Kuih Poli Ubi Kayu Resepi Bonda Lina Pg | Kuih Lopes Ubi Kayu Mudah & Sedap | resepi warisan zaman

By LiNa_Pg - Friday, April 09, 2021

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua, hari ni saya nak kongsikan salah satu resepi warisan bonda saya iaitu kuih poli ubi kayu.Kuih Poli ni merupakan salah satu kuih tradisional negeri Kelantan.Akan tetapi bukan semua daerah mengenali kuih tradisional ini.Kuih Poli sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi, bahannya cuma ubi kayu yang diparut halus, kelapa parut dan nisan kerek.Simple jer kan?Kalau di kampung ubi kayu dan kelapa semestinya petik belakang rumah dan diparut sendiri sahaja.Yang memerlukan sedikit modal ialah gula nisan, yang ni mestilah kena beli hehe...

Resepi kuih poli ubi kayu sebenarnya tidak ada sukatan pun, ubi kayu yang diparut, kemudian bungkus dengan daun pisang dan kukus.Salut dengan kelapa parut dan siram dengan gula nisan.Itu sahaja, mudah kan?Kuih tradisional style mak mak ni memang cukup sempoi mana ada nak sukat-sukat.Main buat jer.Cuma bahagian gula nisan kena buat pekat-pekat siket baru sedap.Sedikit tips ringkas, kebiasaannya kalau resepi yang menggunakan sirap gula melaka/gula nisan, saya akan buat awal.Contohnya kalau nak buat minum petang, air gula tu saya akan buat pagi atau malam sebelumnya.Jadi sempatlah air gula tu disejukkan dan menjadi pekat sebelum kita gunakan.

kuih poli ubi kayu, resepi ubi kayu, kuih tradisional,kuih warisan zaman, resepi kuih kelantan, kuih poli bonda linapg,
Ubi kayu yang siap dikukus, kita potong kepada saiz kecil (bite size gitu) jadi senanglah nak makan.

RESEPI KUIH POLI UBI KAYU
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (ubi)
500g ubi kayu parut
Daun pisang secukupnya
sedikit minyak

Bahan B (gula nisan)
1 ketul gula nipah/gula melaka/gula nisan (anggaran 120g)
1 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Garam

Bahan C
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Mula-mula sekali kita buat air gula, satukan semua bahan b,masak hingga gula larut dan air gula pekat sedikit.
  2. Tapis dan sejukkan sebelum diguna.
  3. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak, tips supaya ubi kayu tidak melekat.
  4. Letak ubi kayu parut ke atas daun pisang, kemudian balut dengan kemas.
  5. Kukus selama 25min atau hingga masak.Setelah masak,biarkan kuih sejuk sebelum dipotong.
  6. Sementara itu, satukan kelapa parut dan garam.Kukus sebentar supaya kelapa parut lambat basi/masam.
  7. Setelah kuih sejuk, potong kepada saiz 1cmx1cm (mengikit kreativiti masing-masing) kemudian gaul/salut dengan kelapa parut.
  8. Tuang air gula nisa ketika menghidang.Selamat mencuba.
  9. Video tutorial kuih poli ubi kayu, boleh klik butang PLAY paparan dibawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments