Pizza Roti Gunting Tanpa Oven | ada roti nak expired jangan buang...tak baik membazir

By LiNa_Pg - Friday, January 01, 2021

 Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2021, semoga tahun baru akan memberi seribu rahmat buat kita semua.Bagi yang bercuti bersama keluarga selamat bercuti, jangan lupa jaga SOP okey..kes covid19 semakin meningkat kita jaga kita.

Bagi yang tak ke mana-mana tu, kalau terasa bosan jom kita buat pizza roti.Sebelum ni pernah beberapa kali juga buat pizza roti yang style roti sekeping-sekeping tu dan bakar dalam oven.Tapi dah lamaaaa sangat pizza roti style tu.Yang terbaru ni pizza roti gunting pulak.Video ni dah lama saya buat dan publish 1 hb Nov lagi...tu dia ambil masa 2 bulan untuk post dalam blog ni.Punya lama tunggu Q.

Pizza roti ni sangat senang, gunting-gunting atau carik-carikkan roti, masukkan telur supaya roti lembut (terasa macam doh pizza)letak sos dan letak topping kegemaran dan masak atas dapur gas jer.Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.Tapi sebab saya nak pelbagaikan resepi dan nak sesuaikan bagi mereka yang tidak ada oven, jadi saya guna kuali non stick jer.Alhamdulillah sedap bila nak makan tu boleh tarik-tarik cheese...macam pizza beli hehee.Jom kita semak resepi.

pizza homemade, pizza roti,pizza roti gunting,roti pizza,cara buat pizza roti,resepi pizza simple,pizza tanpa oven,pizza tanpa uli,cara buat pizza paling senang,roti nak expired nak buat apa,
Nampak tak cheese tu boleh tarik-tarik....bila makan panas-panas memang sedap.
pizza homemade, pizza roti,pizza roti gunting,roti pizza,cara buat pizza roti,resepi pizza simple,pizza tanpa oven,pizza tanpa uli,cara buat pizza paling senang,roti nak expired nak buat apa,
ni nama dia pizza bajet sebab tak ada capsicum (memang tak beli pun) saya guna jer tomato ceri, dah la potong besar-besar gedabak adoi....dah ke laut rupa pizza ni.

RESEPI PIZZA ROTI GUNTING
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
5 keping roti
2 biji telur
Ikan tuna secukupnya (tuna dalam tin)
Jejari ketam
Sosej (atau apa2 topping kegemaran)
Tomato ceri
Mozzarela cheese
Sos spageti
serbuk pati ayam
origano
sedikit butter

Cara-Cara
  1. Pukul telur bersama sedikit serbuk pati ayam (atau garam)ketepikan sebentar.
  2. Gunting/carik-carikkan roti, kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi.Gaul rata.
  3. Panaskan non stick pan dan cairkan mentega.
  4. Masukkan roti, ratakan ke kesuluruhan pan dan tekan sedikit supaya roti padat dan tak terlerai bila dah masak (roti ini menjadi base/doh pizza)
  5. Sapukan doh pizza (iaitu roti tadi) dengan sos spageti.
  6. Letakkan topping kegemaran (lina pg guna tuna,sosej,jejari ketam, tomato ceri) dan letakkan sedikit serbuk pati ayam dan serbuk origano.Taburkan mozzarela cheese.
  7. Tutup kuali dan biarakn pizza masak (guna api kecil sahaja)
  8. Apabila bahagian bawah telah garing dan cheese mencair, bolehlah diangkat.Potong pizza dan sedia untuk dihidang.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments