Friday, May 22, 2020

Biskut Sarang Semut Mudah dan Sedap (Adunan Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Ais)

Assalamualaikum...
Esok hari terakhir kita berpuasa.Tahun ini ramadan terasa sangat cepat berlalu.Pejam celik dah sampai ke penghujung dah.Dah banyak ke koleksi biskut raya?Kat rumah saya ni seadanya sahaja.Walaupun dah buat beberapa jenis tapi akhirnya yang tinggal cuma 2 jenis sahaja itupun setengah balang hahaa...Tak apalah kalau anak nak makan dalam puas ni, makan jer la nak kalau dah raya bukan nak layan sangat pun biskut2 ni kan?
Okeylah tanpa buang masa, jom kita semak resepi Biskut Saranf Semut ini.Pada saya ianya sama seperti samperit yang gebu dan cair dalam mulut cuma ianya diterjemahkan dalam bentuk parutan dan dihidang dalam cup.Kalau kuih raya sepupu sepapat semperit atau dahlia memang laku keraslah kat rumah ni.
Sudahlah biskut warna kuning, cup pun warna kuning jugak.Ini kes tak mahu keluar beli kat kedai bakeri.Saya guna jer paper cup yang ada kat rumah.

BISKUT SARANG SEMUT
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
250g mentega
100g gula aising
250g tepung gandum
100g tepung jagung
100g tepung kastad
1 kuning telur
1 sk esen vanila
Pewarna kuning
Coklat urai/chocolate rice
Coklat manik/color ball
Cawan kertas/paper cup

Cara-Cara
  1. Semua tepung dan gula aising di ayak terlebih dahulu.
  2. Satukan mentega dan gula aising, gaul hingga sebati dan sedikit creamy tak perlu kembang.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.Gaul rata.
  4. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum.
  5. Uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
  6. Ambil sedikit doh dan kepalkan sedikit kemudian parut.
  7. Ambil doh yang diparut dan masukkan ke dalam paper cup.
  8. Tabur coklat rice dan coklat manik.
  9. Bakar selama 25min suhu 150'c (suhu bergantung kepada oven masing2) Selamat mencuba

Thursday, May 21, 2020

Cornflakes Cookies Rangup Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Puasa dah hampir ke penghujung, terasa begitu cepat puasa tahun ini sedar tak sedar dah nak raya dah.Kalau kebiasaannya memang akan buat countdown dah berapa hari puasa, berapa hari lagi buat dan berapa hari lagi untuk balik kg.Memandangkan tahun ini terpaksa beraya di rumah sendiri 'eksaited' nak beraya agak kurang.Sekadar meraikan kemenangan berpuasa sahaja.Raya tahun ini tanpa baju baru bukan berkira atau tidak mahu beli, tapi rasa kurang wajar kalau terpaksa bersesak di pasar raya.Tak apalah kita pakai sahaja baju yang mana ada.Si kecil Maisarah pun langsung tak bersungut pasal baju raya.Dah faham sangat dengan keadaan wabak covid19 ni, kita semua doakan semoga covid19 akan segera hilang dan terhapus dan juga penawar/vaksin segera ditemui.
Okey berbalik kepada n3 kita hari ini, saya nak kongsikan resepi biskut pulak.Resepi biskut cornflakes rangup terpaksa jump Q resepi2 sebab memang tak sempat nak update mengikut turutan video di youtube.Memandangkan puasa berbaki 3 hari sahaja, lebih baik resepi biskut yang di post ke sini.Mungkin ada kawan2 di luar sana teringin mencuba biskut cornflakes yang sangat simple ni.Perkongsian video cornflakes cookies ni mendapat sambutan yang luar biasa.Ramai yang menyukai dan berjaya membuatnya.Apa yang lebih menyeronokkan apabila penyanyi lagend Salamiah Hassan iaitu ibu kepada Atilia juga ada meninggalkan komen di video Cornflakes Cookies.Teruja jugaklah bila artis pun layan youtube kita yang tak seberapa ni...
Okey jom kita semak resepi Biskut Cornflakes yang mudah dan sangat sedap ni.
Biskut ni sangat ringan dan rangup
Bagi yang ingin mencuba, saya nak bagitahu adunan biskut ini agak lembek, Tapi JANGAN MEMANDAI nak tambah tepung ok.Sila ikut arahan seperti dalam resepi jika mahukan hasil yang terbaik.Selepas direhatkan dalam peti ais, doh akan mudah dibentuk.Penting untuk rehatkan doh untuk mendapatkan tektur biskut yang rangup
Saya bakar biskut agak lama iaitu 35min suhu 150'c perlu diingatkan suhu dan tempoh membakar biskut bergantung kepada jenis dan kapasiti oven masing2.Jadi kena faham karenah oven masing2.Sedikit tips, semasa bakar apabila biskut sudah mengeluarkan bau yang harum semerbak satu rumah, bolehlah check kemungkinan biskut telah masak.

CORNFLAKES COOKIES RANGUP MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
100g cornflakes 
150g butter 
80g gula aising 
110g tepung gandum 
40g tepung jagung 
1 kuning telur 
1sk esen vanila 

Cara Cara
  1. Cornflakes diramasa kasar dan bahagi kepada 2 bahagian (separuh dimasukkan ke dalam adunan dan separuh digunakan untuk menyalut doh).Ketepikan sebentar.
  2. Tepung gandum, tepung jagung dan gula aising diayak terlebih dahulu.Ini tips supaya biskut lebih ringan.Kerana resepi ini TIDAK menggunakan sebarang serbuk penaik.
  3. Satukan butter dan gula aising gaul menggunaka spatula atau senduk kayu hingga sebati dan nampak sedikit creamy.Tak perlu kembang.Sekadar bercampur sahaja.
  4. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.Gaul sebati.
  5. Masukkan tepung jagung dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,gaul dengan spatula kemudian bolehlah uli dengan tangan.
  6. Akhir sekali masukkan cornflakes yang telah diramas tadi (perlu diingat simpan separu untuk salutan)
  7. Tutup doh dan simpan dalam peti ais bahagian chiller selama 30min.
  8. Kemudian boleh bentuk doh mengikut kreativiti, lina pg cuma ceduk guna sudu dan bulatkan kemudian salut dengan cornflakes.
  9. Sapu loyang pembakar dengan sedikit butter kemudian susun biskut ke atas loyang.Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  10. Bakar selama 35min suhu 150'c (suhu bergantung kepada jenis oven masing2)
  11. Setelah biskut masak, biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
  12. Resepi ini menghasilkan lebih kurang 70pcs biskut (bergantung kepada saiz biskut)Selamat Mencuba.
  13. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Wednesday, May 20, 2020

Kuih Bahulu Mudah Dan Sedap (Resepi Sukatan Cawan) | Kuih Tradisional

Assalamualaikum...
Sebenarnya agak lama berangan nak buat kuih bahulu ni, tetapi memikirkan oven saya ni kecik dan bahulu kena bakar berulang kali, agak mematahkan semangat jugaklah.Memandangkan raya tahun ni kita masih lagi dalam tempoh PKP gagah jugaklah saya buat bahulu ni.2x jugak la buat sebab nak dapatkan hasil yang terbaik.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat bahulu yang diidamkan.Sayangnya bahulu memang tak sempat nak buat raya.Selesai sudah diangkut berulang kali oleh Maisarah, berbaloi jugaklah mama dia buat bahulu ni.
Hari ni saya tepu pulak tak ada idea nak mengarang.Jom saya kongsikan beberapa tips untuk membuat kuih bahulu yang ringan dan tahan lama

  1. Sangai tepung atau boleh jugak dijemur di tengah matahari atau tepung dipanaskan sekejap dalam oven (lina pg mengelat guna kaedah panaskan dalam oven.Tips ini akan membuatkan tepung lebih ringan kerana tiada lagi kelembapan dalam tepung.Satu lagi tips semasa sangai atau panaskan dalam oven masukkan daun pandan yang dipotong, ini bertujuan untuk mewangikan tepung.
  2. Masukkan sedikit tepung beras, hasilnya kuih bahulu lebih ringan dan rangup di bahagian luar.
  3. Guna telur yang kecil gred B atau C, jangan guna telur gred A, kerana telur gred A kandungan airnya agak banyak.Adunan akan menjadi berat dan berair.
  4. Panaskan acuan terlebih dahulu untuk mengelakkan bahulu melekat.
Nampak tak sempat nak beraya kuih bahulu.Selesai dalam masa 2 hari jer.Tu pun 2x saya buat.Nak ulang buat lagi memang tak sempat dah la banyak lagi resepi lain yang Q

RESEPI KUIH BAHULU MUDAH DAN SEDAP
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 cawan tepung gandum 
1 sb tepung beras 
1 cawan gula 
5 biji telur B 
esen vanila 
daun pandan

Cara Cara

  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras dan masukkan daun pandan.
  2. Panaskan tepung dalam oven suhu 180'c selama 2 minit.
  3. Keluarkan dari oven dan ayak sekali lagi.Ketepikan sebentar dan biarkan tepung sejuk terlebih dahulu.
  4. Oleskan minyak pada acuan kuih bahulu dan panaskan dalam oven suhu 180'c selama 15min (panaskan sementara kita sediakan bahan adunan)
  5. Pukul telur hingga berbuih sedikit dan masukkan telur satu persatu sambil putar hingga gebu dan berwarna putih.
  6. Perlahan speed, guna speed 1 sahaja, masukkan tepung sedikit demi sedikit,pukul sebati sahaja.Jangan terlebih pukul.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 15min suhu 180'c (suhu bergantung kepada oven masing2)

Tuesday, May 19, 2020

Jus Tembikai Istimewa Sesuai Untuk Berbuka

Assalamualaikum...
Hai semua, hari ni saya nak share resepi simple jer iaitu air tembikai.Sekarang ni musim buah tembikai banyak dijual di pasar dan juga pasaraya.Tambahan sekarang ni musim panas, dapat hilangkan dahaga waktu berbuka dengan jus tembikai yang enak menyegarkan sungguh nikmat terasa.
Okey la kita buat n3 ringkas sahaja.Jus tembikai ni saya inspirasikan jus tembikai laici tapi saya gantikan dengan kelapa laut TC Boy, kebetulan memang ada air kelapa laut kat rumah ni yang dihadiahkan oleh pihak TC Boy, memang sengaja simpan untuk berbuka puasa.Jus tembikai ni saya kisar buah tembikai segar bersama sedikit gula dan air.Letak pula potongan kecil buah tembikai dan juga air kelapa laut.Nak bagi lebih beraroma letak beberapa helai daun pudina..Memang terangkat kening la minum ketika berbuka.Kalau korang tak ada air kelapa laut, boleh gantikan dengan laici atau longan.Tapi citarasa saya air kelapa laut lebih sedap
Bahan simple sahaja, cubalah memang sungguh menyegarkan.

JUS TEMBIKAI ISTIMEWA
By Malina lina pg  http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1/4 biji buah tembikai
Air kelapa laut dalam tin (lina pg brand TC Boy)
2 sudu besar gula (optional)
2 cawan air
Air batu/kiub ais
Daun pudina

Cara-Cara
  1. Separuh buah tembikai dikisar bersama gula dan air.
  2. Separuh lagi buah tembikai didadu kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/jug.
  3. Masukkan air kelapa laut dan tuangkan jus tembikai yang dikisar tadi.
  4. Masukkan ais dan daun pudina.
  5. Jus tembikai sedia dihidang.Selamat Mencuba

Monday, May 18, 2020

Cara Buat Nasi Beriani Paling Simple Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Hai semua, hari ini saya nak kongsikan resepi nasi beriani.Selalunya pada hari raya atau jamuan open house saya akan sediakan nasi beriani untuk keluarga.Dah banyak saya ulang siar resepi nasi beriani dalam blog TMK ini.Ada pelbagai jenis juga nasi beriani yang saya kongsikan ada yang kosong dan juga nasi beriani ayam, nasi beriani kambing dan lain lain.Kali ini buat lagi dan saya sediakan video tutorial di youtube channel.Resepi nasi biryani paling simple ini sengaja saya buat kosong sahaja tanpa masukkan sebarang lauk (ayam atau apa2)cuma nasi sahaja.Memang niat saya supaya nasi beriani nampak simple mudah dan straight forward.Niat hanya satu, pada musim perayaan kali ini ramai adik2 dan kawan2 di luar sana yang terpaksa beraya di rumah masing2 kerana tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.Walaupun kita masih lagi dalam KPK/PKPB tapi raya tetap raya.Nak tak nak pagi raya mesti ada juga hidangan istimewa untuk santapan keluarga tersayang.Walaupun covid19 kita masih belum menang tetapi kemenangan berpuasa di bulan ramadan patut kita raikan pada 1 Syawal dengan bersederhana.Kami sekeluarga pun simple sahaja, baju raya pun pakai jer yang mana ada, memang tak la nak keluar ke mall untuk membeli baju raya.Duduk di rumah adalah yang terbaik buat masa ini.
Okey sebelum tu saya nak bagitau, saya dah upload beberapa resepi biskut raya di youtube.Kalau korang belum ada idea nak buat biskut apa, boleh terus tonton di youtube okey.Sebenarnya masih banyak n3 tertangguh ni.Tak tahulah sempat habis ke tak nak buat posting dalam  blog.Kalau mengikut baki puasa yang tak berapa hari ni dengan jumlah video di youtube macam tak sempat nak habiskan.
Memang simple habis nasi beriani.Saya guna apa yang ada dalam peti ais jer.Alhamdulillah tetap sedap dan meraih tonton yang sangat menggalakan di youtube.Resepi nasi briyani ni saya masak guna rice cooker jer.Masak terus dalam rice cooker tanpa perlu pindah/transfer sana sini.Senang kan, dah siap tumis..masuk semua tunggu jer KEEP WARM.Harapan saya semoga video dan perkongsian ini dapat membantu adik2 yang baru berjinak2 memasak nasi beriani.Kalau buat yang complicated rasanya ramai yang takut nak mencubanya.

NASI BERIAN SIMPLE. MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
4 cawan beras basmati (cuci,rendam selama 30min dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair/susu segar
1 paket rempah beriani (50g)jadikan pes
1 labu bawang besar (kisar)
2 helai daun pandan
1 sudu besar sos tomato
1 kiub ayam (atau garam secukupnya)
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga)
Daun pudina/ketumbar
Gajus dan kismis
Minyak dan minyak sapi/mentega
Pewarna oren/kuning

Cara Cara
  1. Panas sedikit minyak ke dalam rice cooker,kemudian masukkan minyak sapi atau butter.
  2. Tumis 4 sekawan,daun pandan dan masukkan bawang kisar.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
  3. Masukkan pes beriani dan tumis sekejap.kemudian masukkan sos tomato (boleh guna tomato segar yang didadu/cincang).Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras basmati dan gaulkan dalam rempah tumisan.Apabila semua telah sebati dan mesra dengan tumisan masukkan air (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
  5. Masukkan susu cair dan kiub ayam,kacaukan nasi supaya sebati.
  6. Tutup periuk dan masak seperti biasa.Setelah rice cooker KEEP WARN, buat beberap lubang dan titiskan pewarna kuning/oren supaya nasi lebih menyerlah.
  7. Taburkan gajus dan kismis dan masukkan daun pudina/ketumbar.Tutup periuk dan biarkan KEEP WARM selama lebih kurang 8-10min.
  8. Selepas tu gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Nasi beriani sedia dihidang.

Sunday, May 17, 2020

Roti Canai Sedap Dan Mudah Rangup Di Luar Lembut Di Dalam (Resepi Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Dalam kita tidak sedar, sepanjang PKP ini banyak hikmahnya.Kalau sebelum ni kita sudah terbiasa dengan hanya membeli roti canai di kedai mamak atau gerai2 sahaja.Tapi bila semuanya ditutup, kita semua mengambil inisiatif untuk membuatnya sendiri.Hebat kan dari hanya tau makan, sekarang ni ramai yang sudah pandai membuat roti canai sendiri.Saya sendiri langsung tidak menyangka yang saya akan gigih membuat roti canai.Selalunya yang terlintas dalam kepala saya, cuma mereka yang berada di luar negara sahaja yang akan gigih membuat roti canai homemade bila mereka teringin nak makan roti canai.Siapa sangka rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia juga membuat roti canai sendiri.Itulah hikmah PKP dari langsung tidak ambil tahu cara pembuatan roti canai, akhirnya ramai yang pandai menyediakan roti canai sendiri.Alhamdulillah perkongsian saya di youtube mendapat sambutan yang menggalakan.Saya lebih suka tektur roti canai melayu iaitu rangup di luar dan lembut boleh ditarik berlapis lapis di bahagian dalam.Selalunya kalau roti canai mamak tekturnya liat2 dan sedikit kenyal.Paling best resepi yang saya kongsikan ini rasanya tetap garing dan rangup walaupun telah sejuk
Okey jom kita semak resepi roti canai lina pg ni.
sedap tau..nanti cuba okey
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
3 cawan tepung gandum
1  sudu besar majerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
Air sejuk secukupnya

Cara Cara
  1. Dalam mangkuk besar, satukan majerin, susu, gula dan kacau sebati.Masukkan telur dan kacau guna hand whisk hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan (untuk panduan jumlah air yang lina pg gunakan anggaran 150ml)
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 10min.
  5. Selepas 10min uli semula doh (lina pg uli sekejap jer anggaran 2-3min sahaja)
  6. Tutup semula doh dan rehatkan selama 5min.Kalau rajin boleh ulang uli.
  7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan (buat rounding)
  8. Sapukan bekas dengan majerin dan sapukan bebola doh tadi dengan majerin, rehatkan doh (dalam bekas tertutup) selama sekurang-kurangnya 4jam atau semalaman.
  9. Kemudian bolehlah dicanai mengikut kreativiti masing masing.Goreng roti canai dengan api kecil hingga kuning keemasan.
  10. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Saturday, May 16, 2020

Kuih Cucur Jawa Paling Mudah dan Sedap Elok Menjadi Cucur Topi Berompol Ala Topi Mexico

Assalamualaikum...
Hai semua suka makan kuih cucur jawa tak?Kuih cucur jawa ni mempunyai banyak nama mengikut negeri.Kalau di Kelantan Kuih Cucur Jawa dikenali sebagai Kuih Topi ianya berwarna putih keran menggunakan gula putih atau gula pasir.Berlainan pulak kalau di negeri utara ianya bewarna keperangan dan terendak topinya berompol rompol dan sedikit berteping.Di utara dan negeri lain kuih cucur jawa dibuat menggunakan gula merah dan dicampur gula pasir.Kalau di Sabah pula ia dikenali sebagai kuih panyaram atau penjaram.Banyak betul nama kuih ni kan?Walau apa pun namanya, ianya tetap sedap dimakan.Kalau kena teknik membuat dan cara gorengan yang betul, insyaaAllah kuih ni akan canti berompol rompol.Cuma kena sabar siket untuk perap selama 3-4 jam.Untuk teknik menggoreng, kuih cucur topi mestilah digoreng sebiji sebiji memang kena banyak bersabar la sebab tak boleh goreng banyak banyak sekaligus.Kuali pulak mestilah menggunakan kuali lagend iaitu kuali yang berlekuk.Kalau guna kuali flat yang moden2 tu memang tak akan menjadilah kuih UFO kita ni.Bahan bahan untuk membuat kuih cucur topi ini sangat mudah dan tak banyak bahan pun.Okey jom kita semak resepi kuih cucur jawa ni.Alhamdulillah perkongsian saya di youtube mendapat sambutan yang sangat menggalakan.Ramai kawan2 dri FB dan IG telah berjaya membuat kuih ni dan ramai juga dikalangan follower yang bagi feedback mereka telah berjaya buat..Alhamdulillah.
Nanti cubalah buat untuk buka puasa ya...walaupun kuih cucur jawa ni saya buat mas cuti sekolah lagi haha...
KUIH CUCUR JAWA MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/gula perang
sedikit garam
Minyak

Cara Cara
  1. Satukan air, gula dan garam ke dalam bekas.Kacau hingga gula dan garam larut.Tapiskan.
  2. Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk yang besar.Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil adun/kacau hingga sebati dan nampak licin.
  3. Apabila nampak buih2 kecil di permukaan, adunan telah menjadi.Tapiskan adunan dan perap selama 3-4jam dalam bekas tertutup.
  4. Setelah 4jam diperap, kelihatan buih2 timbul di permukaan.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.Kena uji konsistensi.Kalau nampak pekat tambah sedikit air sebelum mula menggoreng.Refer ke video
  5. Panaskan minyak, senduk adunan dan goreng sambil simbah2 minyak ke atas kuih.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.Selamat mencuba
  6. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY

Friday, May 15, 2020

Keropok Lekor Maggi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Pernah makan keropok lekor maggi tak?Sedap tau tambahan pula kalau makan panas2 cicah sos cili dan mayonis memang sedap.Kalau bulan puasa ni, buat makan2 lepas teraweh memang sesuai sangat lah untuk kudapan.Masa PKP ni kita kena kreatif siketlah selalunya kalau nak mengunyah atau nak makan sesuatu boleh jer singgah kat gerai atau beli kat mana2...tapi musim covid19 ni kenalah jaga diri sendiri.Baiklah kekal duduk di rumah sahaja.
Okey berbalik kepada keropok lekor maggi ni sebenarnya dah banyak saya ulang buat tapi itulah n3 kat blog tak terbuat jugak.Sekarang ni saya cuba usaha untuk habiskan n3 sebab ada biskut raya dan pelbagai resepi yang saya telah upload di youtube tapi masih banyak yang belum di upload dalam blog TMK ni.
Keropok lekor maggi ni rasanya lembut dan tidak liat, kira tak sakit gigit nak mengunyah, sangat mudah dan berbaloi sebab anak2 suka sangat.Sampai buat stok frozen.
Okey untuk membuat keropok lekor frozen, caranya ialah selepas rebus, kita biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian susun dalam bekas/tupperware atau masukkan sahaja ke dalam plastik.Kalau setakat nak simpan 2-3hari letak sahaja di bahagian chiller.Kalau nak simpan lebih lama letak sahaja di bahagian sejuk beku.Bila nak makan, keluarkam dan biarkan pada suhu bilik, terus potong dan goreng.Senangkan?
Dah panjang menaip ni, jom kita semak resepi keropok lekor maggi.Resepi ni saya sediakan video tutorial di youtube juga, nanti boleh refer ke youtube untuk lebih mudah faham
Menarik kan?siapa sangka dari maggi boleh di'transform' menjadi keropok lekor yang enak dan sangat menyelerakan.Jom cuba

KEROPOK LEKOR MAGGI
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 pek maggi (rebus dan toskan)
1 biji telur
7 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung gandum
Minyak

Cara Cara
  1. Masukkan maggi yang telah direbus ke dalam pengisar, masukkan perencah maggi dan telur.Kisar hingga hancur.
  2. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum.Uli hingga menjadi doh.Jika doh masih lembek, biarkan sahaja tak perlu tambah tepung.
  4. Untuk membentuk keropok lekor, basahkan tangan degan sedikit minyak dan ambil doh, gentel memanjang seperti keropok lekor/keropok losong.Panjang anggaran satu jengkal.
  5. Didihkan air dan rebus doh.Apabila doh terapung, bolehlah diangkat.
  6. Sekiranya mahu membuat frozen setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais atau peti sejuk beku.
  7. Sekiranya mahu terus dimakan, potong keropok lekor mengikut kreativiti dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Keropok lekor maggi sedia dihidang.
  8. Untuk menonton video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah.Selamat Mencuba

Thursday, May 14, 2020

Cara Buat Kuih Lopes yang Sedap Tanpa Daun Pisang Dan Teknik Membentuk Kuih Lopes Paling Senang

Assalamualaikum...
Bila tiba bulan puasa, mesti ramai yang tercari cari kuih lopes.Kuih lopes memang menjadi kegemaran ramai apabila berbuka puasa.Rasa kuihnya yang sedikit kenyal dan lemak2 dengan salutan kelapa parut dicurah pula sirap gula melaka yang pekat sememangnya memikat selera ketika berbuka.Resepi kuih lopes ni saya buat semasa awal PKP lagi.
Saya adaptasi tadi cara arwah bonda kukus pulut iaitu teknik arun dengan air panas.Rasa kuih lopes sedikit kenyal dan masih sebiji sebiji membuatkan ianya bertambah sedap.Sebelum ni saya pernah menggunakan teknik kukus dalam loyang , cara kukus dalam loyang memang lebih mudah tapi hasilnya sedikit lembek dan agak benyai.Boleh tengok resepi kat SINI 
Untuk kaedah kukus dan arun ni saya sangat berpuas hati.Teknik ni sangat sesuai bagi mereka yang sukar mendapatkan daun pisang.Untuk pengetahuan semua, cara tradisional membuat kuih lopes ialah setelah beras pulut direndam kemudian ditoskan, pulut dibalut dengan daun pisang atau daun buluh.Cara balutan juga ada pelbagai, ada yang balut secara memanjang macam lemang, ada juga yang balut bentuk segitiga dan diikat kemas dengan tali rafia.Kaedah memasak kuih lopes juga pelbagai iaitu ada yang merebus selama 2-3jam dan ada juga menggunakan teknik mengukus.
Okey berbalik kepada teknik kukus dan arun yang saya buat ni, masa menyediakan kuih lopes juga adalah singkat.Ianya berjaya disiapkan dalam mas hanya 35min sahaja (tidak termasuk masa merendam beras pulut)Mudah kan.
Resepi kuh lopes ini saya sediakan video tutorial di youtube sana..sudah hampir sebulan di youtube..alhamdulillah video kuih lopes ini mendapat view yang agak tinggi.Okey jom kita semak resepi dan cara membuat kuih lopes yang sedap dan sangat mudah.
 Kuih Lopes kenalah makan dengan sirap gula melaka yang pekat melekat macam ni barulah padu.Kalau air gula melaka tu 'ceroi' atau cair memang kurang sedap sebab tak 'berpalut' orang Penang kata
Petang ni bolehlah cuba ya..senang sangat.Tak payah susah2 nak balut daun pisang.

RESEPI KUIH LOPES MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (untuk rendam pulut)
2 cawan beras pulut
Air pandan (kisar 18 helai daun pandan dengan air)
Air secukupnya
1/2 cawan air kapur
Pewarna hijau

Bahan B (untuk kukus pulut)
Beras pulut (dari A)
Air panas secukupnya (anggaran 1 cawan)
Daun pandan
2 sudu besar minyak

Cara:
Satukan semua dan masak hingga agak likat kemudian tapiskan.

Bahan C (sirap gula melaka)
3 keping gula nisan/gula melaka/nisan kerek (180g)
1 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 cawan air

Bahan D
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
  • Cara:Satukan kelapa parut dan garam, kukus selama 5min atau masukkan dalam microwave supaya kelapa lambat masam/basi.


Cara-Cara
  1. Bahagian A.Beras pulut dicuci bersih dan rendam dalam dalam pandan, air kapur dan pewarna hijau, tambah air secukupnya hingga melebihi paras beras.Rendam selama 2jam.Kemudian toskan.
  2. Bahagian B.Panaskan air dalam pengukus, lina pg kukus guna rice cooker.Alaskan pengukus dengan pisang (jika ada)supaya beras pulut tak bolos/jatuh ke bawah.
  3. Masukkan beras pulut, buat lubang di bahagian tengah supaya wap dapat naik dan pulut masak sekata.Refer video tutorial.
  4. Kukus selama 8-10min sahaja.Kemudian buka pengukus dan siram pulut dengan air panas, sambil arun/kaub balik.Air panas saya guna anggaran 1/2 cawan.
  5. Kemudian sambung kukus 8min lagi.Arun kali kedua dengan 1/2 cawan air panas.Lina pg arun terus atas dapur jer, memang senang.
  6. Akhir sekali arun dengan minyak masak, ini tips supaya pulut lebih lembut dan cantik berkilat.Kemudian kukus selama 5min.
  7. Angkat dan bolehlah dibentuk
  8. Cara saya membentuk kuih lopes sangat simple saya gunakan cup dadih sahaja.Masukkan pulut anggaran 2sudu besar dan tekan dengan cup satu lagi.Buat kemasan dan salut dengan kelapa parut.

Saya permudahkan kat sini
1)Kukus pulut 8-10min.Arun dengan air panas 1/2 cawan.
2)Sambung kukus 8-10min lagi,arun kali kedua dengan 1/2 cawan air panas.Kukus 8-10min.
3)Akhir sekali arun dengan minyak, kukus 5min.
4)Total masa mengukus anggaran 30min sahaja.Senang kan.
Note:
Untuk arun tak perlu keluarkan pulut dari pengukus, terus tuang air panas dalam pengukus.Sambil kaub balik.Jadinya proses sambil on going jer.Mudah kan?
Tujuan air kapur, memberi tektur kuih yang kenyal dan agak pejal tidak mudah patah.Hasilnya pulut kekal sebiji sebiji cantik dan sangat lembut.
Tujuan meletakkan minyak, minyak menjadikan kuih lopes berkilat dan lembut.
Untuk lebih jelas, sila tonton video tutorial di youtube lina pg, klik butang PLAY paparan di bawah.Selamat Mencuba

Wednesday, May 13, 2020

Cara Buat Sambal Telur Pecah | Idea Berbuka Atau Bersahur Ringkas

Assalamualaikum...
Hai semua, hari ni saya nak share resepi sambal telur pecah.Sambal telur ni diinspirasikan dari sambal telur pecah serangkak.Sesuai untuk bersahur bagi mereka yang sukakan lauk simple tambahan di hujung ramadan, kita pun makin sibuk dengan persiapan nak menyambut hari raya.Walaupun tahun ini sambutan hari raya sangat simple tapi raya tetap raya kan?Juadah raya tetap kena sediakan tak kanlah kita nak makan nasi kandar pulak pagi raya, mestilah kena masak sesuatu...Jadi sambal telur ini bolehlah dibuat untuk juadah berbuka yang ringkas.
Okey tanpa buang masa ,kita terus semak resepi sambal telur pecah (Sorry tau tak ada idea ak mengarang)
simple jer, tapi makan dengan nasi panas memang sedap.Ada pulak sup kosong lagi padu.Resepi telur pecah ni saya sediakan video tutorial di youtube channel

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH MUDAH DAN SEDAP
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
  • 4 biji telur
  • Sedikit isi ayam dadu (lina pg guna 1 ketul dada ayam)
  • 1 labu bawag besar holland (dadu kecil/cincang)
  • 1 biji tomato buang biji (dadu/cincang)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • cili padi/cili merah dan daun bawang
  • serbuk lada putih
  • minyak masak
Cara Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga sediit layu (tak perlu garing) 
  2. kemudian masukkan tomato, tumis sekejap hingga tomato layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam (kalau nak guna sosej atau jejari ketam pun boleh).Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram.
  5. Kacau dan biarkan hingga ayam masak.
  6. kemudian pecahkan telur satu persatu ke atas ayam,jarakkan telur antara satu sama lain.Taburkan serbuk lada putih ke atas telur.Tutup periuk/kuali dan biarkan telur membeku sedikit.
  7. Setelah telur hampir masak, taburkan hirisan cili dan juga daun bawang (dalam video saya tidak ada stok daun bawang)
  8. Tutup periuk sekejap dan biarkan telur betul2 set (terpulang citarasa nak masak sepenuhnya atau suka telur yang lembut goyang2)
  9. Tutup api dan sambal telur pecah telah sedia dihidang.Selamat mencuba.
  10. untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Tuesday, May 12, 2020

Rahsia Nasi Goreng Kampung Lebih sedap Ala Gerai Thai

Assalamualaikum....
Hai semua, saya sedang berusaha untuk habiskan n3 banyak yang tertangguh.Okey hari ni saya nak share resepi nasi goreng kampung yang sangat simple tapi rasanya sungguh sedap ala gerai thai la.Kalau kita makan nasi goreng kat kedai nasi tu 'berasa' iaitu tidak rasa kosong, macam masuklah garam dalam nasi tu kan?
Jom kita selongkar trick nak buat nasi goreng lebih padu.Nasi goreng jenis apa pun tak kisah, tricknya tetap sama iatu..gaulkan nasi dengan kiub ikan bilis atau garam.Nasi akan lebih mesra dan lebih rasa sedap.Simple kan...tapi memberi rasa yang lebih padu.Ianya tidak sama dengan kita taburkan garam semasa menggoreng.
Resepi nasi goreng kampung ni saya sediakan video tutorial di youtube, nanti boleh refer ke sana untuk lebih senang faham.Kalau ada yang jemu bersahur dengan nasi putih dan lauk pauk, bolehlah cuba nasi goreng kampung pulak.Makan panas2 ada pulak telur mata dan sambal belacan memang boleh bertambahlah.
simple jer..sedikit isi ayam,ikan bilis dan telur mata...

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan 
  • sedikit belacan *
  • 7 biji cili padi hijau*
  • 3 biji cili padi merah (yang ni lina pg buang biji)*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 genggam ikan bilis (ambil separuh tumbuk)* 
  • 3-4 cawan nasi sejuk
  • 1 kiub ikan bilis
  • isi ayam didadu kecil
  • 1 sb kicap cair (atau sos ikan)
  • Sayur kangkung
  • Garam (jika perlu)

Cara Cara
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *.Ketepikan sebentar.
  2. Nasi sejuk digaul bersama kiub ikan bilis.Ketepikan.
  3. Panaskan minyak goreng ikan bilis (baki dari yang ditumbuk tadi).Goreng hingga garing angkat dan toskan.Ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis
  5. Tumis bahan tumbuk hingga garing kemudian masukkan isi ayam kacau sebentar.Masukkan sedikit air supaya ayam cepat masak.
  6. Masukkan kicap cair dan batang kangkung.Kacau sebentar supaya batang kangkung layu.
  7. kemudian masukkan nasi dan juga sayur kangkung (bahagian daun)
  8. Gaul rata dan akhir sekali masukkan sedikit garam.Rasa dulu baru masukkan garam.Tutup api.
  9. Nasi goreng kampung sedia dihidang.Taburkan gorengan ikan bilis semasa menghidang.Selamat mencuba.
  10. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

Monday, May 11, 2020

Jejari Roti Rangup Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...
Kalau ada roti yang nak expired maklumlah puasa2 ni memang kadang tak termakan pun roti.Kalau nak buat puding atau agar2 pun kadang rasa jemu jugak kan?Apakata buat jejari roti rangup ni, sedap juga buat kudap2 lepas teraweh yu sambil tengok.Makan panas2 cicah dengan sos cili dan mayonis memang sedap.Okey tanpa buang masa jom kita semak resepi.
memang simple hanya guna 2 bahan sahaja.Saya guna tepung goreng adabi yang free jer ni.hadiah jaman bila tak tahulah.Ada kat rumah guna jer la kan?Kalau nak guna tepung bistari pun boleh.

JEJARI ROTI RANGUP MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
  • 5 keping roti (atau secukupnya)
  • Tepung goreng ayam
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara Cara
  1. Roti dipotong bentuk jejari.Ketepikan.
  2. Bancuh tepung goreng ayam dengan sedikit air.Tinggal separuh untuk menyalut roti.
  3. Celup roti dengan bancuhan tepung tadi.
  4. Kemudian salut dengan tepung goreng ayam.
  5. Goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  6. Jejari roti rangup sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.
  7. Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah

Thursday, May 7, 2020

Resepi Kuih Talam Tokyo Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran.Hajat hati nak siapkan n3 setiap hari, tapi rupanya hanya angan2 memang tak menang tangan untuk update setiap hari.Selamat bercuti hari Wesak kepada semua.Saya ni sejak PKP jangan kata public holiday kadang2 hari pun boleh terlupa haha..maklumlah dok kat rumah jer.
Okeylah hari ni saya nak kongsikan resepi kuih talam tokyo.Secara jujurnya resepi kuih talam tokyo ni memang langsung tak masuk dalam wishlist saya, tapi disebabkan ada permintaan dari follower youtube, giguh jugaklah buat.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Tapi secara personal saya lebih memilih kuih serimuka berbanding talam tokyo ni.Kiranya kuih ni sebagai alternatif bagi mereka yang alah atau tak boleh makan pulut kerana bahagian bawah kuih talam tokyo ni adalah sagu, kelapa parut dan juga suhun.Ada yang tanya boleh ganti dengan bihun...saya tak boleh nak jawab.Apa yang pasti kalau kita baru pertama kali mahu mencuba sesuatu resepi yang baru, ikutlah resepi yang diberi baru kita tahu rasa dan tektur yang sebenar.Jangan mendurhaka untuk pertama kali.
Okey jom kita semak resepi kuih talam tokyo.Saya juga ada sediakan video tutorial di youtube
Bahagian bawah tu kalau nak buat putih suci pun boleh, saya letak pewarna pink siket supaya nak bagi kelainan dari serimuka
 Bahagian atas kuih talam tokyo ni lebih lembut dan tekturnya goyang2 siket berbanding serimuka.Kalau nak guna resepi bahagian atas serimuka pun boleh, tak ada masalah dan lebih mudah sebab guna tepung gandum jer.Talam tokyo ni ada campuran tepung
RESEPI KUIH TALAM TOKYO MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Lapisan bawah
1 cawan sagu mutiara 
1 cawan kelapa parut 
1 ikat suun (25g) 
2 cawan santan 
Sedikit garam

lapisan atas 
2 cawan santan 
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung kastad 
3/4 cawan gula 
4 biji telur 
1 cawan air 
sedikit garam 
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara
  1. Rendam sagu dalam air selama 20min.Kemudian toskan.Asingkan sedikit sagu dan letakkan pewarna.Ini option jer.
  2. Rendam dalam air selama 20min.Kemudian toskan dan gunting2 supaya pendek.
  3. Satukan santan dan garam dalam bekas.Kacau sebentar supaya garam larut.
  4. Dalam mangkuk yang besar, satukan sagu, suhun, kelapa parut dan curahkan santan cair.Kacau supaya rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan plastik.Kukus selama 20-25min (hingga masak)
  6. Sementara tunggu sagu masak, jom buat bahagian atas.
  7. Satukan semua bahan ke dalam blender, kemudian kisar.Boleh juga kalau nak kacau guna tangan.
  8. kemudian tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.Ketepikan sebentar.
  9. Apabila sagu telah masak, tekan padat sagu dan cakar2 permukaan supaya lapisan atas dapat melekat dengan kemas.
  10. Kemudian tuang lapisan kastad tadi ke atas sagu.Tutup dengan aluminium untuk elakkan air menitik.
  11. Kukus semula selama 45min (atau hingga masak)
  12. Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.
  13. Selamat Mencuba.Untuk video tutorila, sila klik paparan di bawah.

Monday, May 4, 2020

Kuih Bakar Pandan Super Lembut Dan Sangat Sedap

Assalamualaikum...
Dah ada idea untuk buat kuih berbuka?apa kata petang ni buat kuih bakar atau bingka pandan.Sebenarnya saya suka kuih bakar yang garing dan berkerak tapi pelbagai kejadian behind the scene masa saya siapkan bengkang ni.Dah la rekod buat video mencabar betul hahaa..Pada awalnya saya buat 2 bekas satunya menggunakan acuan kuih bakar kemboja dan bakinya saya masukkan ke dalam loyang.Masa bakar yang dalam acuan kemboja tu rasa lama sangat menunggu nak masak, apalagi saya keluarkan oven satu lagi nak bagi cepat bakar pulak dalam loyang...baru On beberapa minit tak dan 10minit tiba2 black out pulak.Ingatkan power trip tunggu tengok rumah jiran ada current ke tak?Lift pun macam tak berapa dengan generator, kita pun check la ELCB hurmm rupanya rumah sendiri yang trip adoi la...dah terbantut kuih bakar dalam oven.Continue bakar guna 1 oven jer..dah siap versi acuan kemboja terus potong bagi anak2 makan...tak sempat nak posing.Lepas tu bakar pulak yang dalam loyang.Yang ni pun asal masak jer terus OFF memang tak bertangguh dah la nak bagi garing2 sebab dah lama sangat shoot huhu..Dengan nak snap gambar lagi nak siapkan keje2 lain lagi.Begitulah cerita disebalik kuih bakar ni.Walaupun pelbagai kejadian yang berlaku tapi puas hati dengan hasilnya kuih ni sangat lembut dan sedap.Maisarah yang cerewet pun boleh makan berketul2 tapi bijan kat atas tu abes dia buang hahaa...Kuih bengkang ni dah ramai juga yang mencubanya selepas saya share di youtube.
Okey kalau korang nak cuba buat kuih bakar ni, saya nak bagitau adunan kuih ni memang cair dan jangan memandai tambah tepung ya nanti hasilnya tidak akan sama seperti dalam gambar.Kalau adunan pekat kuih akan keras dan jadi macam typical bengkang yang jual kat tepi jalan tu.Yang ni memang sangat lembut dan saya yakin korang pasti jatuh cinta dengan tekturnya.Penting untuk tidak mendurhaka resepi.
Memang sedap sangat, harus cuba
KUIH BAKAR PANDAN MUDAH DAN SEDAP
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan santan
1 cawan air pandan
1 cawan + 2sb tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 sb majerin
3 bii telur gred B
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender (kecuali bijan) kisar halus.
  2. Tuang ke dalam loyang 7x7 in yang disapu dengan minyak/majerin.Tabur bijan
  3. Bakar selama 1 jam suhu 160'c (suhu bergantung kepada kapasiti oven masing2)
  4. Setelah kuih masak,biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.Selamat mencuba
  5. Untuk resepi sukatan gram dan video tutorial sila ke youtube channel lina pg

Saturday, May 2, 2020

Cara Buat Puding Karamel Mudah Dan Sedap 3 Bahan Sahaja

Assalamualaikum...
Dah seminggu kita semua berpuasa, antara menu kegemaran ramai di bulan puasa ialah puding karamel.Memandangkan tahun ini tiada bazar ramadan, apa kata kita sendiri jer puding karamel ni.Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi puding karamel, kali ini ada kelainan sedikit kerana resepi puding ini tidak menggunakan susu pekat manis.Ini adalah permintaan dari follower youtube yang berada di luar negara yang sukar mendapatakn susu pekat manis.Katanya kebanyakan puding karamel menggunakan campuran gula dan susu pekat.Saya cuba usahakan supaya beliau dapat menikmati puding karamel di bulan puasa ini.Sebenarnya puding karamel ni dah lama saya post di youtube (sebelum ramadan dan sebelum PKP lagi)Macam biasalah selalunya akan ambil masa yang agak lama untuk update dalam blog.
Okey om kita semak resepi puding telur yang sangat simple ni...hanya 3 bahan sahaja.
simple sahaja bahan iaitu telur, gula dan susu cair
RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Gula Hangus/Karamel 
1/2 cawan gula 
4-5 sudu besar air 

Bahan Puding 
5 biji telur gred B 
1/2 cawan gula 
1 tin susu cair 
1 sudu kecil esen vanila

Cara-Cara
  1. Mula mula buat gula karamel dahulu.Masukkan gula ke dalam periuk kecil dan masukkan air.
  2. Biarkan gula mencair hingga keperangan,guna api kecil sahaja.Jangan lama sangat takut nanti pahit, cukup sekadar golden brown je.
  3. Tuang gula karamel ke dalam loyang atau bekas tahan panas.lina Pg guna ramekin.ketepikan sebentar.
  4. Satukan telur,gula susu cair dan esen vanila.Kacau dengan perlahan supaya puding cantik dan mulus.
  5. Tapiskan ke dalam acuan/loyang tadi.Tutup dengan aluminium untuk mengelakkan air menitik ke atas puding.Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain.Kukus selama 25-30min (hingga masak)Sejukkan terlebih dahulu, kemudian simpan dalam peti ais selama 4jam/semalaman.
  6. Terbalikkan puding dan sedia dihidang.Selamat mencuba.
  7. Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...