Terima Kasih 100K SUBSCRIBER YouTube Malina Lina Pg

By LiNa_Pg - Friday, October 02, 2020

 Assalamualaikum...

Dah lama tak update kat sini.Pagi ni hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Mutiara.Terasa sejuk nyaman.....Macam tarik selimut jer hehee.Tapi memandangkan hari Jumaat dak sarah balik awal dari sekolah, kenalah siapkan apa yang patut lebih awal dari biasa.

Okey hari ni saya bukan nak share resepi tapi nak kongsikan kegembiraan, nak bagitau youtube channel lina pg dah mencapai 100K subscriber.Ya Allah terasa macam mimpi pulak.Tak sangka youtube kampungan tu dah berjaya mendapat 100K subscriber.Alhamdulillah...Terima kasih semua yang sentiasa menyokong.Kalau korang buntu tak tahu nak masak apa, boleh terus jer ke youtube lina pg okey.InsyaaAllah kat sana akan sentiasa ada video-video terbaru setiap minggu.Hari ini kalau sempat siap edit voice over, saya akan publish satu video.Editing dah siap cuma nak masukkan voice over jer.

Bagi yang belum subscribe, Jom support youtube channel lina pg

https://youtube.com/c/LiNaPgTeratakMutiaraKasih

Senang jer tau nak melanggan, sign in guna google account jer, Macam buat fb tu.Lepas tu subscribe.Jangan Lupa PERCUMA jer



  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah Lina. Berbaloi usaha selama ini. Kak Amie tumpang bangga.Moga terus maju.

    ReplyDelete
  2. @Amie
    Alhamdulillah terima kasih kak amie..
    Rasa macam tak percaya pun ada jugak..Maklumlah kite ni youtuber kampungan dan blogger picisan jer

    ReplyDelete