cooker ni boleh di beli melalui (link di bawah)

Harga Pengenalan /  Intoductory price RM699
Harga Pasaran RM999

Jangan Lupa, masukkan code
Linamigu
untuk claim hadiah menarik di bawah dan juga e-voucher bernila RM50 dari Pensonic

Yogurt Maker yang comel ni
Bagaimana cara untuk claim hadiah dan voucher??
 
Dengan hanya download apps berikut dan daftar warranty card Migu Rice Cooker secara online

Apps yang ni okey

Ini antara hasil masakan saya menggunakan Migu Rice Cooker
Pertama sekali sudah tentulah nasi.Cantik nasinya seroi/cantik berderai sebab dah kurang kanji.
 Ikan stim, yang ini saya menggunakan function steam Migu.Sangat mudah, tengok kepala ikan masih elok dan isi pejal tapi masak dengan sempurna.
Kedua resepi ni saya sediakan video titorial tapi masih dalam prosses editing.Dah siap nanti saya akan update ke youtube.Paling penting kena beli guna code saya okey.Barulah dapat resepi dan juga advise dari saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...