Alhamdulillah...Akhirnya Silver Play Button Berjaya Dimiliki YouTube Malina Lina Pg

By LiNa_Pg - Tuesday, November 03, 2020

 Assalamualaikum...

Hari ini nak berkongsi sedikit cerita mengenai youtube.Sebelum ini saya pernah berkongsi cerita mengenai youtube channel saya yang telah mencapai 100K subscribers.Alhamdulillah syukur.Sebagai content creator untuk mencapai ke tahap sekarang ni memerlukan semangat nan jitu.Pelbagai cabaran untuk capai ke tahap sekarang.Saya bermula dari zero dan belajar serba sedikit tanpa bimbingan dari sesiapa.

Setelah mencapai 100k subscriber, perkara yang paling diimpikan oleh content creator ialah award atau pengiktirafan dari youtube iaitu Silver Play Button.Saya nak bercerita sedikit proses mendapatkan award plate ini sangat mudah dan berjalan dengan lancar.Ya Allah syukur sesungguhnya Allah memudahkan jalannya.Setelah youtube channel saya mencapai 100k, saya cuma tunggu lebih kurang 10 hari sahaja untuk claim code.Pihak youtube sangat pantas bertindak, selepas membuat tinjaun dan channel saya layak mendapat award, terus dapat code untuk redeem silver play button.Setelah selesai semuanya, saya cuma tunggu award sampai sahaja.Oh ya award ini di hantar dari US jadi ia mengambil masa lebih kurang 2minggu untuk sampai ke Malaysia.

Bila saya buat carian di youtube tengok ada juga sesetengah channel yang terpaksa menuggu lama untuk mendapatkan code silver play button, ada yang terpaksa tunggu bertahun jugak la...Terus rasa terharu bila proses saya mendapat award ini sangat lancar.

Bangga jugaklah bila nama sendiri terpampang di silver plate tu hehee.Rasa penat lelah selama ini berbaloi

Kalau nak tengok video unboxing, boleh klik paparan di bawah

Okey sekian dulu buat kali ni.Lain kali kita update resepi pulak.Banyakkkkk lagi resepi menarik yang tak sempat nak share kat sini.Lebih senang kalau korang subscribe youtube sebab setiap minggu ada video terbaru

  • Share:

You Might Also Like

4 comments