20hb Jan 2021 - Hari Pertama Seisi Persekolahan Secara PdPR PKP 2.0

By LiNa_Pg - Wednesday, January 20, 2021

 Assalamualaikum...

Hai semua hari ni anak-anak dah mula bersekolah.Bagi saya sekolah online ni membuatkan mak-mak bertambah sibuk sebenarnya berbanding dengan hantar ke sekolah dan tunggu hingga tamat waktu persekolahan.Walaupun tak perlu terkejar-kejar bersiap untuk hantar dan ambil anak dari sekolah tapi tugasan anak-anak tu mak dan mamalah yang kena tengok-tengokkan.Kalau dak maisarah ni waktu belajar okey lah tapi bila kuiz ke apa mulanya panggil talian hayat hahaa...Maka mamanya kenalah 'sekolah' sekali dengan dia.Time tu nak buat apa pun tak boleh hinggalah tugasan tu selamat 'SUMBIT' lagi pening kepala sebab silibus zaman ni membuatkan si mama pun stress.Jenuh buka buku teks untuk faham dulu sebelum boleh ajar/explain dengan si anak.Tahun 2021 ni lagi mencabar sebab buku teks pun tak sempat diambil dari sekolah, bukan buku teks jer tau buku tulis pun tak sempat nak beli.Koperasi sekolah baru buka sehari lepas tu tutup sebab PKP dah hades...Mujurlah baju, kasut semua sempat jugaklah beli sepasang (konon nak pakai serba baru di hari pertama seisi persekolahan.

Semalam cikgu ada hantar link untuk downlond buku teks.Maka terkial-kial kami anak beranak buka link, mula-mula salah masuk sebab log in menggunakan gmail rupanya kena guna user name yang pihak sekolah bagi.Begitulah kan kalau benda baru ni mestilah kurang arif.Walau bagaimanapun Alhamdulillah dapat jugaklah downlond buku teks tu

Semoga kita semua dapat biasakan diri dengan normal baru ini dan sama-sama kita doakan semoga covid19 berlalu pergi.Kalau keluar rumah jangan lupa pakai mask tau dan jaga jarak.Kita jaga kita.Semoga kita semua dijauhkan dari wabak penyakit yang merbahaya ini.Tidak nampak pada mata kasar tapi kesannya cukup memudaratkan kesihatan.

Sekian bebelan hari ni, pada asalnya nak buat n3 resepi dan terpanjang sangat intro terus kansel jadi bebelan jer la.Resepi nantilah saya kongsikan dalam n3 seterusnya.Banyak lagi resepi yang tertangguh.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments